Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts

Saturday, July 28, 2012

Mementang posa..

Mementang posa,
Ko tamo update belog..

Err.. bukan tamo update.. tapi mood nak menulis itu tidak sampai lagi.. hehe.. Anyway, kelmarin (baca:yesterday) ada kesempatan dalam kesempitan, maka pergilah kitaorang ke Big Field. Sampai sana ingatkan tutup..rupanya tiada orang mau sopping tatkala Ramadhon yang mulia ini. Lagipun baru one week, jadi macam orang takde mood lagi. Budak jaga parking tu kata..time ni orang jual murah.. lagi dua minggu kalau datang, harga naik..

Eh..pulak.. tengok kapasiti ye.. So, kat sana I bought, pulut susu bau pandan 10 kilos.. utk omak dan Alang, ikan bilis siap kopek sekilo utk omak jugak dan juga bawang goreng satu pack utk  omak jugak.. Dan si Angah sempat pesan bag knapsack yang kitaorang dok ada sorang satu kecuali beliau.. kakakak.. macam bawah ni.. sat noooo I tempek gambau..

Beg pink itu lar.. ada banyak kaler okess. Surprisingly dalam tenet depa joi sampai RM40 gitu.. Hehe.. Kita beli murah giler.. Nak tau p cari sendiri naa.. kehkehkeh..

Tapi bila sampai kat kedai dok biasa beli tu.. ehhh.. ada banyak pattern lain plak dahh.. So, beg pesen pinky ni adalah bosan aku nengokkan, maka beg untuk Danny telahku pilih spesis lain tapi pink kaler jugak la adanye.. ngehngehngeh..

Tiru brand Longchamp okeh.. Kuikuikui..

Jahitan tali kain dia memang jelita... bule la utk kanak-kanak riang pakai kann..

Nah.. Salman rela jadi model.. kuikuikui..

Jadi Angah..amacam? Jelita tak bag Danny?

Okla.. nak kemas rumah.. dah macam tong pecah aku nengokkan..mementanglah posa...citt..







Monday, August 22, 2011

Sekali-sekala mamam luar!

Sekali-sekala mesti teringin nak makan kat luar kan. Bila dah bosan asyik masak kat rumah sampaikan tak tahu nak masak apa lagi, so apa lagi.. mamam kat luar laaa gamaknye. Kehkehkeh..

Sepanjang Ramadhan ni, ada la dua tiga kali makan kat luar, dan dua tiga kali makan kat rumah MIL dan berkali-kali makan kat rumah sendiri. Kuikuikui.

So, last week Papa bawa kekanak riang pergi makan dekat kedai Nasi Lemak Kukus di Tanah Merah. Kat sini manusia ramai la jugak. Best tang kekukusan nasi dia la kot. Lauk pauk dia pun banyak sekali. Boleh pilih. Tapi kalau lewat, mintak maap adik abang... sudah licin. Jadi book tempat awal untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas di kawasan nak pilih lauk pauk ok.

Jom layan gambo.. kalau terliur bukan salah den noh.. kakakak

Nasi yang telah we ol pilih. Cik Tam sungguh. Amek sampai dua bukit. Kakakaka.. Last-last aku juga tak habis.. Nasib baek si Adam tolong habiskan. Ada nampak gambar Salman gigih dok gaul nasi dia.. haish.. budak tak kosa ni..payah!

Sementara tunggu waktu berbuka.. Salman dah habis dah makan.. akkakak.. Sila lihat keenakkan barisan panel air yang mengiurkan lagi bijaksana..

Hi.. saya Salman.. Saya tak kosa.. saya makan abeh daaaa.. heehhe

Adam muka tensi sebab tak boleh makan lagi.. Lepas makan terus ceria yang amaaattt!!!

Total makan pada hari itu ialah tidak sampai RM 30.00. Sedapppp!!! Sila try.. heh heh heh..

Sekian, toce2



Northern Bikers and Orphanage Home bukak posa!

Geng Northern Bikers memang rajin bab buat charity dekat orang yang memerlukan. Dalam tahun ni ada a few activities yang melibatkan khidmat sosial bersama masyarakat. Kiranya dalam dok sibuk riding ke sana ke sini, orang yang susah pun tidak dilupakan. That's the good part of being in NB. Earlier this year, dah pergi ke rumah anak yatim di Perik just to entertain the kids and give donations collected for them. Then, they went to Orphanage House kat Sik for the same course. And now this. And actually it is not easy for NB to arrange all the events and to make it successful, a full commitment is needed to make it happen.

And most of the members in this group are willing to donate from their own pocket just to make the event successful. (Eh...apsal entry sakap omputih..akakakka). Jadi kali ni rumah anak yatim yang terpilih adalah dari Baling pula. The President, Encik Hatta requested to make this event and asked the members to look for any orphanage house yang ada sekitar Kedah. Pak Haq as the Assistant Treasurer yang jumpa berita rumah anak yatim ni dekat paper. Kalau baca memang sedih sebab mereka kadang-kadang terpaksa berhutang untuk makan. Maklumlah, NGO punya, so semuanya mengharapkan belas ihsan orang.

So, last Thursday, the NB members tried to cheer the kids and less their burden. Kalau tak banyak, sikit pun boleh dong.. Hoh.. sakap banyak tara guna.. mari kita cuci matoooo..

Credit pictures to Encik Mohd Hazli and Encik Mohd Mohar Azam. Yang mana hat kabur dan blur tu haruslah dikreditkan pada kamera tepon X8 tuan tanah.. haish.. T_T

Geng bikers mula berkonvoi dari Masjid Sultanah, Alor Setar.

Kanak-kanak riang beserta pengiring mereka pun baru tiba di Bikers Gallery Alor Setar.

Selepas mengalu-alukan kedatangan, masa untuk mamam pun tiba... Ce teka sapa jadi tukang baca doa.. kehkehkeh

Haish..macam kenal aje itu mamat.. Kuikuikui

Seb bek datang awal, ada la tempat.. kalau lambat.. jenuh.. hehu.. sungguh ramai event kali nih.

Sambil-sambil makan, duit raya, goodies bags, set McDonalds untuk depa sahur pun diberikan time nih. Syok ooo.. I leb Mekdonel.. kuikuikui

Cute kan mereka.. Semuanya dalam lingkungan umur 7-14 tahun. Hanya dua orang je boys.

Lepas aje sesi itu dan ini. Sesi cabutan bertuah pulakkkk... Semua hadiah cabutan bertuah ditaja oleh Bikers Gallery. Cuma hadiah duit minyak aje ditaja oleh Encik Asri. Mau kenalkah sama itu tokey.. Musti hangpa nangeh..

Nahh.. ini la tokey itew.. Mr Ah Meng dan wifey Angel Chow. Segak sungguh kan.. Muda-muda dah ada kedai motot lorr.. belakang tu semua ekzos yang boleh sentap poket kalau tengok rege..akkakaka

Ni antara pemenang utama.. dapat helmet.. haishh.. Pak Haq pun dapat jugak hadiah motor sebijik. Tapi sesuai untuk diletak dibeg.. Hehu..

After that, sesi amek gambo syok sendiri.

Time ni Ranger Tegar dan Humpty Blues sedang syahdu dengaq anak-anak yatim. Kelihatan air mata meleleh disitu.. kuikuikui

Geng NB Taman Tunku Sarina yang kecoh! Kakakaka. (gambo korang tak clear..akkaka)

And opkoz tuan tanah and geng pembonceng belakang..akkakaka..

Tengok betapa biasnya time gambo syok sendiri, untuk tuan tanah haruslah letak yang cumil aje.. utk geng TTS, ambek korang gambo tak cumil..akakkakaka..khianat tu sekali skala mesti ada.. kuikuikui.

Anyway, TQ to all NB members for making this event a successful one. InsyaAllah, lengkali leh buat lagi noh..

P/S: Love the foodies, love the venue.. love everything..

Eh..lupa nak habaq.. jumlah kutipan terkumpul untuk malam tu ialah hampir RM4k ! Just in few hours! Good job people. May Allah bless all your good deeds!




Thursday, August 18, 2011

Birthday Celebration di bulan posa.. hohoho


Naufal is seven!

Bulan Ogos adalah birthday untuk Encik Naufal Sameer. Actually dia terlupa langsung about his birthday tak macam last month. Masa bulan July dia kalut nak celebrate dengan abang dia.. kuikuikui. Tapi kitaorang kata, kita celebrate masa raya kat rumah nenek, so dia macam hmmm.. Ok.. tak ceria pun. So, on that day, kami pergi buka puasa di rumah Mak Tok dan planned untuk beli a small cake for him sebab nak buat masa buka puasa macam tak meriah gitu. Maklumlah, time tu kenot tiup lilin what not, just pikir nak makan aje kan. Jadi a small cake for the five of us macam dah cukup. Buat pon in our bedroom..akkakak..sebab time tu panas sesangat.. jadi dok dalam bilik sudah.. aircond letak full speed... (tak koser nak ikut cakap abe Najib soh letak 24 derjah selsius..cuih)

That night after buka posa and went back to our house, we took out the cake and he was so happy to have his cake. Dan opkoz.. ada dua orang lagi kejelesan tahap gaban sebab tak dapat surprise macam tu. Kakkakaka.. Nak buat macam mana, dah lagi dua orang tu jenis kalut.. selagi tak dapat, selagi tu dok counting on the birthday...so macam mana nak surprise rite?

Takde pon balloons or makan restaurant segera mantop sebab bulan posa.. cannot do much right. Anyway, he was really happy on that day.. Love to see the smile on his face..

Happy birthday, sayang!


Haa.. tengok, Adam dengan muka penuh kejelesan..akakka.. Salman dok riki nak tiup lilin daa..


Ok, tiup sama-sama untuk mengelakkan kejelesan berpanjangan.. kakakak

Sekian, terima kasih sebab sudi membaca..

Lebiu ols.. :p
Justify Full


Tuesday, August 9, 2011

Try Moroccan Tortilla plak dah.


Moroccan Tortilla versi Goh

Hari ni dok plan nak buat roti puri untuk berbuka. Encik Hubby siang-siang dah bilang suruh bikin roti puri. Katanya lama tak makan, jadi nak makan la plak. Haish.. orang lelaki ni kalau dah suruh, kena la bikin cecepat... Nanti karang bising. Tapi masa dok chat ngan beliau, tertengok pulak video buat Morocca Tortilla, maka kupaste kan di wall dan tanya pendapat beliau about the new menu. Sebab senang, cepat dan tuntas. Kalau roti puri nak tunggu dia mengembang bagai johan pon dah satu hal. Maka kelambatan la kan. Kakkakak..Nasib baik jugak la Encik Hubby setuju.

Jadi dalam pukul 4.30 dah mula dah menyiapkan bahan-bahan dengan penuh kasih sayang.. Ececece


Bahan-bahan dia sungguh mudah. Tapi oleh kerana some of the things yang sepatutnya ada tiada, maka telahku modifykan ikut suka ati aku..akakkak

Moroccan Tortilla versi Goh

Kentang 4 biji dipotong dadu
Bawang besar 2 biji dipotong dadu
Daun sup (kalau kat youtube suruh daun parsley.. takde stok la plak..adeh)
Cili (dalam youtube tarak pon)
Tomato 1/2 biji dipotong dadu (dalam youtube pon nehi he)
Garam
Rempah ratus (lada sulah hitam, putih, garlic-- dalam youtube disuruh letak cumin etc.. tp tarak pula)
Telur 5 biji dipukul sampai pitam.. (kompem)
Nak sedap guna OLIVE OIL (aku pon takde olive oil..hua hua hua.. so pakai minyak masak cap Pisau je lar..akkaka)

Cara-cara nak buat pulak..


Masukkan minyak dan tumis ini bawang sampai naik bau. Masa ni masukkan secubit garam.


Masukkan kentang pula dan masukkan segala spices yang korang ada dalam stok. Agak-agak le letak tu. Jangan lupa letak garam sekali lagi.. Kentang banyak... haruslah ada lebih garam. Kang tak rasa apa kang, jangan salah daku pulak.. kakakka

Lepas tu amek la penutup apa pun dan tutup ini benda.. api kena pelan. Sambil-sambil tu cek la kentang tu masak lagi ke tak.. Faham?


Agak-agak dan masak, masukkan pula daun sup, cili dan tomato. Kacau dan kacau. Jangan sampai hangit sudah okeh. Dah masak, keluarkan mereka daripada frying pan korang yang non-stick tu.. Oh.. lupa nak bagi tau.. pakai hat non-stick frying pan okeh. Senang sikit nak buat keje second part itew...


Lepas tu kita nak masuk second part nih, pukul kesemua lima biji telur tadi. Pastikan telur-telur dah pengsan..


Campurkan hasil inti yang telah kita goreng tadi ke dalam telur ini. Kacauuu...kemudian, masukkan kembali ke dalam non-stick frying pan.


Dan kita bagi dia masak dibahagian bawah dulu, kemudian terbalikkan menggunakan pinggan. Errr.. tak paham ke nak terbalikkan macam mana. Takpe.. jap gi kita tengok kat YouTube.. kehkehkeh.

Bila dah siap.. haa.. hidanglah.. dan tunggu Azan Maghrib berkumandang baru buleh ngapppp..

Sekian, renung-renungkan dan selamat mencoba.. kehkehkeh

Eh.. lupa nak tunjuk hat Youtube punya daa.. sat noo..

Nahhh


Saturday, August 6, 2011

Pesta Kuih di Bulan Ramadhan

Time bulan Ramadhan ni la peniaga nak cari rezeki lebih. Sebabnya mostly orang kita ni tak berapa ada masa nak buat kuih-muih atau lauk-pauk untuk berbuka. Especially kalau kerja pejabat yang menuntut waktu kerja dari jam 8-5 petang. Jadi, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peniaga. Kaya lorrr... Baju raya pun sama, ramai yang tak sempat nak tempah (atau tempahan ditutup) maka beli siap je lar.. Kehkehkeh..

So, kalau time ni, kadang-kadang makanan yang kita beli tu ada yang sedap ada yang kureng sikit. Nak buat macam mana, dah bulan posa, kita kenalah faham bahawa peniaga pun puasa. Kadang-kadang kalau garam terkureng tu, ampunkan aje la.. Tapi kalau makanan basi, itu susah sikit mau critaaa...

Masa 1st day Ramadhan, my BIL bought soya bean. Belum berbuka dah berketul-ketul tanda sudah basi. Oh meng..That sucks! Tensi jua, nasib baik jugalah ada air lain yang menjadi penawar ketensenan.. kakakka

So, during Ramadhan, ada juga kuih yang tuan tanah beli sebabnya tak reti buat, maka kena beli. Tapi kalau kuih lain yang terer buat tu, memang tuan tanah tak beli punya. Buat sendiri lebih puas hati dan boleh bikin manyak-manyak.. Kakakkaka. Syiokkk..

So, setakat ni, tuan tanah dah bikin beberapa jenis kuih.. antaranya Samosa Daging, Popia Sosej, Roti Jala.. eh.. tu je.. Takpe.. dalam plan ada banyak lagi.. Onde-onde Melaka, Putri Berendam, Abuk-abuk Melaka, Kuih Tepung Gomak (baru dpt resipi), Kuih Cara Berlauk.. perrgghhh.. banyak giler menu.. kakakak.. Tak tau nak buat mana satu.. hehu

Apa pun, kalau buat sendiri dapat pahala lebih okeh, jadi better buat sendiri.. kuikuikui.

Monday, August 1, 2011

Perang resipi, perang kuih!

Time bulan puasa ni lah nak mencuba ketangkasan kita kat dapur ye tak. Maklum la, kadang-kadang yang beli tu rasa macam tak besh aje. Jadi buat kita hangin satu badan. So, untuk mengelakkan penyakit darah tinggi yang datang tiba-tiba hanya kerana makanan tak sedap, maka kat MukaBuku berlumba-lumbalah orang dok citer pasal makanan. Oh.. bab makan memang pulun la kita nih. Kehkehkeh.. termasuklah tuan tanah.

Buat masa ni, kuih tradisional masih melekat dihatiku. Maklumle, susah tau nak dapat kuih tradisional sekarang ni. Kalau call Omak, asek tanya camna nak buat kuih itu dan ini. Tapi yang stressnye Omak den kalau cakap resipi, sukatannya suma main agak-agak. Adoi.. macam la anak dia terer bebenor nak mengagak.. tensi-tensi. Tapi walaupun main agak-agak, ada jugak yang jadi. Buat masa ini, dalam family tuan tanah, Alang ngan Uda aje yang cekap bab buat kuih tradisi nih. Den ni suam-suam kuku yo. Kakakkkaak.. Maklumle asek busy aje.. kehkehkeh (leh caya ke kebizian tuan tanah nih)

Anyway, selamat berbuka posa kol 7.30 karang ye. (Oiii.. baru kul 11.30 pagi nih) Muahahaha.. Jadi..apakah menu anda untuk berbuka karang? Hoh!


Kuih ini ada dua nama iaitu Tepung Bungkus a.k.a Kuih Dua Dara Tidur Sebilik... mak ai.. panjang tak hengat nama...akkakaka

Gambar pinjam sini berserta resipi kalau sapa-sapa mo try.. hehe

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!



Di kesempatan ini, tuan tanah dan juga keluarga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kita bertemu mesra di ruang siber sama ada di blog, twitter (macam la selalu bebenor on twitter), YM, Facebook atau secara muka ke muka kot-kot ada tersalah kata, terkutuk, terumpat, terkeji, terbuat orang sentap, terpinjam pen, gunting atau alat-alat tulis lain tak sempat nak minta kebenaran, terpinjam anak murid suruh ambil barang kat opis dan sebagainya, harap dimaafkan. Kita nak puasa ni kena la suci dan segar kan.

Semoga puasa kali ini, kita lebih tekun beribadat tanpa kompromi. Cita-cita tuan tanah pada kali ini ialah untuk berpuasa PENUH!.. (hihihi) serta dapat berterawikh bersama keluarga tak kira di rumah atau di surau berdekatan.

Kepada mereka yang nak pinjam gambar kat atas ni, silalah ke link ini.. kehkehkeh. Den pon pinjam yo. Nak buek memang tak roti.. Kalau tak tau apa maksud Fanoos, sila pegi ke sini pulak. Haaa.. senang kan den dah tolong ekau ni hah..

Sekian, tuan tanah nak mengemas rumah sementara kudrat masih kuat.. Kuikuikui

Thursday, September 16, 2010

Rest In Peace Rabbits!

We lost three out of four rabbits in Melaka. Shaggy and Mascara died due to diarrhea and Lebam was missing during the second day of our arrival in Melaka. We brought Lara, Mascara and Shaggy to the vet and only Lara survives. Go Lara Go!
We were very sad to lost our beloved pets. Huwaaaaa..


Hubby gali the lubang kubur for Shaggy.. Mascara died the next day.


The kids with Shaggy.. sedih giler time nih..


Cian pepy!!


Dalam lubang kubur, sebelum ditimbus.. huhu


Siap ada penanda lagi.. Farewell Shaggy.... you were the greatest pet ever!


Rest in Peace Darling!

Skola lama!

Dua hari before Raya, bergerak ke Duyong, jumpa member lama sebab order Rempeyek sedap kat dia. So, lalu lah jalan ni. 10 years ago, selalu juga berulang alik ke sini sebab dah ngajo pon kat sini.. Kakkaka..


Pokok di bahu jalan ni diharamkan penebangannya. Siap ada notis kaler merah dilekat kat pokok-pokok ni. Walau apa pun terjadi pokok ini tidak boleh ditebang.. dasat...


Bergambar di hadapan sekolah lama. Sempat jugak posing depan pagar skola.. hehe

Lepas aje bergambar kat sini terus aje pergi ke rumah member. Amek terus Rempeyek terbaek dan balik rumah. Dok dalam bekas tu tak buka-buka sampai ke hari ni.. Hehehe...

Balik raya! Yeehawww

Balik raya ke Melaka adalah saat paling mengujakan..ekkeke.. sebab kalau bole terbang.. memang mau terbang.. Hubby lak start cuti hari Isnin, so, malam Isnin tu juga la bertolak.. Sebelum bertolak Encik Supiudin datang bersama keluarga menyerahkan barang yang dipesan di Dubai. Toce Puding.. tak sempat nak amek gambo hang.. sebab teruja nak sembang..akkaka..
Then, dapat lak pree gift -- perfume comel Bvlgari.


Bes bes! Macih Puding!

Kami plan nak bertolak jam 10, tapi dok kemas itu dan ini, maka dengan rasminya bertolak jam 11 malam. Dalam kul 2 pagi, Incik Hubby dah tak menahan mata dia. Kalau letak mancis pun patah punya. So, rest la kat RnR Sungai Perak. Titon la we all dalam kereta. Pagi tu dalam kol 4 dah bangun.. lepak-lepak lak. Then, terus sahur sekali. Hubby pergi makan kat kedai. I chose to eat inside the car dah kanak-kanak pon tak bangun lagi.. huhu.. Renab pon kelaparan. Beli jambu and bagi depa makan.. Kesiann...

Sambil-sambil tunggu Subuh, kanak-kanak riang dah mula bangun.. makan lak.. then sambil-sambil tukar shift untuk solat, kanak-kanak ni happy bergambar kat RnR Sungai Perak yang sangat selesa!


Adam and Naufal...


Kat parking lot!

Then, we headed towards KL. Berhenti sebentar kat RnR Tapah. Ingat nak mandi.. tapi malas lak.. sebab sejuk bangat..takde water heater..akkakak..eksen.. So, kitaorang just continue our journey to KL. Nak pi rumah Atok Otai, mandi kat situ lebih selesa. Hehe..

Kat Pandan Indah, lepak kat rumah BIL sampai kol baper ntah.. then terus la ke Melaka. Time ni Hubby tak menahan dah. Dia kata ngantuk and letih. Ok, I take ober lah sebab dari semalam asek dia je bawak kete.. kasiannn...

Sambil-sambil bawak kereta..


Bergambo syok sendiri la saya..akkakaka


Dan amek gambo curi gambo beliau..akkaka.. cian cayang..

To be continued..hehehe

Menjelang Syawal

Maaf la sebab posting kali ni caca marba. Patut yang ni diletakkan dahulu, tapi dah kamera dok pakai hat orang, so susunan gambo berterabur, then no time to update masa kat Melaka, sebab kena ikut giliran, jadi yang mana sempat kita layankan aje lar..kakakak

Jadi saya mau mula dari masa sebelum kami pulang ke Melaka. Hehe.. sikitnye lama.. seminggu berlalu baru nak update..takpe la.. better late than never kan. Jadi sebelum balik Melaka, of coz la ada shopping nyopping sikit. Membeli pesanan sanak saudara dan rakan taulan. Tak menahan penatnya. Dah la posa.. panas lak tuh.. adoila..


These are for my siblings! Hehehe... beli kat Zinni Collections. Macam-macam ada. Tak menahan poket kalau nak ikut hati dan perasaan.. Sabo tuan sadiq..sabo..akkakka


Yang ni lak untuk diri sendiri.. bukan hat emas..hat silver tuh. Harga asal RM 40 kot.. Sekali dia sale mau kasi abes.. jadi tinggal RM5 aje.. Sapu..jangan tak sapu.. abes poket gue tersapu..kakaka


Jalan punya la jem nenas masa kat Alor Star hari tu. Hangat hati dan hangat cuaca sungguh.. tapi harus sabar.. bulan posa la kata.. kuikuikui

Dah habis beli barang itu dan ini, Encik Hubby call suruh amek dia kat opis.. Maka dengan penuh semangat kesukanan, pergi la menjemput Encik Hubby. Terus dia ajak pergi Pekan Rabu.. Layankan aje.. Bawak masuk satu kedai ke satu kedai..takde yang dia berkenan.. Hoh..apakah?

Last-last dia pilihkan ini.. For our anniversary!


Comel kan kan kan.. I lebiu Bie.. toce2..hikhik.. terharu den.. 9 taun kawen dapat nih..yeehawwww.. sebelum ni asek makan-makan and shopping aje.. taun depan besar lagi buleh kah? Kakkaka..abes laa..abes laa..

Then, terus pergi ke rumah MIL. Oh..dapat kad raya.. dari sapa ntah..


Nahhh...Ketua Menteri Melaka berbesar hati memberikan saya kad raya. Terharu pula. Eh..apsal tak letak skali duit raya? Kejam gak Ali Rostam nih..kakakka

Malam hari lak.. dapat ni pula.. adoi..rezeki oh rezeki..


Amek ko.. besar Salman..

Wah..panjang ini entry..harus bersambung di post yang lain..kalau tak jenuh korang nak scroll..akkaka..

To be continued...

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails