Wednesday, June 30, 2010

Beg Berat!

Semalam di HotFM dibincangkan isu beg berat. Aku rasa dah baper tahun dah isu beg berat ini diceritakan! Dah takde modal la kot..

Apa yang pasti, pihak sekolah sudah tangani permasalahan ini dengan mengadakan jadual anjal. So, dalam sehari budak just bawa buku untuk 4-5 subjek. Subjek teras dalam 3 dan selebihnya subjek bukan teras yang tidak memerlukan buku teks! Contoh: Pendidikan Seni dan Muzik. Setiap subjek ada 1 buku teks, 1 buku aktiviti (untuk subjek Teras bagi Tahap 1) dan dua-tiga buah buku tulis yang berkaitan. Dan seharusnya guru disekolah hendaklah memastikan buku yang berkenaan sahaja dibawa pulang bagi meringan beg sekolah. Maklumle ilmu ni berat.. so susah le nak bawak.. Kalau boleh tinggalkan aje ilmu-ilmu nih. Hoh!

Cuba la para ibu bapa ni cek jadual waktu anak anda, jadi rasanya masalah ini tidak akan berlaku! Ni asyik bibik aje cek, mana le bibik tu nak tau buku yang mana.. jalan mudah sumbat kesemua sekali dalam beg.

Ada orang cadangkan locker. Budaya locker masih belum lagi familiar dengan Malaysia, jadi kali pertama ianya diperkenalkan -- aku rasa masa kali pertama isu beg berat diutarakan, maka locker pon diadakan.
Hasilnya: Ramai McGyver baru yang lahir. Pakat nak tunjuk bakat buka locker dan akhirnya terletak di sudut-sudut bacaan saja lah. Nasib baik tak kena bakar atau hapus kira!

Apa yang aku heran, keje komplen beg berat, isu pelupusan peperiksaan kebanyakkan yang memekak ni orang Melayu. Kenapa ye. Asek nak komplen dan keje mudah aje. Agaknya nak suruh kerajaan sponsor beg elektrik beroda sorang satu la kot. Kakakkaka...

Cara mudah:
1. Beli beg berjenama yang berkualiti sebab jenis material yang ringan dan tahan digunakan bagi membuat beg sekolah. Tahun lepas beli beg Swan, RM80. Tahan juga.. dah tak nampak corak, rodanya masih tahan sampai hari nih! Tahun ni beli beg cap ayam. RM 25. Tak sampai baper bulan dah terkoyak. Beralih kembali ke Swan! Tetiba pomot Swan! Kakkaka. Tapi beli jenis knapsack. Comel dan tahan lasak sebab anak aku kan ke kusssssemangaattttt lasaknya.. akakkak..

2. Hapuskan buku-buku semua tu.. Pakai buku elektronik macam suratkhabar elektronik tu. Haha.. Selesai masalah..akkaka


Nah..contohnya dari sini


Sekeping aje ko.. mudah dan ringan.. beg yang dah ringan tu leh korang bawak games..akakkaka

3. Peperiksaan dah ura-ura nak hapus.. hapuskan buku-buku skali senang.. kuikuikui.. murid tak yah belajar sebab dah takde peksa.. cikgu pon goyang kaki tak yah bawak buku dan xerox kertas bagi kanak-kanak riang belajar.. peksa pon lupus.. heran apa..kan ke kita ni kaki komplen.. tunggu subsidi je lah senang.. kuikuikui

Hoh.. apa lagi cara mudah tamo bagi beg berat nih? Kalau tak bawak buku, macam mana nak study kat rumah.. Aiyarrrkkk.. tinggal kat sekolah? Kemungkinan besar akan hilang keesokkan harinya.. huhu..

Oh.. dalam isu beg berat nih. Aku nye beg tak berat mana pun.. Sila lihat beg aku bawak setiap hari di bawah nih..


1. Beg laptop -- harus bawa.. kalau ngajo guna LCD, kena bawak satu bag untuk LCD pulakkk!!! Nak letak wayar extension lagi.. hehe

2. Beg skolah gue.. sampai genting tangan nak galas.. segala mak nenek ada dalam..kakaka.. buku-paper.. ohh..lupa nak snap fail worksheets aku tuh.. esok la kalo rajin..kakaka

3. Handbag..wajib..

4. Botol air..akkakak. Haus weh dok pompang pompang dalam kelas..kahkahkah

Beza aku dan murid: Murid hanya memikul beg sekolah waktu pergi dan balik saja. Aku pula.. mengusung kesemua ini setiap kali masuk ke kelas... Kakakaka.. Jangan hengat anak murid aje tensen.. cikgu pon sama daa..

Apa yang aku tau.. golongan yang biasa kena komplen dengan masyarakat yang bijak pandai nih..
1. Cikgu
2. Polis
3. Misi dan Doktor...

Adakah kerana ketiga-tiga golongan ini mempunyai hari-hari istimewa? Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Polis? Kakkakaka..


Sekian.. berapa beratkah beg anda? Kakakka

2 comments:

ONE ZABA said...

bawak dompet je...itupu tak berapa nak berisi...wakakaka!!!

Ticer Syah said...

boh tisu banyak2 nak kasi tebal...kahkahkah

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails