Kuku dah jadi camni pon tamo insap lagi.. Eh eh..
Sindrom mengigit kuku ni kadang-kadang dah jadi satu habit. Bila dah mula gigit, terus susah nak stop. Kadang-kadang tu gigit sampai terkena isi jari. Ehh.. dasat kan. Jadi, macam mana kita nak menghapuskan tabiat mengigit jari yang hodoh nih. Nak mula menukar tabiat memang la sukar pada awalnya. Tapi kalau kita kuat semangat mesti kita akan berjaya.. (macam motivasi plak dah.. kakakak)
Kalau kanak-kanak riang tu senang sikit la kita nak tarbiyahkan. Ni kalau dah dewasa, atas bawah dah berbulu-bala ni memang susah sikit nak ditarbiyahkan. Biasanya kalau kanak-kanak riang dok gigit jari, saya akan suruh kawan-kawan dia yang lain tu hulurkan sekali jari-jari mereka suruh kawan yang suka gigit ni gigitkan sekali. Nak sangatttt.. Tapi kalau dah besar panjang ni kena guna la kaedah lain.
1. Cuba tengok jari-jemari anda. Cantik ke potongan kuku tu? Dengan ketidakstabilan rupa bentuk serta kekontotan yang jelas dan nyata tu, korang ada selera ke? Boipren lari baru tau.. Jadi, sila ambil gambar dan jadikan ianya kenangan --- Hasil Gegetan Kuku.
2. Elakkan diri dari stress dan juga jiwa kacau. Ini sebenarnya punca kita nak gigit kuku dengan penuh semangat kekukuan.
3. Potong kuku bila kuku mulai panjang. Haa.. ini boleh mengelakkan diri kita asik nak meratah kuku aje.
4. Ini buat mereka yang suka kaler kuku. Haa.. kalerkan kuku anda. Jadi bila dah kaler tu, dah tentu le kita sayang nak ratah kuku kan. Tapi tak baper sesuai le untuk orang Muslim. Untuk orang lain leh try ye. Kehkehkeh.
Jangan plak bagi alasan pakai pewarna kuku... ooo.. I baca kat blog Syahjehan78 kata ini salah satu cara nak hentikan habit ratah kuku. Aku lempang kau laju-laju nanti paham? (Muka siyes ni)
5. Letak selotape dekat setiap kuku. Haaa.... hambek lo.. tak pasal-pasal kena boh selotape.. kakaka
6. Potong je suma jari senang. Ngada-ngada sangat nak meratah kuku. Banyak benda lain lagi boleh diratah. Lebih baik pergi goreng nugget atau keropok dan kunyah tanpa henti. Kuku kita pun cantik, berat pun bertambah. Haishhh
Sekian, macih.. renung-renungkan dan selamat memelihara kuku!


