Monday, March 11, 2013

Kali ni Mak betul-betul salah!

Salam,
One day, saya call Omak menanyakan resipi  nak buat roti jala. Biasalah Omak tu kan ke Otai dapur, maka haruslah dia bagi resipi ikut suka dia aje.. Macam ni resipi Omak..sambil-sambil tu Omak cakap..

"Tak payah buat banyak.. bukan ramai pun rumah kau tu!"

Cit.. Omak lupakah anak Omak ni pon bole tahan selera gergasinya.. Maka Omak pon beri resipi cara Omak..

"2 cawan tepung saja sudahhh! Banyak-banyak tak habis. Lepas tu ko letak telur sebiji aje, letak serbuk kunyit sikit, garam bla..bla..bla... sudahhh!!!"

Haish.. tak puas ati la tengok resipi Omak ni.. Sebab biasanya Omak akan tambah-tambah apa yang patut.. Maka saya pun google la resipi. Memang lebih kurang sama, tapi semuanya menggunakan tepung at least 450 gram.

Maka saya pun adjust la ikut suka saya.

3 cawan tepung gandum
2 cawan susu full cream
1 sudu besar susu pekat manis
secubit garam
secubit serbuk kunyit
2 biji telur gred A
air ditambah sedikit untuk mengelakkan ianya terlalu pekat.

Kesemua bahan saya blendkan aje.. dan masukkan ke dalam botol roti jala! (Google aje kat web mesti ada gambar)

Dan saya pun mula menebar dengan riang gembira!

Ala tomey-tomey

Setelah siap, terus aje dihidangkan bersama kuah kari ayam. Memang lazat tak hengat.. Apa yang saya maksudkan bahawa Omak saya salah ialah kuantiti tepung gandumnya... Mana bisa cucu-cucunya yang kaki makan termasuk anak dan menantunya yang selera gergasi ini cukup dengan hanya kuantiti 2 cawan tepung gandum? This is kenottttttt...

Jadi, dengan ini saya menegaskan bahawa anggaran tepung Omak kali ini adalah salah! Titik. 

Balik nanti nak tepon Omak cakap.. kakakkaka

Anyway tengkiyu Omak.. (cakap tengkiyu dengan pantas sebelum kena cop jadi anak derhaka) Kui3x

Sekian, gudbai!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails