Tuesday, February 16, 2010

Diet yang fail!



Sekarang ni ramai orang dah menjadi beauty conscious. Ada yang tak mahu terlalu kurus dan ada yang tak mahu terlalu gemuk. In the end, banyaklah produk-produk kesihatan yang dijual berleluasa di kedai-kedai, tepi-tepi jalan hatta di kedai mamak sekalipun ada jugak kelibat produk-produk kesihatan nih. Ada nak kasi kulit jadi putih, gebus, ada nak jadikan alat sulit bertambah power dan etc! Hari ni kita story pasal nak kuruskan badan dulu ye.

Macam-macam produk kita boleh tengok kat pasaran. Ada yang khas untuk dalaman dan ada juga luaran (macam la pakai losyen tu ko boleh kurus serta-merta!)

Losyen:
Banyak jenis losyen. Ada jenis untuk menghilangkan selulit dan mengempiskan perut pun ada. Macam-macam brand boleh dipilih. Ikut saiz poket anda lah! Tapi mesti ingat ye, kot mana pun korang pi sapu losyen kat badan tu, tapi makan seperti biasa (tanpa diet dan sebagainya) -- losyen itu akan gagal berfungsi dengan baik!
Moralnya : Pengambilan makanan harus diawasi juga dong!

Pil kurus:
Oh, sejak di maktab lagi aku dah terjebak dengan pil-pil ni.. Wakakakaka...Berani mati punya statement. Cakap aje brand apa, suma berani try. Kuikui.. Tak menahan bila ada satu kali tu try hat Indonesianye buatan. Aku cirit-birit sampai berebut bilik air. Pi kuliah pon tunggang-langgang! Hoh!
Tapi kalau korang makan serupa macam dok biasa makan pon, pil apa pun DIJAMIN tak berkesan!

Supplement:
Sangat baik untuk kesihatan. Tapi kena ingat, pengambilan makanan tetap diambil kira. Sekiranya dah tau badan tu lemak bertimbun-timbun, tapi amek supplement or jenis pemakanan yang akan membuang toksid dalam badan, lepas tu korang still balun makan tak hengat dunia.... tetap akan gagal. Sebabnya, supplement tadi hanya mengeluarkan lemak terkini aje, lemak lama tetap akan stay vogue dalam badan korang! Aiyaarkkk!!!

Slimming centre:
Oh, yang ni pun aku biasa pegi..wakakkaa.. Sangat best! Korang tidur aje, and the beautician yang akan mengerjakan body korang. Body korang akan diwrapped sampai jadi mummy then korang kena lepak kat dalam hot blanket sampai peluh-peluh. Tak menahan! Ada masa korang kena urut menggunakan krim dan losyen milik mereka dan juga macam-macam lagi la. Pokok pangkal, pulus musti ada... Di sini, korang akan diajar cara nak makan dengan betul! So, you alls, kalau agak-agak sayang duit tu, silalah jaga pemakanan. Pegi slimming centre pon hat tu jugak la depa tekankan. Cuma, depa bagi servis baik kat korang and also pastikan korang ikut schedule. Layanan first class memang wajib korang dapat!

Gym:
Oh, aku baru aje join. Memang best jugak. Tapi penat giler. Kalau tak pernah ke gym dan tetiba nak ke gym, sila pastikan korang amek trainer bagi mengelakkan kecederaan yang tak disangka-sangka polak..wakakkaa.. Bila ada trainer, mereka akan ajar kita cara nak makan (makan lagi weh) dan juga cara nak bersenam dengan betul. Tang mana korang nak attack, tang mana korang nak kena pulun.. tang mana korang nak kena relax...kuikuikui.. Akhirnya, bersenam juga salah satu cara nak keep fit!

So, kat sini satu aje aku mau tekankan. Ikutlah cara mana pun cara korang nak diet.. yang penting adalah cara pengambilan makanan korang ok. Kalau tak makan nasi, tapi dok makan benda lain yang ntah hapa-hapa tu, diet korang tetap TIDAK AKAN menjadi! In fact, korang akan jadi lebih lapar dan akan makan dengan lebih melampau!

Then, pastikan dapat nasihat dari yang pakar. Jangan dok tanya orang yang tak pakar. Kuang kuang kuang... Senaman pun sangat penting. Ye.. kita semua memang malas nak bersenam.. termasuklah aku. Tapi kena kuatkan semangat dan disiplin perlu ada. Oh, nanti kalau ada masa, aku akan tunjukkan cara bersenam yang mudah dan boleh dilakukan di rumah.. (ada ke masa nak tunjuk kat korang ha?) Satu hari kena bersenam at least 30 minutes aje sudah. Kalau lebih-lebih korang bohsan kan. Hehehehe.. Tak mau bosan, silalah ke gym yang berdekatan.

Selepas itu, pastikan korang makan makanan berunsur serat dengan banyak. Pengambilan buah-buahan amat penting dan minumlah air kosong sebanyak mungkin.. (Uhuk.. nasihat untuk diri sendiri jugak nih..wakkaak)

Dan satu lagi.. Makan setakat jam tujuh atau lapan malam aje. Lebih dari tu elakkan ye. Dua jam sebelum tidur jangan minum apa-apa pun, hatta milo panas sekalipun..huhu..sungguh bes minum milo panas memalam kan.. wakakka.. sabo sabo!

Oleh itu, apabila pemakanan terjaga, senaman dibuat secara berterusan, aku yakin korang akan terus vogue dan tidak akan gumuks macam apa dah jadi pada aku skang ni. Dok timbang still dikatanya aku ni overweight! Hampehnye penimbang! Huwaaaaaa... I need to get rid another 8 kilos! Help me God!

Sekian, tima kaseyyy!

Picture credit : http://blog.politicalnonsense.com/2007/07/23/

2 comments:

luna_e said...

er..2 jam sblm tido xleh minum ape??? er..ayaq suam pon xbole ka?

.: mama cute :. said...

nggak bisa dong..dikhuatiri akan mengakibatkan water retention.. hasilnya akan jadi gumuk air..huhuhu.. samat berdiet.ekkeke

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails