Sunday, April 29, 2012

Bila Bersih buat orang E.M.O!

Seperti biasa, bila ada BERSIH, kompem la ada benda yang tak baik berlaku eventhough matlamat BERSIH sebenarnya bukan begitu. Bagi aku, mampuih pi la hangpa nak berhimpun ke apa, tapi jangan lupa dalam ramai-ramai tu mesti yang nak buat taik kat hangpa. Tu aku tak baper berkenan sangat dengan beberapa malaun yang bajet macam BERSIH tapi spesis ni la yang dok bagi terpalit taik-taik mereka. Dan aku pon tak baper syok la kalau berhimpun ramai-ramai gitu, dah la panas, cair mekap kang.. kakakak

Dan seperti biasa juga abang-abang polis mesti emo dan sentap bila kena maki hamun pree aje oleh rakyat jelata.  Biasalah tu, dah nama manusia, tak boleh nak expect everyone to like you and you too cannot please everyone. Kerja berurusan dengan manusia ni memang payah OK.Tengok aje la profesion yang melibatkan dengan manusia.. contoh : Cikgu, Nurse, Doktor, Polis....Grup ni memang selalu kena hantam dengan masyarakat okeh.. Cikgu tak reti ngajo la, Nurse tak prihatin la, Doktot kayu bagi salah ubat la, Polis Kijam cam Zionis lah..  Tak payah nak nafikan lar.. Sebab manusia ni bukan semua sama.. bukan semua ikut arahan bila kau cakap.. 

"OK Protesters, plis duduk dan bantah sajok, jangan nak main lari-lari.."

Tetiba malaun sekoq ni jadi cam kera kena belacan, terus lari cari pasal, baling botol air mineral...

Bila polis nak tangkap orang, orang mau lari, bila ligan, kena maki, bila kena maki, polis emo terus bantai, time tengah bantai tetiba orang amek video.. hanam terus orang dok sebar dalam pesbuk and youtube.. Terus kena maki secara berjemaah oleh penonton kat rumah.. Ini kesian.. Pakat emo belaka..

Jadi kat sini aku bagi tips macam mana tak mau emo dengan kawan-kawan sampai tahap nak Unfriend, Block dan sebagainya.. Sebab memang sedih la kan,..kawan dah bertahun-tahun, boleh terputus kerana EMO disebabkan sesuatu perkara yang bagi aku itu hak masing-masing nak sokong ke dak.. Apsal ko nak EMO? 

Jadi macam ni caranya ye..

Kalau dekat news feed kita, setiap kawan kita dalam list akan ada satu kotak kecik di sebelah kanan, korang klik kotak itew dan ikut arahan dibawah..boleh pilih ye

1. Kalau tamo baca citer sakit ati, korang je klik HIDE STORY

2. Kalau meluat kat kawan korang tahap gaban sebab suka benor nak nyokong menda yang korang tak sokong tu maka korang klik la UNSUBSCRIBE. Jadi segala citer pasal dia, updates, story mory suma tu takkan appear dalam news feed korang.

3. Kalau korang rasa ramai sangat sahabat-handai korang yang tidak menepati citarasa korang dan suka komen menyakitkan hati, aloh, ada caranye, korang create satu list aje camni.. pegi kat wall kawan korang tu, lepas tu klik dekat friends tu kan, ada list kat situ.. Close Friends, Acquaintance, Restricted.. korang klik "+ New List" letak la tajuk apa pon.. Cth: Annoying Peeps, Geng Tak Sebulu, Geng Bulu Takdak.. haa..contoh la..contoh.. kakakak. Lepas tu, dah ada nama list tu kan.. korang campak je la friends korang yang korang rasa tidak menepati citarasa itu. So, bila aje korang nak post something yang korang rasa akan dapat feedback negative dari geng-geng takdak bulu sama ngan korang ni, maka korang boleh setting aje dengan mudah bila kita nak update status ke apa ke.. FAHAM?

4. Kalau ada manusia yang masih lagi tak paham erti demokrasi, asek nak hentam korang aje walaupon korang takde nye nak pi kacau mereka.. ye.. kita masih lagi boleh friend tanpa blocking mereka.. Letakkan aje dalam grup RESTRICTED! Kakakak.. Jadi geng-geng ni hanya boleh tengok wall korang dengan cara paling minimum sajok. Ce try dengan kawan-kawan..

5. Dan paling akhir sekali jalan yang tak boleh nak buat apa dah.. Dah RESTRICTED depa mai kacau plak kat inbox.. maka say goodbye lar kat manusia tak reti bahasa ni.. akakkak (Haiyaa..tadi kata tamo block..akkaka). Hat ni sesuai untuk spesis yang tak reti nak bersosial okeh. 

Ok.. Ada faham, jadi dengan tips ini, maka korang pun takde lah nak emo sangat kan. Dan dah tentulah kurang sikit dosa korang nak maki balik orang yang korang tak suka tu. Kita kena ingat bila emo, dah tentulah syaitan dok belakang korang menyala-nyalakan api kemarahan membuak-buak. Jadi dah tentu lah statement sengal mesti kuar kan. Maki orang tak tau hala, dok bajet cam baguih padahal tak baguih mana pun.. Kuikuikui. Jadi bila kita buat antara step-step tadi tu, maka keinginan untuk EMO pun akan menurun. Kekeke..

Amacam? Berguna tak ini info? Bukan apa... so sad to see besties jadi enemies in just a blink of an eye. Bagi aku, ikut suka depa la nak suka hat mana pun.. Dah kata demokrasi.. Apada.. ingat demokrasi terpimpin kah? Macam citer P.Ramlee? Kuikuikui..

Apapun, dok sembang Bersih pulun sangat pun tak guna kalau time election korang dok rumah pehtu kunyah kuaci hepi-hepi sambil-sambil tengok TV. Pehtu kalau kalah terus tak puas hati.. Poooodahh... Jadi, dah penat memBERSIH sampai luka-lebam-pitam-pisan-hanam suma ada, sila lah ngundi ye. Mari kita lihat siapa yang kena.. Kakkakakka

Demo tu demo la.. semayang jangan lupa ok!




6 comments:

Unknown said...

betul tu!!!....

Ticer Syah said...

btul sajok.. kakakak

Admin said...

satu tip yg menarik ni bro
kawan2 x mau lawan kan
betul tak?

imah said...

hehehe...very interesting tips.Mmg tengah emo duk tgok status/komen2 yg kdg2 x sehaluan ngan kita.

Ticer Syah said...

@anak ulu cheka:
tu la.. kawan bertaun2.. tetiba pasal politik pakat tarik muka belaka.. ini sedey..

sis @imah:
hehehe..sila amalkan.. ai dah buat..sangat berkesan.. jantung kita pon takde la nak pam secara laju.. akkakaa

Anonymous said...

Today, I went to the beachfront with my kids. I found a sea shell and
gave it to my 4 year old daughter and said "You can hear the ocean if you put this to your ear."
She put the shell to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
She never wants to go back! LoL I know this is entirely off topic
but I had to tell someone!
Also see my web site :: izotope ozone 5

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails