Showing posts with label recipies. Show all posts
Showing posts with label recipies. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Kali ni Mak betul-betul salah!

Salam,
One day, saya call Omak menanyakan resipi  nak buat roti jala. Biasalah Omak tu kan ke Otai dapur, maka haruslah dia bagi resipi ikut suka dia aje.. Macam ni resipi Omak..sambil-sambil tu Omak cakap..

"Tak payah buat banyak.. bukan ramai pun rumah kau tu!"

Cit.. Omak lupakah anak Omak ni pon bole tahan selera gergasinya.. Maka Omak pon beri resipi cara Omak..

"2 cawan tepung saja sudahhh! Banyak-banyak tak habis. Lepas tu ko letak telur sebiji aje, letak serbuk kunyit sikit, garam bla..bla..bla... sudahhh!!!"

Haish.. tak puas ati la tengok resipi Omak ni.. Sebab biasanya Omak akan tambah-tambah apa yang patut.. Maka saya pun google la resipi. Memang lebih kurang sama, tapi semuanya menggunakan tepung at least 450 gram.

Maka saya pun adjust la ikut suka saya.

3 cawan tepung gandum
2 cawan susu full cream
1 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
secubit serbuk kunyit
2 biji telur gred A
air ditambah sedikit untuk mengelakkan ianya terlalu pekat.

Kesemua bahan saya blendkan aje.. dan masukkan ke dalam botol roti jala! (Google aje kat web mesti ada gambar)

Dan saya pun mula menebar dengan riang gembira!

Ala tomey-tomey

Setelah siap, terus aje dihidangkan bersama kuah kari ayam. Memang lazat tak hengat.. Apa yang saya maksudkan bahawa Omak saya salah ialah kuantiti tepung gandumnya... Mana bisa cucu-cucunya yang kaki makan termasuk anak dan menantunya yang selera gergasi ini cukup dengan hanya kuantiti 2 cawan tepung gandum? This is kenottttttt...

Jadi, dengan ini saya menegaskan bahawa anggaran tepung Omak kali ini adalah salah! Titik. 

Balik nanti nak tepon Omak cakap.. kakakkaka

Anyway tengkiyu Omak.. (cakap tengkiyu dengan pantas sebelum kena cop jadi anak derhaka) Kui3x

Sekian, gudbai!

Wednesday, April 4, 2012

Burger Malaysia!

Pagi-pagi lagi Encik Hubby rajin plak belikan aku sarapan, beli pon sebiji aje..akakkak.. sebab dia tau aku tengah diet kan. Sebelum dah bedal epon sebiji, jadi ok la makan ni burger Malaysia ni sebijik. Bila dah makan, teringin plak nak buat sendiri for the kiddies petang karang. Hehe..

So, ini ingredients dia ye.. Meh kita coba sesama.

200 gram tepung gandum
140 ml susu segar atau air
2 1/2 sudu besar gula halus
2 sudu kecil mauripan (serbuk yis)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar butter/marjerin

Untuk inti
Sambal ikan bilis atau sambal sardin atau ikut suka le.. kakkaka
Timun sebagai penyedap.. chewah

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan diatas tu dan uliiiiii sampai tepung tidak lagi melekat kat tangan. Kena bertabah ye, kecualilah korang ada breadmaker, jadi tiada masalah. Hehe

2. Bila tepung sudah tidak melekat ditangan, buatkan bentuk bola dan biarkan ianya naik sebanyak dua kali ganda.

Nahhh.. sebelah kiri sudah naik sikit. Belah kanan baru je lepas uli okeh. So, lihat bezanya. Kehkehkeh.. Tengok kat dalam bowl tiada langsung keselekehan tepung menandakan dah boleh bulatkkan dia.

3. Bila adunan tepung dah naik tinggi, kita terus uli lagi.. tumbuk-tumbukkan (kalau tengah emo lagi kuat tumbukan kita kan) untuk mengeluarkan angin dan selepas itu bahagikan tepung kepada bahagian-bahagian kecil. Buat bentuk bulat kecil <-- kira nak jadi burger dah ni.. faham?

4. Biarkan bahagian-bahagian kecil itu menaik lagi dua kali ganda dari saiz asal. Kena bertabah lagi la ye.

Macam ni lah...

5. Bila dah naik dua kali ganda, gorengkannnnn.. api kena perlahan dan pastikan minyak betul-betul panas. Goreng dan balik-balikkan dan angkat bila dah tukar brownish.. kalau tidak, jadi macam burger saya yang agak gelap.. huhuhu..

Nahh. Gelap okeh.. mencik!

6. Biarkan ianya sejuk dan belah dibahagian tengah. Isikan dengan timun dan inti pilihan anda.

Sedia untuk dihidang.

Sesuai untuk breakfast atau tea time.

Selamat mencobbaaaaaaa...

Wednesday, March 28, 2012

Puding truffle versi cepat dan tuntas


Yeebaa areebaaa.. tomorrow is Salman's birthday. Last year I made him blossom cake untuk disedekahkan pada sahabat handai dia kat skola. Kali ni ubah pulak. Buatkan puding truffle. Yang mudah dan tak amek masa banyak. Jom nengok camna nak buat... Oh.. resipi ni dapat dari kawan sekoir (Ku Badrinawati) masa hari guru. Kebetulan last night beliau up itu gambar, so nice and looks delicious, terus aje mintak resipi. Nasib baik tak kedekut ilmu and now I share the recipe with you guys. Why I love her recipe.. sebab senang and no hassle. Nak buat kalau terkejut tergempar pun bule.. haha..

These are some of the things needed for the yummy pudding.

Bahan-bahan:

Kek Swiss roll (beli di kedai saja.. ahahaha)
1 tin besar fruit cocktail
10 gram agar-agar (1 packet la senang)

2 camca besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara mau bikin:
1. Masakkan tepung kastard, gula dan susu segar sehingga mendidih.
2. Sementara itu, potongkan kek swiss roll dan letak dalam bekas dadih.

Haa..camni..

3. Setelah adunan kastard tu dah masak, letakkan keatas kek tadi...

Jadi la camni. Pastikan tiada kek kelihatan disitu ok. Kiranya dia wrap abes kek tuh..

4. Then, amek fruit cocktail yang telah ditoskan dan letak dengan penuh semangat kesukanan ke atas kastard nih..

Macam ni la.. letak banyak2 pon OK.. sedap woooo..

5. Kemudian, masakkan agar-agar pula sebagai lapisan terakhir. Boleh la pilih kaler apa pun. Kalau dekat pack saya beli ni dia suruh letak 150 gram gula. Mak ai.. rasa cam leh kencing manis. So, saya just letak 3 camca gula sebab masa kat kastard tadi pun dah 3 camca. So, just nice lar.. Bila dah masak agar-agar tu, I mean the butiran-butiran kecil semua dah dissolve, maka tuangkan keatas pudding kita tu..

Haa.. jadi camni lah.. tunggu dia mengeras okeh.. Nak kaler comel, boleh cuba red colour. I think next time I should use other brand la. Kaler ni macam tak mengancam.

6. Bila dah mengeras, ambillah penutup dadih dan tudungkan mereka semua. Letakkan kedalam peti ais dan esok boleh bedal sampai pengsan.. kakakak

Macam ni. Rasa merembes lor dah tengok banyak-banyak nih.. adehh..

So, apa lagi.. terai la teraiiii...

p/s: kami buat tiga kali utk adunan kastard tu. bolehlah dapat dalam 50 cups with two swiss roll cakes.. hoho

Friday, March 16, 2012

Projek pertama lepas pantang..

Oh noes.. ini bukan projek gitu-gitu.. pergh.. mementang lepas pantang.. abes dok ingat yang gitu-gitu aje.. kakakkaa.. Ini projek masak-masak tanpa henti yang telah terhenti selama 44 hari. So, masa hari ke 45, terus aje kita mulai... (how to kurus like dis??)

Ini suma sebab dok rajin sangat merayau kat blog ini. Memang la tuan tanah itu rajin benor memasak sampai kita tengok air liur boleh menjejes cecah lantai. Maka bila melihat sejenis puding ni, terus aje hatiku membuak-buak nak buat. So, malam semalam after sending the kiddies to their art class, terus aje kita meluru ke Tesco untuk membeli dan belah poket sampai kering.. ciss.. Maklumle.. kat mini market TTS takde plak clear jelly.. hampagas sungguh.. jadi alasan sungguh kukuh untuk shopping kat Tesco nak-nak bila dah tunjuk Encik Hubby gambar puding yang mabeles itewww..

Ini gambar dalam blog Masam Manis. Pinjam ye.. Lawa kemain kann.. Tu pasal le Encik Hubby kasi lulus sebab dia pun rajin bab makan-makan ni. Kekeke.. Dia siap tanya.. pisang nak buat lagu mana.. kita terangkan pada beliau, pisang itu harus kita kukus dan craftkan macam bentuk bunga.. (tapi ada ke kerajinan nak buat crafting bagaiii)

Dan memandangkan kat rumah segala ramuan ada kecuali itu clear jelly, maka pulun la nak bikin. So, resipinye pun diambil dari blog Masam Manis tu. Hehe. Tiru bulat-bulat... Meh kita tolong kopipeskan..

PUDING PISANG GULA MERAH

Bahan 1
1 bungkus serbuk agar-agar putih
150 gram gula Melaka - diracik halus
50 gram gula pasir
2 helai daun pandan yang disimpulkan (tapi I tak pakai pun sebab takde daun pandan..cit)
700 ml santan
Secubit garam
Pisang tanduk (dikukus dan dibentukkan bunga)

Bahan 2
1/2 bungkus serbuk agar-agar putih
250 ml air
100 gram gula Melaka - diracik halus
50 gram gula pasir
2 helai daun pandan yang disimpulkan

Sediakan acuan bulat (or whatever acuan that you have)

Masak agar-agar, gula Melaka, gula pasir, daun pandan, santan dan secubit garam dari BAHAN 1 hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.
Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian.
Tuangkan satu bahagian adunan kedalam acuan 1/3 bahagian dan sejukkan.
Aturkan hiasan pisang didinding acuan - ketepikan.

Masak agar-agar, gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan dari BAHAN 2 hingga mendidih.
Angkat dan tuangkan kedalam acuan hingga 2/3 bahagian dan sejukkan.

Tuangkan lebihan adunan pertama ke atas agar-agar. Sejukkan.

Simpan dalam peti ais untuk rasa yang kewl....

****

Bila buat dalam cup yang dok ada kat rumah nih, boleh la dapat 18 cups dan juga 2 tupperware bulat (saiz yang kekanak riang dok bawak bekal ke sekolah). Kira banyak la jugak. Maklumle di hari Jemahat yang mulia ni haruslah kita sedekah kat jiran-jiran yang dah berbudi kat kita.. kekeke.. Jiran lain tak baper mesra alam.. jadi nak ketuk pintu depa pun malu. Lagipun.. 18 cups saja maa.. Satu rumah bagi 5 ketoi okeh. Dua rumah dah 10 ketoi.. Belennye tuan tanah bedal.. Kakaka..

Ini lah bekas pinky yang I dok guna..

Masa dok masak agar-agar, si Hyder dah mula start engine, maka kena la dukung dia dengan penuh perasaan kasih dan sayang aicehh... sampai lena balik la kiranya budak kecik nih.. (New mommies.. don't try dis at home ok.. I takpe.. dah berderet anak..akkaka)

Kalau gambar kat atas tadi tu kemain la santek dianye puding kan. Ada bunga pisang bagaiii.. Kita takde la nak nyempat crafting gitu. Cuma sempat potong-potong ikut suka den. Nak-nak Encik Hubby dah balik semayang jemahat.. lauk lunch tak siap lagi.. apada.. kakakka.. Dan bawah ini lah hasilannye..

Sedia untuk dipos kerumah jiran... Yeeehawww.. ada nampak ka itu pisang? Jadi la kan.. First attempt nak buat jelly nih. Tak pernah try pon sebelum ni. Asek beli yang ready made sajorkk.. Kat pasar malam kan ke berlambak. Kuikuikui.. So, dah terer (kununnye) bolehlah bikin sendiri uols..

Kalau nak buat sebagai dessert masa tawen-tawen kat meja perantin memang la sesuai. Cuma kena cari acuan yang comey dan pisang itu haruslah kita bentukan.. Kerastangan la kome.. kakakkaka.

So, apo lagi.. silalah menerai dirumah sendiri ya tuan-tuan dan puan-puan.. Kehkehkeh

Friday, September 16, 2011

Roti Jala a.k.a Roti Tirai

Memandangkan minggu ini ada public holiday yang dikembarkan bersama weekend, maka cuti hujung minggu menjadi 3 hari jumlahnya. Wah.. meriah. Kemeriahan bertambah apabila cuti kali ini masih lagi dalam bulan Syawal. Maka berpusu-pusulah orang membuat rumah terbuka. Dan kitaorang pun tak menang tangan nak layan jemputan. Tidak termasuk lagi jemputan kahwin dan sebagainya. Nampaknya minggu ni adalah minggu gantung periuk juga. Kakakkaka

Jiran sebelah saya pun tidak ketinggalan untuk membuat rumah terbuka. Menu yang disediakan pun dasaton belaka. Oleh kerana jiran saya ni banyak berjasa dengan saya, maklumlah setiap kali kami membuat kenduri, mesti mereka bertungkus lumus untuk menyumbangkan makanan. Jadi kali ni saya pun buatlah sejenis makanan untuk majlis rumah terbuka mereka. So, saya decided untuk membuat roti jala a.k.a roti tirai bak kata orang Kedah. Kehkehkeh.

Nak membuatnya sangat senang. Meh kita turunkan ilmu sikit kat sini..

Tepung gandum - setengah blender
Telur ayam - sebiji
Serbuk kunyit - sikit aje
Garam - secukup rasa
Susu - dalam dua atau tiga sudu aje.. ikut suka okeh

So, kita blend segalanya sampai tiada lagi saki baki tepung dan siap...

Tepung dipindahkan dalam bekas lain supaya senang kita nak cedok. Nampaknya bekas oren tu. Haaa.. itulah dia benda yang kita gunakan untuk menebar roti jala tu di atas frying pan. Kalau boleh pakai frying pan yang jenis non-stick. Jadi mudah kita nak buat keje okeh. Ada satu lagi mangkuk tu saya cairkan minyak sapi bersama dengan bawang putih untuk kita pupuk-pupukkan ke atas roti jala tu bila dah masak. Tapi before kita masak pun leh juga letak dalam frying pan untuk menaikkan bau roti jala itu menusuk ke hidung.. kehkehkeh

Tebarkan sebegini. Kena buat bulatan dari kecil sampai besar. Konon-konon kita main drawing la.. akakak.. Tapi kalau dapat pesen macam kat atas ni, maksudnya korang kena lajukan lagi speed bulatan korang. Sebab kalau tebal sangat tak syiok okeh. Yang ni first round.. biasalah kalau bab permulaan memang sengal sikit. Nanti lama-lama mesti jadi halus, mulus dan cumil... Kuikuikui.

Bila diletakkan atas frying pan ni jangan la lama sangat. Nanti dia terhangit. Bila terhangit dia akan jadi crispy. Walaupun Encik Hubby saya sungguh gemarkan yang crispy, tapi kalau dah gigit pon rapuh sangat.. apa ke he roti jalanya itu.. Hoh.. so, masa buat ni, api kena pelan dan juga jangan leka. Kalau leka akan jadi macam ni.

Hah! Yang ni kureng menjadi. Hangit dan terlalu rapuh. Rasa macam makan keropok pulak. Tapi habis juga dibedal oleh kanak-kanak riang. Inilah akibatnya bila leka main pesbuk okeh. Hehu..

Tapi nasib baik jugalah tidak banyak yang hangit kritikal seperti ini. Yang kritikal cuma 3 keping aje. Yang lain masih dalam golongan TOP! Kakakka

Yaaa.. sudah siap untuk dihantar ke rumah jiran sebelah. Heheheh...

Sekian, macih...

Tuesday, August 9, 2011

Try Moroccan Tortilla plak dah.


Moroccan Tortilla versi Goh

Hari ni dok plan nak buat roti puri untuk berbuka. Encik Hubby siang-siang dah bilang suruh bikin roti puri. Katanya lama tak makan, jadi nak makan la plak. Haish.. orang lelaki ni kalau dah suruh, kena la bikin cecepat... Nanti karang bising. Tapi masa dok chat ngan beliau, tertengok pulak video buat Morocca Tortilla, maka kupaste kan di wall dan tanya pendapat beliau about the new menu. Sebab senang, cepat dan tuntas. Kalau roti puri nak tunggu dia mengembang bagai johan pon dah satu hal. Maka kelambatan la kan. Kakkakak..Nasib baik jugak la Encik Hubby setuju.

Jadi dalam pukul 4.30 dah mula dah menyiapkan bahan-bahan dengan penuh kasih sayang.. Ececece


Bahan-bahan dia sungguh mudah. Tapi oleh kerana some of the things yang sepatutnya ada tiada, maka telahku modifykan ikut suka ati aku..akakkak

Moroccan Tortilla versi Goh

Kentang 4 biji dipotong dadu
Bawang besar 2 biji dipotong dadu
Daun sup (kalau kat youtube suruh daun parsley.. takde stok la plak..adeh)
Cili (dalam youtube tarak pon)
Tomato 1/2 biji dipotong dadu (dalam youtube pon nehi he)
Garam
Rempah ratus (lada sulah hitam, putih, garlic-- dalam youtube disuruh letak cumin etc.. tp tarak pula)
Telur 5 biji dipukul sampai pitam.. (kompem)
Nak sedap guna OLIVE OIL (aku pon takde olive oil..hua hua hua.. so pakai minyak masak cap Pisau je lar..akkaka)

Cara-cara nak buat pulak..


Masukkan minyak dan tumis ini bawang sampai naik bau. Masa ni masukkan secubit garam.


Masukkan kentang pula dan masukkan segala spices yang korang ada dalam stok. Agak-agak le letak tu. Jangan lupa letak garam sekali lagi.. Kentang banyak... haruslah ada lebih garam. Kang tak rasa apa kang, jangan salah daku pulak.. kakakka

Lepas tu amek la penutup apa pun dan tutup ini benda.. api kena pelan. Sambil-sambil tu cek la kentang tu masak lagi ke tak.. Faham?


Agak-agak dan masak, masukkan pula daun sup, cili dan tomato. Kacau dan kacau. Jangan sampai hangit sudah okeh. Dah masak, keluarkan mereka daripada frying pan korang yang non-stick tu.. Oh.. lupa nak bagi tau.. pakai hat non-stick frying pan okeh. Senang sikit nak buat keje second part itew...


Lepas tu kita nak masuk second part nih, pukul kesemua lima biji telur tadi. Pastikan telur-telur dah pengsan..


Campurkan hasil inti yang telah kita goreng tadi ke dalam telur ini. Kacauuu...kemudian, masukkan kembali ke dalam non-stick frying pan.


Dan kita bagi dia masak dibahagian bawah dulu, kemudian terbalikkan menggunakan pinggan. Errr.. tak paham ke nak terbalikkan macam mana. Takpe.. jap gi kita tengok kat YouTube.. kehkehkeh.

Bila dah siap.. haa.. hidanglah.. dan tunggu Azan Maghrib berkumandang baru buleh ngapppp..

Sekian, renung-renungkan dan selamat mencoba.. kehkehkeh

Eh.. lupa nak tunjuk hat Youtube punya daa.. sat noo..

Nahhh


Monday, August 1, 2011

Perang resipi, perang kuih!

Time bulan puasa ni lah nak mencuba ketangkasan kita kat dapur ye tak. Maklum la, kadang-kadang yang beli tu rasa macam tak besh aje. Jadi buat kita hangin satu badan. So, untuk mengelakkan penyakit darah tinggi yang datang tiba-tiba hanya kerana makanan tak sedap, maka kat MukaBuku berlumba-lumbalah orang dok citer pasal makanan. Oh.. bab makan memang pulun la kita nih. Kehkehkeh.. termasuklah tuan tanah.

Buat masa ni, kuih tradisional masih melekat dihatiku. Maklumle, susah tau nak dapat kuih tradisional sekarang ni. Kalau call Omak, asek tanya camna nak buat kuih itu dan ini. Tapi yang stressnye Omak den kalau cakap resipi, sukatannya suma main agak-agak. Adoi.. macam la anak dia terer bebenor nak mengagak.. tensi-tensi. Tapi walaupun main agak-agak, ada jugak yang jadi. Buat masa ini, dalam family tuan tanah, Alang ngan Uda aje yang cekap bab buat kuih tradisi nih. Den ni suam-suam kuku yo. Kakakkkaak.. Maklumle asek busy aje.. kehkehkeh (leh caya ke kebizian tuan tanah nih)

Anyway, selamat berbuka posa kol 7.30 karang ye. (Oiii.. baru kul 11.30 pagi nih) Muahahaha.. Jadi..apakah menu anda untuk berbuka karang? Hoh!


Kuih ini ada dua nama iaitu Tepung Bungkus a.k.a Kuih Dua Dara Tidur Sebilik... mak ai.. panjang tak hengat nama...akkakaka

Gambar pinjam sini berserta resipi kalau sapa-sapa mo try.. hehe

Monday, May 23, 2011

Try buat Roti Puri.. Ce try ce try!

Pagi tadi masa kat sekolah, Mek Nah buat kenduri. Yeehawww.. bab makan pree memang boleh bagi kat tuan tanah nih. Huhu. Beliau dengan bangganya telah membuat roti puri. Sungguh gebu dan boroi rotinya, terpikat tatkala tuan tanah cuba memakannya. (Actually sampai 4 biji tuan tanah bedal..akkaakkak) So, teruslah meminta resipi dengan Mek Nah dengan wajah tanpa segan dan silu.

Jadi balik rumah petang tadi terus aje lah mencuba. Resipi di bawah adalah khas untuk 2 cawan tepung okeh!

hasil pinjaman dari sini

Bahan-bahan:
Part A: Air, gula, garam dan sedikit minyak (2 sudu besar) dimasak bersama. Kiranya agak-agak aje lah air tu ye.
Part B: Tepung gandum dua cawan. (Lebih pun takpe)
Mauripan (ibu roti segera) 1 sudu kecil.

Cara nak bikin:
1. Tepung gandum digaulkan bersama Part A. Gaul dan uli penuh perasaan sampai dia tak melekat di jari-jemari anda.
2. Biarkan ia bertenang selama setengah jam.
3. Bahagikan kecil-kecil, kemudian canaikan dan goreng. Goreng tu sampai dia mengelembung sebelum anda menterbalikkan dia.

Dan hasilan sepatutnya seperti gambar di atas.. Malangnya tak menjadi.. akakakak.. mungkin juga tempoh bertenang tidak lama.. (kes teruja lebih nak cepat siap)
Mungkin juga cara mencanai tidak kena.. sebab kalau ikut blog di gambar atas tu kata buat kecik-kecik, sekecil syiling 50 sen. Tadi rasanya lebih dari saiz itu..huhu. Mungkinkah sebab itu tak jadi. Huhuhu

Ce tengok ce tengok.. Jadi macam cekodoks aje. Huhu.. Sabo je lar.. Tidak boroi langsung keadaannye. Tuan tanah cukup stress tengok keadaan ini. Huhu.

Takpe, esok akan kucoba lagi hingga berjaya.. Selagi mauripan ada dalam stok..akkakak

Ok you alls, selamat mencoba jugak. Kalau jadi habaq mai noh. Kalau tak jadi..buat bagi jadi..akkaka.. Tatass


Saturday, March 5, 2011

Anjing Panas Tergolekkkk..

Hot dog roll without serbuk roti...

Hari ni pula saya coba membuat anjing panas tergolek. Kahkahkah.. Dalam bahasa penjajah ianya dipanggil sebagai Hot Dog Roll... kehkehkeh. Bahan-bahan dia super mudah.

Hanya perlukan..
Bahan A
1kg tepung gandum
1 paket kecil Instant Yeast (I pakai Mauripan)
1/2 cawan gula (dibancuh bersama air suam terlebih dahulu sebelum korang masukkan ke dalam adunan)
Mentega 1/2 cawan

Bahan B
Sosej 30 batang. Brand apa pun takpe... hehehe..

1. Mula-mula, campurkan semua bahan-bahan dan uli sampai ianya sebati.. Adun sampai tidak melekat di tangan okeh...

2. Sambil-sambil tu, letakkan tray dengan tepung so that once kita dah uli dan letak hotdog roll, hotdog roll takkan melekat sementara nak tunggu mereka naik...akkakak

3. Ok, balik pada nombor 1 tadi, bila kita dah pastikan adunan dah sebati, kita cepat-cepat bentukkan doh itu dalam bentuk bola siap-siap.. Senang kita nak roll kejap lagi. (Maap le takde gambo time ni, sebab masa ni kamera lupa bawak. Buat kat rumah jiran pulak tuh..Huhuhu)

4. Bila kita dah buat bentuk bola tu, terus aje kita gelekkan jadi macam memanjang.. di hujung tepung yang dah digelek tu, pastikan ianya nipis sekali.. Di bahagian nipis tu, ambil pisau dan buat tiga larikan (garis panjang dalam setengah jengkal). (Susah sungguh takde gambar, nanti esok saya try buat sekali lagi dan masukkan gambar.. tak puas hati rasanya bila tiada gambar..)

5. Ambil sosej dan letakkan di hujung yang tidak berlarik dan golekkan mereka. Bila dah habis golek, letak atas tray yang bertepung tadi.

Macam ni, tapi yang ini telah diletakkan serbuk roti (saja nak try tengok jadi apa..) Nasihat saya.. takyah letak..akakkakak..sebab bila goreng, serbuk roti ntah kemana pergi..hampeh.. Sekarang, nampak tak hasil larikan tadi.. yang tiga larikan tadi tu akan jadi macam gambar.. saja nak bagi cun jaaa..

Masa ni, kita kena biarkan dulu sebelum digoreng. Biarkan dalam hrmmm.. tak ambil masa plak tadi, agak-agak dah naik dan gebussss.. bolehlah kita menggoreng.

Bila goreng tu, kena guna api sederhana dan kena selalu golek-golekkan dia. Jadi warna gorengan akan jadi sekata..

In case kalau you nak simpan untuk beberapa hari (ala-ala frozen la kan), make sure you goreng separuh masak dulu, masukkan ke dalam Tupperware (kalau takde boleh order kat I..akakkaka), tunggu sejuk baru masuk dalam peti ais okeh!

Selamat mencoba hanjeng panas tergolek dog! Kuikuikui

Nugget Maggie bersama Daging Kisar

Maggie MeatBall la kunun


Nugget Maggie ni memang la sedap dan cara nak buatnya memang lah mudah. So, let me tell you the ingredients first wokeh!

Bahan A
400 gram daging cincang. (I used Ramly Brand)
2 bawang besar (potong dadu -- tapi gue tumbuk sampai melepek)
Sedikit garam
Rempah kari (cap apa pon bole)

Bahan B
3 eggs (dibelasah sampai pengsan)
2 tablespoon corn flour (tepung jagung daaa..nak kasi melekat)
Maggie (3 packs -- direbus dan ditoskan)

How to do it...
1. Masak dulu daging cincang dengan dengan bawang potong dadu, garam dan rempah kari.. macam kita nak buat inti karipap. Ada paham?

2. Lepas tu..sila rujuk gambo ye.


3. Gaulkan daging cincang tadi bersama maggie. Guna jari pon boleh. Kakakkaka.. Eh..lupa lak, sila letakkan dua sudu besar tepung jagung kat atas bahan-bahan yang kita nak gaul tu, then baru you gaul dengan penuh perasaan kasih dan sayang..kakakak

4. Bila dah hagak-hagak sebati, bentukkan ianya jadi macam ball atau dalam bahasa Melayunya bola.

5. Golekkan bola bola itu tadi ke atas telur yang telah dipukul sampai pengsan. Jangan golek lama sangat.. sat gi terlerai pula ikatan antara mereka. Kkakakaka.. Lepas aje golek terus aje golekkan ke atas serbuk roti. Dan siap!!!!!

6. Gorengkan dengan minyak sederhana panas. Jangan lama sangat, kang keras lak maggie tu, terus jadi benda lain lak kang.. Kakakaka

Hidangkan terus diatas meja dan nom..nom..nom.

Selamat mencoba..

Wednesday, March 2, 2011

Garlic Bread yang ntah haper haper...


Dah lama nak try buat garlic bread. Tanya kat jiran, depa bagi petua macam senang aje. Tapi yang tak bestnya, suma main agak-agak. Kakakka.. Dah la kita ni bab memasak suam-suam kuku, kalau bagi resipi main agak-agak ni, haruslah tidak menjadi. Kuikuikui..

So, a few days ago, pergi la ke Tesco membeli belah dan ternampak McCormick punya Garlic Bread. My sis kata mudah, cuma letak butter dan sapukan aje Garlic Bread punye rempah tu. Botol dia sangat kecil dan harganya lebih kurang RM12. Mak oi.. pisan I. So, I decided to try on my own. Hahaha

Lepas balik sekolah and do this and that, panggil terus kanak-kanak riang. Pakat teruja sebab selalunya mereka ni dibanned dari berada di dapur for safety la kunun. Bila dapat chance tolong memasak, wajibul ghunnah la teruja tahap gaban. Kakakak


Dua orang budak kecit yang sungguh teruja dapat buang kulit garlic. Kakakka

Banyak giler garlic. Huhuhu.. Kompem malam ni Dracula tak berani singgah. Kakakaka

Dan this boy dipertanggungjawabkan untuk menumbuk garlic. Kembang kempis dapat tumbuk bawang. Kakakkaa.. Tapi tak berapa hancur, so, kena la Mama dia take over kasi hancur.

Lepas tu campurkan dengan butter or planta dan sapu ke atas roti panjang nih... bakarrrr...

Hasilnya memang nampak macam jadi... tapi bila makan rasa garlic banyak sangat..mungkin juga sebab terlebih garlic. Oh meng! Ruginya. Tapi kubedal jua kerana dah teringin sangat nak mamam. Kakakkaa..

Sungguh enak dimakan bersama Soup Mixed Mushroom dari Vono -- bukan tilam Vono ye. Kuikuikui

Monday, February 21, 2011

Kek Kurma Enak Berkrim!!!!

Kek Kurma Mantop!

Salam people!

Sebenarnya resipi ni merupakan assignment buat si Arrpek. Dia kena buat buku resipi khas untuk kanak-kanak yang bermasalah. So, kena la amek picca satu persatu. Kesian lak kat beliau. Kalau adik badik tak tolong, sapa lagi yang akan tolong, ye dak. Orang luar bukan nak tolong pon..tolong tengok aje lar..kakakaka.. Tapi in my case, walaupun ini adik badiknye problemo, jiran sebelah tetap menghulurkan tangan meringankan beban. Kakkaka

Jadi, kot-kot la korang ada kurma terlebih kat rumah tu, bolehlah praktikkan resipi ini ye. Dan satu lagi kalau kanak-kanak riang korang tak sukakkkk makan kurma, boleh juga kita buatkan macam ni bak kata Cik Olyn.. jangan habaq dulu la kita letak apa noooo..

Oret.. resipi first la ye...

Amek pen dan kertas ye Puan-Puan..kalau ada Tuan-Tuan layankan aje lar..

3 biji telur

1 cawan gula

1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1 cawan minyak masak

20 biji kurma dibuang biji dan dicincang dahulu yeee...

2 cawan tepung naik sendiri cap BLUE KEY.

Cara nak membuatnya.

Masukkan semua bahan KECUALI TEPUNG ke dalam blender dan kisarkan. Jangan bagi lumat sudah, nanti tak nampak pula kecomelan kurma tu kang..akkakak


Kasar-kasar sikit kira okeh la... Ingat ye, tepung jangan dicampur dalam blender.. sentap kang..akkakak


Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kedalam bekas lain dan campurkan bersama tepung. Dan kacau sampai ianya sebati.. Kemudian...


Pindahkan ke dalam loyang aluminium atau bekas korang buat kek tu dan bakar. Guna api LOWER saja dengan kepanasan 170 degree. Pastukan korang jangan lupa tengok sekali sekala dan cucuk di tengah-tengah kek nak tengok sama ada dah masak ke tak. Bajet masa dalam 30-45 minit.

Dah siap.. sedia untuk dihidang. Yang ni agak hitam sikit sebab awalnya kami silap bubuh api atas dan bawah.. nyesal we all.. akakaka
Kot mana pun TQ pada kedua adik manis iaitu Jia ngan Tasha sebab sudi membantu I. Lebiu guys.. kekekek
Sekarang kengkawan... SELAMAT MENCOBA....

Thursday, November 25, 2010

Tetiba teringin nak makan serawa pisang!

Sebelum cuti sekolah hari itu, Ustazah Umi Shitah ada membuat serawa pisang untuk aku. Dah aku cakap aku teringin nak makan, dia pun buatlah. Bila dah buat tu, wajib la aku makan dengan penuh perasaan kan kan kan...

So, masa balik Melaka haritu, Omak pun ada le bagi aku 4 sisir pisang. Setelah disedekah ke jiran tetangga, ada lagi balance pisang yang tinggal, maka aku pun terpikirlah pasal serawa pisang nih. Terus la aku call Omak. Omak pun apa lagi, dengan kepakaran yang ada Omak pun menurunkan le ilmu yang ada... heheh..(apa da.. sikitnye senang pon tak reti nak buat)
Bukan tak reti ok..tak amek pot pon.. bila teringin baru la belajar..akkakkaak

Bahan-bahannya ialah:
Santan Ayam Brand hat kecik tu - 1 kotak
Gula Melaka yang dibeli di Singapore - 2 biji
Garam dan gula - secukup rasa
Pisang - ikut suka la nak letak banyak mana pun
Sagu- pun ikut suka...
Air - ikut suka

Kiranya korang kena pandai-pandai agak la.. aku ni rasa banyak kali. Agak-agak dah best, baru la berhenti meletak bahan..akkakak


Potongkan pisang tu besar gabak, so rasanya akan jadi mantop..

Masukkan air, santan, gula, sagu dan kacau dengan penuh kasih sayang... pastu masukkan pisang.. senang seh..nyesal tak belajar awal-awal..akakka


Ni bila dah siap. Aku guna periuk Vision yang paling besar nak masak ni. Pastu leh pass kat jiran tetangga... Memang sedap..kalau tak caya, tanya lakiku..akkakak.. dia kata sedap.. kan kan kan..

Kiranya malam tu kenyang la jugak..hehhehhe..

Sekian, resipi hari ini..akkakak

Thursday, August 12, 2010

2 Ramadhan pertama...

Sebelum tu, izinkan hamba mengucapkan Salam Ramadhan buat semua insan yang bergelar Muslim dimuka bumi Allah ini. (Macam zaman Pendekar..kakaka)

Dua hari pertama, alhamdullilah berjaya kami sekeluarga melaluinya dengan tabah! Chewah..macamkan susah sangat posa nih.. Kuikuikui.. Meh den citer sikit aktiviti sepanjang dua hari berpuasa nih.

1 Ramadhan - pergi ke Perlis.
Saja la pi Perlis untuk keluarkan sisa baki wang yang tinggal sebab cek duit dalam purse dah boliau..kahkahkah. Banyak sungguh perbelanjaan pada bulan ini. Masuk sket kuar banyak.. Apakah? Hua hua hua..

Time petang tu, kanak-kanak nak gunting rambut sebab rambut dah start cucuk telinga. Papa depa pun dah keserabutan wajah.. kakakak.. harus trim! So, pergi la ke kedai Mamak!


Dimulakan dengan Naufal Sameer.. teruja betul budak ni nak gunting rambut.


Diikuti dengan Adam dan diakhiri dengan Papa. Eh.. Salman? Oh.. as usual dia tamo.. Dia kata kedai ni bucuk. Kakkakaa.. Sabo je aku dengan budak nih.

1 Ramadhan juga kami berbuka puasa di rumah ibu mertuaku. Oh..sungguh bes. Macam-macam makanan ada. Kenyang bangat. Adam makan bertambah-tambah pulak tu. Amboi.. sampai nak pecah perut katanya. Isk isk.. sabo je haku. Kakaka..

2nd Ramadhan -- mencik exam time posa. Jiwa kacau.. kakaka.. Pagi-pagi dah bukak pesbuk. Nengok Cool Lean buat Baked Lemon Chicken. Pergh.. terganggu jiwa. Lalu terus minta resipi dan try tadi. Kakakak


Mencampurkan segala bahan-bahan yang disarankan. Perap ini ayam sampai dia sehati berdansa dan serasi bersama.. chewah. Nak resipi? Boleh...

Ni aku kopipes dari Cool Lean nye message!

Ni resepi semua main agak2 measurement dia k.. Ikut sedap lidah kita..

8-10 medium chicken thighs@ any parts will do
juice of 1 lemon
6@7 cloves of garlic, finely crushed
2/3 cups of honey
1/4 cup of fish sauce
1/2 cup of coconut milk ( I used the prepacked cholesterol-free punya)
fresh chillies, minced..bird-eye chilli pun boleh kalau suka pedas @dried chilli powder

Mixwell of everything..
Pour over the chicken..
BAke at medium heat... appr. 190-200' C , 1hr
NAk tabur coriander @lemon slices pun boleh wat cantik..
KAlau suka lebih gravy dia, leh lebihkan some of everything..



Sementara tunggu proses pemerapan, buat cekodok lak... Naufal tolong kacau.. memang kacau!

Lepas pemerapan berjaya, maka dimasukkan ke dalam oven pula.

Haaa.. bakar dengan haba sederhana selama sejam. Thanks to Pak Mat, oven aku dah pulih! Yeeehawwww!!!


Sudah siap. Nampak hangit.. tapi idok le hangit.. bes woo.. meh try!

Mari mencuba resipi ini. Korang pandai-pandai hias jadi santek ek..kakakkaak

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails