Friday, September 16, 2011

Roti Jala a.k.a Roti Tirai

Memandangkan minggu ini ada public holiday yang dikembarkan bersama weekend, maka cuti hujung minggu menjadi 3 hari jumlahnya. Wah.. meriah. Kemeriahan bertambah apabila cuti kali ini masih lagi dalam bulan Syawal. Maka berpusu-pusulah orang membuat rumah terbuka. Dan kitaorang pun tak menang tangan nak layan jemputan. Tidak termasuk lagi jemputan kahwin dan sebagainya. Nampaknya minggu ni adalah minggu gantung periuk juga. Kakakkaka

Jiran sebelah saya pun tidak ketinggalan untuk membuat rumah terbuka. Menu yang disediakan pun dasaton belaka. Oleh kerana jiran saya ni banyak berjasa dengan saya, maklumlah setiap kali kami membuat kenduri, mesti mereka bertungkus lumus untuk menyumbangkan makanan. Jadi kali ni saya pun buatlah sejenis makanan untuk majlis rumah terbuka mereka. So, saya decided untuk membuat roti jala a.k.a roti tirai bak kata orang Kedah. Kehkehkeh.

Nak membuatnya sangat senang. Meh kita turunkan ilmu sikit kat sini..

Tepung gandum - setengah blender
Telur ayam - sebiji
Serbuk kunyit - sikit aje
Garam - secukup rasa
Susu - dalam dua atau tiga sudu aje.. ikut suka okeh

So, kita blend segalanya sampai tiada lagi saki baki tepung dan siap...

Tepung dipindahkan dalam bekas lain supaya senang kita nak cedok. Nampaknya bekas oren tu. Haaa.. itulah dia benda yang kita gunakan untuk menebar roti jala tu di atas frying pan. Kalau boleh pakai frying pan yang jenis non-stick. Jadi mudah kita nak buat keje okeh. Ada satu lagi mangkuk tu saya cairkan minyak sapi bersama dengan bawang putih untuk kita pupuk-pupukkan ke atas roti jala tu bila dah masak. Tapi before kita masak pun leh juga letak dalam frying pan untuk menaikkan bau roti jala itu menusuk ke hidung.. kehkehkeh

Tebarkan sebegini. Kena buat bulatan dari kecil sampai besar. Konon-konon kita main drawing la.. akakak.. Tapi kalau dapat pesen macam kat atas ni, maksudnya korang kena lajukan lagi speed bulatan korang. Sebab kalau tebal sangat tak syiok okeh. Yang ni first round.. biasalah kalau bab permulaan memang sengal sikit. Nanti lama-lama mesti jadi halus, mulus dan cumil... Kuikuikui.

Bila diletakkan atas frying pan ni jangan la lama sangat. Nanti dia terhangit. Bila terhangit dia akan jadi crispy. Walaupun Encik Hubby saya sungguh gemarkan yang crispy, tapi kalau dah gigit pon rapuh sangat.. apa ke he roti jalanya itu.. Hoh.. so, masa buat ni, api kena pelan dan juga jangan leka. Kalau leka akan jadi macam ni.

Hah! Yang ni kureng menjadi. Hangit dan terlalu rapuh. Rasa macam makan keropok pulak. Tapi habis juga dibedal oleh kanak-kanak riang. Inilah akibatnya bila leka main pesbuk okeh. Hehu..

Tapi nasib baik jugalah tidak banyak yang hangit kritikal seperti ini. Yang kritikal cuma 3 keping aje. Yang lain masih dalam golongan TOP! Kakakka

Yaaa.. sudah siap untuk dihantar ke rumah jiran sebelah. Heheheh...

Sekian, macih...

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails