Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Alfatihah to my FIL : Dato' Haji Abdul Hamid b Abdul Rahman Al-Jarumi (1930 - 2013)

Pagi tu around 8.00 a.m. saya tengah dok beri kertas kat budak-budak tetiba Hubby called dan suruh balik on the spot. Ada emergency regarding my FIL.

Terus rasa tak sedap hati dan pesan kat students dan  bersiap untuk pulang. Jumpa PK 1 dan explained everything and drove off to my house.

Dalam hati dok berkira-kira nak ambil the boys dulu ke tak. Sampai rumah tukar baju PJ dok pakai pagi tu dan terus keluar kembali ambil the boys setelah dok fikir tak tahu bila akan pulang kerumah kembali.. and tak tahu what will happen later on. 

Masa on the way nak ke Alor Setar, dapat lagi call dari ipar dan terus confirm the bad news...

"Baba dah tak dak"

Time tu masih calm lagi tapi hati sayu aje rasanye. And Hubby kelihatan cuba mengawal perasaan.  Teringat pula masa arwah Babah saya yang meninggal 4 years ago. Macam tak caya aje Baba yang ni pulak dah pergi sebab baru malam tadi aje kitaorang jumpa Baba kat rumah. Malam tu masa kitaorang datang, elok aje Baba dok makan kat meja.. Makan bubur nasi. Bila nak balik, sempat jugalah bersalaman dengan Baba, tapi beliau cuma mengangguk saja seperti lazimnya.

Patutlah Hubby tergerak hati nak pergi rumah FIL malam tu sebab biasanya kalau weekdays memang jarang nak ke Alor Setar sebab my boys abis kelas ngaji Quran jam 9. Lepas tu buat homework dan tidur. So, that night lepas aje kelas Quran, terus pergi ke rumah FIL. 

Bila sampai aje rumah MIL, kereta dah melimpah sampai keluar, tapi cuba juga untuk kami masuk perkarangan rumah. Khemah sedang mula dipasang. Wah.. cepat sungguh. Bila masuk terus saja mencari Baba.. Berjumpa dengan adik ipar, terus kami berpelukan dan air mata turun dengan lebat. Melihat jenazah Baba bagaikan orang sedang tidur. Hubby terus cium dahi Baba dan menangis. Memang sayu time ni. Macam tak percaya langsung padahal baru malam tadi aje jumpa.. Selepas itu, kitaorang terus naik keatas bertemu dengan adik beradik lain. Mencari MIL. Sedang bersiap dalam kesedihan. Dan kemudian, orang mula memenuhi kawasan rumah, didalam diluar. Yang sedang pasang khemah pun bertungkus lumus memastikan semuanya siap.

Ramai sungguh yang datang menziarah. Sungguh terharu melihat para tetamu yang hadir. Setiap kali mereka menatap wajah Baba, terus aje mereka berdoa dan mengucup pipi, dahi serta meraut-raut kening Baba. 

Saya hanya memerhati sambil duduk ditepi membacakan Yassin. Sekali sekala melihat sekeliling sambil menunggu ipar-ipar lain yang masih belum tiba khususnya dari Penang dan KL. Dalam hati hanya berdoa agar mereka sempat tiba untuk menatap wajah Baba buat kali terakhir. 

Alhamdullilah, sempat juga mereka tiba sebelum jam 3. Sempat juga mereka sama-sama memandikan Baba dan mengucup Baba buat kali terakhir. Saat paling sayu adalah tatkala Baba dikafankan, ramai sungguh orang nak mengucup Baba. Sampaikan tiada ruang untuk  bergerak. Dalam hati kecil saya berbisik.. Untungnya Baba... Ramai orang sayang, ramai orang ziarah dan kebanyakkannye memang kami tak kenal. Kata sahabat saya yang turut hadir.. kereta banyak, sehingga terpaksa parking jauh sedikit. Kawasan masjid dah penuh. 

Bila saat Baba dimasukkan kedalam pengusung untuk dibawa ke tanah perkuburan ramai yang kerumun nak tolong bawa. Allahuakhbar saya  bisik dalam hati. Bertuah sungguh Baba! Selepas itu Baba dibawa ke masjid  untuk disolatkan seterusnya disimpan. Selepas saja solat Asar, jenazah Baba terus saja disemadikan. 

Malam itu kami balik agak lewat kerumah. Sampai dirumah terus saja log on pada laman sosial. Ramai juga yang mengucapkan takziah pada saya dan suami serta keluarga. Terima kasih banyak-banyak diatas doa dan keprihatinan kalian. Terima kasih juga pada kesemua mereka yang hadir memberikan penghormatan terakhir pada hari itu. Dan saya juga dapat melihat bahawa rupanya Baba agak terkenal juga. Beberapa page turut mewar-warkan tentang pemergian Baba dan ramai yang turut menyedekahkan Al-Fatihah buat Baba. Beruntungnya Baba...

Dalam saya membaca segala cerita tentang kehebatan Baba yang membuatkan saya terharu dan kagum, saya mengenali Baba sebagai seorang yang sangat-sangat sederhana, tidak banyak bercakap dan hanya bercakap bila perlu, rajin membaca Al-Quran dan kitab-kitab dimasa lapang, gemarkan kopi dan suka bersantai dirumah dengan hanya bersinglet putih dan kain pelikat sahaja. 

Beruntungnya Baba, perginya dalam tidur, perginya diratapi ramai, perginya sangat-sangat mudah.

Semoga Allah menempatkan arwah Baba dan arwah Babahku dikalangan orang-orang yang beriman, Aamiin.

Photo: Salman: Lepas ni masjid tok ayah sapa nak jaga Mama? 
Salman sedang membaca Al-Fatihah buat Baba. 

Monday, March 18, 2013

Bila network pun miscommunication jugak!

That day I called my mom. Asyik engaged aje dari pagi sampai ke malam. I called her handphone. Tiada berjawab. Adoi.. kemanalah Omak I pergi berjimba-jimba ini. Dan siapa pulak yang dok calling Omak tanpa henti. Stress langsung.

The next day Omak called me.

"Mak dok cakap kat Syakirah.. manalah Mamida kau pergi..sibuk sangat agaknye sampai tak call nenek pun!"
"Uik.. orang call Omak yang tak angkat-angkat. Pehtu call rumah asek engaged manjanggg..."
"Hahh??!! Mesti line gila sebab takde sapa pon pakai tepon umah aku ni"

Oh my! Line pon ada masanye kurang siuman iye! Then I told her about her handphone. Omak jawab senang aje..

"Oh..itu mesti Mak kat luau atau tengah tidur"

Woah! Kalau kita kata camtu mesti Omak membebel eh..

Sabau je ler..

TM! Tulung tengok sat line rumah Mak I tu! Sekeh karang baru tahu. Kalau bayar lambat sikit, tak dan dua bulan kemain potong tanpa notis.. Ini line sendu, korang boleh buat derk aje ye.. Cis tart sungguh! Sumpah jadi peti ais baru tahu! Hoh!


Sekian, tengkiyu and gudbai!

Wednesday, May 2, 2012

This is why I love my job... ekekke

Early in the morning after sending Hyder off to his nanny, I went to school.. (opkoz lepas anto the brothers to their school). I was expecting that everything would be just nice and I was in high spirit! Sampai skula opkoz la jimba-jimba at the canteen while waiting for the bell to ring. Dah kunyang and tapau some drink, terus naik to my room. Ok, everything suma in order.. aaa.. lega. Then, terus switched on the aircond.. Eh.. apsal tak sejuk langsung after a few minutes eh. Cari pulak my bag and RPH. Jumpa bag, tak jumpa RPH. Grrr.. kompem kat opis and the kiddies pon datang nak belajar Muzik dah. After giving them lyrics, terus jeling dekat stacks of books.


Ada tiga stacks and only one stack yang dah mark. Another two tak bertanda since I coti. Oh great! This is what I want.. emo lagik.. Then, masuk bilik try to turn on the PC. Haram tak buleh pon. Even the plag kembor tu mana ntah pegi.. Sapa pinjam oiii.. Emo aku.. Pinjam tak letak balik..this is WAR! Tengah cari itu dan ini and try to adjust myself, datang pulak one girl. She asked whether she could celebrate her birthday masa my period at 9.45 a.m. I asked her to celebrate during the recess at 10.15. Hoih..mana bole poya-poya masa kelas, sat gi Mek Nab hantam gue dalam meeting..



Terus aje dia kata..



"Saya nak makan ngan ticer.. Lama tak jumpa ticer..Bole laa.."


Olololo.. tacing tacing ticer dibuatnya. Sob sob.. tak jadi nak emo.

Menge'kek' la gue kejap lagi...

Jemput makang..

P/S: My first draft was much better..hanamnye line tenet.. tak dan save dah putus line.. tengok balik takde.. huwaaaaaaaaaaaaaaaa...

Sunday, April 29, 2012

Bila Bersih buat orang E.M.O!

Seperti biasa, bila ada BERSIH, kompem la ada benda yang tak baik berlaku eventhough matlamat BERSIH sebenarnya bukan begitu. Bagi aku, mampuih pi la hangpa nak berhimpun ke apa, tapi jangan lupa dalam ramai-ramai tu mesti yang nak buat taik kat hangpa. Tu aku tak baper berkenan sangat dengan beberapa malaun yang bajet macam BERSIH tapi spesis ni la yang dok bagi terpalit taik-taik mereka. Dan aku pon tak baper syok la kalau berhimpun ramai-ramai gitu, dah la panas, cair mekap kang.. kakakak

Dan seperti biasa juga abang-abang polis mesti emo dan sentap bila kena maki hamun pree aje oleh rakyat jelata.  Biasalah tu, dah nama manusia, tak boleh nak expect everyone to like you and you too cannot please everyone. Kerja berurusan dengan manusia ni memang payah OK.Tengok aje la profesion yang melibatkan dengan manusia.. contoh : Cikgu, Nurse, Doktor, Polis....Grup ni memang selalu kena hantam dengan masyarakat okeh.. Cikgu tak reti ngajo la, Nurse tak prihatin la, Doktot kayu bagi salah ubat la, Polis Kijam cam Zionis lah..  Tak payah nak nafikan lar.. Sebab manusia ni bukan semua sama.. bukan semua ikut arahan bila kau cakap.. 

"OK Protesters, plis duduk dan bantah sajok, jangan nak main lari-lari.."

Tetiba malaun sekoq ni jadi cam kera kena belacan, terus lari cari pasal, baling botol air mineral...

Bila polis nak tangkap orang, orang mau lari, bila ligan, kena maki, bila kena maki, polis emo terus bantai, time tengah bantai tetiba orang amek video.. hanam terus orang dok sebar dalam pesbuk and youtube.. Terus kena maki secara berjemaah oleh penonton kat rumah.. Ini kesian.. Pakat emo belaka..

Jadi kat sini aku bagi tips macam mana tak mau emo dengan kawan-kawan sampai tahap nak Unfriend, Block dan sebagainya.. Sebab memang sedih la kan,..kawan dah bertahun-tahun, boleh terputus kerana EMO disebabkan sesuatu perkara yang bagi aku itu hak masing-masing nak sokong ke dak.. Apsal ko nak EMO? 

Jadi macam ni caranya ye..

Kalau dekat news feed kita, setiap kawan kita dalam list akan ada satu kotak kecik di sebelah kanan, korang klik kotak itew dan ikut arahan dibawah..boleh pilih ye

1. Kalau tamo baca citer sakit ati, korang je klik HIDE STORY

2. Kalau meluat kat kawan korang tahap gaban sebab suka benor nak nyokong menda yang korang tak sokong tu maka korang klik la UNSUBSCRIBE. Jadi segala citer pasal dia, updates, story mory suma tu takkan appear dalam news feed korang.

3. Kalau korang rasa ramai sangat sahabat-handai korang yang tidak menepati citarasa korang dan suka komen menyakitkan hati, aloh, ada caranye, korang create satu list aje camni.. pegi kat wall kawan korang tu, lepas tu klik dekat friends tu kan, ada list kat situ.. Close Friends, Acquaintance, Restricted.. korang klik "+ New List" letak la tajuk apa pon.. Cth: Annoying Peeps, Geng Tak Sebulu, Geng Bulu Takdak.. haa..contoh la..contoh.. kakakak. Lepas tu, dah ada nama list tu kan.. korang campak je la friends korang yang korang rasa tidak menepati citarasa itu. So, bila aje korang nak post something yang korang rasa akan dapat feedback negative dari geng-geng takdak bulu sama ngan korang ni, maka korang boleh setting aje dengan mudah bila kita nak update status ke apa ke.. FAHAM?

4. Kalau ada manusia yang masih lagi tak paham erti demokrasi, asek nak hentam korang aje walaupon korang takde nye nak pi kacau mereka.. ye.. kita masih lagi boleh friend tanpa blocking mereka.. Letakkan aje dalam grup RESTRICTED! Kakakak.. Jadi geng-geng ni hanya boleh tengok wall korang dengan cara paling minimum sajok. Ce try dengan kawan-kawan..

5. Dan paling akhir sekali jalan yang tak boleh nak buat apa dah.. Dah RESTRICTED depa mai kacau plak kat inbox.. maka say goodbye lar kat manusia tak reti bahasa ni.. akakkak (Haiyaa..tadi kata tamo block..akkaka). Hat ni sesuai untuk spesis yang tak reti nak bersosial okeh. 

Ok.. Ada faham, jadi dengan tips ini, maka korang pun takde lah nak emo sangat kan. Dan dah tentulah kurang sikit dosa korang nak maki balik orang yang korang tak suka tu. Kita kena ingat bila emo, dah tentulah syaitan dok belakang korang menyala-nyalakan api kemarahan membuak-buak. Jadi dah tentu lah statement sengal mesti kuar kan. Maki orang tak tau hala, dok bajet cam baguih padahal tak baguih mana pun.. Kuikuikui. Jadi bila kita buat antara step-step tadi tu, maka keinginan untuk EMO pun akan menurun. Kekeke..

Amacam? Berguna tak ini info? Bukan apa... so sad to see besties jadi enemies in just a blink of an eye. Bagi aku, ikut suka depa la nak suka hat mana pun.. Dah kata demokrasi.. Apada.. ingat demokrasi terpimpin kah? Macam citer P.Ramlee? Kuikuikui..

Apapun, dok sembang Bersih pulun sangat pun tak guna kalau time election korang dok rumah pehtu kunyah kuaci hepi-hepi sambil-sambil tengok TV. Pehtu kalau kalah terus tak puas hati.. Poooodahh... Jadi, dah penat memBERSIH sampai luka-lebam-pitam-pisan-hanam suma ada, sila lah ngundi ye. Mari kita lihat siapa yang kena.. Kakkakakka

Demo tu demo la.. semayang jangan lupa ok!




Wednesday, April 25, 2012

Frust la jugak..

How devastating are you
When they can't really do
What you think they can do

How devastating are you
When you think they know
Where actually they don't have a clue

How devastating are you
When you tried so hard to make them understand
In the end, they keep doing the mistakes all over again

How devastating are you
When you think that simple thing they can achieve
In the end, they actually struggling like a cockroach
Surviving...

How devastating are you
When you think you are helping them
But..
You are actually killing them
To achieve your own dream..
And not theirs..



Facebook problem?

dia kuor hat nih..cis

I dunno why tetiba saja tak boleh nak log-in kat facebook. Even the front page of the facebook pun tak boleh nak masuk. Naper eh.. Adakah aku kena hack ataupun memang facebook sedang facing the problem right now? Hrmmmm.. kompius eh.. Sedang syok chatting dengan Lela tetiba aje tak boleh nak balas hasil chattingan. Ini boleh mengakibatkan pihak Lela pening kepala..Kehkehkeh.. Maap ye Lela.. me dunno what telah happen. Jiwa kehairanan begini.. hukhukhuk.. 

Can somebody tell me what's going on?

p/s: Ini la akibatnye dok hook on the social media kan.. keskesskesss...

Sunday, April 22, 2012

Hyder third jap!

Hari ni ada appointment dengan klinik kesihatan ibu dan anak. Kata mereka jam 11, so bergerak lah dari rumah around 10.30. Sampai sini, kena drive kawasan klinik sampai dua kali to look for a car park. Ada orang bawak kereta macam badigol pon ada.. sabo je haku kan. Then, park jugak depan pintu masuk, tapi block kereta orang. Takde choice dah. Dah la tengah panas. Pergi sorang-sorang bawak baby. Orang lain ada laki ikut.. kesian.. kakaka

Ni kali kedua pusing la ni... takde gak parking..

Bila masuk, aku amik nombor.. oh.. number 25. Takpe lah.. tapi rakyat jelata is ramai ok. Nak amek gambo pon tak dan sebab dok dukung baby. Then, aku kan ke dah pandai sikit-sikit. Takde nye letak buku rekod tu dekat kaunter pendaftaran ok. Terus aje letak dekat kawasan tempat nak ukur kepala dan berat baby. Kuikuikui. Aku nengok kalau letak kat meja pendaftaran tu, dok tang tu la takde orang nak amek..kesian..

So, I waited for 15 minutes baru la nama Hyder dipanggil. Bukak baju and diaper terus timbang dan ukur panjang badan. Ok, good progression la ini budak. Kat sini amek masa dalam 5 minit je kot. Lepas tu letak lagi buku rekod kesihatan tu dalam kotak di tepi bilik. Waited for another 15 minutes.. Giler ko, aku tengok jam doe.. kakaka. Lepas tu baru la dipanggil masuk.. duk dalam tu lama jugak sebab misi tu terangkan step-by-step macam mana nak meneruskan penyusuan ibu bila dah mula kerja. Dok dalam bilik ni lebih kurang 15 minit jugak. Ok la tu, dia terang semuanya.. kalau ada soalan boleh tanya terus. Then proceed to the next room. Letak kad lagi.. hat ni sat je dalam 10-12 minit gitu.. baru la panggil untuk dicucukkan budak ni.. akkaka

Hyder at this time dah macam ngantuk. Bila masuk bilik suntik terus dia emo kejap.. kakakak..macam tau-tau aje orang nak cucuk dia. So, bila kena cucuk lagi la melolong beliau. Kesian.. Dah cucuk terus diberi ubat demam in case dia demam.

Nah.. dah selamaton. Kakaka..

Then, terus balik rumah. Sleeping all the way home. Sampai rumah tak dan masak, dok layan dia sat sebab bangun kelaparan, haruslah menyusu dia secepat mungkin.. kekeke.. bila dah sambung tido baru masak-masak time.

Haa.. penat ok hari ni. Harap-harap la dia tak demam.

Muka happy dan kenyang.. grrr...

Overall dekat klinik tu OK aje.. dah ramai, haruslah kita sabar dan muka mesti manis. Kalau buat muka taik, sapa pon boleh emo tengok muka kita kan..Tapi ada jugak insiden buat aku nyampah tadi, ada ke sowang bapak ni, dari tadi asek bini dia je dukung baby. Baby tu dalam lingkungan 7-8 months. Kompem la semangat. Si Bapak ni leh wat bodos aje bila bini dukung, aku dok perati aje lar, kot-kot laki nak amek dukung, dak pon. Dok layan tengok orang.. dah la awal tu dia dok kosi kemain, bini dok bertawaf keliling klinik..

Mencik dok tengok jantan spesis tau bagi sperma saja tapi tamo tolong langsung.. lebih baik kau tak payah teman bini kau ke klinik ok.. Ngoks..

Sekian, biter emo sikit hari ni.. kakakaka

Thursday, April 12, 2012

Bila kipas susah nak mati emo..

Masa Aaron Aziz menang hari tu kan ke ada orang tak puas hati. Ala.. retis suam-suam kuku la sapa lagi kan. Nak tau pergi google sekarang.. kakaka.. So, bila retis tu kuarkan statement kat twitter and later dekat blog, maka ramailah nyampah kat beliau.. ish.. Zed Zaidi la..sapo lagi.. adehhh..

Maka hari ini, fanpage Zed Zaidi telah dihack oleh peminat tegar a.k.a kipas susah nak mati Aaron Aziz yang lebih glamer dengan nick Aaronators. Dasat.. nama cam Terminator..kakakak.. tatot mak.. Ni betul-betul pailang ni.. kakaka. Macih Ostajah Nik sebab bilangin sama gue.. kakakka..

Tapi itu bukan Aaron yang suruh, tapi geng peminat beliau la yang begitu gigih menghack fanpage ZZ.. Kihh.. dasaton nih.. Cover photo terbaek.. I loike. Moral of the story.. lengkali jangan nak dengki naa.. (pesanan untuk diri sendiri jugak) kakakka..



Tedia.. somel.. tengok sini kalau dan

Sekian, macih...

Tuesday, April 3, 2012

Lesen Terbang kahh???

Kadang-kadang bila kita sedang memandu, pasti kita terserempak dengan 1001 kerenah pemandu dan cara pemanduan mereka ye dak. Kadangkala boleh hangen kita dibuatnya. Kalau time kita tak busy dan tak rushing takpelah jugak. Ini time kita nak rushing, time tu la ada je pemandu lesen terbang dok depan kita terhegeh-hegeh bawak kereta. Adehhh.. Belum lagi hat bawak moto tapi bajet macam bawak lori okeh..

So, kelmarin masa nak pergi hantar foodies to kiddies, terjumpa la dua orang hamba Allah yang bawak kenderaan macam.. tootttttttttttt...

Lori nih... Eeee..geram okeh. Bawak hanya 20km sejam. Apakahhhh.. slow mo gilerrrr.. Ini jalan dua line. Dah slow tu dok la tepi. Ini dak.. dia rasa macam bawak 200km sejam kottttt.. Adeh.. boleh hangen uols..

Yang ni bukan kereta depan ni.. tapi LORI ITUUU... yang dok tengah-tengah jalan. Beribu-ribu saat nak tunggu dia masuk parking okeh. Kejap masuk, sat gi keluar, pehtu masuk plak.. adeh.. amek side pon tak kena. Dah la mengakibat jem yang beberapa ratus meter sahaja..kakaka.. Sabo je lar..

Jadi, kita bila jadi driver ni, kena ingat orang lain sama ye. Jangan bawak 20kmj tapi duduk lorong laju sebab rasa bawak 200kmj. Ini boleh mendatangkan amarah. Then, kalau nak park tu, pastikan korang reti cara nak amek side dengan betul. Ini kalau arwah Baba aku ada ni, dah lama dia buat tazkirah percuma dalam kereta. Kakakka.. Oh ye.. arwah Baba aku suka tazkirah dekat pemandu yang tidak berhemah.. yang kita tensi, orang dalam kereta yang dengar..bukan pemandu sengal tu.. kakakkaa.. Oh.. how I miss my late father.. huhu

Katakan tidak kepada lesen terbang!

Sekian, popet2 hari ni.. kihhh

Sunday, February 19, 2012

Bahayanye emo!

Kalau time-time kita tengah pantang, elakkan diri dari menjadi emo. Memang la dugaan tu ada. Kengkadang naik geram kita. Tapi ada orang kesah. Takde pon.. Buat tak paham lagi ada. Kot-kot la ada yang nak pujuk. Kirim salam okeh. Jadi bila kita tengah tak stabil tu. Kita jangan le pikir sangat tentang perasaan yang tak stabil. Sat gi lekat giler meroyan, sapa susah tu. Kang asek emo tanpa henti. Jiwa is kacau.. Bertabah je lar... Sebab puak ni memang kejam.. kahkahkah.. (gelak syaiton)

Sekian, dari kita yang sememangnya emo sepanjang minggu, tapi buat-buat relax..

Chill kengkawan.. (pandai je nak soh orang chill..)


picca from abang Google :D

Monday, February 6, 2012

Bila si kecit bertukarrrr!!!

Yuhuuu.. Semalam pergi la ke INS kembali untuk cek jaundice baby. We were so surprised bila tengok rate jaundice dia. It was 17! Dan nurse tu terus kata baby kena admit dah. Sebab bahaya bila ianya mencecah 20. Kalau cecah 20 kena tukar darah. So, kitaorang macam.. terbeliakkan biji mata saja don't know what to say anymore. Dan the mother of coz la tetiba sedih dan sayu nak pisah ngan baby. Memula plan nak ke GH. Bila sampai GH, it was like forever waiting sebab ramai orang.. couldn't blame them too right.. dengan sakit belakang dari tadi dok duduk atas kerusi and hubby macam kesian kat kita terus aje dia called his accountant nak tanya pasal medical coverage etc. Terus aje datang kat kita and said..

"Jom pi INS balik.. kita letak baby situ.."


Sempat amek gambar dia masa sleep before masuk ke spital. Baby dah tuko kaler konin ok..

Then, bila sampai INS, hanya hubby aje turun sebab kita rasa tak selesa sangat-sangat dan takut jadi Neng Yatimah nak pisah ngan baby. Jadi hubby je la naik and hantar the baby. Masa dok tunggu dalam kereta pon memang dah jadi Neng Yatimah.. Tapi dok sod bo ro sebab bahaya kalau dok emo sesangat time-time ni kan.

Anyway, I hope that the jaundice will turun and the baby will come home as soon as possible.

Today pergi tengok the baby and dah turun dari 17 ke 11. The nurse said kalau bawah sepuluh baru depa discharge. Huhuhu.. Rindu bangat kat baby okeh..

BTW the name is still on the way. Tunggu dah letak dalam surat beranak baru kita publish nama dia secara official ok. Harap-harap takde orang nak marah kita letak nama camtu.. Kalau leh nak letak nama Faizal Tahir.. muahahaha.. melampau kan.. kakakak.. Aaron Aziz pon boleh ka? Kuikuikui..

Ok.. kita nak rest sekarang.. Papai

Tuesday, January 31, 2012

Kununnye lar kan..


Ada nampak itu tajuk? Bio betik la kan.... Memang la kurus tu menarik dan tertawan. Tapi yang tak tahan ayat kecik bawah tu..

"Lelaki puas hati jika pasangan jaga badan"

Ececece.. bini je nak kena jaga.. hat laki tu dok boroi, tiak busuk hanget, bulu tiak panjang sampai seplo sentimeter, takpe pon. Kalau bini komplen pandai bising.. cuihh..

Kot mana pun nak suruh bini jaga badan pun, encik suami kena jaga sama okeh. Kalau badan menggebu lebih dari bini, tak yah kalut nak perintah bini jaga badan ke haper ke.. choyyy.. see yourself first la dei..

Lagi satu, nak soh bini kurus ala-ala model, jangan pulak nak kedekut duit bagi kat bini suruh daftar pergi slimming center, spa or beli makanan diet yang rege ratus-ratus sebulan tu kan. Ni dok.. komplen saja.. mintak duit soh pakai duit sendiri..

Where got road like dis??? Y you no give money???

Sekian, berita emo dari moncet.. kesskesskess

Friday, January 20, 2012

Oh.. dah tak pree ghupenye yob!!!

Kita dok heran la kita punye shoutmix (aloh.. tempat chatzone kat blog le) tetiba aje not available. Hari ni baru perasan dia suruh klik pergi kat website dia.. So surprised to see that their free service has already ended. Kejadian ini memang menyedihkan. Kata mereka...

FREE SERVICE HAS TO STOP.

Boleh baca surat sedih dekat sini...

Amboih.. kedekut taik idung masin kamu noh.. Citt..

Takpe le.. takde shoutmix pon kita OK aje.. kekeke..

Anyway, cuti CNY sudah pun bermula. So, pergi mana ye cuti ni?

Happy Holiday.. ceng ceng ceng.. (kalau XMas - hohoho) Kakakaka..

Have a nice and blessed holiday everyone!

Tuesday, December 20, 2011

Tips nak jadi bini muda a.k.a nombor dua, tiga, empat...

Sumber sini

Zaman sekarang ni ramai sungguh orang nak jadi second or third wife. Maklumle.. nak idup senang. Tak payah nak hidup susah kan. Kawin-kawin dah ada kereta dan rumah. Kalau kawin dengan orang bujang, kena tabah dan cekal dengan RM yang tak baper nak mantop..unless kalau mamat tu kaya tak hengat. Jadi jalan mudah, kawen laki orang laaaaa..

Maap le.. bukan kita anti poligami.. tapi zaman sekarang ni tak ramai yang mempraktikkan poligami dengan betul. Semua ada udang sebalik mee okeh. Yang ikut undang-undang tu tersangatlah sedikit.. yang lain NAPSU SERAKAH je lebey.. Oh..jangan butthurt naaa.. kalau tak buat.. toksah le sentap.. kekeke

Jadi inilah tips kalau nak jadi bini muda or nombor dua..


1. Hati kena cekal hadapi tohmahan

Sebab bila kita dok nombor dua, sahih la orang kutuk kaw-kaw okeh. Label PERAMPAS, BITCH, BETINA GEDIK dan sebagainya seharusnya lekat kat korang...

2. Muka kena tebal jugak

Bukan kena pakai mekap seplo inci okeh.. tapi kena tebal la sebab asek kena fire truck aje.. Ada brani? Mesti kena berani la dei.. dah nak amek hat orang...

3. Tak bole sensitip sangat kalau kena sindir

Biasalah mulut orang.. sapa suruh kita berani nak amek hat orang.. Dah tentu le kena sindir dari ahli keluarga kita dan juga dia.. dan kena serang dengan bini pertama secara berjemaah juga adalah perkara biasa.


Yang penting:
Kalau laki tu nak kawen satu lagi.. (utk nombor 3 atau 4) jgn lupa bagi izin noh..

Jangan time belom.. takpe.. I sanggup.. lepas tu.. langkah mayat I..

Cit


Eh.. takde ke tips untuk bini pertama?

Oh.. senang.. sila baca dibawah..

Serang tanpa henti..

Sekian.. kakakakakk

P.S: Kalau adil saksama tu takpe gak.. ini dah jadi bini muda dok hasut soh cerai the first wife.. oooiii... kurang ajar namanye.. lepas tu ko siap la.. dok dalam kubur berasap okeh sbb meruntuhkan rumahtangga orang..

P.S lagi: Orang lelaki ni kengkadang manis mulut belum tentu manis dihatinya okeh.. Jangan terpedaya dengan ayat-ayat manis cam gula tebu tu.. Nanti dah kawen baru awak tau langit tinggi rendah.. Orang dok suka karang-karang ayat dasat-dasat ni hampagas selalunya.. citttt

Wednesday, December 7, 2011

Diary Salman: Salman sedih...

Hari ni Salman sangat sedih.. Petang tadi Salman keluar rumah main dengan abang-abang. Syok tau main dengan abang-abang kat luar. Ada kawan pun ramai. Main dengan Amna, Afnan.. besss!!!

Tapi masa tengah main Kakak panggil.. Kakak kata Salman hitam.. Salman sedih.. Terus Salman lari masuk rumah duduk atas peha Mama.. Mama tanya Salman kenapa muka Salman lain..

"Depa kata Salman hitam..."
"Sapa kata?"
"Kakak..."
"Alaa.. ciannye Adik.. meleleh dah air mata tu.. ish ish.. nanti Adik putih la balik.."
"Salman nak lotion.."
"Nanti Mama bubuh lepas mandi.. hihi"

Mama gelak jugak kat Salman.. Oh.. Salman sungguh sedih..

Nah.. itam ke Salman ni? Sedih tau.. Tamo kawan..

Bye suma.. nak layan hati yang duka lara sebab dah tukar kaler..

Tuesday, December 6, 2011

Bila bapa makan anak!


Pagi-pagi buta Incik Hubby dah bising..

"Mamaaa.. renab beranak dahhh.."

Haish.. renab mana pula beranak. Bila pregnantnye. Oh..rupanya yang baru kitaorang amek dari Melaka. Bila turun bawah tengok.. Lerrr.. sekoq dah padam, tinggal tiga ekoq.. hat sempurna sekoq.. lagi dua ekoq tinga and kaki nehi.. suda kena bedal ngan bapaknye..

Maklumla, those renabs I planned to give them to my pwen.. Tak sangka la terberanak. Bila dah jadi camni, haruslah KIV dulu. Hantaq hat jantan dulu la.. Adoi.. tak tau nak buat macam mana dengan those yang dah sah-sah jadi BBU (Binatang Berlainan Upaya).

Kijam la bapaknye tu.. Asek nak mamam aje..

Mood sungguh tidak elok ini pagi.. haish..

Nak pergi skolah la.. babai!

Thursday, November 24, 2011

Men....They tend to forget..

Credit picca

Men, kengkadang ni mereka terlupa... Terlupa apa yang penting, apa yang kurang penting.. Kadang-kadang bila dah berkenalan dengan someone tu.. mula-mula niat berkawan, kemudian mulalahhh berjiwang-jiwang nak test power.. Bila dah jiwang-jiwang tu, hati dah terpaut dan mula la lupa anak bini...

Bila dah lupa anak bini, haruslah tak hengat segala pengorbanan dan susah payah yang diharungi sejak dari awal perkahwinan dengan bini (zaman masa duduk rumah sewa pakai motot kecik etc). Kan..

Bila dah hati dah terpaut, mulalah kata masakan bini tidak seenak dulu, badan bini tidak semantop dulu.. Haish.. kenapa sebelum bertemu si dia kamu tidak pernah mempersoalkan tentang mantop tak mantop nye body bini kamu tuh...

Lain kali, dah tau body bini dah lari alignment, sila hantar dia ke slimming center berhampiran, ke kelas make-up bagi dia mekap macam Kim Kardashian.. hantar pergi kelas grooming, itu dan ini.. Buat make-over pada bini sendiri.. Bukannya pergi mencari insan baru.. Dah tau bini tu tak reti masak, jangan kedekut nak suruh bini masuk kelas memasak.. Suka makan apa? Western? Chinese? Hantar aje ke kelas masakan.. Itu lebih baik kan?

Daripada dok mengayat si dia yang bukan bini dengan kata-kata semangat.. lebih baiklah pegi bagi motivasi kat bini supaya bini tu kena ingat yang lelaki ini mahukan bini dia yang macam 20 tahun dulu.. beri harapan yang menggunung pada si bini agar beliau memake-overkan diri beliau rather than doing the same thing to other person..

Jangan ingat bini ni takde perasaan okeh.. Suka suki ingat bini boleh terima suma tuh. Bini ni kadang-kadang sentiasa nak membahagiakan suami.. itu pasallah bini ni kononnye rela.. padahal tak mau laki hangen or sentap.. sebab sang suami ni kalau dah hangen or sentap, memang payah laaa.. Silap-silap boleh mendatangkan amarah.. Silap-silap muka leh dapat cop mohor free dengan seterika dan juga leher dijerut dengan tudung pada kipas.. Nauzubillah..

Jadi, kepada sang suami.. hargailah isteri anda.. Jangan kerana nila setitik, mahligai perkahwinan kita berkecai ditengah jalan. Kita ni nak kawen dan hidup bersama sampai syurga.. bukan sekerat jalan aje okeh..

Sekian, semoga berbahagia dengan bini memasingggg.. kehkehkeh

Tuesday, October 25, 2011

2 weeks old baby survives!


Bencana gempa yang melanda Turki telah menyebabkan ratusan manusia kehilangan nyawa dan harta benda. Dan tadi bila tengok kat Yahoo News, ada pula cerita pasal miracle baby nih. Baru umur dua tahun minggu tapi terselamat walaupun dua hari terperangkap dalam runtuhan. Itulah orang kata ajal tak sampai lagi. Panjang umur baby ni.

Baby yang bernama Azra Karaduman ini berjaya diselamatkan oleh geng penyelamat dalam runtuhan gempa di Ercis. Ibu dan nenek baby ni pun selamat. Ayah dia tak tau plak sebab depa tak habaq apa pun about the father. Semoga segalanya selamatlaaa..

Cukup emo la kalau baca apa-apa yang jadi pada kanak-kanak riang nih.. Hehu

Semoga rakyat Turkey semuanya tabah diatas malapetaka yang menimpa mereka..

Been there before.. apa khabar Masjid Biru.. masih utuhkah ia?

Untuk Mama..

Kelmarin masa ambil kiddies from school, cuaca a bit panas. Tapi tak baper terasa sangat sebab dok hibernate dalam kereta. Dari jauh kelihatan the kiddies tersengih macam kerang busuk.. Hai.. mesti ada makna nih..

Bila naik kereta pakat menegur..

"Hi Mama.." sapa Along.
"Hi Mummy.." sapa Angah.
"Hello boys.." balas Mamanya..

Kata mereka ada beli something for me.. Owh.. so tacing la u ols.. Apa yang mereka beli tu..

Inilah dia.. jambu ada asam..

Kata Adam lagi, oleh kerana Mama mengandung.. maka Mama kena makan banyak fruits.. Nanti baby kenyang dan sihat..

Oh.. sungguh tacing buat kali ke seratos...

TQ boys! Love you bunch!

Monday, October 24, 2011

Suda mariii...

Den nak upah darling den soh tolong isi.. kekeke

Most schools yang dah habis exam, dah tentu la bergumbira dengan sakan. Bila nak dekat penamat skolah ni, lagi banyak la kerja mau kasi setel. Dalam nak bagi setel banyak keje, ada pulak satu kerja yang wajib kita buat bagi semua penjawat awam. Yang benarrr.. itu Borang Penilaian Prestasi.

Oleh kerana saya ni spesel kes, maka kena buat SKT pulak. Member seangkatan dok minta SKT dengan saya sebab tahun ni dia pun wajibul ghunnah buat SKT.. kakakak.. Insan terpilih la kata.. tapi bukan le terpilih nak dapat 1K tu.. Ni namanya terpilih sebab pangkat punya pasal you ols.. kesskesskess.. gila kuasa nye pasal.. pehtu kena buat SKT.. padan muko.. kuikuikui.

Jadi semalam dok mencari la kat PC sekolah. Ada tu memang ada. Tapi tak boleh bukak sebab dah lupus dimakan virus dengan kenyangnya. Memang nak kena jotos la itu PC. Lepas tu dengan yakinnya rasa ada dalam laptop Pwincess ni. Sekali tengok tiada jua. Eh... kat mana aku simpan daaaa..

Stressnye pasal, mintak tolong geng pesbuk. Jadi sekarang ni sedang menunggu templet dari member.. kehkehkeh.. Malas nak buat templet lain sebab bukannya leh dapat 1k pon kalau buat beriya2..kakakkakaka..

Ok. C U!

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails