Monday, May 23, 2011

Try buat Roti Puri.. Ce try ce try!

Pagi tadi masa kat sekolah, Mek Nah buat kenduri. Yeehawww.. bab makan pree memang boleh bagi kat tuan tanah nih. Huhu. Beliau dengan bangganya telah membuat roti puri. Sungguh gebu dan boroi rotinya, terpikat tatkala tuan tanah cuba memakannya. (Actually sampai 4 biji tuan tanah bedal..akkaakkak) So, teruslah meminta resipi dengan Mek Nah dengan wajah tanpa segan dan silu.

Jadi balik rumah petang tadi terus aje lah mencuba. Resipi di bawah adalah khas untuk 2 cawan tepung okeh!

hasil pinjaman dari sini

Bahan-bahan:
Part A: Air, gula, garam dan sedikit minyak (2 sudu besar) dimasak bersama. Kiranya agak-agak aje lah air tu ye.
Part B: Tepung gandum dua cawan. (Lebih pun takpe)
Mauripan (ibu roti segera) 1 sudu kecil.

Cara nak bikin:
1. Tepung gandum digaulkan bersama Part A. Gaul dan uli penuh perasaan sampai dia tak melekat di jari-jemari anda.
2. Biarkan ia bertenang selama setengah jam.
3. Bahagikan kecil-kecil, kemudian canaikan dan goreng. Goreng tu sampai dia mengelembung sebelum anda menterbalikkan dia.

Dan hasilan sepatutnya seperti gambar di atas.. Malangnya tak menjadi.. akakakak.. mungkin juga tempoh bertenang tidak lama.. (kes teruja lebih nak cepat siap)
Mungkin juga cara mencanai tidak kena.. sebab kalau ikut blog di gambar atas tu kata buat kecik-kecik, sekecil syiling 50 sen. Tadi rasanya lebih dari saiz itu..huhu. Mungkinkah sebab itu tak jadi. Huhuhu

Ce tengok ce tengok.. Jadi macam cekodoks aje. Huhu.. Sabo je lar.. Tidak boroi langsung keadaannye. Tuan tanah cukup stress tengok keadaan ini. Huhu.

Takpe, esok akan kucoba lagi hingga berjaya.. Selagi mauripan ada dalam stok..akkakak

Ok you alls, selamat mencoba jugak. Kalau jadi habaq mai noh. Kalau tak jadi..buat bagi jadi..akkaka.. Tatass


1 comment:

simanis said...

roti ni aku buat tak letak yis pun...
aku taruk air garam ngan tepung je...
uli sekejap, bio kan...
canaikan dan goreng...
cicah saden...
best!
tapi diet ni...takleh mkn myk2...
aiyohhh terliuq...akakakak

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails