Friday, January 7, 2011

Story terlepas! Pasal Naufal pulak.



Kan aku dah cakap, anak nombor dua ni, kadang-kadang kita terlupa pasal dia. So, masa cuti sekolah hari tu, banyak la aktiviti yang kitaorang buat. So, antaranya awal cuti pergi ke KL for my convocation. Lebur dah seminggu di situ. Balik dari KL, duduk di rumah. Then budak ni kena chicken pox pulak. Adoi.. lebur dua minggu lebih, lambat pulak nak lega..huhuhuh. Baik aje dari chicken pox, terus aje ke Langkawi untuk coti-coti Malaysia. Lebur seminggu lagi. Lepas tu balik kampung kat Melaka. Lebur lagi... lepas tu..tiba-tiba nak bukak sekolah. Dan as usual SKJ 3 ni, kalau untuk student Year One dia ada exam khas. Jadi senang la depa nak streaming terus kanak-kanak ni. So, sehari lepas balik dari Melaka, terus bawa dia pergi sekolah dan teruslah berexam. Tetiba rasa macam..eh...kejap je cuti abes. Eh.. Naufal tak ready apa pun. Alamak..kesian anak aku. Tiba-tiba nyesal. Huhuhu..

So, lepas exam.. kena la tunggu result dua tiga hari. On Sunday, pergi sekolah dan tengok nama dia kat 1 Mathematics. Oh sungguh sedih. Tu la kan. Tak study. Yang gerammnya dia kata..semua soalan senang. Adoi..kalau senang kenapa dapat second class. Mama dia yang tensen lebih sebab kalau masuk kelas Maths, takde harapan nak join Mandarin class sebab Mandarin hanya ditawarkan untuk kelas 1 English. So, buatlah rayuan kat sekolah.

Next day tu, boleh la masuk juga 1 English. Tengok-tengok Naufal buat hal pula. Tak mau membaca bila disuruh baca. Teacher dia call malam tu, kata dia tanak baca. Susah la kalau tanak baca. Nanti kena pindah the previous kelas. Malam tu, apa lagi.. marah sungguh-sungguh kat Naufal. Maybe dia rasa macam duduk tadika lagi, cikgu dia nak pamper dia macam kanak-kanak. So, mama dia pun apa lagi, memberi ceramah dan tazkirah yang panjang lebar, sambil-sambil tu suruh dia baca. Dengan linangan air mata, dia membaca dan setiap kali silap baca, mesti kena jerkah.

Bila dah sedih tu, nampak lak Papa dia buat-buat tanya naper sedey, lagi la sentap kawan tu. Terus melalak terpekik terlolong sampai pengsan.. (dalam erti kata lain : TIDO). Esoknya, on the way to school, bagi dia buku lagi. Suruh dia baca sebelum sampai sekolah. Dan dia pun baca. Nasib baik mood dia elok. Masa recess, jumpa teacher dia. Tanya perkembangan Naufal. Cikgu dia kata, dia sudah mau baca dan cikgu dia kata kena polish lagi. Ok, ada perkembangan sihat. Jadi, rasanya OK la sikit. Jadi mama dia pun rasa lega. (Kalau tak, rasa macam nak balun pulak masa balik kang..akkakakka). Lepas aje tengok Naufal di sekolah, terus aje ke Pustaka Jitra beli menda ini. Sebabnya, Naufal needs extra attention and Adam pun nak kena start practice buat latihan especially Maths bila kat rumah. Ala-ala tuition centre la plak bila dah ada nih. Kakakka


Nah.. whiteboard. Kakakka.. Ukuran: 2x3. Letak rege sampai RM80. Mintak kurang giler khinzir..kakakak.. dapat la RM 60. Huhuhu..

Jadi mulai saat itu, bila-bila masa ada free aje, mulalah bawa buku sebuah habuan untuk budak yang bercuti sakan tatkala cuti sekolah haritu untuk membaca dengan lancar kembali. Haiyaa..


Dalam kete pon wajib baca ok. Kalau tak, tak dapat dua kupang. Oh..

Dan mesti korang tertanya-tanya (macam la ramai nak tanya sangat kan..) Eh, tak keje ke bila time recess boleh pergi sekolah anak tengok anak, pastu boleh lak pergi ke Pustaka Jitra shopping. Oh, saya bercuti sebab anak yang sulung pula kena chicken pox! T_T

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails