Showing posts with label mahu bebas hutang. Show all posts
Showing posts with label mahu bebas hutang. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Bila aku kaya..

Kaya bukan bermaksud ada jutaan ringgit atau dollar dalam akaun. Kaya bermaksud ada rezeki lebih dari biasa..kehkehkeh. So, bila kita berasa kaya sedikit, mulalah nak merancang macam-macam.

Dari pakai telefon bimbit Sony Ericsson jenis lama, tetiba nak upgrade kepada Iphone yang terbaru.

Dari pakai tilam spring yang biasa, tetiba nak upgrade ke katil yang spring dia kalau orang lompat kat sebelah kiri, orang sebelah tidak rasa apa-apa.

Dari pakai tv skrin besar gabak dan juga debab, terus nak pakai skrin nipis yang flat macam biskut kering.

Dari dok melancong dalam negara aje, tetiba teringin nak pergi ke luar negara. Kalau boleh yang ada salji, buleh amik gambar syok sendiri buat aksi terjun tiruk sampai patah kaki sebab ingatkan salji tu lembut..tapi rupanya keras giler..

Kenapa tidak..

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita akan cuba melangsaikan segala hutang-piutang yang ada. Kalau boleh jangan ada sedikit hutang pun di dalam buku 555 kita.

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita akan cuba menyimpan wang kita itu untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita buat amal jariah kepada yang sepatutnya.

Kenapa tidak bila kita kaya sedikit, kita plan nak pergi membuat umrah dan haji -- itukan lebih bermakna.

Dan oleh itu, saya bercadang, sekiranya saya kaya, saya akan cuba..

1. Melangsaikan hutang-hutang yang ada... kad kredit berderet -- hasil dari kegilaan Tupperware. Sebab itu sudah berbulan-bulan saya tidak membeli Tupperware, sebabnya saya nak bagi kad kredit saya suci, bersih dan segar..kakaka.. Jadi, kepada upline saya, janganlah stress kalau saya tidak memberikan pulangan kepada kalian. Sebab saya yang membayar interest setiap bulan bukannya anda, saya juga yang terpaksa melangsaikan hutang-hutang semua tu. Saya ni bukanlah peniaga Tupperware yang hebat seperti kalian. Dan saya tiada wang tunai yang banyak untuk membuat modal Tupperware. Hanya bergantung kepada kad kredit dan ini adalah tindakan saya tersengal buat masa ini. Huhuhuh...Dan saya adalah pengikut MLM yang sungguh tidak cerdik.. Maafkan saya ye. Saya tidak mahu bila saya mati hutang saya masih bertepek. Bukan kalian yang mahu tolong melangsaikannya. Tapi suami dan anak-anak saya. Dan roh saya pasti tidak aman. Hohoho...

2. Saya akan cuba untuk menyediakan tabung yang khas untuk saya ke Tanah Suci. Itu cita-cita saya yang sungguh lama. Daripada saya dok perabih duit gaji untuk bayar hutang kad kredit, adalah lebih baik saya terus simpan duit tu ke dalam Tabung Haji. Lebih afdhal. Cepat sedikit saya hendak ke sana. Itu pasal hutang kena kasi clear dulu.

Dan sesungguhnya saya berasa teruja melihat jiran saya yang tiada sekelumit hutangpun. Rumah dia beli cash, kereta pun cash. Dan paling memeranjatkan. Si suami hanya kerja biasa, si isteri hanya mengambil upah menjaga kanak-kanak riang.

Kata si isteri: "Akak tak suka la hutang-hutang nih. Pening kepala akak. Nanti tidur tak lelap mata. Akak kumpul duit sikit-sikit. Buat jualan kuih-muih. Ambil upah anak orang. Akak sewa rumah dulu pun kat kawasan rumah murah. Bila orang mengata, akak tak kisah pun. Biarlah orang nak kata. Janji akak tak pakai seduit pun duit mereka."

Ye, jiran saya tu bila anak dia yang paling kecil tu Tingkatan 3, barulah dia beli rumah secara tunai. Katanya, kerja sendiri..susah nak buat hutang bank. Jadi dia terus simpan duit dan beli cash aje rumah ni.

Dan saya sebenarnya tertarik dengan satu phrase yang berbunyi..

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang

Peringatan untuk semua orang dan juga diri sendiri nih.. huhu

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails