Saturday, March 5, 2011

Nugget Maggie bersama Daging Kisar

Maggie MeatBall la kunun


Nugget Maggie ni memang la sedap dan cara nak buatnya memang lah mudah. So, let me tell you the ingredients first wokeh!

Bahan A
400 gram daging cincang. (I used Ramly Brand)
2 bawang besar (potong dadu -- tapi gue tumbuk sampai melepek)
Sedikit garam
Rempah kari (cap apa pon bole)

Bahan B
3 eggs (dibelasah sampai pengsan)
2 tablespoon corn flour (tepung jagung daaa..nak kasi melekat)
Maggie (3 packs -- direbus dan ditoskan)

How to do it...
1. Masak dulu daging cincang dengan dengan bawang potong dadu, garam dan rempah kari.. macam kita nak buat inti karipap. Ada paham?

2. Lepas tu..sila rujuk gambo ye.


3. Gaulkan daging cincang tadi bersama maggie. Guna jari pon boleh. Kakakkaka.. Eh..lupa lak, sila letakkan dua sudu besar tepung jagung kat atas bahan-bahan yang kita nak gaul tu, then baru you gaul dengan penuh perasaan kasih dan sayang..kakakak

4. Bila dah hagak-hagak sebati, bentukkan ianya jadi macam ball atau dalam bahasa Melayunya bola.

5. Golekkan bola bola itu tadi ke atas telur yang telah dipukul sampai pengsan. Jangan golek lama sangat.. sat gi terlerai pula ikatan antara mereka. Kkakakaka.. Lepas aje golek terus aje golekkan ke atas serbuk roti. Dan siap!!!!!

6. Gorengkan dengan minyak sederhana panas. Jangan lama sangat, kang keras lak maggie tu, terus jadi benda lain lak kang.. Kakakaka

Hidangkan terus diatas meja dan nom..nom..nom.

Selamat mencoba..

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails