Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Lagu Tema Hari Guru 2013 : Transformasi Pendidikan Negara

Hari Khamis ni 16 Mei... hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga pendidik sebab hanya satu hari istimewa ini saja yang guru-guru boleh bergumbira.. kehkehkeh..

Dok browsing newsfeed, ada pulak member dok share link lagu tema hari guru for this year. Maka tanpa berlengah lagi ticer mendownload dengan gumbira. Terus aje salin lirik lagu sebab dok cari tak jumpa pun dalam website mungkin belum diuploadkan lagi. Tapi takpe.. ticer cekap dan tuntas.. terus gigih menyalin dan sapa-sapa nak copy dan paste pon dipersilakan. Esok sila berlatih okkk... So, video lagu ada dibawah ini. Boleh diconvertkan ke format MP3! Jadi leh main terus dalam player ok. Sekejap ticer bagi link video dulu. 



Nahai.. lazat jugak lagu dia ni. Lagu dicipta oleh Rosman Adam dan dinyanyikan oleh Stacy dan Hafiz. Aiceh.. ada kimia disitu.. kui3x

So, kalau nak convertkan ke dalam bentuk MP3.. sila klik link SINI!... Bila dah klik, pergi balik kat YouTube dan copy address diatas tu dan pastekan ke dalam ruangan yang disediakan. Dia ada bagi contoh, korang p tempek aje kat ruang yang disediakan. Then, kita akan ditanya nak download kah? Korang klik download saja lor.. dan kita akan ditanya lagi nak save kat mana.. haa.. ikut suka nak save kat mana, janji korang ingat kembali tang mana korang save tadi ok. Then...tadaaa.. esok bole praktis dengan gembira ok.

Nak lirik pulak? Adoi.. suma nak aje.. kakkakak.. takpe.. kita tak kedekut ilmu.. Nah hambek ni... Pergi kopipes dan bagi kat semua cikgu-cikgi disekolah memasing.. Jangan gaduh-gaduh..nanti ticer rotan. Kui3x

Lagu Tema Hari Guru 2013
Transformasi Pendidikan Negara

(P) Demi menjayakan
Masa depan Malaysia
Menerusi pendidikan
Berkualiti

(L) Di kota di desa
Ilmu dikongsi bersama
Membina potensi insan
Yang seimbang

c/o (L&P)
Ayuhlah kita semua
Bersama satu suara
Melonjakkan pendidikan
Bertaraf dunia

(L) Demi membangunkan
Insan kreatif inovatif
(P) Transformasi Pendidikan
Diutamakan

c/o
Bangunlah kita semua
Kejayaan di hadapan
Bersatu hati menjunjung
Hasrat yang utama


Ayuhlah kita semua
Bersama padu tenaga
Menjanakan keilmuan
Demi masa depan...
Malaysia...

Ayuhlah kita semua
Bersama satu suara
Melonjakkan pendidikan
Bertaraf dunia

(P) Demi membangunkan
Insan kreatif inovatif
(L) Transformasi Pendidikan
Diutamakan

Bangunlah kita semua
Kejayaan di hadapan
Bersatu hati menjunjung
Hasrat yang utama

Ayuhlah kita semua
Bersama padu tenaga
Menjanakan keilmuan
Demi masa depan...

Ayuhlah kita semua
Bersama padu tenaga
Menjanakan keilmuan
Demi masa depan...
Malaysia...
Malaysia...
Malaysia...

Pencipta Lagu: Rosman Adam
Penyanyi: Hafiz dan Stacy

Haa.. amacam? Sudah happy kah? Sekian.. selamat mendengar dan Selamat Hari Guru kepada kita-kita aje! Love love love! 




Sunday, May 20, 2012

Mark Zuckenberg kahwin sudah!!!

Akhirnya Mark Zuckenberg, pengasas Facebook berkahwin jugak dengan long-time girlfriend dia. Mereka ni bertemu semasa di Harvard dan bercinta selama 9 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan ini. Vavava.. besnye lar kan.. Tapi kalau kawen awal-awal hari tu rasanya dah boleh anak macam tangga Batu Caves.. akkakaka...  Bagus lar jugak si Mark ni, setia kepada yang satu kan. Jangan jadi macam orang-orang bajet glamer kat Malaysia ni, baru glamer sikit, terus tinggal gelpren.. Hampas tebu sungguh.. 

File photo of Facebook CEO Mark Zuckerberg and his girlfriend Priscilla Chan walking near Fuxing Road in Shanghai
Ni masa dating okeh.. nama gepren beliau ialah Priscilla Chan


Ini gambo kawen beliau.. owh..so sweet.. jutawan laki kamu...
Jadi sekarang ni Mark silalah tukar status kat Facebook itu okeh. Tamo tukar pon takpe.. akhak takde hal ponya.. kakakkak

Image Detail
Haa.. pilih pilih.. pilih jangan tak pilih.. kakakkaka

Congrats to both of you!

Picture credit: Google Search Engine

Monday, May 14, 2012

Bila PM buat aku terharu dan rasa disayangi..

A very good evening everyone, hari ni sekali lagi aku rasa terharu yang amat sampai nak menitik air mata melihat keprihatinan tuan PM kita yang disayangi. Betapa beliau sungguh mesra rakyat dan kasihkan kita semua sampai aku tak sanggup nak menidakkan kehebatan beliau dalam pentadbiran negara kita. Apakan tidak, semalam dia sudah kirim satu ucapan melalui Celcom.. tanjat okeh dapat meset beliau.. Hari ni aku dapat lagi.. 

Kau ada? Kakakkaa

Tapi kenapa ayat last story pasal Selangor? Aku  bukan orang Selangor okeh.. Sentap Mak Jemah doplo saat. Hoh.. Sampai atimu PM.. Apa kita harus sayang Selangor saja kah? Negeri lain tak yah sayang lah? Grrr..

Sekian, nak mandi dah.. Sentap jiwa. cit..

Sunday, May 13, 2012

Bila PM ucap Mother's Day kat aku !

Tengah dok busy nak turun tangga tadi, tetiba dapat pulak meset from the henpon.. Haish.. sapa la dok hanto meset ni. Tengok-tengok.. aloh.. kaco lar orang nak turun tangga. Memang beliau ni rajin anto meset kat aku. Tapi  kali ni mesetnya mesra alam sikit.. Ce tengok ce tengok.. Leh pitam mak jemah baca ok..

Piem anto meset kat aku.. kakakaka
Terharu okeh abe mulut merah mungil anto meset kat aku.. Macih Celcom sebab sudi menyampaikan hasrat beliau itu. Mesti abe Najeb penuh perasaan mencari nombot tepon ai kan.. Kakakak.. Harap2 Kak Mah tak jeles okeh..

Apa pun Happy Mother's Day to all extraordinary mothers out there.. tehehehe

Thursday, April 12, 2012

Bila kipas susah nak mati emo..

Masa Aaron Aziz menang hari tu kan ke ada orang tak puas hati. Ala.. retis suam-suam kuku la sapa lagi kan. Nak tau pergi google sekarang.. kakaka.. So, bila retis tu kuarkan statement kat twitter and later dekat blog, maka ramailah nyampah kat beliau.. ish.. Zed Zaidi la..sapo lagi.. adehhh..

Maka hari ini, fanpage Zed Zaidi telah dihack oleh peminat tegar a.k.a kipas susah nak mati Aaron Aziz yang lebih glamer dengan nick Aaronators. Dasat.. nama cam Terminator..kakakak.. tatot mak.. Ni betul-betul pailang ni.. kakaka. Macih Ostajah Nik sebab bilangin sama gue.. kakakka..

Tapi itu bukan Aaron yang suruh, tapi geng peminat beliau la yang begitu gigih menghack fanpage ZZ.. Kihh.. dasaton nih.. Cover photo terbaek.. I loike. Moral of the story.. lengkali jangan nak dengki naa.. (pesanan untuk diri sendiri jugak) kakakka..



Tedia.. somel.. tengok sini kalau dan

Sekian, macih...

Monday, April 9, 2012

Aaron Aziz menang sudah..

ABPBH baru aje melabuhkan tirai. Dan macam dah dijangka, Aaron Aziz atau nama glamer beliau sekarang, Mat Haron berjaya menjadi pemenang utama malam tadi.. Congrats ok. Dapat Teana lagi.. ko mampu? Kakakka

Tediaaa.. terus amek gambau kat Teana okeh.. I am Nissan Cra2y gitu.. kuikuikui..

Dan walaupun Pejal boiprenku tidak menang, takpe lah.. bertabahlah Pejal, anyway show hang pon kedasatan aku tengokkan sampaikan tak berkelip mataku memandang kearahmu.. Aku akan tetap jadi kipas susah nak mati ang okeh..

Hehu.. Kacak la rambut anda tu..

Dan tahniah to all pemenang jugak. Tapi paling tak bole blah ialah statement ini..

"Terima kasih kepada chenta hati saya..."

Apakah? Saja nak kasi panas kah?? Pffftttt...

I leb Pejal Tahir..

Picture kredit : sini dan sini

Sekian... sob.. sob.. sedih.. sob..sob..

Saturday, February 25, 2012

Santek kan kasut kawin Ana Rafalli...

Kalau nak tau, inilah kasut kawin Ana Raffali, baru dapat dari Twitter Neelofa. Kasut ni cik Neelofa tolong bikin dekat Ana. Vavava.. sungguh comel. Comel sebab apa.. sebab ada bling-bling. Aku kalau ada bling-bling ni dan-dan jiwa kacau, hati merintih pedih dan meruntun sayu nak jugak kasut camnih..

Sejak preggy aritu, mana le boleh pakai kasut tinggi. So, before back to work haruslah daku membeli high heels yang baru dan kerennnnn... So, nak cari kasut ala-ala camni.. atau..err.. Neelofa.. tulun design untuk I satu as my meletop gift bule? Kakakakka




Comel kan kasut ni.. pepel lagi.. vavavava...

Rasa nak pengsan.. sekian!

Friday, November 25, 2011

Tak jadi nak feeling Pejal.. kuikuikui

Yesterday when I bought that sunglasses Omak just kata..

"Ko pasal bergaya nombor satu!"

This morning masa nak pick up hubby terlihatlah gambar my late dad. Teringat sungguh kat my late dad sebab ye la hari ni his second year leaving us all.. Lepas tu terus gelak besor.. Omak heran dan tanya naper I gelak besor.. terus tunjuk gambar Babah..


Den kabokan kat Omak..

"Ceh..orang ingat orang dah stylo habes.. rupanya Babah stylo dulu dari orang.. kakakaka. Mak tengok.. Babah dulu pon pakai spek mata Pejal Tahir.. akkakak"

Omak pun golak.. siap menambah..

"Umah aku ni dah lama dah ada Faizal Tahir.."

Oh meng.. dis is kenoottttttt!!!

Pisan!

Feeling Faizal Tahir

Memang kita ni die hard fan (kipas susah mati) abe Pejal Tahir. Kalau tak kerana moncet, jaket beliau pun akan kucari dan pakai.. kakakka.. tapi oleh kerana kemoncetan sedang berlaku sekarang.. maka kita pilih spek mato je lar.. kakakka

Jadi, dok memburu spek mato ni memang dah lama dah.. cuma no time to look benda itu dengan siriussss. Then, kemarin dengan gumbiranya dapat bertemu dengan spek mato mantop itu.. Murah, tapi jadi la.. kakaka.. bajet ciputan.. kalau kaya leh rembat yang spesis sejibik okeh.. Sila jamu mato tengok spek matooo

Pejal..bolehkah anda sedekahkan spek mato anda pada saya? Kehkehkeh

Yeay.. bajet feeling cam Pejal Tahir. Arrpek pon kupaksa ikut beli seperti Pejal.. Kahkahkah.. Pakai waktu malam pon rasa vogue okeh.. kakakka

Jadi, amacam? Ada okeh kah? Ada macam abe Pejal kah? Kuikuikui..

Sekian, samat malam - Pejal Tahir...

Credit picca Pejal

Sunday, September 25, 2011

Syok la tu...

Tahniah lerrr..

Tahniah lerr..
Sebab ko berjaya merampas Norman dari Abby..

Tahniah lerr..
Sebab ko berjaya mendapat perkahwinan sponsor dari pelbagai pihak.. save budget seh

Tahniah lerr..
Sebab antara korang dapat GPS untuk hantaran, leh cari jalan pulang ke rumah dengan mudah.. agar tak tersasar ke rumah awek/balak lain plak.. kakkaka

Tahniah lerr..
Dapat anak instant, tak gaduh ko nak membesorkan perut ko dan alignment kompem tak lari.. Kompem laki kau pon syok laaa body dok mantop aje.

Tahniah lerr..
Sebab perkahwinan ko glamer sebab lepas ni leh letak segala menda dalam muzium.. mana ada pengantin lain dapat penghormatan begitu..

Tahniah lerr..
Lepas ni tak yah le ko usung tilam bantal ko kat opis si Norman.. dapat katil empuk terus.. nak lagi empuk.. ko cari le sapa-sapa yang boleh sponsor set bilik tidur.. muahahha

Tahniah lerr..
Dapat wang hantaran sampai puluhan ribu, leh simpan wat pegi haji.. kuikuikui

Dan tahniah lerr jugak..
Kerana kini kau bebas dari membuat dosa tak tentu pasal.. sekarang ni nak pegang, raba dan peluk cium pon dapat pahala tau... Semoga korang berdua tidak lagi membuat kesalahan macam ni di masa hadapan.. Jangan jadi bodoh dan bangang lagi..

Sekian, terima kasih...

P/S: Bes kan sajak aku? Kakkaka

Tuesday, September 13, 2011

Apabila Ms Angola menang Miss Universe 2011

Ms Leila Lopes

Ada orang gumbira, ada orang dengkis bila Ms Leila Lopes dari Angola menang. Aisey.. apa daa..biar la dia nak menang pon. Bukan ke cantik tu subjektif. Takkan le asyik orang putih gebu je menang. Apa hengat orang gelap kelabu dan rentung ni tiada harapan ke nak menang. Yang penting wajahnya exotic, unique dan juga arif lagi bijaksana.

Kalau takat muka putih gebu tapi otak kosong buat apa. Buang karan aje. Orang tanya lain jawab lain. Oleh itu, tahniah la kepada Ms Leila Lopes sebab berjaya menjadi juara buat julung-julung kalinya. Orang kulit putih sila jangan vontot luka sebab geng korang kalah. Kahkahkah!

I am sure the people of Angola must be proud of her. Hehehe.

Err.. waiting for Malaysia to win someday.. Entah bila ek..



Sunday, May 8, 2011

Ini Tidak Adil!

Sebelum baca sila tutup mata rapat-rapat tatkala scrolling kat gambar..kakaka

Saya memang die hard fan Faizal Tahir... Jadi masa Faizal Tahir kena banned dulu hanya sebab dia membuka butang baju di khalayak ramai, dia kena banned dari buat show selama 3 bulan selain dari kena membuat khidmat masyarakat dalam masa kena banned tu, dan tidak boleh beraksi dalam Juara Lagu peringkat akhir.. perasaan sungguh kecewa saya tatkala melihat orang lain yang membawakan lagu beliau..sebab saya rasa suara saya best lagi dari suara pembawa lagu Faizal tu..hua hua hua..

Gambar ini yang membuatkan beliau digam.. tu la kan..tayang sangat pwot moncit.. kan dah kena gam..sedih..sedih.. Err.. spenda Superman gak ka? kakakka

Tapi saya faham juga sebab dia nak jadi macam hero kat bawah ni...

Kekekeke.. I oso leb dis guy! Heh heh..


Dan hari ini saya terkejut badak lagi...bukan kerana Faizal Tahir kena gam lagi.. tapi kerana artis ini pula melakukan posing yang begitu dasat..

Oh meng.. ini tayang badan juga... leh kasi orang merembes..

Jadi, adakah dia akan dikenakan tindakan tatatertib seperti digam dan juga wajib melakukan kerja amal selama berbulan-bulan hasil tindakan tayang badan seperti ini? Oh.. mungkin tidak..sebab dia tak tayang betiknya.. Mungkin juga kena gam mungkin juga tak kena gam... Kalau kena juga, mungkin gam tak kuat la.. gam kanji aje kot..kakaka

Kakaka.... gelak bosan nih..

Sungguh tidak adil..
Sekian, macih..hoh!

Sunday, April 3, 2011

ABPBH - Male Singer goes to...

Jeng jeng jeng..


Oh..anda nampak tembun dalam ini gambar.. kekekek. And dia speaking london dengan dasat sekali..mesti Mak Merah bosan..maklumle bukan peberet dia..akkakakka..Nasib baek menang..

Hoh.. penyanyi wanita dapat kat Ana Rafff?? Oh.. bio lah.. janji Pejal menang..kakakak. Kot mana pun, nasib baik ini malam dia nyanyi Ok dan tak ngada2..sebutan ada peningkatan.. kalau tak mau aku sakit tinger lagi.. panjang sangat ucapan ko ni AR oitt..akkakaka.. teruja sangat nampaknye anda..

Eh..silap lak..kakakak..aku hengat si AR menang penyanyi fofular...dia kategori mana eh..kakaka.. Seb bek Yuna menang.. yeebaa Yuna.. your speech is short and sweet, takde bebel2 okeh.. I loike..

Congrats to all winners yo!!! Juara keseluruhan tak tau lak lagi.. Karang la gue update..ehhehe

Ok..dah dapek pemenang dia.. SHAHEIZY SAM! Vavavava..dasatttt.. apa pun dia memang layak okey. Lakonan mantop dan hidup aje.. semoga beliau terus suksess!!!

Sunday, March 27, 2011

Our Video sudah siap!

This year sungguh over la. Maklumlah nak bagi genap 10 tahun is not an easy task. Huhu.. Banyak betul pahit manis, asam garam suma kitaorang dah lalui. Nak citer banyak-banyak kat sini pun payah. Cuma the close family members and friends know about our hot and spicy for the last 10 years. Our anniversary pun lama lagi actually. Kuikuikui. Tapi saja buat awal sebab takut tak dapat date. Maklumler photographer, Incik Asmady Ahmad sungguh the bizi man. Kena rebut awal baru boleh. Dua kali tukar date baru dapat bertembak-tembak dengan dia. Hoh! Kuikuikui

Jadi, meh layan ini video. Don't worry, bulan September kita bagi main lagi sekali. Kakakka..

Sebelum sleep, cuci mata dulu noh :p


Ubeee.. sila dengkis.. kekkekeke

Kot mana pun, aku berdoa semoga jodoh kami dipanjangkan hingga ke akhir hayat..aminn..

Tuesday, March 15, 2011

Sorry Faizal Tahir! (-_-')

Terkesima tatkala mendengar lagu Anuar Zain - Sedetik Lebih yang menjadi OST untuk Hikayat Merong Mahawangsa..

Sapa dah tengok itu story? Aku belum berkesempatan nak menonton lagi. Huhu.. Banyak betul list wayang nak kena tengok. Tapi dalam banyak-banyak tajuk dalam list tu, aku rasa HMM ni aku kena tengok kat wayang jugak baru puas hati. Nak tunggu cetak rompak hat gambaq elok agak lama la nak kena tunggu. Kakakkaka.. Jadi, jangan risau ye KRU..I akan tetap sokong you..seperti I sokong you masa I kat sekolah menengah dulu.. kuikuikui

I leb KRU..eh..Anuar Zain.. kakakaka..

Err..err..sorry Pejal Tahir.. I terpaksa berpaling tadah buat masa nih. Kaakkakakaka

Nah.. amek ni video yang sungguh buat aku terpana tiap kali dengar dan tonton. Huhuhu


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Lirik sedetik lebih di http://liriksemualagu.blogspot.com



Saturday, January 22, 2011

Tahniah Ayu Raudhah!



Aku bukan pernah jumpa pun Ayu Raudhah ni, tapi minat kat dia sejak dia berlakon citer Manjalara. Kehkehkeh. So, beberapa puluh jam yang lalu, Ayu telah berjaya menamatkan zaman bujang beliau bersama pemain bolasepak tanahair yang agak nak suam-suam kuku tu.. (kang ada yang sentap kang)

Anyway, apa yang aku suka ialah ketereran Incik Asmady Ahmad mensnap gambar ni dengan profesionalnye. Hrmm.. naperlah tak jumpa Incik Asmady awal-awal, boleh dia amek gambo aku masa kawen...akkaka. Sapa-sapa nak kawen bolehlah mengadd beliau di pesbuk. Cari aje nama dia macam kat gambar tu, mesti dia layan punya. Hehehe

Dalam pada tu, terselit jugalah gambar kakak beliau (Ayu Raudhah la..bukan kakak si Asmady nih!)-- Rozita Che Wan si bulu mata pelesu. Oh meng! I love you fake eyelashes. Selalu berusaha gigih nak pakai bulu mata pelesu macam you tau...huhuhuu.. Masih gagal lagi! T_T


Gorgeous isn't she!

Jangan la ko boh botox kaaa, pi ubah sana sini ka.. sahih buwoks nanti.. skarang ni pon you dah gojes giler dah... so, jangan cucuk-cucuk noh.. sentap I kang..kakakak

Dalam mempromote gambar Asmady Ahmad nih, meh aku tunjuk lagi gambar post-wedding biras aku punye sister. Pergh...merembes!


Ngalahkan artis ko ni Pn Mira oit...kakakak


Santek kan.. yang ni bukan artis okeh.. kekekke


Dan iniiiii.... sungguh somel.

Ada banyak lagi gambaq comel. Just go and find this one fantastic guy.. kat pesbuk!

Sekian, terima kasih..

Eh.... lupa nak wish..tahniah to both pengantin.. (Ayu and Amirahanin)! Semoga kekal hingga ke akhir hayat..Amin..

Sunday, January 9, 2011

Who Will Win?! Pejal Tahir opkozzz!!!



I hope that you will win tonight my SUPERHERO!!!!

He will be performing tonight at Anugerah Juara Lagu!

The songs selected are as below!



and also...



Prepare yourself for his meletops performance tonight..

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH..pisan!

Monday, December 20, 2010

Cuci Mata Layan Orkid di Laman Orkid. Cepat woi..sementara stok masih ada..kakaka

Oh ye, kalau sapa-sapa yang berada di sekitar Alor Setar bermula 17hb sehingga Krismas, boleh la pergi ke Stadium Alor Setar untuk cuci mata dan cuci poket dengan penuh semangat kebungaan untuk berorkid kat rumah. Harga yang ditawarkan bolehlah dikategorikan sebagai suam-suam kuku. Nak kata mahal tu, tengok spesis bunga juga, nak kata murah tu...kirim salam lah..akkakak.. Contohnya macam pokok bunga kekwa, kat Melaka dalam RM5 sepasu, kat sini RM8. Omak kata.. baik beli kat Melaka. Huhuhu.. Seb bek Omak ada sebagai penguatkuasa harga bunga-bungaan sebab Omak rajin beli bunga. Kalau takde Omak, musti aku dah kerugian besar membeli kekwa yang cumil! Kakaka

Pameran Laman Orkid ini bermula jam 9 pagi sehinggalahhhh 9 malam. So, ada time lagi... boleh layan..


Pokok ala-ala bonsai tu dia kawinkan. So, dalam satu pokok ada banyak kaler lah. Cumil.


Orkid memang peberet Omak. Hehehhe


Kalau nak murah, beli yang dalam bakul tu. Takde bunga lagi. RM 6 sebatang. Nak tau warna apa, just tengok contoh bunga yang berdiri di hadapan bakul.


Yang ni pun ada dijual. RM baper tak hengat pula. Sesuai untuk tanaman yang jenis menjalar.


Jangan kata SKII aje ada miracle water... pokok pon ada Miracle Tonic tawww.. sila beli untuk memanjangkan jangka hayat pokok anda.

So, apa lagi, pergi la menyopping! Gaji dah masuk dah kan..akkaka

Hikayat Merong Mahawangsa terbaek!

Melayan Youtube sekali sekala memang la syok. Dari tengok short clip lawak jenaka Melayu ke Jepun ke sampai la ke video klip hantu. Kuikuikui. Dua hari lepas, pi kat Abang Nara punya blog dan tertengok la trailer movie Hikayat Merong Mahawangsa. Tak perlu tengok pelakon aku dah tau sapa dia mamat ensem tu. Kakakka. So, aku pun terus layan trailer tu kat Youtube. Ngehehe.. Oh, sudah ada fanpage untuk korang klik kat pesbuk ok. Sila like movie tu kat sini.

Filem terbitan KRU dan dibantu oleh Mosti, Epic Pictures dan Malaysian Philharmonic Orchestra ini akan ditayangkan pada Mac 2011. Filem pesen ni baru la ada harapan untuk pecah panggung. Dan menurut blog Abang Nara, filem ini akan ditayangkan di 60 buah negara. Barulah awesome! Setakat 80 panggung dalam Malaysia apa la sangat..kahkahkah!

Kalau nak tau lebih lanjut boleh layan dia punya website di sini.

Nah, layan trailer dulu...


Tuesday, May 18, 2010

Hari Guru - Hari Kita!

Ada orang tanya naper lak nak kena ada Sambutan Hari Guru -- kan ke dah ada Hari Pekerja. Haiyoo..susah mau jawab ini soalan. Korang jawab la sendiri ye..kuikuikui.. (sebab sekang takde mood nak cari jawapan untuk soalan yang sengal macam tu..akkakak)

Masa hari Ahad, 16 Mei bersamaan Hari Guru, aku bertugas pulak hari tu. Haiyaaa.. aku tak hengat apa topik aku kena sampaikan. So, aku belasah aje la, dalam otak dah ready tema Bertanggungjawab ke apa ntah... Sampai skola, pi kat bilik SU Peperiksaan dan pinjam takwim.. Tengok-tengok..naahhhh.. tema Kasih-Sayang.. akakkaka..kacang goreng ini.. So, pi nengok la PA System etc. Dah habis buat sound check suma tu, cikgu-cikgi pakat dok kat depan tapak perhimpunan lama. Oh.. kerusi tarak.. Kerah pengawas amek kerusi-kerusi nak bagi cikgu-cikgi duduk. Clear.. Then, bermula lah perhimpunan pagi. Time turn aku berucap.. aku goreng ikut suka aku la..akkaka..

Tips jadi guru bertugas:
1. Pastikan sound system berbunyi elok dengan cara gunakan mic untuk arah bebudak beratur..akakkaa..padahal nak dengor suara bes ke dak..akakkaka
2. Bila berucap, eye contact penting.. pandang suma arah.. jangan pandang kat budak aje, pandang cikgu sama..leh detect cikgu mana tak pay attention..akakkaka..jahat aku nih...akakkaka..
3. Unsur kecindan jangan lupa. Sat gi budak boring, tentu tak tumpu perhatian.. kalau budak tak tumpu.. jenuh korang nak suruh depa diam.. so cari story yang berkaitan dengan diri depa, so that, depa akan menyelami apa yang kita cuba sampaikan..

Tu je tips untuk kali ni.

Ok, sambung lagi..akkaka..
Masa hari guru, macam-macam acara ada. Games dah tentu la.. dan para waris kali ni jadi tukang masak. Sedap giler depa masak..akkaka..macam ni baru la waris mau datang.. Ada agenda masak-masak..lepas masak leh mamam.. baru la aci.. akkakaa..

Lepas rehat, suma pakat dok kat dewan..it's show time!!!

Kumpulan aku yang ditunjangi oleh Razak, Man, Nurul, Rosma,K.Ha K.Umi, Poji, Nah and Ammar telah sepakat untuk membawa lagu Mentera Semerah Padi by M.Nasir. Suma tanak berlakon sebab kena hapal skrip.. Tamo nyanyi sebab takut sora tak sodap.. so, amik jalan tengah.. dua orang nyanyi, sorang jaga lagu, yang lain jadi penari latar.. Hahhahah.. Senang citer.. Kakkaka..

Razak jadi pelakon tambahan terakhir yang kami tarik jadi Hang Lembing.. sapa soh tamo datang latihan..akkakaka..kan dah kena jadi Hang Lembing..Kuikuikui.. Nasib baik beliau terer bab berlakon on the spot ni. Dasat2..akakka.. Kiranya Kumpulan we oll ni happening giler sebab suma muka seposen naik atas pentas and nyanyi selamba rock sambil nari ala-ala Red Indian.. Sayang sekali, pada awal rakaman, Mat Ding ni saja sabotaj video we oll..ciss ko Ding..aku sumpah jadi lembing baru tau..akakkaka.. Takpe.. beliau tak sengaja..(ya ka?) Oleh kerana ketereran beliau mengambil gambo sampai terklik butang forward telah mengakibatkan persembahan kitaorang agak kelam kabut jadinya.. padahal takde apa pong.. kakakak..ciss ko Ding..siap ko sok..akakkaka

Takpe-takpe..Anyway, thank to Cikgu Zainudin sebab sudi gak tulun amek video we oll yang meletops nih..akkakaa.. So, people.. saksikan persembahan dari kumpulan C.. Sila gelak guling-guling ala tenggiling bila nengok bab butang terforward tu ye. Huhu..



Okla.. sekian tima kacih.. (berlalu dengan malu kucen) Kakkaka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails