Tuesday, December 20, 2011

Tips nak jadi bini muda a.k.a nombor dua, tiga, empat...

Sumber sini

Zaman sekarang ni ramai sungguh orang nak jadi second or third wife. Maklumle.. nak idup senang. Tak payah nak hidup susah kan. Kawin-kawin dah ada kereta dan rumah. Kalau kawin dengan orang bujang, kena tabah dan cekal dengan RM yang tak baper nak mantop..unless kalau mamat tu kaya tak hengat. Jadi jalan mudah, kawen laki orang laaaaa..

Maap le.. bukan kita anti poligami.. tapi zaman sekarang ni tak ramai yang mempraktikkan poligami dengan betul. Semua ada udang sebalik mee okeh. Yang ikut undang-undang tu tersangatlah sedikit.. yang lain NAPSU SERAKAH je lebey.. Oh..jangan butthurt naaa.. kalau tak buat.. toksah le sentap.. kekeke

Jadi inilah tips kalau nak jadi bini muda or nombor dua..


1. Hati kena cekal hadapi tohmahan

Sebab bila kita dok nombor dua, sahih la orang kutuk kaw-kaw okeh. Label PERAMPAS, BITCH, BETINA GEDIK dan sebagainya seharusnya lekat kat korang...

2. Muka kena tebal jugak

Bukan kena pakai mekap seplo inci okeh.. tapi kena tebal la sebab asek kena fire truck aje.. Ada brani? Mesti kena berani la dei.. dah nak amek hat orang...

3. Tak bole sensitip sangat kalau kena sindir

Biasalah mulut orang.. sapa suruh kita berani nak amek hat orang.. Dah tentu le kena sindir dari ahli keluarga kita dan juga dia.. dan kena serang dengan bini pertama secara berjemaah juga adalah perkara biasa.


Yang penting:
Kalau laki tu nak kawen satu lagi.. (utk nombor 3 atau 4) jgn lupa bagi izin noh..

Jangan time belom.. takpe.. I sanggup.. lepas tu.. langkah mayat I..

Cit


Eh.. takde ke tips untuk bini pertama?

Oh.. senang.. sila baca dibawah..

Serang tanpa henti..

Sekian.. kakakakakk

P.S: Kalau adil saksama tu takpe gak.. ini dah jadi bini muda dok hasut soh cerai the first wife.. oooiii... kurang ajar namanye.. lepas tu ko siap la.. dok dalam kubur berasap okeh sbb meruntuhkan rumahtangga orang..

P.S lagi: Orang lelaki ni kengkadang manis mulut belum tentu manis dihatinya okeh.. Jangan terpedaya dengan ayat-ayat manis cam gula tebu tu.. Nanti dah kawen baru awak tau langit tinggi rendah.. Orang dok suka karang-karang ayat dasat-dasat ni hampagas selalunya.. citttt

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails