Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

10 Fakta Menarik Tentang Wanita, Kehamilan dan Kelahiran

Dapat fakta ni pun daripada link LifeFit.my dekat facebook actually dan ianya memang menarik untuk dikongsi bersama..

(Feel free to LIKE, SHARE & TAG ♥ )

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Copyright© LifeFit.my <-- Sila klik utk tips2 berkenaan kecantikan, kesihatan, kehamilan, berpantang dan menyusu (Jangan lupa LIKE page LifeFit ya!)

Harap-harap article ni memberi manfaat kat readers okeh.. tatas..

Me and Hyder on the way to the clinic...

Thursday, February 2, 2012

when 1.2.12 equals to 4...

I am number four!

It was the 31st January, I was feeling uneasy and I thought it was just a minor problem.. ececece..speaking London.. kakaka.. Rasa macam.. hmm.. maybe dok buat keje banyak kot masa kat library, jadi takde la nak syak apa-apa. Masa balik skola and waiting for the kids sempat titon masa tunggu Adam.

Ini picca taken by Nopal as I was waiting for them bersiap nak ke kelas KAFA. Salin baju dalam kete and lepas tu bagi makanan dan jalannnn.... Time ni apsal ntah letih tak hengat nunggu Adam abes Mandarin class dia.

That evening rasa memang tak larat and asked Encik Hubby to pick the kids from KAFA dan I entertained my niece dengan bawak dia pegi makan kat kedai depan rumah tu.. Kehkehkeh. That nite leh lagi layan pesbuk tapi titon awal plak.

On 1.2.12.. at 3.30 a.m. Kita terus bangun.. Rasa sakit tak hengat and I tot it was sembelit. Cuba dok ingat tang mana letak obat sembelit because last week dapat ubat tu sebab komplen nak buang air susah. Tapi dah time-time camtu malas nak cari.. jadi pi toilet je lar.. Ulang alik every 10 minutes..

Dalam 4.00 a.m. Encik Hubby bangun sebab tengok kita asek mundar mandir keliling bilik and asked me to sleep and promised nak bawa p klinik early in the morning. How to sleep meh.. bila baring je macam kena karan so bangun ok.. Adeh.. time tu I just cried softly. Encik Hubby just rubbed my back and pujuk me saja. Time ni dok pergi toilet tanpa henti but nothing came out..

Around 4.30 a.m. I was crying again and again. Encik Hubby asked me to sod bo ro sebab dia kata takkan nak pegi spital at this hour dah la Salman pun tengah demam. Adeh.. so I just nonggeng tepi katil to make myself comfortable. Nonggeng macam orang frust nonggeng gitu.. kekeke.

Dalam 5.15 a.m. terus Encik Hubby called INS and informed about my condition and they asked us to come immediately. Tapi barang apa pon tak pack lagi sebab aritu doktot kata lagi 2 weeks.. so kitaorang macam.. alaa.. still got time.. relax meh.. Jadi took time to pack things and the kanak-kanak riang yang sedang lena diulit intan tu.. Call rumah MIL and soh adik ipo bukak pintu sat gi nak p letak kekanak riang disitu.. kehkehkeh..

Jadi lebih kurang kol 6.30 baru la sampai ke spital ok.. Bila sampai eh..takde orang kat kaunter.. terus tekan loceng kecemasan...cit.. Pak guard tu dengan gagah perkasa datang dan terus aje call nurse kat Level 1. Bila naik Level 1, kita ada sedikit sedu sedan sambil dok tolak dinding tahan sakit ok.. sebab nurse tak bukak lagi pintu bilik bersalin.. Lepas dah bukak tu, terus nurse soh masuk dalam tuko baju, bukak segalanya. Sambil salin baju sambil buat senaman (baca:tolak katil pulak nak tahan sakit..kakakak) Lepas dah tuko terus panjat katil ok..

Nurse datang dengan sarung tangan dan memulakan operasi matematik di bawah situ...

"Ok.. dah buka 8cm.. u want epidural?"
"Apsal cepat benor bukaknye... tak amek tak leh ka?"
"Ini anak u keempat right.. tu pasal cepat.. Tanak amek pon boleh..tapi I tengok u tak tahan sakit.. at least u can relax kalau amek. Sudah makan? When was the last time u eat?"
"Err.. dalam 7 p.m yesterday.. I makan kuew teow kungfu dengan fresh oren (menu tak hengattt)."

Dalam dok berfikir sambil layan kesakitan yang tanpa henti menyerang ni, I said..

"Ok.. "

Eh..cepat aje si doktot bius latang.. amboih.. laju noh.. kakakka. Tapi kita rasa masa bersalin Salman, itu doktot perempuan Chinese tu buat lebih smooth dan tak sakit langsung.. Ini doktot bius lelaki ni buat a bit kasar and I don't like it at all.. hoh!

A few minutes later dah start kebas kaki.. then tak rasa apa dah. Ok..hepi.. Encik Hubby masuk sebentar and tadaaa.. amek gambo I..

Tadaaa.. takde mood mo smile ok. Sebab br nak rasa lega sakit.. My sis gelak cam haper when I sent her this picca katanya sempat lagi kita mekap.. Kita balas balik.. harus lah vogue..padahal berangan kot2 mekap dapat gegirl.. kakakakak

Then, the nurse put this thing on and asked me to take off the bracelet.. Hoh.. time ni my hubby was not around sebab dia p solat Subuh plak.

Dalam pada tu, sempat la kita berSMS dengan geng-geng skola, family and frens telling them that I am in the labour room (mementang amek ubat tahan sakit.. dan-dan leh main SMS ngan orang.. ce kalo tak amek.. kompem henpon kena baling terus ok..kakaka)

Sambil-sambil tu perut kita dibelit dengan belt nak cek jantung bb..
Nah..hasilnye di sini. Sungguh bising ok jantung baby.. Hihi..

A few minutes later, kena pindah room lain sebab ada orang nak bedah perut..amboi sampai dua orang patients nak bedah.. kita pon doa jangan la kena bedah.. sebab..

1. Nak jaga is leceh..
2. The bill will be double ok.. kakkakak.. harus jimat dan jimat.. kitakan nak pegi slimming center lepas ni..akkakaka

Then, nurse datang tanya...

"Berat baby last cek berapa.."
"3.2kg.. and it was last week.."
"Ok.. "
"Don't worry, my first baby was 3.8kg.."
"Wah.. so takde problem noh.."
"Stakat ni takde la.."

Dan terus mereka bawa masuk ini plak.. Dua benda ini diletak di kiri dan kanan katil kita.

Ye.. ini adalah tempat letak kaki.. a.k.a ngangkang ok..Jadi takde la kaki u ols letih nak bukak luas-luas..ngehngehngeh..

Then around 10.00 a.m. tetiba rasa sakit kat pinggang.. Haa..mula la kita tensi sebab kata tak sakit.. masa Salman memang tak rasa sakit apa pun.. Tapi kita tahan le jugak.. dok hengat sikit aje.. and the nurse broke the news..

"Kepala baby dok tinggi sikit la.. lepas tu dia dok senget.. jangan teran lagi ye.."

Polak... gimana ni? Gue suda sakit..

Dalam 10. 39 kot.. Fathique call plak.. Kita tengah kritikal leh call plak.. adeh.. tapi layan cakap slow mo aje.. Fathique punye la heran sora kita pelan.. tentu le pelan.. dah tengah tahan sakit.. sat gi kita jerit kompem pisan.. kakakak

Then, doktot bius tadi datang, tukarkan hat air tu dengan obat kaler putih.. and I was SMS-ing hubby to get into the room now.. dia kata nurse tak panggey lg.. ok..malas nak layan dah.. time tu cam pening lalat.. Entah jam baper tetiba nurse gerak..

"Puan.. baby dah keluar"

Eh..bila masa plak kita teran dia kuar eh.. kompius kompius..

"Did u vacuum the baby?"
"Eh.. tak.. u teran.. tapi u tak perasan kot sebab kami bagi ubat tido"

Eh.. polak.. dis is magik ok.. Tau-tau je kita sleep kembali sambil nampak itu doktot ensem dok jahit apa ntah.. kesskesskess.. Sambil-sambil tu dok dengaq la sora hubby kot luar.. hoh nyampah..

Then, hubby datang balik and the nurse brought the baby along.. baru la nak amek video..ceh.. Lepas nurse keluar hubby bisik..

"Tq sayang. I love u so much" sambil kiss on my forehead.. Cair terusss... tak jadi marah.. cit

Then, he went out to his mom's house nak tengok the kiddies plak.. Datang kembali with the food dan my lunch dalam kol 2 pm. Dari kol 3.30 tak makan.. so bila makan macam tak hengat donia.. oh men.. bahaya ni.. kuikuikui.. Lepas mamam teruss.. sleeping beauty ok.

Beauty la konon...

And the kids pon tido secara berjemaah dekat spital.. sebab tu saja amek single room jadi tak gaduh share ad ganggu dengan orang len.

Siap ada sofa bed kat sini, jadi muat la depa tiga orang.. Papa depa tido on the floor with the comforter. Kesian boipren gue.

And today around noon, baru leh discharge. Teruja amek si kecit ni..

Kecit-kecit ada rambot pacak ok..

So, ini first stop lepas kuar spital. Rumah MIL, bawa jumpa my FIL and he recited a few doas for this little boy.

Duduk sekejap aje sebab kiddies excited nak pulang rumah. My MIL pon tak sempat nak jamu mamam..kekeke..

Sampai rumah terus aje la Encik Hubby kemas the bilik penuh perasaan so that we can relax in the room comfortably.. TQ Lalink...

Ok.. tu je biter buat hari ni. Penat suda.. ini budak kecit asek nak nenen saja.. adeh.. lepas dia pisan baru kita leh online ok..

TQ for reading.. Nite2

BTW, birthdate baby santek kan. 1.2.12. Tehehe

:D

Saturday, January 7, 2012

Bila dah masuk musim ketiga..

Ini musim ketiga bukannya macam program realiti ke apa ke, tapi ini cerita tentang my pregnancy yang dah masuk the third stage. Bila dah masuk 3rd stage ni, kita pun dah mula alert dengan segala tanda-tanda yang berlaku dalam badan. Opkoz the baby pun gerak tak hengat dunia sampai bergegar-gegar perut kita. Hengat nak amek video tapi boipren kata.. bole nak amek tapi tak boleh tunjuk kat readers.. sebab orat.. kehkehkeh.. So, amek untuk simpanan sendiri je la ek. Kalau nak tengok camna baby kasi perut tu bergoyang, pergi kat youtube aje.. berlambak-lambak video baby kasi gegar perut..

Once bila dah masuk third stage, memang super tak larat. Dengan perut besar cam ikan paus, dan juga urat disitu mula sakit-sakit due to the size of the pewot, jadi jalan pun slow motion aje. Kita teringat masa first pregnancy.. jalan laju aje sampai hari nak bersalin.. takde lah slow motion macam ni. Doktor kata itu perkara biasa bila dah ramai anak. Ok.. tetiba rasa macam ramai pula anak. Padahal mak kita dulu anaknye lapan. Kita baru nak masuk empat dah rasa macam.. owh.. meriah ok!

Selain dari kesukaran untuk berjalan, nak solat pun amek masa. Bila sujud dan nak diri balik rasa macam... grrrr.... okeh.. kena kuat semangat.. boipren kata duduk pun takpe.. tapi kita rasa selagi larat, kita mesti bangun la kan. Hihi. Lepas tu cam mengah pulak..

Then, operasi membuat lawatan sosial ke toilet adalah satu perkara yang amat disukai bila dah masuk third stage. Sometimes, sejam tu ada lah dua kali masuk toilet. Waktu malam memang suffer a lot. Orang lain enak-enak tiduran, kita asek ulang-alik masuk toilet. Tak termasuk kaki cramp dan sebagainya. Then pewot dok buat mengeras pulak.. adeh..

Lepas tu sensitip tak bertempat kengkadang. Ada skali tu boipren dok tertinggi suara.. terus aje meleleh air mata kuor tanpa henti. Siap masuk bilik dan kunci okeh.. Yang boipren pun tak reti-reti nak pujuk. Kita tunggu la kot-kot nak knock the door ke haper ke.. kim salam.. sungguh tak romantika la boipren I nih.. Delete buang baru tahu. So, please ye boipren.. u jangan nak tinggi-tinggi suara ngan I skang ni.. I kalau emo abes satu rumah okeh! Bila bukak pintu, tengok sedap aje dia titon kat hall. Oh meng.. dis is kenot.. mana sempat je nak bukak kilang taik mata.. lupa nak pujuk I yang gojes nih. Hoh! Bila pagi tu tanya, dia kata kat kita pulak.. Mama ni asek nak merajuk aje.. Choy.. sentap lagi okeh! >.<

Kaki kita pun dah mula dah membengkak. Hari tu belah kanan aje bengkak.. kali ni dua-dua bengkak okeh. Kita rasa maybe disebabkan high BP tu pasal jadi camtu. Oh meng.. bila nampak stars, terus aje kita dok releks.. sebab dah biasa dah pengalaman everytime ngandung mesti ada nampak twinkle-twinkle little stars. Kalau pergi spital, kompem kena tahan. Tu yang malas tu. Rasanye kalau kena tahan, lagi tinggi BP sebab tak boleh nak rest langsung. Tiap-tiap jam misi datang lawat, lepas tu kena pakai belt nak monitor jantung baby. Adeh.. tamo tamo. Dok rest kat rumah je lar..

So, sekarang ni dok tunggu date the next appointment on the 22nd of January. Rasa macam nak request kat doktot, plis doktot, I nak bersalin sekarang.. sebab tak larat nak bawa badan. Memang tak larat sungguh lah.. Nak kuar kereta pun takes time, jalan takes time, pi kantin pon amek masa nak jalan.. adoi larrr..

Oklah, kita nak rest sekarang.. So, ini picca I took a few days before New Year kot.. Haish.. tak ingat lah.. Takpe.. janji nampak perut so big okeh..

Amacam? Big kan? Leh lawan Bik Mama okeh.. Ini my son yang snap the picture. Siap suruh dia amek the second time sebab the first picca tu nampak lengan tu debab bebenor, bila amek kot depan sikit, kureng le kedebaban okeh.. kakakkaka

Sekian, doakan yang baik-baik aje untuk kita okeh.. kehkehkeh!

Saturday, September 24, 2011

Diary I Am Number Four! (Siri 3)

Helloooo!!! Eh.. silap.. Assalamualaikum.. hikhik.. Saya tidak bernama lagi.. Tapi tadi saya dengar Mama kata kat Papa..

"This time nama baby kena ada huruf A ngan S"
"Naper?"
"A tu nama abang.. S tu nama Syah laa.."
"Ok.. Abdul Salam"

Ewwww... Papa kijam! Mama gelak tak hengat donia.. Eh eh.. tak aci sungguh. Nama abang-abang saya semuanya glamour aje. Ada tu macam nama artis tau. Kenapa nama saya Abdul Salam? Hari tu Mama kata nak letak Fattah.. Oh.. sungguh sedih. Sampai macam tu sekali Mama frust.. Saya pun nak merajuk lah. Huhuhu

Sekarang ni saya dah berusia hampir 20 minggu.. errr.. lagi dua tiga hari cukuplah 20 minggu. Bila usia saya 20 minggu, saya dah pandai swimming dalam perut Mama. Hikhik.. Bes tau.. perut Mama besar sangattttt.. Luas saaanggatttt.. leh pusing-pusing macam...erm.. macam apa ye benda pusing-pusing.. Entahla.. saya mana tau.. dok dalam perut Mama ni. Tapi saya suka kick perut Mama.. Mama selalu gelak kalau saya kick perut Mama..

"Eh.. baby kick perut.. ehehe... good morning baby.."

Kadang-kadang Papa tanya Mama..

"Baby aktif ke hari ni?"

Terus aje saya kick lagi perut Mama..

"Oh.. baby just kicked me.. aktif la tu.."

Terus aje Mama dan Papa gelak sama-sama.. Eee.. syoknya dapat dengar suara Mama dan Papa. Tak sabar la saya nak keluar dari perut Mama. Leh tengok semua orang!!!!

Oh. Lagi satu, mengikut Baby Gaga on Facebook, sekarang ni saya sudah mengeluarkan poop saya yang pertama.. hihi.. terer kan saya.. yak yak buat kali pertama.. Mesti wangi.. hihi..

Err.. okaylah.. saya nak sleep nih.. Samat malam.. err.. saya pun tak tau masa sekarang ni apa.. hihihi.. gelap aje sepanjang masa..

C U in few months! Love you Mama and Papa!!!!

Aaa.. ngantuk la saya

Gambar pinjam

Thursday, September 22, 2011

Hidung clown (-_-')v

Tak tahulah kenapa setiap kali kita pregnant, hidung mesti jadi kaler merah. Umpama clown la kan. Haish.. tensi tau.. nak kena letak foundation lebih sikitkah kalau nak cover kemerahannya itu? Pening-pening. Itu belum cukup lagi tau. Nanti nak dekat sampai time, idung akan jadi kembang pulakkkk.. time tu memang tak menarik langsung. Tak mau amek gambarlah tatkala masa itu tiba. Tensi-tensi..

Ini last month ok. Tak merah lagi pun..

Ini last week kot.. Hehu.. sunggguhhhhhhh clown.

Oh Arrpek, kalau ko musykil apsal tudung akunye awning ni pelik aje..
Jawapan: Boipren tetiba rajin tolong basuh baju habis dia masukkan ke dalam mesin basuh tudung aku ni okeh.. Oleh yang demikian.. jadilah awning aku seperti keropok lekorrrr.. Huwaaaaaaaaa

T_T

Monday, September 19, 2011

Diary I Am Number Four!

Oh, kelmarin Mama and Papa pergi jumpa doktor lagi. Kali ni doktor nak sahkan sama ada saya ni akan join the Boboi Boy team ataupun Princess team... Heee.. berdebar lak saya. Kenapa saya berdebar pulak. Mestilah berdebar sebab saya pun tak tahu apa beza Boboi Boy dengan Princess nih. Sebelum sampai, Mama sembang ngan Papa.

"Bie rasa macam mana?"
"Rasa macam girl.."
"Hish.. "

Bila dah sampai, terus ambil number. Sebelum masuk bilik doktor, nurse panggil Mama untuk pergi bilik lain. Nak cek darah tinggi dan berat badan. Oh.. nurse terkejut tengok berat Mama naik mendadak. Masa bulan puasa, turun sekilo. Lepas raya naik 5 kilo! Mama rasa macam nak pengsan. Lepas tu tekanan darah mama diambil pula. Lima kali nurse tu cek. Mama ada darah tinggi! Kesian Mama. Mungkin sebab pekena ikan pekasam rumah Mak Tok tadi. Oh sungguh sedap. Saya pun dapat rasa juga apa yang Mama rasa.. hehehe.. Memang sedap tau!

Lepas hampir sejam.. (sungguh ramai hari ni rupanya!) giliran Mama tiba. Papa dan Mama masuk dalam bilik. Doktor tekan-tekan saya. Eh.. doktor ni main tekan-tekan pulak. Tak selesa saya nak berenang dalam perut Mama. Tiba-tiba doktor kata...

"Ok. It's a boy!"

Mama terus diam. Papa gelak kecil saja. Saya dapat rasa Mama macam frust, tapi belum menonggeng lagi. Rasa saya kan.. Mama macam nak karate doktor tapi tak sempat sebab Mama sibuk naikkan seluar Mama tu. Hehehe.. Lepas tu Mama hanya diam saja.. tak cakap apa.. Lepas tu doktor cucuk tangan Mama untuk ambil darah Mama. Coolnye Mama kena cucuk. Ish..ish..

Papa pula berkata....
"Hmm.. patut kena plan dulu kan.. Macam mana ek. Mama kurang hat perempuan ka?"
"What? Orang lelaki yang sumbang gen lelaki or perempuan. Perempuan cuma ada kromosom X saja. Only men deliver X or Y nak tentukan jantina.. Jangan blame I.."

Amboi.. macam pensyarah Sains lak Mama ni..Hehe.. Nasib baik Mama terer Sains.. heheh.

"Takpe la.. dapat boy pon OK. Lagipun baju abang-abang depa banyak. Jimat juga.."
"Abang tak frust?"
"Frust sikit tu mesti la ada. Takpe la.. tak baik. Rezeki Allah bagi.. sama saja.. boleh kawan dengan Salman."
"Eee.. rasa nak sekeh si Sarab tu tau.. Toksah la habaq kan.. Mesti muka macam Salman kan"
"Hehehe.. biar handsome dari Salman lagi.. haha"

Mama jangan frust ok. Nanti saya kawan ngan Mama tau. Dengan abang Salman pun saya kawan juga sebab saya selalu dengar abang Salman sembang ngan saya. Hehe..

"Kena start cari nama boy."
"Nak letak Fattah lah.."
"Takkan satu je.."
"Ha la.. Fattah sebab dah patah hati..ehhehe..."

Aaa.. Mama ni.. kecik ati saya! Letak la nama glamer sikit.. Lebih glamer dari abang-abang saya tau! Kot mana pun Mama.. saya masih ingat doktor kata.. saya ni healthy tau Mama.. Doktor kata semuanya cukup.. Cuma Mama jangan makan banyak sangat.. Masin-masin pun tak boleh. Sat gi darah tinggi naik jenuh pulak nak kasi turun. Heheh.. Dan Mama jangan stress okeh.

I love you Mama! C U in four months time!

This is my Mama masih gagah nak pakai belt. Ni je belt yang dia boleh pakai buat masa ni. Hehe

Thursday, January 28, 2010

Haruskah?

Tiba-tiba Encik Hubby tunjuk carta...

"Ma.. mari sini sat..abang nak tunjuk ni..cuba tengok.."

Beriya-iya aku nunggu nye.. ghupanya tunjuk carta nih..


dicilok dari RedMummy


Encik Hubby menerangkan cara-cara nak kira.. boleh caya ker..kuikuikui.
"Ha..kalau nak baby girl kena buat time nih.. macam mana?"
Hoh..aku macam blur aje..

Hai..jaga baik Syah oit.. ada makna tuuu...

Aku mau kurusss!!!!

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails