Showing posts with label krabi. Show all posts
Showing posts with label krabi. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Krabi Time! (Part 3)

Welcome to Part 3 -- Krabi Time. Hehe. Ini story apabila sudah pulang dari island hoping. Arghh.. sungguh best dan masih teringat-ingat sampai sekarang. Oh, lupa nak bilang baper hengget kitaorang dapat untuk pergi island hoping with private boat. Private boat kat sini bukannye boat yang jelita ok. Ni bot jenis long-tail boat gitu. Takpe la.. janji leh cuci mata dan mendapat pengalaman berharga. The rate per pax is 500 baht bersamaan RM50 sekepala. Itu pun puas la dok negotiate dengan Encik Mol for the best price. Kalau tak kirim salam OK. Itu pun last menet ada lagi dua orang nak join. Encik Mol buat muka seposen memula, tapi lepas pujuk2 terus dia OK. Dia jugak yang untung kan.. Cit Encik Mol. Kui3x.. seb bek ko comel ok!

Ini masa dah sampai ke Ao Nang Beach. Adam sedang lena diulit intan, kulit seperti udang kena bakar. Naufal pon sama lena. Sabau je lar.. 

Balik dari mencuci mata kesemua empat pulau, terus aje sambung snorkelling dekat kolam sendiri. Hehe.. Sungguh syok. Rasa macam omak gajah dalam video pendek ini. Cittt.. 

Sila jangan gelak banyak sangat.. tak baik untuk perut ok. Kui3x

Ini bilik setelah dikemaskini oleh orang otel. Wahhh.. tahan seplo minit aje ok. Lepas tu kirim salam.. kakakak

Nopal and Papa manja-manja togeder2

Lepas dah mandi and so on, terus aje titon dalam bilik. Sedar-sedar dah gelap gulita. Alamak.. apalagi.. bersiap sedia la untuk agenda menabur wang sama peniaga semua.. kekeke. Jalan-jalan di night market yang enak. Kena pandai negotiate harga disini. Kena beli banyak baru dapat harga murah. Ada tempat jual tshirt cantik tapi harga meluat nak tanya. Ada tempat murah tapi design tak baper jelita. Jadi kita kena banyak jalan la ceritanya. Kekanak riang dah penat semacam dan siap tidur masa kat restoran. Sabau je kitaorang. Emo pon ada sebab macam tak puas jenjalan aje. Adoi lar.. Nak beli macam-macam tapi masa is kureng. Jadi macam tak puas soping gitu.. Orang pun ramai giler.. geng2 omputih, org tak putih.. kakaka..suma ada..

Stress lupa nak beli clutchhhhh!!! Aaaa.. stresss aku.. 

Meriah  meriahhh!!

Nasib baik berjaya membeli buku citer tiga naskah. Oh..gembira sikit..tapi tetap tak puas ati tak boleh beli clutch.. Denggg!!!

Ini masa makan. Sehari tak online pesbuk ok. Bz and letih tu pasal tak dan nak online. Bila p kedai ni terus penuh perasaan mengonlinekan diri. Kui3x. Di samping menunggu Papa pergi cuci mata sebab kekanak riang dan lena titon kat kerusi kedai..

Ni la dua orang budak dah selamat titon. Sabau je  haku.. Kacau program nak cuci mata sunggggoohhhhh larhhh..

The next morning around 8, pergi breakfast then terus siap-siap dan around 10 baru check out. Terus menuju ke Hat Yai.. Hehe.. Kunun nak shoping la kannn.. 

One last picca in front of our pondok. Keh3x.

Sampai Hat Yai hanya berpandukan Map sahaja.. Itu Sygic ngan Papago is tak boleh pakai.. Hayam tol. Kena beli ok. Mencikkk.. Seb bek ada Map. Jadi guna tu je la. Bila sampai kedai isi minyak terus aje singgah kat 7E tepi tu dan tanya dia punye supervisor. I  bet supervisor mestilah pandai speaking sikit-sikit kan. Kalau idok takkan ko leh pegang jawatan tinggi. Keh3x. 

Dah tanya dan siap soh dia lukis arah nak ke Lee Garden.. (tempat shoping di Hat Yai) terus aje kitaorang pergi. Actually dia punye map yang dia lukis tu pon tak baper nak betoi. Jadi berhenti lagi tanya di satu kedai jual baju jeans borong. Pergh...merembes gilakkk.. Giler ah.. tak dan nak shopping ok. Kunun nak cari hotel nak sleep one more night sini. We were so lucky to have that girl yang terer kecek Kelate. Dan-dan aku jadi orang Kelate. Cit.. 

Bila dah sampai area Lee Garden, cuba pulak cari the lowest rate hotel. 2 hours dibazirkan cari hotel sebab biasalah lakiku ni asek nak cari hat murah, sampai naik tensen aku ok. Last-last tak bole pi jugak sebab kitaorang kena amek dua bilik. Hokoloh macam wasted aje, time tu dah kol 7 mlm.. Macam tak berbaloi nak amek 2 rooms, so Lalink said.. kita balik tonite. Jadi kena shop dalam sejam dua, then kena terus ke Danok, takut border tutup tengah malam tak dan karang. Kan.. cap ayam punye imigresen Siam ni. Tengah malam tutup ok. Unlike Singapore-JB 24 hours noks.. Halo imigresen Siammmm... sila la belajar dari orang belah Selatan tuuuuhhhh.. Efisien ok. bukan macam kamu. Mencik!

Apa-apa hal bedal dulu. Nasi goreng dia lazat tapi mementang kita orang luar kemain dia kapak kita. Memula pat plo hengget..lepas tu reduce tiga plo hengget.. Citt larrr.. lupa nak tanya harga sepinggan berapa. 

Ini air sarang burung, a must have thing if you come here. 100 baht per bowl. RM10 la kiranya. Memang sedap, rege mahai tak hengat, nak rasa punye pasal, layan larhh..

Area sini ada banyak Muslim yang jual makanan, jadi tak perlu risau. See deretan udang, sotong, ayam etc. Udang paling besau tu RM30 sekor!

Yang ini orang jual air kelapa muda. Nak yang bakar pun ada. Ikut suka.. Harga dalam hmm.. tak ingat plak. Kakakak.. 

From Hat Yaii to the border lebih kurang 1 jam. Bila sampai kat Danok, sempat lagi shopping barang.. opkoz la toys utk the boys.. Dok  menuntut tanpa henti. Adoi..tensen btoi. Tempat holiday gitu manalah ada toys kan. Kalau ada pon mahal sungguh. Tak padan. Ada ke patut lori mainan panjang tu jual sampai RM30.. Padahal kat tempat kita RM15 paling mahai. Kat Danok ada jugak la.. RM18 gitu. Mintak kurang dia bg RM15. Takde la rasa nak pitam time bayarkan. Agak-agaklah nak jual mainan orang Krabi oiii... Eh.teremo..kehkehkeh

Masa balik, Hyder still dekat Langkawi. Jadi the next day baru lah ibu dia hantar ke rumah. Tengok la si Hyder ni bajet macam pergi Hawaii je pakaian dia bila nengokkan. Kui3x. 

Hello Mama.. I pon pergi oversea ok. See my baju.. very oversea one!

Sekian, macih!



Krabi Time! (Part 2)

Halo.. welcome to Part Two. As I stated before, hotel-hotel in Thailand ni memang good in marketing. Kalau lebih ahli mesyuarat tingkap dalam bilik kita, kompem kena charge. So, you either take another room, paid an extra bed or paid for extra person. Macam kitaorang ni, 3 adults and 3 children, maka kena amek extra bed. We paid 800 baht per night for the bed. Lebih kurang RM80 la. Lepas tu dapat extra towel suma. Ok la tuh. Kalau kat Hatyai, kena amek bilik lebih dan jugak katil lebih ok. Mencikkk!!!! 

Ini la katil extra yang diletakkan. Yang the boys duduk tu sofa bed. Besar dan selesa jugak.. sabo je lar..

Masa second day in Krabi, we went for Island Hoping. Amek 4 island tour dengan private boat. Harga yang kitaorang dapat adalah yang termurah setelah jenuh membodek Encik Mol, pengusaha bot-bot tempatan. Maklumla, patutnya takde pon makanan disediakan, tapi biasalah kan I ni bab nak dapat diskon ni haruslah memaniskan molot walaupun ati dok panassss aje. Cit. Akhirnya berjaya jugak. So, kalau nak pergi island hoping, kita kena book a day earlier for them to prepare the boat and the food. Jangan nak buat muka sedey nak pegi ramai-ramai di pagi hari. Memang tak layan. Unless hanya kau sorang-sorang aje nak pegi, maka kemungkinan nak dapat tempat itu ada. Kalau ramai-ramai macam kitaorang ni, sila book awal untuk mengelakkan kekeciwaan yang berpanjangan. Kui3x. 

Ini masa menunggu Encik Mol. Maka posing la dulu dekat bot-bot yang ada. Setelah calling him a few times baru la dia angkat dan datang bersama foodies. 

Tu Encik Mol berbaju kelabu dengan makanan bungkusan yang dipack siap untuk lunch. Ikut suka la nak bedal kat pulau mana pun. Tapi  kena habaq siap-siap Muslim Food. Jangan lupa kita bukan kat Langkawi ok. Kui3x. 

Our first destination adalahhh.. adalahhh.. Railay Beach. Kat situ ada Phra Nang Cave.. dalam cave tu ada.. hrmmm.. nanti korang tau.. kui3x. 

Ini super teruja naik bot ok. 

Ini lah Railay Beach. Di hujung tu lahhh tempatnya Phra Nang Cave.. Dalam gua itu... ada menda asing ok. Korang kena amek napas dalam-dalam. And I really have to look at those things several times sementara nak paham apakah menda itu.. kui3x..

Inilah benda asing dalam gua Phra Nang. Masa dok perati benda alah apakah ini, ada sorang Mat Salleh beriya-iya soh kitaorang posing peluk bagaiiii.. tanjat boboi! Last-last Mat Salleh tu amek kamera kitaorang dah soh posing jugak. Hanam nye omputeh.. Kakakka.. Gelak gegak gempita aku kat dalam ni masa posing.. puihhh.. kui3x. Err.. kanak-kanak.. sila tutup mata macam ticer bikin.. keh3x. 

And opkoz the sotong kering scenery boleh dilihat dimana-mana.. Memang feeling oversea ok. Kui3x.

Our next pit stop.. Poda Island. Memang cantik gilakkk ini tempat. Jelitas tak hengat. Kat sini jugaklah kitaorang had our lunch.  

Jernih sungguh. Boleh tengok ikan gedik-gedik dalam ni. 

Lapo suda.. Nom nom nom..

Restoran terapung pun ada kat sini. Punya la jernih air dia, macam terapung aje bot ni. 

Ni  harga standard minuman dekat sini. Sekali ganda mahal dari darat. Pepaham je lar, dekat pulau kan.. even ice cream Paddle Pop dia pon RM 6 satu. Oh!!!

Ada mini bar dekat sini. Got drinks and food then ada a few Muslims yang jual makanan. Harga standard.. berbaloi la. Hehe

Lepas aje berehat sambil mandi-mandi di Poda Island, terus ke Chicken Island. Kat sini pulau dia ada shape macam ayam turkey tu. Tu pasal dipanggil Chicken Island. 

See.. the head of the chicken.. tu la asal usul nama pulau. Pulau ni takde nye dia nak berhenti kat darat sebab limited space. Pulau ni hanya untuk orang snorkelling aje. Jadi kalau tak reti nak berenang jawabnya dok dendiam dalam bot je la.. macam aku. Kakkaka

Ini la tourist guide kitaorang yang syok sendiri sembang tak hengat dunia, padahal kitaorang satu apa pun tak paham.. kui3x. Bahasa isyarat is a crucial need here. Kakakak.

Syok la Syikin and Lalink main snorkelling.. huwaa..jeles gua.. aku ni pentakut ok. Zaman berani mati sudah berlalu  bagi diriku. Kui3x. 

Tu kira dah tak larat dah tu.. kui3x

Masa nak  naik tetiba datang segerombolan ikan. Syok tak hengat la Lalink. Untonglarhhh..

Dalam masa yang sama, kitaorang pujuk la si tukang bawak bot ni supaya landing sat kat tepi pulau tu. Pujuk punye pujuk berjaya la jugak. Kui3x. Bot lain sila jeles ok. Kakakak.

Posing sakan. Ini baru betoi tangkap basah.. kakakak

Ok, suda get ready nak pergi the last pulau. 

The last pulau tu nama dia Tup Island. Dunno why they called it Tup. Aku hengat tub mandi. Kui3x. Dalam banyak-banyak pulau, I think this is the best pulau sebab ada dua pulau berdekatan dan kita boleh jalan kaki aje nak pergi antara dua pulau. Masa kitaorang sampai paras air adalah takat pinggang. Salman sampai ketakutan sebab ikan panjang macam todak were everywhere. Last-last aku kena dukung dia. Nasib baik si Hyder tak ikut, kalau tak jenuh dukung dua orang kekanak riang. 

Tengok.. cangkat giler air dia kan..

Kalau bawak roti, boleh bagi ikan makan... kejap aje ikan semua kerumun kita. Best woo. We spend an hour here. Asek main pinjam goggle nak tengok ikan. Adalah dinasihatkan agar membawa goggle sendiri sebab kalau pakai hat bot punya ni kadang-kadang bau macam-macam pesen. Boleh muntah ijo ok. Kui3x. 

Penternak ikan yang berjaya. 

Tak serik-serik mandi, tak sedor kediri kulit dah terbakar abes. kakakaka


Mandi punya mandi, dive punya dive tengok-tengok ahli mesyuarat tingkap suma dah takde.. ehh.. p mana ehhh.. Rupanya pakat naik bot dah. We were the last kopek nak melapor diri naik bot. Tapi dalam nak melapor diri sempat gak berposing kat satu dua tempat.. dasaaarrrr kaki kamera.. kakakka

The four boats.. ni la bot kitaorang charter. Tak campur grup len. Grup kami aje..

Janji ada sign board belakang ok..

Geng-geng lain bertabah tunggu kitaorang lapor diri.. Kakakka

Bila dah naik, terus aje la heading to Ao Nang kembali. On the way nak ke Ao Nang, sempat jugaklah drebar bot ni bawak ke satu dua tempat just nak amek gambar sambil dia explain macam-macam yang opkoz aku tak paham apa pon. Kakkaka.. Dia gelak kitaorang gelak.. Hang gelak kat aku, aku gelak kat hang.. baguihhh punya.. kkakakka

Ini antara pulau yang dia singgah. Siap ada tali tangga untuk panjat ke atas. Tak kosa nak panjat ok. Kui3x. Geng-geng Mat Salleh kompem syok la menda-menda extreme gini. 

End of part 2. Jom sambung ke Part 3



Krabi Time! (Part 1)

Ianya bermula masa bulan puasa lagi. A neighbour of ours yang dok ajak pergi holiday ke Krabi. So, kitaorang macam OK, tak pernah pegi lagi dan bila diberitahu keseluruhan bajet nak pergi sana including hotel etc is around 1k per family. So, kita just cakap OK aje. Alih-alih our jiran cakap.. dah book hotel.. Wahhh.. ini serius nampaknye.. kui3x. Kupikirin main-main.. and memang wajib pergi la sebab kawan dah tolong book kan. Ada masa lagi nak kumpul duit ok. 

Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. 14-16th of November kitaorang punye plan. On the 13th, ada yang dah pergi dulu dan tidur di Danok kununnye tak mau sesak masa kat imigresen sebab imigresen Thailand bukan macam JB - Singapore. Thailand punye imigresen pelik ya amatttttt!!!! Stress aku nengokkan. Kalau bawak kereta, kita kena bawak geran kereta utk beli insuran a day before. Lepas tu masa nak masuk tu, kena park kereta tepi imigresen, then pegi jalan kaki the whole family utk cop pasport. Kalau kat Singapore kita tak payah nak turun kereta utk cop pasport kan. Adeii.. tu pasal ada grup yang dah masuk awal-awal dan titon di Danok. 

Jadi as early as 6.30 a.m kitaorang dah keluar dari rumah dan terpacak dekat imigresen Thailand. Kupikir tidak ramai.. sekali tengok.. nahaiii.. ramai noks.. Eh.. takde gambau plak sebab tak berani nak amek gambar disitu. Kalau kat Singapore mana bule amek gambar kat imigresen.. nanti kena cekup! Keh3x

Dalam 7.30 la kitaorang dah masuk ke belah Siam dan park kereta kat Danok menungguh orang lain yang dok dalam hotel tu turun. I think dalam 6 cars yang titon kat Danok. Altogether ada 13 cars. Bila dah cukup bilangan ahli rombongan Cik Wan, maka bergerak la kami. Tak sempat lagi tiba di Sadao, ada pulak kereta rosak. So, nasib baik la ketua arrow head bawak kereta besor gajah, maka bule la ahli kereta yang rosak tu menumpang kasih ke Krabi. Maka jam 11 la baru betul-betul kita bertolak dengan gigihnya. 

Ni while waiting for the Arrow Head to come back with the passengers.. stress gila time ni. Berapa banyak masa sudah terbuang..aiceh.. tak sabo nak terjun laut ok.. Kekanak riang macam dah bising.. aaa..bila kita nak bertolak ni Mama.. Naper lambat.. oh meng!

On the way, takde apa yang dasat-dasat berlaku, cuma ye lah.. 12 cars (dah tolak satu kereta yang rosak tu), macam-macam ragam. Ada yang bawak slow bangatttt.. ada yang bawak laju, ada yang suka brek tetiba.. eh.. pening kan. Macam-macam stail pemanduan.. yang kitaorang ni kena dok line last skali.. lagi jiwa kaco.. Nak-nak bila dah sampai traffic light. Suda putus ahli rombongan, maka jenuh ligan orang.. adoi..

Masa nak ke Pattalung tu ada jumpa road block.. Heran jugak naper la lori sekoq ni tetiba aje berhenti di tepi belah kanan. Oh.. FYI, kat Thai ni dewang suka suki nak drive ikut mana pun ye. Jangan expect depa nak memandu macam stail Malaysia or Singapore nye orang. Tempat kita kalau bawak kereta pelan, akan otomatik dok belah kiri kan. Ini takkkk.. walaupun bawak 80 km/j, mereka tetap gigih bawak kereta belah kanan. So, kita kena potong ikut kiri. And I don't think I see any road sign yang menghadkan had laju. Yang ada cuma.. 

ENTERING CITY     REDUCE YOUR SPEED LIMIT

Tu je. Jadi korang boleh speed ikut suka korang kat sini.. Kakakak.. Dah ada jugak driver mereka yang memandu macam F1. And you might want to drive in respective lane macam kat Malaysia. Tapi kalau tak nak tukar lane pon takde masalah, dewang takde nak hon macam nak cari gaduh, instead, they will potong u on the other side of the road. Kalau masih lembab, mereka akan potong ikut line emergency. Sungguh dasaton!

Ini lah aku kata.. suka suki parking dekat lane belah kanan.. tau apsal dia park.. sebab ada road block kat depan and I think dia ni dah overload.. apa menda dia bawak ni..

Ye kawan-kawan.. beliau membawa durian sampai overload.. Jadi teruslah gelabah puyuh takut pak pulisi, maka harus park ikut suka sementara menunggu pak pulisi tamat operasi.

Kalau plan nak ke Krabi / Koh Lanta / Phuket, adalah dinasihat untuk membawak makanan dalam kereta sebagai alas perut unless kita ni non-Muslim.. sebab after 5 long  hours drive barulah jumpa satu gerai makan yang Muslim. Dah la satu ni aje, kecik plak kedai dia. Maka kitaorang pun pulun la turun dengan harapan dapat order awal dan bedal awal.. And it turned the other way round. Datang lambat, duduk lambat dapat makan dulu. Oh..sungguh efisyen dan sivik sekali... (-_-') 

This is the restoran, very classic ok. And the words that we understand is only "OPEN". Yang lain suma bahasa isyarat. Cakap macam ayam and itik. Kita mintak nasi kosong dengan telur mata kebau, dia baginya air kosong. Mintak lain, benda lain sampai.. Oh.. emo ok.. Last-last bahasa isyarat jugak membantu. Kuikuikui. 

Bila dah lewat petang barulah tiba di Krabi. Bila tengok map, aisey.. Krabi is not our destination sebab hotel bukan disitu. Hotel kitaorang adalah di Ao Nang, pi carik plak. Masa dok cari tu, kitaorang, kereta terakhir telah pun ditinggalkan oleh ahli-ahli lain. Ini suma Arrow Head yang bagi arahan kasi pening kepala. Tapi bagus jugak la kena tinggal pun, bule kita sight seeing dulu.. Kakakka.. Jadi terjumpa la Ketam Gergasi ini...

Posing ok. Orang lain cari ketam ni tak jumpa.. kitaorang je jumpa.. kakaka

Posing kot len plak.. Bernanahlah mata kome tak jumpa ketam.. We ols jumpa OK! 

And kat belakang monumen Ketam Gergasi ni ada ketam live! Kekanak riang excited tak hengat. Siap jerit2.. Mama! Mama! Ini banyak crab! Tangan dia besar sebelah.. Suma tangan dia besar sebelah.. Hoh! Oklah..kita namakan ketam tu.. Ketam Tangan Besar Sebelah.. *sigh

Ini pulak asal usul Mud Crab. Sila tekan gambar untuk info lebih jelas.. Keh3x.

Oh.. ini harga minyak semasa disana. Maaf ye, terlupa pulak nak bagi tegak. Kakaka.. Just a bit reminder.. Nak murah, sila la beli  minyak Shell atau Esso yang available. Sebab rasanya dua brand ni je murah. Brand depa macam mahal kot. Kot mana pun memang minyak depa mahal sebab negara bukan pengeluar minyak. Bertabah ye. Kalau kereta aku biasanya kalau full tank tak sampai seratus. Kat sini isi full tank adalah RM 130 lebih kurang (macam isi kete Alphard). Sila pitam. Kui3x.. (Don't try to tell me to bersyukurlahh harga minyak kita rendah.. bullshit.. depa tak keluar minyak ok.. sekian biter politik sucks..kakaka)

Lebih kurang jam 5.30 waktu Malaysia baru la tiba di Ao Nang. Itu pun sebab tanya tokey kedai yang boleh cakap BI sikit-sikit. Tu pun jenuh beliak-beliak mata nak paham. Kakakka.. 

My niece yang follow us to Krabi. Super excited minah ni.. kui3x.

This is our room, ini bilik sesuai utk honeymooners ok. Oleh kerana kitaorang ada 3 adults..maka wajib amek 1 extra bed even though dah ada sofa bed kat dalam tu. Pandai marketing depa. 

And our room got pool access. Memang lazat, bukak sliding door, ada two wooden chairs, a coffee table, ada tempat sidai baju di belah kanan and tangga terus masuk pool. Heaven! And we were so lucky sebab bilik kitaorang macam tersorok gitu. Maka nak seksi-seksi tanpa tutup tirai adalah OK. Keh3x. Nampak tu dinding.. Lega Jemah sebab sebelum tu selamba lucut suar jeans nak p toilet baru tingat..aaaarrgghhh.. orang nampak.. kakakka.

Lepas dah checked in, kekanak riang gedik-gedik nak mandi kolam. So, terjun kolam la apa lagi. Around 8.30 baru keluar. Tu pun nak cari gerai makan Muslim. Ada la jugak jumpa a few. And we chose Rimlay Restaurant. Sungguh lazat ok Tom Yam dia. Tak pernah kurasa Tom Yam yang lazat sebegini. Sampai licinnnnnn kuah dihirup. 

100 baht.. equals to RM 10 sajok. Boleh bedal 3 orang dengan nasi steamed dia.. Nasi dia sepinggan adalah 30 baht bersamaan RM 3. Senang je nak pikirkan how to convert Thai Baht to Malaysian Ringgit. Just deduct one '0' kat belakang. Kalau currency lain, pepandai la korang kira.. Keh3x. 

Di sepanjang pantai, ada banyak lagi bars, gerai, kedai massage pon berlambak, the only thing you have to see is sama ada the tukang urut is original perempuan or not. Kui3x.The one yang bawah ni ceteka ceteka. Opkos tak ori ok. Lakiku hampir tertipu. Amboi, mementang la pakai baju nak terkeluar isi dalam tu, terus caya pompuan.. Cit..  We chose other kedai for our Thai massage. Keh3x. 

Kalau dilihat dari harga massaging depa memang murah amattt.. Maka rugi kalau tak try. Cuma kalau tak biasa ngurut, jangan dok gatai nak try Thai massage. Menderita kot. Kui3x. 

End of part one. Kita move on to the next part.. Keh3x. Krabi Part 2

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails