Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

Banjir di Jitra! Dasat!

This is the second time Jitra banjir. The first one was in 2005. Tapi masa tu school holiday, takde lah kecoh sangat. This time happened masa belum cuti sekolah. Jadi, surelah kecoh giler. Huhu. Masa early morning, a friend of mine sms-ed me cakap tak bleh pi skola sebab takde jalan. Hoh. Tak pueh hati, cuba cari jalan jugak. Maka bermula edisi jalan-jalan cari jalan... Kakaka

DAY 1:


Nak keluar ke main road dari taman aku. Huhu.. nampak macam clear kan. Tapi jem giler. Nak sampai ke main road biasanya dalam 4 minit, kali ni 30 minit.. bayangkan ye tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian..


"Nak pi mana cek oit.. buleh pi ka?"

Agak tergezut bila tengok jalan nak ke Restoran Dusun Damai ditenggelami air. Huhu.. Dan dalam kawasan ni, ada banyak gak rumah-rumah jenis kampung.

Then, perjalanan diteruskan dengan melalui jalan ke Bukit Indah, IPDA dan Polimas. Masa ni Rosmawati dah call.

"Syah kat mana?"
"Ada depan POLIMAS nih.. hangpa dok tang mana?"
"Depan tasik... tak tau nak pi mana.."
"Takpe..hangpa tunggu situ, kami survey jalan.. tang lain semua tutup dah.. Member kami pun habaq tutup."

Tengah dok sembang, maka sampailah ke exit Tanjung Pauh, the only road left..


"Oit.. Tanjung Pauh tak bleh pi woit... paras pinggang tuh.. Jenuh la.."
"Patah balik.. jom.."

And berpatah balik la kitaorang dengan pening lalatnya.. First time seh experience this kind of thing. Masa 2005, I was in Melaka.. coti sekolah kan. So, hanya Laling aje yang mengalami pengalaman ni. Kali ni aku and kanak-kanak riang lak.

Masa nak balik, teringin nak pergi area Yawata. Tapi jem giler, so, patah balik jugak. Kalau naik motor takpe la juga kan.


Penutup lubang jalan pun air dok keluar.. ni masa nak balik rumah. Kereta nak kuar ke jalan besar sikit punya meriah.


Air tasik sampai melimpah keluar dari pagar. Orang pakat menjala ikan kat sini. Huhu. Ikan satu beg plastik besor depa dapat tangkap. Huhu..

Sampai aje rumah terus tukar uniform. Ajak Adam keluar pi Alor Setar sebab orang suma dah pakat kecoh beli barang. Kat Kepala Batas punya bahan mentah, pakat naik harga. Tak tahan. Lagipun, aku nak kena pergi Bank Islam nak bank in duit konvokesyen. Bank Islam Alor Setar dah sadakallahulazim...

Lepas pergi ke bank, sempat jugak pergi ke Giant, beli roti, telur, carrot dan lain-lain yang bersesuaian lah. Beli dalam kuantiti kecik aje. Kalau beli banyak-banyak sapa nak makan. Jangan panik masa membeli ye.

Then, singgah ke Pet Shop, cari dedak untuk Kitaro. Takut sayur takde.. so, beli siap-siap. Takde la kebulur renab aku tu.... Kakakaka..

Masa balik ke Jitra, highway terus ditutup, so yang tinggal hanya Jalan Kepala Batas and Jalan Anak Bukit. Layan... Laling plak outstesen dok pi wat keje dia, so dia balik agak lewat. Dua jalan utama dah kena tutup, nasib baik Jalan Anak Bukit yang nyawa-nyawa ikan tu boleh guna. Elok aje dia sampai rumah, jalan tu terus ditutup.. so, orang Jitra terus shutdown... huhu..

DAY 2:

SMS all my friends pagi-pagi buta nak tanya which way to go to school. Jalan Jitra-Kodiang dah clear from flood. Din cuba cari jalan nak tembus Jitra -- failed! Aku pun try sama -- failed! Hari ni dok plan nak daftar diri kat skolah berhampiran..Balik la ke rumah dulu, beli breakfast siap-siap...Sampai aje rumah, Laling pun sampai.. Jalan ke Alor Star tutup katanya. Tensen la Laling sebab ada bertimbun keje dia kat opis tuh. Huhu.. Dia pun tukar uniform and terus breakfast. Lepas breakfast, mula la mencari jalan nak pi daftar diri. Naik motot la apa lagi.. Kehkehkeh...


Nah.. semalam bukan banjir pun jalan ni. Hari ni banjir.. jadi macam tasik plak. Isk isk isk.. Naya sungguh. Ada sebuah kereta and lori yang tersekat dalam nih. Dok bajet buleh lepas kot. Sabar je la Labu.. Jangan dok gagah dengan air ni noh.. Hangpa takkan lepas..


Sampai aje skolah ni, terus tulis nama. And my name was on number 138 kot! Pergh.. Dasat kan. Kakakaka.. Sungguh ramai guru-guru terperangkap rupanya. Skolah ni pun jadi pusat penempatan banjir. Lepas dah tulis nama, apa lagi.. operasi melawat kawasan la dei..


Yang ni kat Yawata. Berdirinya KFC, Secret Recipe dan lain-lain kedai yang seangkatan dengannya. Hua hua hua..


Nah, area Tanah Merah. Kat sini la aku lalu semalam masa nak pegi Alor Setar. Hari ni dah jadi cenggini. Dasat..


"Hello bos.. haa.. yaaa.. hari ni tak bleh masuk keje.. haaa.. ye.. betoi.. ana punya pilot off day hari ini. Helikopter ana TUDM pinjam.. ok ok. Nanti bila dah clear, ana masuk opis lah.. Bye bos.. "


Dari atas jejantas -- highway nak ke Alor Setar dah kena tutup. Sebab ada laut magika kat depan tuh..


Ni la laut dari pandangan dekat. Huhu. Ada sorang mat askar tu dok redah air. Aku nengok paras leher tuuuu.. brani mati...


Ni pon jalan alternatif ke Alor Setar. Habis cerita la kalau sini pun tutup. Huhu..

So, story pun takat ni dulu sebab dah kol 7.30 dan aku tak mandi lagi nih. Kakakaka.. Lapo lak kan.. So, kena la sedia breakfast dulu..

Berita akan disambung selepas -- bila aku ada mood la..akkakaka

Wednesday, September 29, 2010

Banjir lagi daaa!!!

Seperti biasa setiap kali hujan lebat, pasti jalan short cut ke Jitra ni banjir. Tapi kali ni, orang kampung situ dah buat laluan alternatif. Tapi.. jaga baek.. itu tayar musti berselut.. walaupun risau takut kereta tersekat.. kugagahi jua sebab malas nak u-turn.. Tambahan pulak ada kereta mengekor kat belakang.. lagi la leceh.. main ikut rapat pulak.. nyam nyam nyam nyampah..kuikuikui


Dan amek gambo kot tepi aje.. nak drive lembab2 takut orang belakang marah..hoh!


Ni la laluan alternatif.. melalui tepi jalan banjir ke bawah titi.. banyak sampah sarap dei.. sabo je lar..

Esok..adakah akan banjir lagi? Kalau signage tidak dibuang lagi..aku kena amek long cut.. tak sanggup mencabul kesantekan keretaku lagi..mesti keretaku tak rela..kakakkaka..

Tuesday, November 10, 2009

Berita terkini

Hari ni ticer Syah melaporkan dari kediamannnya yang sangat comel dan bebas banjir. Tajuk utama:
  • Banjir masih lagi belum surut di satu dua tempat.
  • Tanah runtuh di sekitar Darulaman Heights 2.

Tidak ada peluang untuk pemberita melalui kawasan banjir ini kerana bimbangkan kereta bukan four wheel drivenya ditenggelami air sekaligus mengakibatkan kerosakan yang dasyat!

Hari ni banjir masih lagi melanda di kawasan Kubang Pasu terutama sekali di kawasan laluan pintas untuk semua penduduk Taman Tunku Sarina menghala ke Pekan Jitra 2. Ini membuatkan si pemberita (dalam konteks ini aku lah) tidak dapat pergi ke tempat kerja dengan menggunakan jalan pintas potong pendek ( short cut). Oleh itu, perbelanjaan minyak akan bertambah lagi pada bulan ini. Sabo je la yek.. Kedalaman banjir tidak dapat dipastikan kerana tidak ada orang yang berani mati mahu menguji kedalaman tersebut. Dalam firasat hamba, adalah dalam ketinggian sebijik atau sebijik setengah kereta...hehe..
Ini mengakibatkan kebanyakkan pemilik kenderaan, berpusu-pusu menyelamat kenderaan dan harta benda selagi boleh. Mereka mencari tempat yang setinggi boleh bagi mengelakkan luka lama berdarah kembali... kos nak overhaul tinggi tuuuhhh...


Tempat parkir kereta yang agak tinggi dengan harapan banjir tidak akan sampai. Padahal banjir hanya 500 meter di hadapan!


Air sungai turut mencatatkan paras merbahaya, oleh itu, penduduk sekitar dikehendaki berjaga-jaga terutama sekali apabila hujan tanpa henti berlaku. Sungguh bahaya! Kerana air akan naik tanpa amaran. Ikut dan jaa..


Pemberita terpaksa melalui jalan di sepanjang sungai ini untuk menuju ke rumah di mana ia merugikan pemberita kerana lebihan jarak lebih kurang 5 kilometer (main hantam ja nih..wakakka)

Berita selanjutnya.

Dilaporkan ada satu kejadian tanah runtuh di kawasan rumah orang ada-ada iaitu di Darulaman Heights 2. Kejadian yang berlaku di sekitar jam 1 ketika umat Islam sibuk hendak mengerjakan solat Jumaat. Saksi mendakwa pada awalnya mereka hanya melihat rekahan di tembok dan semakin lama melebar dan akhirnya selepas sahaja orang pulang dari solat Jumaat, sudah runtuh. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, pemberita berasa amat gerun melihat kejadian ini. Tidak disangka-sangka, kawasan mahal ini pun boleh juga mendapat bencana. Kuasa alam dan sesungguhnya alam sedang marah kerana manusia begitu rakus dalam menjalani aktiviti tanpa menghiraukan ketenatan Bumi.
Namun yang demikian, penghuni rumah ini dikatakan sangat bertuah kerana rumahnya sedikitpun tidak terjejas. Tidak dapatlah dibayangkan apa yang akan terjadi sekiranya tanah itu menggelongsor lagi. Pihak berkuasa telah melakukan aktiviti pemulihan dengan secepat mungkin dengan menutup kawasan yang terdedah kerana bimbangkan kesan runtuhan yang lebih teruk.
Pemberita amat kesian dengan pemilik rumah. Siapakah yang harus dipersalahkan? Majistret? Lawyer atau Tukang buat Pagar? Jeng jeng jeng...


Kawasan runtuhan yang terdedah telah ditutupi dengan plastik biru supaya hujan tidak lagi terkena pada tanah yang boleh mengakibatkan runtuhan yang amat dasyat.

Berita terselit

Aktiviti menanda kertas peperiksaan untuk 6 subjek (3 kelas), mengisi buku School Based Oral Assessment untuk tiga kelas, mengisi rekod profil untuk sebuah kelas telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Pemberita telah berjaya melakukan aktiviti tersebut dalam masa seminggu sahaja...Pecah rekod! Tahniah untuk diri sendiri!


Sadakallahulazimmm...

Dan hari ini, pemberita telah mendapat durian runtuh kerana telah dipanggil untuk menyampaikan ceramah protokol di SK Hj Wan Yahya, Sanglang. Terima kasih kepada Encik Nasir sebab bagi pemberita balik awal...hehe.. I dah tukar jadual tau boss.. ada kerja lagi I tinggalkan untuk depa..hehe..
Pemberita telah berjaya menyampaikan ceramah dengan jayanya dan mendapat durian runtuh. Makacih buat semua yang sudi mendengar celoteh saya ye. Dua tiga kucing berlari, lain kali panggillah lagi...ngehehehe. Tak malu!

Sekian berita yang nak kata pendek tak pendek, nak kata panjang tak panjang.. dan pemberita masih lagi belum siap kejenya..sungguh HOH pemberita nih..huwaaaaaaaa...

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails