Showing posts with label tencen. Show all posts
Showing posts with label tencen. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Idea, mendatanglah dikau!

Hari Guru jatuh pada 16 Mei bersamaan dengan hari Isnin. So, semalam geng AJK sambutan dah mula anto perutusan tentang what to do masa Hari Guru. Kalau last year kena cabut undi untuk buat persembahan, this year depa tukar taktik.. ikut Rumah Sukan. Oh Meng.. Rumah Sukan? Huwaaarrgghhhh!!!!

Kenapa ikut Rumah Sukan.. huhu.. mencik tawww.. Jadi masa free tadi kitaorang mulalah berbincang nak buat apa masa Hari Guru. Last year group aku menang show terbaek..ececece.. taun ni mestilah mau menang lagi.. Hengat senang ke nak kekalkan kejuaraan.. ececece...

So, masa balik dari tuition rumah Tokey Atan, otakku ligat berfikir, dan idea mendatang mencurah-curah, terus aje SMS pada ketua kitaorang Cikgu Azman Jambul..kakakka.. jadi esok meeting lagi..

Persoalannya.. mahukah ahli mengsuarat tingkap yang lain buat apa yang aku dah plan ni?

Jengjengjeng.. Oh idea..mendatanglah dikauuu!!!!

Wednesday, March 30, 2011

Eh..eh..baru nak bersenang lenang di bilik sojukkk..

Sejak dari cuti sekolah sampai la sekarang, keje part time saya (menjadi tukang cat) masih belum selesai sehinggakan saya meminta tolong daripada kroni-kroni hatta hari cuti pon masih pergi ke sekolah. Sungguh tegar. Tidak pernah minda (never mind) kakakka.

Jadi minggu ni lebih kepada penyusunan perabot dan buku-buku yang dah nak sampai ajal tuh. Yang sungguh kronik terpaksalah diberikan suntikan endorfin secara perlahan dan say BABAI..kakakka

Sedang saya giat mengemaskini carta, datanglah Lady Boss. Sambil memberi pandangan (baca:menyuruh..kakaka), tetiba Lady Boss membawa khabar hangitttt..

Sebelum tu, layan gambar...

Kesemua carta yang harus atau wajib dikemaskini..kkakaka..

Tengah dok belek-belek hat nih.. Tetiba Lady Boss kata ada packaging untuk pusat sumber. Bila ambil (diambil oleh kanak-kanak ok..) dan buka..

Va va va.. giler punye banyak buku nak kena proses... huwaaaaaaaaaaaaa. Dah la aku sebatang kara di bilik sojuk nih..sapa mo join..sapa mo joinnn???

Kesian I oll.. huhuhuh


Tuesday, March 22, 2011

Oh, tak cemerlang lagi (-_-'')v

Sebelum cuti saya ada menghantar buku latihan murid pada pentadbir untuk disemak dan diberi komen. Mana-mana yang lemah tu bolehlah diperbaiki kan. So... ini adalah hasilannye...


Jumlah kerja pelajar dapat 3 markah.
Maksudnye tak cukup latihan. Oh..silap aku juga sebab hanya hantar buku English 2. Kalau tengok buku English 1 dan 3, musti beliau rasa cukup. Nak-nak English 1... dah nak abes buku dah pon..kakakkak..

Kesempurnaan kerja dapat 3 markah jugak.
Ini menunjukkan ada diantara murid yang tidak membuat kerja dengan sempurna. Nak kena jotos bebudak nih. Korang ni sahih salin tak baper lengkap.. Hua hua hua.. Stress aku!!!!

Mutu kerja : Kebersihan/Kekemasan pon dapat 3 markah.
Ini dinilai dari segi murid memadam kesilapan yang mereka buat, selain daripada cara penampalan worksheet yang sempurna.. pendek kata semua musti tip top lah. Dalam kelas ni yang cantik tulisan, yang kemas hasil kerja ada la lima nam orang. Yang lain tu, kalau kita tak round tengok..wajibulghunnah la kan.. Pepaham je lar.. Itu tara aku dok round pon dapat 3 markah gak..kuikuikuikui

Pemeriksaan guru : Berterusan/Ketelitian..ehem...dapat FULL MARK okeh.
So, setiap kali bagi kerja jangan lupa tanda ye. Kesian bebudak tu salin dan jawab bagai nak rak, tapi tiada semakan oleh guru. Ini sangat penting tau, at least students tau apa yang mereka silap dan mereka boleh straight away buat pembetulan. Rasa kembang di situ..akkakaka

Tindak ikut pembetulan/kesalahan dapat 3 aje.
Memang tak dinafikan kekanak riang ni susah sungguh nak buat correction. Kalau tak dileter, mesti mereka abaikan. Apakahhh!!!! Aku sekeh karang korang nih.. hua hua hua.. Kalau homework tu, tidak dicek.. sahih la soalan tinggal soalan. Itu pasal kadangkala aku jadi mak tiri. Bila masuk kelas, musti pegang something and ask them to show their work. Yang dah siap tu wajib la tayang buku atas meja. Yang tak siap, buat-buat cari buku tak jumpa-jumpa. Yang tak jumpa buku tu la aku tonggeng beg dan tolong cari sama..bila takde..jengjengjeng.. sila agak kesudahannye..akakkakak

Sistem kerja : Cara menulis tajuk, tarikh dsb dapat 3 ajekkkk????
Huwaaaaaaa...huwaaaaaaaa.. apsal dapat 3.. mulai hari ini saya akan lebih prihatin terhadap perkara remeh ini. Siap ko budak..akkakaka.. anda akan mendapat mak tiri lebih kejam dari biasa..akakakka.. abes laa..abes laaa korang.. Ticer tak dapat full mark utk perkara enteng ni, wajib la ticer akan cek satu persatu sapa tak tulis dates and days elok2.. pisan la korang..

Komen dari pentadbir..
1. Sungguh positip..kakakak
2. Oh..kena pastikan mereka buat corrections.. hua hua hua.. geget koranggg.... rasa cam nak jadi antu makan budok makan budokkk..kakakaka

So, itu salah satu cara nak tengok cikgu tanda buku ke dak nohhh..sambil-sambil leh tengok banyak mana worksheets or exercises yang cikgu dah bagi pada students..

Oleh itu, baper markah kalian? Huhuhuuhu

Perasaan ticer sekang nih...:----->Stress giler tak dapat full marks!!!!!!

Wednesday, January 12, 2011

Tiada ghairah..tiada nafsu

Bila Pejal tak dapat top three -- terus rasa takde nafsu nak hapdet blog..hua hua hua.. Kesian Pejal. Nasib baek dapat gak Best Performance.

Apa pun paling tak boleh blah -- muka Sharifah Aini yang dulu lawa sekarang nih dah jadi macam apa pun tak tau la... repair punya repair dah jadi macam muka Rosma Mansor lak..oppss..lalalala

To Ana Ra-fail -- your song fail to excite me! Kakakaka

Sekian, entry nafsu tak baper nak serakah! Kuikuikui

Friday, January 7, 2011

Story terlepas! Pasal Naufal pulak.



Kan aku dah cakap, anak nombor dua ni, kadang-kadang kita terlupa pasal dia. So, masa cuti sekolah hari tu, banyak la aktiviti yang kitaorang buat. So, antaranya awal cuti pergi ke KL for my convocation. Lebur dah seminggu di situ. Balik dari KL, duduk di rumah. Then budak ni kena chicken pox pulak. Adoi.. lebur dua minggu lebih, lambat pulak nak lega..huhuhuh. Baik aje dari chicken pox, terus aje ke Langkawi untuk coti-coti Malaysia. Lebur seminggu lagi. Lepas tu balik kampung kat Melaka. Lebur lagi... lepas tu..tiba-tiba nak bukak sekolah. Dan as usual SKJ 3 ni, kalau untuk student Year One dia ada exam khas. Jadi senang la depa nak streaming terus kanak-kanak ni. So, sehari lepas balik dari Melaka, terus bawa dia pergi sekolah dan teruslah berexam. Tetiba rasa macam..eh...kejap je cuti abes. Eh.. Naufal tak ready apa pun. Alamak..kesian anak aku. Tiba-tiba nyesal. Huhuhu..

So, lepas exam.. kena la tunggu result dua tiga hari. On Sunday, pergi sekolah dan tengok nama dia kat 1 Mathematics. Oh sungguh sedih. Tu la kan. Tak study. Yang gerammnya dia kata..semua soalan senang. Adoi..kalau senang kenapa dapat second class. Mama dia yang tensen lebih sebab kalau masuk kelas Maths, takde harapan nak join Mandarin class sebab Mandarin hanya ditawarkan untuk kelas 1 English. So, buatlah rayuan kat sekolah.

Next day tu, boleh la masuk juga 1 English. Tengok-tengok Naufal buat hal pula. Tak mau membaca bila disuruh baca. Teacher dia call malam tu, kata dia tanak baca. Susah la kalau tanak baca. Nanti kena pindah the previous kelas. Malam tu, apa lagi.. marah sungguh-sungguh kat Naufal. Maybe dia rasa macam duduk tadika lagi, cikgu dia nak pamper dia macam kanak-kanak. So, mama dia pun apa lagi, memberi ceramah dan tazkirah yang panjang lebar, sambil-sambil tu suruh dia baca. Dengan linangan air mata, dia membaca dan setiap kali silap baca, mesti kena jerkah.

Bila dah sedih tu, nampak lak Papa dia buat-buat tanya naper sedey, lagi la sentap kawan tu. Terus melalak terpekik terlolong sampai pengsan.. (dalam erti kata lain : TIDO). Esoknya, on the way to school, bagi dia buku lagi. Suruh dia baca sebelum sampai sekolah. Dan dia pun baca. Nasib baik mood dia elok. Masa recess, jumpa teacher dia. Tanya perkembangan Naufal. Cikgu dia kata, dia sudah mau baca dan cikgu dia kata kena polish lagi. Ok, ada perkembangan sihat. Jadi, rasanya OK la sikit. Jadi mama dia pun rasa lega. (Kalau tak, rasa macam nak balun pulak masa balik kang..akkakakka). Lepas aje tengok Naufal di sekolah, terus aje ke Pustaka Jitra beli menda ini. Sebabnya, Naufal needs extra attention and Adam pun nak kena start practice buat latihan especially Maths bila kat rumah. Ala-ala tuition centre la plak bila dah ada nih. Kakakka


Nah.. whiteboard. Kakakka.. Ukuran: 2x3. Letak rege sampai RM80. Mintak kurang giler khinzir..kakakak.. dapat la RM 60. Huhuhu..

Jadi mulai saat itu, bila-bila masa ada free aje, mulalah bawa buku sebuah habuan untuk budak yang bercuti sakan tatkala cuti sekolah haritu untuk membaca dengan lancar kembali. Haiyaa..


Dalam kete pon wajib baca ok. Kalau tak, tak dapat dua kupang. Oh..

Dan mesti korang tertanya-tanya (macam la ramai nak tanya sangat kan..) Eh, tak keje ke bila time recess boleh pergi sekolah anak tengok anak, pastu boleh lak pergi ke Pustaka Jitra shopping. Oh, saya bercuti sebab anak yang sulung pula kena chicken pox! T_T

Thursday, December 9, 2010

Cian Nopal!

Dua tiga hari lepas, Naufal tak berapa lalu nak makan. Paksa makan dia macam tak mau aje. Dok rasa kepala dia tak panas pon. Dia cuma cakap..

"Angah kenyang dah.."

One morning, Naufal bangun tidur. Bangun lewat sangat. Biasanya bangkit awal. Bila dia bangun, terus tengok muka dia, tapi tak syak apa pun, sebab dok ingat kena gigit nyamuk. Then, bila nak suruh dia mandi, dia pun bukak baju.. Jengjengjeng... apakahhhh????!!!! Tidaakkk!!!!

Terus call Laling..

"Elo, bie.. Angah kena ciken pok la.."

Masa lunch, Laling pulang ke rumah dan terus ke klinik.. err..sebelum tu makan kat rumah, nasib baik berjaya masak..kehkehkeh... Masak lemak udang yang sungguh besh.. ditambah pula dengan sup daging..adoi.. merembes lak bila baca balik..kakakak

Masa kat klinik, Naufal dah gelisah dan tensi..


Muka tencen..."Angah rasa gatai.." Mula tak nak duduk diam.. Terus Laling bukak kipas nak bagi sejuk.. Sambil tu pujuk-pujuk dia.


Suruh dia baring.. tapi still dia tak selesa..kesiann..

Lepas dah jumpa doktot, terus balik rumah dan mandikan dia. Lepas tu bagi makan ubat dan sapukan ubat ke seluruh badan. (Ayat tak ble blah..akkaka)


Mama.. Naufal rasa macam lagu Waka Waka...kakakkaka

Bila dah tak boleh keluar rumah tu, memang la budak ni boring yang amat. Jiran depan dok panggil-panggil. Tension la kawan... Suruh baca buku pun dia tak berapa nak minat, suruh tulis lagilah kirim salam... Last-last dia main sorang-sorang..


Hari ni dia buat cincin dari tanah liat. Mana dia dapat manik tu, sahih dari rantai manik koran aku yang dah putus tuh..kuikuikui.. Buat la Ngah oit... kesian kat Angah..

Ciken tol la ciken pok ni....kalau boleh semelih.. sudah dibuat ayam masak merah..kuikuikui..

Smoga Naufal cepat sembuh, buleh kita pi holiday...huhuhu


Thursday, November 4, 2010

Banjir di Jitra! Dasat!

This is the second time Jitra banjir. The first one was in 2005. Tapi masa tu school holiday, takde lah kecoh sangat. This time happened masa belum cuti sekolah. Jadi, surelah kecoh giler. Huhu. Masa early morning, a friend of mine sms-ed me cakap tak bleh pi skola sebab takde jalan. Hoh. Tak pueh hati, cuba cari jalan jugak. Maka bermula edisi jalan-jalan cari jalan... Kakaka

DAY 1:


Nak keluar ke main road dari taman aku. Huhu.. nampak macam clear kan. Tapi jem giler. Nak sampai ke main road biasanya dalam 4 minit, kali ni 30 minit.. bayangkan ye tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian..


"Nak pi mana cek oit.. buleh pi ka?"

Agak tergezut bila tengok jalan nak ke Restoran Dusun Damai ditenggelami air. Huhu.. Dan dalam kawasan ni, ada banyak gak rumah-rumah jenis kampung.

Then, perjalanan diteruskan dengan melalui jalan ke Bukit Indah, IPDA dan Polimas. Masa ni Rosmawati dah call.

"Syah kat mana?"
"Ada depan POLIMAS nih.. hangpa dok tang mana?"
"Depan tasik... tak tau nak pi mana.."
"Takpe..hangpa tunggu situ, kami survey jalan.. tang lain semua tutup dah.. Member kami pun habaq tutup."

Tengah dok sembang, maka sampailah ke exit Tanjung Pauh, the only road left..


"Oit.. Tanjung Pauh tak bleh pi woit... paras pinggang tuh.. Jenuh la.."
"Patah balik.. jom.."

And berpatah balik la kitaorang dengan pening lalatnya.. First time seh experience this kind of thing. Masa 2005, I was in Melaka.. coti sekolah kan. So, hanya Laling aje yang mengalami pengalaman ni. Kali ni aku and kanak-kanak riang lak.

Masa nak balik, teringin nak pergi area Yawata. Tapi jem giler, so, patah balik jugak. Kalau naik motor takpe la juga kan.


Penutup lubang jalan pun air dok keluar.. ni masa nak balik rumah. Kereta nak kuar ke jalan besar sikit punya meriah.


Air tasik sampai melimpah keluar dari pagar. Orang pakat menjala ikan kat sini. Huhu. Ikan satu beg plastik besor depa dapat tangkap. Huhu..

Sampai aje rumah terus tukar uniform. Ajak Adam keluar pi Alor Setar sebab orang suma dah pakat kecoh beli barang. Kat Kepala Batas punya bahan mentah, pakat naik harga. Tak tahan. Lagipun, aku nak kena pergi Bank Islam nak bank in duit konvokesyen. Bank Islam Alor Setar dah sadakallahulazim...

Lepas pergi ke bank, sempat jugak pergi ke Giant, beli roti, telur, carrot dan lain-lain yang bersesuaian lah. Beli dalam kuantiti kecik aje. Kalau beli banyak-banyak sapa nak makan. Jangan panik masa membeli ye.

Then, singgah ke Pet Shop, cari dedak untuk Kitaro. Takut sayur takde.. so, beli siap-siap. Takde la kebulur renab aku tu.... Kakakaka..

Masa balik ke Jitra, highway terus ditutup, so yang tinggal hanya Jalan Kepala Batas and Jalan Anak Bukit. Layan... Laling plak outstesen dok pi wat keje dia, so dia balik agak lewat. Dua jalan utama dah kena tutup, nasib baik Jalan Anak Bukit yang nyawa-nyawa ikan tu boleh guna. Elok aje dia sampai rumah, jalan tu terus ditutup.. so, orang Jitra terus shutdown... huhu..

DAY 2:

SMS all my friends pagi-pagi buta nak tanya which way to go to school. Jalan Jitra-Kodiang dah clear from flood. Din cuba cari jalan nak tembus Jitra -- failed! Aku pun try sama -- failed! Hari ni dok plan nak daftar diri kat skolah berhampiran..Balik la ke rumah dulu, beli breakfast siap-siap...Sampai aje rumah, Laling pun sampai.. Jalan ke Alor Star tutup katanya. Tensen la Laling sebab ada bertimbun keje dia kat opis tuh. Huhu.. Dia pun tukar uniform and terus breakfast. Lepas breakfast, mula la mencari jalan nak pi daftar diri. Naik motot la apa lagi.. Kehkehkeh...


Nah.. semalam bukan banjir pun jalan ni. Hari ni banjir.. jadi macam tasik plak. Isk isk isk.. Naya sungguh. Ada sebuah kereta and lori yang tersekat dalam nih. Dok bajet buleh lepas kot. Sabar je la Labu.. Jangan dok gagah dengan air ni noh.. Hangpa takkan lepas..


Sampai aje skolah ni, terus tulis nama. And my name was on number 138 kot! Pergh.. Dasat kan. Kakakaka.. Sungguh ramai guru-guru terperangkap rupanya. Skolah ni pun jadi pusat penempatan banjir. Lepas dah tulis nama, apa lagi.. operasi melawat kawasan la dei..


Yang ni kat Yawata. Berdirinya KFC, Secret Recipe dan lain-lain kedai yang seangkatan dengannya. Hua hua hua..


Nah, area Tanah Merah. Kat sini la aku lalu semalam masa nak pegi Alor Setar. Hari ni dah jadi cenggini. Dasat..


"Hello bos.. haa.. yaaa.. hari ni tak bleh masuk keje.. haaa.. ye.. betoi.. ana punya pilot off day hari ini. Helikopter ana TUDM pinjam.. ok ok. Nanti bila dah clear, ana masuk opis lah.. Bye bos.. "


Dari atas jejantas -- highway nak ke Alor Setar dah kena tutup. Sebab ada laut magika kat depan tuh..


Ni la laut dari pandangan dekat. Huhu. Ada sorang mat askar tu dok redah air. Aku nengok paras leher tuuuu.. brani mati...


Ni pon jalan alternatif ke Alor Setar. Habis cerita la kalau sini pun tutup. Huhu..

So, story pun takat ni dulu sebab dah kol 7.30 dan aku tak mandi lagi nih. Kakakaka.. Lapo lak kan.. So, kena la sedia breakfast dulu..

Berita akan disambung selepas -- bila aku ada mood la..akkakaka

Thursday, September 16, 2010

Jusco Ayer Keroh -- slow mo!

Seperti biasa, sampai Melaka haruslah shopping, Omak pon memesan sama la barang-barang yang berkaitan. So, berjimba-jimba la ke sini. The first spot -- Jusco Aeon Ayer Keroh. Dah lama dah shopping center ni wujud.. sejak saya sekolah menengah lagi. Huhu..Otai hang nih.. akkakak.. Bila dah round puas-puas baru la pi beli barang yang wajib dibeli.


Ni je barang yang kami beli.. tapi nak tunggu masa untuk membayar mengambil masa hampir setengah jam! Sebabnya..


Amoi ni suka bebenor amek barang tanpa price tag.. sudahnya cashier ni penat ke sana ke mari untuk cari price untuk Amoi yang arrogant nih.. Hampeh sungguh! Membazir masa orang aje.. bodo tol.. hangen kitaorang sebab kena tunggu kesombongan dan kebodohan beliau nih.. hoh!

Sambil layan hangen..sempat jua bergambo bersama.. hehe.. walaupon Hubby not very happy..


Sungguh siyes wajah anda..kakakak

Saturday, August 14, 2010

Esok Last


Gambar diambil sebelum bermula bulan puasa. Harap maklum.. kekeke

Esok hari last aku menduduki peperiksaan. Papernya nama Teaching of Novels and Short Stories in ESL. Walaupun last, hati tetap gusar sebab kali ni tak prepare langsung untuk exam. Sebab sebuk ngan research, asek kena redo tak benti-benti. Dapat tutor yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat cerewet. Abes la.. tiada harapan untuk Dean List kali ni. Punah harapan nak buat hatrik..akkakak.

Ok la.. nak membaca lagi. Lepas hari esok, boleh sambung main game tanpa henti.. Yeeehawwww.. Kakkaka.. Tata!

Wednesday, July 28, 2010

I am so dead!

I am so dead.
Thank you.
Full stop.

Wednesday, June 30, 2010

Beg Berat!

Semalam di HotFM dibincangkan isu beg berat. Aku rasa dah baper tahun dah isu beg berat ini diceritakan! Dah takde modal la kot..

Apa yang pasti, pihak sekolah sudah tangani permasalahan ini dengan mengadakan jadual anjal. So, dalam sehari budak just bawa buku untuk 4-5 subjek. Subjek teras dalam 3 dan selebihnya subjek bukan teras yang tidak memerlukan buku teks! Contoh: Pendidikan Seni dan Muzik. Setiap subjek ada 1 buku teks, 1 buku aktiviti (untuk subjek Teras bagi Tahap 1) dan dua-tiga buah buku tulis yang berkaitan. Dan seharusnya guru disekolah hendaklah memastikan buku yang berkenaan sahaja dibawa pulang bagi meringan beg sekolah. Maklumle ilmu ni berat.. so susah le nak bawak.. Kalau boleh tinggalkan aje ilmu-ilmu nih. Hoh!

Cuba la para ibu bapa ni cek jadual waktu anak anda, jadi rasanya masalah ini tidak akan berlaku! Ni asyik bibik aje cek, mana le bibik tu nak tau buku yang mana.. jalan mudah sumbat kesemua sekali dalam beg.

Ada orang cadangkan locker. Budaya locker masih belum lagi familiar dengan Malaysia, jadi kali pertama ianya diperkenalkan -- aku rasa masa kali pertama isu beg berat diutarakan, maka locker pon diadakan.
Hasilnya: Ramai McGyver baru yang lahir. Pakat nak tunjuk bakat buka locker dan akhirnya terletak di sudut-sudut bacaan saja lah. Nasib baik tak kena bakar atau hapus kira!

Apa yang aku heran, keje komplen beg berat, isu pelupusan peperiksaan kebanyakkan yang memekak ni orang Melayu. Kenapa ye. Asek nak komplen dan keje mudah aje. Agaknya nak suruh kerajaan sponsor beg elektrik beroda sorang satu la kot. Kakakkaka...

Cara mudah:
1. Beli beg berjenama yang berkualiti sebab jenis material yang ringan dan tahan digunakan bagi membuat beg sekolah. Tahun lepas beli beg Swan, RM80. Tahan juga.. dah tak nampak corak, rodanya masih tahan sampai hari nih! Tahun ni beli beg cap ayam. RM 25. Tak sampai baper bulan dah terkoyak. Beralih kembali ke Swan! Tetiba pomot Swan! Kakkaka. Tapi beli jenis knapsack. Comel dan tahan lasak sebab anak aku kan ke kusssssemangaattttt lasaknya.. akakkak..

2. Hapuskan buku-buku semua tu.. Pakai buku elektronik macam suratkhabar elektronik tu. Haha.. Selesai masalah..akkaka


Nah..contohnya dari sini


Sekeping aje ko.. mudah dan ringan.. beg yang dah ringan tu leh korang bawak games..akakkaka

3. Peperiksaan dah ura-ura nak hapus.. hapuskan buku-buku skali senang.. kuikuikui.. murid tak yah belajar sebab dah takde peksa.. cikgu pon goyang kaki tak yah bawak buku dan xerox kertas bagi kanak-kanak riang belajar.. peksa pon lupus.. heran apa..kan ke kita ni kaki komplen.. tunggu subsidi je lah senang.. kuikuikui

Hoh.. apa lagi cara mudah tamo bagi beg berat nih? Kalau tak bawak buku, macam mana nak study kat rumah.. Aiyarrrkkk.. tinggal kat sekolah? Kemungkinan besar akan hilang keesokkan harinya.. huhu..

Oh.. dalam isu beg berat nih. Aku nye beg tak berat mana pun.. Sila lihat beg aku bawak setiap hari di bawah nih..


1. Beg laptop -- harus bawa.. kalau ngajo guna LCD, kena bawak satu bag untuk LCD pulakkk!!! Nak letak wayar extension lagi.. hehe

2. Beg skolah gue.. sampai genting tangan nak galas.. segala mak nenek ada dalam..kakaka.. buku-paper.. ohh..lupa nak snap fail worksheets aku tuh.. esok la kalo rajin..kakaka

3. Handbag..wajib..

4. Botol air..akkakak. Haus weh dok pompang pompang dalam kelas..kahkahkah

Beza aku dan murid: Murid hanya memikul beg sekolah waktu pergi dan balik saja. Aku pula.. mengusung kesemua ini setiap kali masuk ke kelas... Kakakaka.. Jangan hengat anak murid aje tensen.. cikgu pon sama daa..

Apa yang aku tau.. golongan yang biasa kena komplen dengan masyarakat yang bijak pandai nih..
1. Cikgu
2. Polis
3. Misi dan Doktor...

Adakah kerana ketiga-tiga golongan ini mempunyai hari-hari istimewa? Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Polis? Kakkakaka..


Sekian.. berapa beratkah beg anda? Kakakka

Friday, June 18, 2010

Line hampeh!

Hari ni kitaorang upgrade our internet speed. From 1mbps to 4mbps. The technician came early in the morning and he checked that our house can use the 4mbps speed. Ok, great. So, he activated the thing.

The next thing I know -- the speed is a bit lembab and sadly I could not do anything... actually dunno what to do..kakaka..

So, I happily picked up the phone and dialled 100. Have to push this and that button, then I could hear the operator saying that the internet connection has some problems throughout the country. Oh, this is just great. I hope that this thing will be OK A.S.A.P. My cafe is in trouble! Damn!

It would be unfair for me to pay the internet speed for 4mbps and you get the fucking 1mbps SPEED!

Come on TM!!! Do something.. clock is ticking.. tick..tock..tick..tock.. you are charging me for this slow-mo speed! Gosh!

Saturday, May 29, 2010

Aku yang kijam!

Bangun awal pagi untuk ke Sungai Petani, tapi before that kena pegi ke Suka Menanti letak barang and headed to my MIL to put the children there. Banyak benda nak kena cater, so I need to rush la kan. To cut the story short, sedang aku menyiram pokok-pokok bunga tu, ternampak la pulak air kolam ikan yang dah cangkat. So, aku letak la getah paip ke dalam kolam so, takde la kering kontang kolam ku. Pehtu, masuk dalam wat susu kanak-kanak riang sambil Papa mendukung kanak-kanak sedang titon ke dalam kete.

Ntah macam mana, lepas aje wat itu dan ini, aku terus naik kete dan vrooomm.. tak hengat langsung pasal getah paip. Bila balik dari Sg Petani, baru teringat tentang kolam tu. Hoh! Abes la.. abes la.. huwaaaaa.. terus call jiran telling about the kolam etc. Then jiran called back.. Paip memang tak tutup..

"Tasha tengah kutip ikan"

Haa..kesian la ikan-ikan aku terkuar dari kolam.. Harap-harap ada yang masih bernyawa.. Then Najiha texted me..

"Didapati 9 ekor mati terdampar di tepi kolam :p"

And a few minutes after that, Tasha sent me the picca..


Huwaaa..kesiannye B,C,D,E,F,G,H,I ngan J. Huhuh.. Jantan la nih sebab kaler-kaler.. Kalo hat tino kaler hitam.. Hoh!

I was hoping that their fries are okay sebab aku nengok penuh kolam ngan anak-anak dia.. Sadly Tasha said..

"Anak dia sekor je kan?"
"Aitt.. ikan kami ada 13 ekoq.. pehtu anak dia berekoq-ekoq.. tak dan nak kira..."
"Kami jumpa sekoq jaa"
"Haaa??? Kesiannye.... Mana pi.. "
"Tak jumpak pon.. Kami nengok tadi aiyaq kolam hangpa sampai kot luaq dah.. "

Oh...speechless..

Kecuaian diri yang membawa padah.. Membunuh pets sendiri.. huwaaaa...
I suppose to wait until I got back kan.. Huhuhu.. Terpaksa beli baru. Caitt!! Hat jantan sekoq singgit weh.. Huwaaaa..takpe..takpe..pengajaran..

Padan muka den.. Huhu..

45 minit!



Beberapa hari lepas (hoh.. nampak sangat tak hapdet lama dah), pegi la ke Aneka. Membeli belah dan menghabiskan RM yang ada..akakaka.. Kuar dari Aneka berasa lapar pulak. So, encik Hubby mengajak mamam kat Marvellous Char Kuey Teow.. sebab encik Hubby kalau pi mana-mana bila balik tu mesti singgah sini beli. Memang la bes makanan kat situ..
Kunun ingatkan cepat la sebisnya.. Perghhhh.... lambat gilakkk.. Kanak-kanak riang pon tensi.. Bayangkan.. 45 meneeetttt!!! Gilakkkk..

So, mintak maap la ye.. Lengkali kim salam wa mau makan sini. Leh kebelai aku dibuatnya.. Hoh! Lebih baik tapau saja.. Hoh!

Saturday, April 24, 2010

Jangan Kacau Saya!



A bit stressed right now. Don't disturb me. Not in the good mood. Try to like everything but dammit I just can't do it.
I like it
I like us
I like you
I like them
I like everybody!!!
Damn!

HARUS BERTUKARRRRR!!!!!!!
*mode diam*

Sunday, March 28, 2010

Pwincess Tenat!

My Red Pwincess sakit tenat! Tetiba aje tenat.. huhu..kesian Pwincess.. Semalam bawak dia pergi kedai, tapi orang kedai cakap tak bleh nak repair sebab still under warranty. Mereka suruh aku call aje Bapak si Red Pwincess nih, pihak mereka akan buat service dari rumah. Balik dari kedai, try call... hampanya mereka cuti. Haishh..patutnye service centre kena la 24 hours.. Tensi lagi..

Maka kini, aku terpaksa merujuk kepada si Peter! Kuikuikui.. Walaupun nak menaip satu-satu huruf ni berasa keras, aku harus tabah. Nak check email dan pesbuk. Nasib baik la assignment dan translation dah berjaya disubmit. Kalau tak masak aku! Cuma tak boleh nak update more cerita ceriti tentang Kota Singa sebab all the pictures kat dalam tu. Nak retrieve apa pun tak ble.. sebab muka si Red Pwincess ni rosak teruk. Kesian Pwincess.. Sabo ye. Esok dah hari Isnin, nanti I call depa noo... Sementara tu, aku merujuk balik la pada kekasih lama..kakakkaka.. si HP yang sengal! Sabo je lah!

Wednesday, March 3, 2010

Minggu apakah ini?

Lots of lots of work and yet I still don't know which and what to do first. Yeah, I know your thoughts... but doing things during the last minute excites me! Kakaka.. Look at me.. even now, still got time to blog, update my facebook, renovating my cafe?!!! Damn.. am I crazy or what!

Nevertheless, having a mug of coffee with the sugar coated biscuits soothe me! Nom..nom..nom.. No wonder my pounds are rocketing high rite now! Haiyaaa...


Tuesday, February 16, 2010

Diet yang fail!



Sekarang ni ramai orang dah menjadi beauty conscious. Ada yang tak mahu terlalu kurus dan ada yang tak mahu terlalu gemuk. In the end, banyaklah produk-produk kesihatan yang dijual berleluasa di kedai-kedai, tepi-tepi jalan hatta di kedai mamak sekalipun ada jugak kelibat produk-produk kesihatan nih. Ada nak kasi kulit jadi putih, gebus, ada nak jadikan alat sulit bertambah power dan etc! Hari ni kita story pasal nak kuruskan badan dulu ye.

Macam-macam produk kita boleh tengok kat pasaran. Ada yang khas untuk dalaman dan ada juga luaran (macam la pakai losyen tu ko boleh kurus serta-merta!)

Losyen:
Banyak jenis losyen. Ada jenis untuk menghilangkan selulit dan mengempiskan perut pun ada. Macam-macam brand boleh dipilih. Ikut saiz poket anda lah! Tapi mesti ingat ye, kot mana pun korang pi sapu losyen kat badan tu, tapi makan seperti biasa (tanpa diet dan sebagainya) -- losyen itu akan gagal berfungsi dengan baik!
Moralnya : Pengambilan makanan harus diawasi juga dong!

Pil kurus:
Oh, sejak di maktab lagi aku dah terjebak dengan pil-pil ni.. Wakakakaka...Berani mati punya statement. Cakap aje brand apa, suma berani try. Kuikui.. Tak menahan bila ada satu kali tu try hat Indonesianye buatan. Aku cirit-birit sampai berebut bilik air. Pi kuliah pon tunggang-langgang! Hoh!
Tapi kalau korang makan serupa macam dok biasa makan pon, pil apa pun DIJAMIN tak berkesan!

Supplement:
Sangat baik untuk kesihatan. Tapi kena ingat, pengambilan makanan tetap diambil kira. Sekiranya dah tau badan tu lemak bertimbun-timbun, tapi amek supplement or jenis pemakanan yang akan membuang toksid dalam badan, lepas tu korang still balun makan tak hengat dunia.... tetap akan gagal. Sebabnya, supplement tadi hanya mengeluarkan lemak terkini aje, lemak lama tetap akan stay vogue dalam badan korang! Aiyaarkkk!!!

Slimming centre:
Oh, yang ni pun aku biasa pegi..wakakkaa.. Sangat best! Korang tidur aje, and the beautician yang akan mengerjakan body korang. Body korang akan diwrapped sampai jadi mummy then korang kena lepak kat dalam hot blanket sampai peluh-peluh. Tak menahan! Ada masa korang kena urut menggunakan krim dan losyen milik mereka dan juga macam-macam lagi la. Pokok pangkal, pulus musti ada... Di sini, korang akan diajar cara nak makan dengan betul! So, you alls, kalau agak-agak sayang duit tu, silalah jaga pemakanan. Pegi slimming centre pon hat tu jugak la depa tekankan. Cuma, depa bagi servis baik kat korang and also pastikan korang ikut schedule. Layanan first class memang wajib korang dapat!

Gym:
Oh, aku baru aje join. Memang best jugak. Tapi penat giler. Kalau tak pernah ke gym dan tetiba nak ke gym, sila pastikan korang amek trainer bagi mengelakkan kecederaan yang tak disangka-sangka polak..wakakkaa.. Bila ada trainer, mereka akan ajar kita cara nak makan (makan lagi weh) dan juga cara nak bersenam dengan betul. Tang mana korang nak attack, tang mana korang nak kena pulun.. tang mana korang nak kena relax...kuikuikui.. Akhirnya, bersenam juga salah satu cara nak keep fit!

So, kat sini satu aje aku mau tekankan. Ikutlah cara mana pun cara korang nak diet.. yang penting adalah cara pengambilan makanan korang ok. Kalau tak makan nasi, tapi dok makan benda lain yang ntah hapa-hapa tu, diet korang tetap TIDAK AKAN menjadi! In fact, korang akan jadi lebih lapar dan akan makan dengan lebih melampau!

Then, pastikan dapat nasihat dari yang pakar. Jangan dok tanya orang yang tak pakar. Kuang kuang kuang... Senaman pun sangat penting. Ye.. kita semua memang malas nak bersenam.. termasuklah aku. Tapi kena kuatkan semangat dan disiplin perlu ada. Oh, nanti kalau ada masa, aku akan tunjukkan cara bersenam yang mudah dan boleh dilakukan di rumah.. (ada ke masa nak tunjuk kat korang ha?) Satu hari kena bersenam at least 30 minutes aje sudah. Kalau lebih-lebih korang bohsan kan. Hehehehe.. Tak mau bosan, silalah ke gym yang berdekatan.

Selepas itu, pastikan korang makan makanan berunsur serat dengan banyak. Pengambilan buah-buahan amat penting dan minumlah air kosong sebanyak mungkin.. (Uhuk.. nasihat untuk diri sendiri jugak nih..wakkaak)

Dan satu lagi.. Makan setakat jam tujuh atau lapan malam aje. Lebih dari tu elakkan ye. Dua jam sebelum tidur jangan minum apa-apa pun, hatta milo panas sekalipun..huhu..sungguh bes minum milo panas memalam kan.. wakakka.. sabo sabo!

Oleh itu, apabila pemakanan terjaga, senaman dibuat secara berterusan, aku yakin korang akan terus vogue dan tidak akan gumuks macam apa dah jadi pada aku skang ni. Dok timbang still dikatanya aku ni overweight! Hampehnye penimbang! Huwaaaaaa... I need to get rid another 8 kilos! Help me God!

Sekian, tima kaseyyy!

Picture credit : http://blog.politicalnonsense.com/2007/07/23/

Monday, February 15, 2010

Mom is here! Part 4

Oh, mak sudah balik ke Melaka baru sebentar tadi. Mood sedey sekarang nih. Huhu. Kanak-kanak riang akan mula bersekolah esok. Sekolah aku aje yang cuti lagi..huhu.. Oleh yang demikian, masa untuk bersenam akan bermula lagi! Sebab dalam masa empat hari tidak ke gym, aku naik beberapa pound.. hua hua hua.. double sadness!


Kak Di.. esok kita pi gym naa..

Wednesday, February 3, 2010

Nak mula balik...

Sudah sebulan ponteng gym. Sudahnya skirt aku dah tak bleh muat. Cisss.. cuba nak zip sampai seksa jiwa raga. Tensi yang amat. Maka hari ini dengan keras hatinya aku bercadang nak pegi gym kembali. Oh, tak boleh jadi la..makan ikut cara trainer bagi, tapi tak exercise..mana boleh..wakakaka

Tapi hari ini ada gak buat exercise, dengan kanak-kanak riang. Latihan gimrama+pom pom untuk acara pembukaan sukan tahunan. Huhu. Yang aku tensi kenapa lagu Sitot menjadi pilihan? Kenapa oh kenapa? Apsal tak lagu Hindustan..my peberet? Tidaaakkk.. Hanya kerana orang atas sukak, maka harus main itu lagu... waduhh..tensi tensi..

Ok, harus bersiap sekarang untuk ke gym. Chow chin chau!

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails