Showing posts with label kids say. Show all posts
Showing posts with label kids say. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Asyik-asyik 'S' saja yang kena!

Sudah dua hari si Adam duduk rumah Mak Tok. I know why.. kalau duduk rumah, suma kerja dia kena tolong ok. So, bila duduk rumah Mak Tok, haruslah beliau selamat. Yeahh.. I know his trick.. kuikuikui.. Takpe.. bagi chance.. today takde chance dah naa.. So, bila dia takde, another two haruslah menjadi PA Mama yang sungguh berkaliber. This morning, Naufal bangkit lewat kemain... sahih dok ngadap lappy sampai midnite. Mama dia tidur awal lagi sebab tak larat.. Yang bangun awal, sudah tentu Hyder dan Salman. Papa pun awal lagi sebab kena pergi opis. Kuikuikui.. 

So, masa dok prepare breakfast, Salman membebel la sebab asyik dia aje kena tolong.. ayat dia gini..

"Asyik-asyik Sssssss aje kena tolong Mama... Sikit-sikit S, sikit-sikit S... Yang F tak tolong pun.."

I was a bit confused..

"Eh.. apa yang S, apa yang F tu sayang?" I asked...

"S tu Salman laaa... hish..tu pun tak tau.."

"F tu sapa pulak?"

"Ishhh..Mama ni.. F tu Naufal lahhh!!!!" dengan bersungguh-sungguh wajah dia menerangkan kat Mama..

Mama terus ketawa berdekah-dekah.. Muka Salman terus hairan.

"Salman.. Naufal tu nama dia mula dari N..bukan F!" Mama menerangkan dengan penuh tabah.

"Huruf F la Mama...NauFAL.. NauFALLL!" sambil menekankan bunyi F dibelakang!

Owh.. kasi menanglah..

Dan Mama ketawa lagi sampai berair mata dibuatnya..

Salman oh Salman!

S is for Salman!

Saturday, January 7, 2012

Video kiut!

I found this video in Youtube..

Ni video tentang how a father sibuk nak kawtim ngan baby girl dia supaya like dia okeh.. Kesian the father, cuba macam-macam tapi kureng berjaya.. BTW itu baby pun kiut tak hengat okeh.. Mata beliau sungguh mengancam.. hehehe..


Haa.. comel kannnn


Sunday, December 18, 2011

Diary Salman : Salman dah grad!

Salam semua!

Hari Sabtu lepas Salman grad! Hehe.. Salman walaupun dapat number eight, tapi tetap dapat hadiah. Mama kata kat Salman, apa la Salman ni asek number eight aje.. Hmm.. nak buat macam mana.. cikgu tak mau bagi Salman number one.. Hihi.. Awal pagi Papa dah kejut Salman untuk siap-siap. Pakai baju sukan siap-siap. Bila tiba kat dewan, semua orang pakai baju Melayu. Nasib baik ada bawa bekal baju Melayu, terus suruh cikgu salinkan...

Tapi cikgu ni kan.. ehehe.. ada ke dia buka baju Salman dengan spenda Salman.. abes tu pakai baju sukan masa nak buat senamrobik, Salman takde spenda... sebab cikgu letak dalam baju Melayu. Itu pun Mama yang tanya, sebab lepas Salman buat persembahan, Mama peluk Salman.. terus Mama kata.. eh.. mana pendo Salman? Hehe..

Awal lagi Salman dah buat persembahan, memula nasyid, lepas tu buat senamrobik. Papa siap amek video. Mama kata Salman pandai.. sebab cikgu tak payah nak ajar Salman buat.. suma Salman buat sendiri. Hihihi..

Lepas tu masa kami buat persembahan, Mama dapat beg. Dalam beg ada makanan. Mama makan dengan gembiranya..

Haa.. dalam ni la makanan untuk ibu bapa.

Yang ni masa Salman dok buat senamrobik. Salman suka pom-pom!

Yang ni pulak masa nak nasyid..

Malu lar kita.. hihi

Masa nama Salman dipanggil, Papa cepat-cepat dukung Salman naik pentas. Lepas tu cikgu bagi Salman beg.. dalam tu ada gambar Salman, ada set alat tulis Angry Birds Season dan juga plak.

Salman suka sangat!

Ok, tahun depan Salman naik kelas.. kelas tadika 5 tahun pulak.. hihi...

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday -- lama tak buat..

I have sleepless nights because of you!

Miss you bunch my baby..

C U in few weeks time! Love ya!

Wednesday, December 7, 2011

Diary Salman: Salman sedih...

Hari ni Salman sangat sedih.. Petang tadi Salman keluar rumah main dengan abang-abang. Syok tau main dengan abang-abang kat luar. Ada kawan pun ramai. Main dengan Amna, Afnan.. besss!!!

Tapi masa tengah main Kakak panggil.. Kakak kata Salman hitam.. Salman sedih.. Terus Salman lari masuk rumah duduk atas peha Mama.. Mama tanya Salman kenapa muka Salman lain..

"Depa kata Salman hitam..."
"Sapa kata?"
"Kakak..."
"Alaa.. ciannye Adik.. meleleh dah air mata tu.. ish ish.. nanti Adik putih la balik.."
"Salman nak lotion.."
"Nanti Mama bubuh lepas mandi.. hihi"

Mama gelak jugak kat Salman.. Oh.. Salman sungguh sedih..

Nah.. itam ke Salman ni? Sedih tau.. Tamo kawan..

Bye suma.. nak layan hati yang duka lara sebab dah tukar kaler..

Thursday, October 27, 2011

Naufal's first diary.

Hari ni adalah hari pertama Naufal tulis diary. Sebabnya dia dapat buku kecit Angry Birds from us. Biasanya kalau dapat buku kecik2 ni dia prefer to draw macam-macam. Jadi kali ni saja la cakap kat dia supaya dia tulis apa yang dia buat setiap hari. So, saya pun bagitau apa menda nak kena tulis.. seperti tarikh dan masa supaya kita boleh jadikan sebagai kenangan. Naufal teruja sungguh nak cuba buat diary. Terus aje dia tulis diary dia yang pertama.

Ni diary dia.. siap dapat pen okeh.. tu pasal dia teruja bangat.

Oleh kerana hari ni kitaorang busy pergi buat passport, maka saya pun suruhlah dia tulis segala apa yang kitaorang buat hari ni. Jadi ini hasil diary dia..

Tulis masa dalam kereta.. Kehkehkeh..

Baru selesai buat paspot.. siap ada orang lidi tulis 'yahu' tanda gumbira pulak dah.. kakakak.. Next page amek paspot an hour later.. tu gambo time thumb print la kot..kkakaka

Yang ni dia story tentang pergi ke Pusat Sains.. tengok ejaan Sains tak tahan... 'sang' terus..akakak. Tak boleh tahan part dia tulis "Kami sampai pukul 11.49 a.m. Padahal time tu baru konar masuk jalan nak ke Pusat Sains. Terus dia assume dah sampai.. kalau ikutkan dari signboard tu lebih kurang 4km.. kakakaka

Balik dari Pusat Sains, terus bawa depa jumpa Papa untuk lunch. Dia dok berharap lepas lunch boleh pergi balik ke Pusat Sains.. so, bila Papa kensel hajat dia.. maka dia menjadi stress..maka terjadilah mukasurat seperti ini.. Kehkehkeh.. Cian..

So, lepas ni leh train dia tulis dengan lebih baik lagi supaya BM dia pun jadi mantop.. Hihi.. Bila agak-agak dah terer, leh suruh dia tulis blog. Kuikuikui..

Sekian, selamat berdiary people!

Saturday, September 24, 2011

Diary I Am Number Four! (Siri 3)

Helloooo!!! Eh.. silap.. Assalamualaikum.. hikhik.. Saya tidak bernama lagi.. Tapi tadi saya dengar Mama kata kat Papa..

"This time nama baby kena ada huruf A ngan S"
"Naper?"
"A tu nama abang.. S tu nama Syah laa.."
"Ok.. Abdul Salam"

Ewwww... Papa kijam! Mama gelak tak hengat donia.. Eh eh.. tak aci sungguh. Nama abang-abang saya semuanya glamour aje. Ada tu macam nama artis tau. Kenapa nama saya Abdul Salam? Hari tu Mama kata nak letak Fattah.. Oh.. sungguh sedih. Sampai macam tu sekali Mama frust.. Saya pun nak merajuk lah. Huhuhu

Sekarang ni saya dah berusia hampir 20 minggu.. errr.. lagi dua tiga hari cukuplah 20 minggu. Bila usia saya 20 minggu, saya dah pandai swimming dalam perut Mama. Hikhik.. Bes tau.. perut Mama besar sangattttt.. Luas saaanggatttt.. leh pusing-pusing macam...erm.. macam apa ye benda pusing-pusing.. Entahla.. saya mana tau.. dok dalam perut Mama ni. Tapi saya suka kick perut Mama.. Mama selalu gelak kalau saya kick perut Mama..

"Eh.. baby kick perut.. ehehe... good morning baby.."

Kadang-kadang Papa tanya Mama..

"Baby aktif ke hari ni?"

Terus aje saya kick lagi perut Mama..

"Oh.. baby just kicked me.. aktif la tu.."

Terus aje Mama dan Papa gelak sama-sama.. Eee.. syoknya dapat dengar suara Mama dan Papa. Tak sabar la saya nak keluar dari perut Mama. Leh tengok semua orang!!!!

Oh. Lagi satu, mengikut Baby Gaga on Facebook, sekarang ni saya sudah mengeluarkan poop saya yang pertama.. hihi.. terer kan saya.. yak yak buat kali pertama.. Mesti wangi.. hihi..

Err.. okaylah.. saya nak sleep nih.. Samat malam.. err.. saya pun tak tau masa sekarang ni apa.. hihihi.. gelap aje sepanjang masa..

C U in few months! Love you Mama and Papa!!!!

Aaa.. ngantuk la saya

Gambar pinjam

Monday, September 19, 2011

Diary I Am Number Four!

Oh, kelmarin Mama and Papa pergi jumpa doktor lagi. Kali ni doktor nak sahkan sama ada saya ni akan join the Boboi Boy team ataupun Princess team... Heee.. berdebar lak saya. Kenapa saya berdebar pulak. Mestilah berdebar sebab saya pun tak tahu apa beza Boboi Boy dengan Princess nih. Sebelum sampai, Mama sembang ngan Papa.

"Bie rasa macam mana?"
"Rasa macam girl.."
"Hish.. "

Bila dah sampai, terus ambil number. Sebelum masuk bilik doktor, nurse panggil Mama untuk pergi bilik lain. Nak cek darah tinggi dan berat badan. Oh.. nurse terkejut tengok berat Mama naik mendadak. Masa bulan puasa, turun sekilo. Lepas raya naik 5 kilo! Mama rasa macam nak pengsan. Lepas tu tekanan darah mama diambil pula. Lima kali nurse tu cek. Mama ada darah tinggi! Kesian Mama. Mungkin sebab pekena ikan pekasam rumah Mak Tok tadi. Oh sungguh sedap. Saya pun dapat rasa juga apa yang Mama rasa.. hehehe.. Memang sedap tau!

Lepas hampir sejam.. (sungguh ramai hari ni rupanya!) giliran Mama tiba. Papa dan Mama masuk dalam bilik. Doktor tekan-tekan saya. Eh.. doktor ni main tekan-tekan pulak. Tak selesa saya nak berenang dalam perut Mama. Tiba-tiba doktor kata...

"Ok. It's a boy!"

Mama terus diam. Papa gelak kecil saja. Saya dapat rasa Mama macam frust, tapi belum menonggeng lagi. Rasa saya kan.. Mama macam nak karate doktor tapi tak sempat sebab Mama sibuk naikkan seluar Mama tu. Hehehe.. Lepas tu Mama hanya diam saja.. tak cakap apa.. Lepas tu doktor cucuk tangan Mama untuk ambil darah Mama. Coolnye Mama kena cucuk. Ish..ish..

Papa pula berkata....
"Hmm.. patut kena plan dulu kan.. Macam mana ek. Mama kurang hat perempuan ka?"
"What? Orang lelaki yang sumbang gen lelaki or perempuan. Perempuan cuma ada kromosom X saja. Only men deliver X or Y nak tentukan jantina.. Jangan blame I.."

Amboi.. macam pensyarah Sains lak Mama ni..Hehe.. Nasib baik Mama terer Sains.. heheh.

"Takpe la.. dapat boy pon OK. Lagipun baju abang-abang depa banyak. Jimat juga.."
"Abang tak frust?"
"Frust sikit tu mesti la ada. Takpe la.. tak baik. Rezeki Allah bagi.. sama saja.. boleh kawan dengan Salman."
"Eee.. rasa nak sekeh si Sarab tu tau.. Toksah la habaq kan.. Mesti muka macam Salman kan"
"Hehehe.. biar handsome dari Salman lagi.. haha"

Mama jangan frust ok. Nanti saya kawan ngan Mama tau. Dengan abang Salman pun saya kawan juga sebab saya selalu dengar abang Salman sembang ngan saya. Hehe..

"Kena start cari nama boy."
"Nak letak Fattah lah.."
"Takkan satu je.."
"Ha la.. Fattah sebab dah patah hati..ehhehe..."

Aaa.. Mama ni.. kecik ati saya! Letak la nama glamer sikit.. Lebih glamer dari abang-abang saya tau! Kot mana pun Mama.. saya masih ingat doktor kata.. saya ni healthy tau Mama.. Doktor kata semuanya cukup.. Cuma Mama jangan makan banyak sangat.. Masin-masin pun tak boleh. Sat gi darah tinggi naik jenuh pulak nak kasi turun. Heheh.. Dan Mama jangan stress okeh.

I love you Mama! C U in four months time!

This is my Mama masih gagah nak pakai belt. Ni je belt yang dia boleh pakai buat masa ni. Hehe

Monday, April 18, 2011

Diari Salman: Mama Mengamuk Lagi!

Hai semua!

Saya Salman. Hari ni saya teruja sungguh nak main toys. Rumah Salman banyak toys tau. Berbakul-bakul. Sampai tak larat Mama nak kemas. Papa hanya tengok saja. Kalau dah sarat sangat barulah Papa kemas.

Hari ni Salman teringin nak main toys yang kecik-kecik saje. Jadi Salman mainlah. Lepas tu Salman tengok Mama.. Hehe.. Mama buat apa ye.. Ohhh..Mama tengah buat work kat laptop! Mama suka work kat laptop. Entah apa-apa work Mama tu. Work tak habis-habis. Salman panggil ajak main, Mama kata mainlah dulu. Jadi, Salman boleh la main kan.. Hehehe...

Kemudian, Salman pergi bilik air... wah..banyaknya air dalam pail! Nak mandi Mama tak bagi. Mama kata baru aje mandi, buat apa nak mandi. Mama kata petang karang baru mandi lagi. Heee..sebenarnyakan Salman nak main air. Hmmm..

Salman tengok toys.. oh.. kesian Spiderman lama tak mandi. Cars Salman suma tak mandi. Sebab semalam Salman bawa main kat luar. Mesti kotor kan. Aaaa.. Salman ada idea. Salman nak buat swimming pool. Tapi Mama tak bagi pulak mandi. Hrmmm.. Shhhh..

Heheheh.. bes tau main mainan nih... Mama tak tau.. heheheh...Tapi kan..tiba-tiba aje...

"MASYA ALLAHHHH!!!!! ADIKKKKK!!!! APA TUUUUU!!!"

Hish.. terkejut Mak! Salman terkejut tau. Salman diam aje. Mesti Mama marah lah.

"Apsal adik buat camni!!!! Mama rotan mau ka? Eeeee..nanti Mama habaq Papa!"

OMG! Mama nak habaq Papa.. ish.. tak boleh jadi nih!

"Sat! Mama nak amek gambaq apa adik buat!!!"

Ish.. tak boleh jadi. Kena pastikan rahsia tidak terbongkar..

Ok, Mama jangan masuk! Duduk luar saje!

Tapi Mama gemuk dan besar dan kuat dan giant! Mama angkat tangan Salman dan terus masuk..

Nah.. Mama amek bukti nak show kat Papa. Kesian Spiderman. Tak dan nak mandi.. Hish Mama nih!

Terus Mama alihkan toys Salman dan mop lantai sambil mulut Mama bising! Sakit tinger Salman. Leh cair taik tinger Salman. Hish.. Mama ni kalau dah marah tak boleh tahan la.. Lepas Mama mop, terus Mama duduk diam tepi katil. Haa..letih la tu. Dah penat mop, pastu mulut bising.. pastu senyap plak. Erm.. kesian tengok Mama. Salman rasa Salman kena pujuk Mama lah..

Mama suka coklat.. heheh.. terus aje Salman turun bawah..

Tolong bukak satt!!!

"Hish..makan ceklat pulak dah.." Mama marah lagi rupanye... Kemudian Mama membebel lagi... tanya boleh ke dak Salman buat swimming pool macam tadi.. hmmm..

Salman kata... tak boleh buat dalam bilik Mama la..

Terus Mama kiss Salman..

I love you Mama.. Meh ceklat! Salman nak makan!

Saturday, April 2, 2011

Obses with kiddies

Saya sedang obses dengan budak kecit nih. Dulu dia eksen. Kalau kita dukung mesti melalak tak hengat donia. Sekarang ni dia dah OK sket. Cuma kena elok-elok nak approach dia. Kalau buat muka cam gorilla kompem sampai bila pon dia takkan mau kat kita. Kakakkaka.. Dan kena ada kamera bila dok ngan dia, supaya boleh snap gigi rabbit dia yang mantop tuh. Har har har har..

To my readers, I present you, the hottest baby on the planet.

Cik Nelly.

Hi, I Nelly.. tengok gigi I.. santek kan...

Ni, ada orang kacau la. Nak amek gambar pun tak senang..

I dah pandai naik car. Tapi boleh undur je la.. tak bleh ke depan. Cari gear Drive tak jumpa..

Ni gambar saya tiada mood. Huhuh.. Lapar dan ngantuk. Tapi takde orang nak layan saya..

Baru nak senyum sket. Hehehe

Santek kan bulu mata I. Tak yah pakai fake eyelasher macam owner blog nih. Hoh..kesian..

Ok, Nelly, cukup-cukup la anda enterprem hari ni. Next time kita shooting lagi..akakkaka.. say papai to my readers!!!

Papai u olss.. :p

Friday, January 7, 2011

Diari Salman: Justin Bieber versus Kedai Mamak!

Oh.. dah banyak kali Mama bising kat Saman. Mama kata rambut Saman dah masuk mata.. Mama kata nanti nak belajar payah, tak nampak. Tapi Saman tau, Mama jeles dengan Saman sebab rambut Saman lembut, suci dan segar. Tak perlu pergi ke salon nak luruskan rambut buat rebonding. Tak perlu nak pergi ke Guardian untuk tengok sama ada pewarna rambut ada sale ke tidak untuk membuatkan rambut rasa macam omputih. Tak perlu suma tu. Mama pun heran, macam mana rambut Saman leh kaler perang. Mungkin sebab masa pregnant asyik tengok citer Telenovela, jadi rambut Saman ikut macam pelakon-pelakon tu.

Oh, rewind balik. Tadi nak citer pasal potong rambut. Ye, Mama Saman memang kecoh. Bising suruh potong rambut. Tak tau ke rambut Saman ni dah jadi macam rambut Justin. Bukan Justin Timberlake yang dah tak laku tu. Tapi Justin Bieber.


Nih.. rambut Saman macam dia.. hishh..Mama nih..jeles sungguh dengan Saman..

Lepas tu, semalam Saman teringin nak minum air epal dalam kotak. Mama bijak, Papa pun cerdik.. Mama kata..

"Haa..kalau nak air kotak, adik kena gunting rambut..."

Alamak..macam mana ni, ditelan mati Mama, diluah mati Papa..Oh, hari semalam merupakan hari yang penuh dilema..

Rambut - air kotak - rambut - air kotak.. huwaaaaaaaaa.. Last-last terpaksa main politik ngan Mama..


Dapat juga air kotak. Sementara tunggu giliran, otak Saman ligat nak pikir macam mana nak escape. Huhu.. Eh, buat-buat nak pergi toilet lah..

"Papa! Saman nak tencing.."

Mama dapat kesan taktik Saman...tapi Saman serius nak tencing..

"Haa..mula la.. alasannn... hish.. tibai kot,"Mama bagi amaran.
"Saman nak tencing..tak tahan nihhh...."
"Tunggu lepas gunting rambut.. lepas ni adiknye turn tau.. kan ramai kat dalam tuh.." Mama mula stress... takut tengok muka Mama.. macam Mak Tiri! Huh!
"Jom, pi kencing dulu.. sat gi dia kencing dalam kedai lagi naya.."
Papa memang baik. Mama jeling aje.. eeee..takut..

Laa..kencing tepi longkang aje..ish..koman kedai mamak ni, takde toilet. Malu la orang tengok.. hishhh... Mama dari jauh dah panggil dah..

"Cepat.. cepat..turn adik sekarang..."

T_T. Saman tamo la.. Tamo.. sayang rambut Saman.. Cikgu tak marah pun rambut Saman macam nih...

Mama tetap bising. Tarik Saman masuk kedai.. Saman tamo duduk. Last-last Papa duduk atas kerusi. Ingatkan Papa nak gunting rambut. Tengok-tengok Mama angkat Saman letak atas seat kecik. Oh..punah harapan.. Saman bagi amaran kat Mamak. Jangan guna machine tau.. Guna gunting saja.. Haishhh.. Mamak ni cengih sangat..Mencik Saman..


Abes la..abes la..rambut Saman.. Takde harapan nak jadi artis nih.. Huwaaaaaaaaaa...


Oh..dah pendek..sedey..


Dah tak macam Justin dah.. huhu.. Cumil ka? Cumil lagi ka? Saham mesti dah turun sebanyak 60%! Stress....

Mama sempat amek video Saman masa kena gunting rambut!
Hoh!



Sampai ati Mama!

Sunday, December 5, 2010

Diary Salman : Asek Nopal je buleh...

Hi semua!
Lama tak take over laptop Mama. Maklum la, Mama asek busy aje dua tiga menjak ni. Time cuti pun busy, tak faham saya. Oh, hari ni saya kecil hati dengan Nopal. Geram betul tengok dia. Asyik dia je yang boleh buat semua tu. Saya pon buleh gak, kenapa Mama takmo bagi chance kat saya. Hish Mama ni... Nopal tu boleh! :(

Hari ni kami duduk rumah Mak Tok walaupun Mama ngan Papa cuti. Mama kata Nenek nak datang dari Melaka, pastu Pak Shat pon nak datang. Jadi rumah tak cukup kipas. Papa kata kena beli kipas baru sebab haritu kipas yang lama dah rosak. Tak tau kenapa rosak, tiba-tiba aje pasang dan ada bau hangit. Eeee..busuk. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Balik aje ke rumah, Papa keluarkan kotak yang sangat besar. Eh, heran saya. Kenapa ada kotak besar, kenapa ye. Saya tanya Mama..

"Ni nak letak kat bilik Naufal la sayang," kata Mama

Hish.. Asyik Nopal jaaa.. Bilik Salman takde.. Saya tension tau. Mana aci saya takde kipas baru. Lepas tu bilik Adam pun takde kipas ke?

"Kipas bilik Adam dok kat dapur la sayang... Adam tak tidur bilik dia pun, tu sebab Mama letak bawah..."

Ishhh.. mana boleh macam tu..

Bila malam tiba, Papa bawa keluar semua barang.. Naufal terus sebuk nak pegang barang-barang. Pastu berebut dengan saya. Hish..apa nih! Asek Nopal je boleh...mana aci :(. Papa pun sama, asek bagi peluang kat Nopal. Suka la tu Nopal tu.. Hoh! :(

Papa bagi pemutar skru kat Nopal suruh Nopal pasang. Amboi sonok la dia dapat main pasang-pasang. Dia kata dia reti pasang sebab haritu Mama beli kat dia mainan macam ada pemutar skru, hammer dan macam-macam lagi.. Asek Nopal je boleh.. Salman pun nak jugak. Asek kena share aje..huhuhu.. Kesian Samannn..

Tapi nasib baek tadi angin Nopal baik. Dia bagi jugak Salman pas barang kat dia. Nasib baik.. Kalau tak.. asek Nopal je buleh.


Putar.. putar.. Saman leh tengok jaaa..


Dapat juga Saman tolong Nopal.. tolong pas barang. Macih Nopal!

Nanti bila Saman dah besar, Saman nak buat jugak. Asek Nopal je buleh..


Friday, August 27, 2010

Diari Salman : Saya suka sticker!

Salman suka sticker. Sebab sticker ada macam-macam kaler dan bentuk. Mama pun suka beli sticker tapi Mama tak suka bagi kat Salman sebab Mama kata Salman suka main tampal ikut suka. Sedih Salman!

Hari tu Salman pi kedai dengan Kak Jia! Kak Jia baik. Suka beli kat Salman cekelat! Pastu Kak Jia suka bawak Salman pi Tesco ngan Mak ngan Kak Tasha ngan Kak Billa. Abah pun ikut sama.

Kak Jia beli kat Salman sticker CARS! Shantekkk.. Salman suka cars!!!! Mula-mula Mama marah sebab Mama kata Salman nanti lekat kat dinding. Tapi Salman habaq Mama, Salman tak mau lekat kat dinding dah.. takut kena cubit ngan Mama. Tapi Salman lekat juga.. tapi kat botol susu Salman. Hmmm..

Tapi boring jugak dah lekat kat botol susu. Botol susu Salman dah ada gambaq kartun. Jadi Salman tampal tang lain.. harap-harap Mama tak marah kalau Salman tampal tang sini.. Thehehe..


Shantek kan Salman? Mama marah kaaa?

"Ya Allah budak nih!!!!!Hishhhh!" <-- itu ayat Mama!

Bye semua!

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails