Friday, January 7, 2011

Diari Salman: Justin Bieber versus Kedai Mamak!

Oh.. dah banyak kali Mama bising kat Saman. Mama kata rambut Saman dah masuk mata.. Mama kata nanti nak belajar payah, tak nampak. Tapi Saman tau, Mama jeles dengan Saman sebab rambut Saman lembut, suci dan segar. Tak perlu pergi ke salon nak luruskan rambut buat rebonding. Tak perlu nak pergi ke Guardian untuk tengok sama ada pewarna rambut ada sale ke tidak untuk membuatkan rambut rasa macam omputih. Tak perlu suma tu. Mama pun heran, macam mana rambut Saman leh kaler perang. Mungkin sebab masa pregnant asyik tengok citer Telenovela, jadi rambut Saman ikut macam pelakon-pelakon tu.

Oh, rewind balik. Tadi nak citer pasal potong rambut. Ye, Mama Saman memang kecoh. Bising suruh potong rambut. Tak tau ke rambut Saman ni dah jadi macam rambut Justin. Bukan Justin Timberlake yang dah tak laku tu. Tapi Justin Bieber.


Nih.. rambut Saman macam dia.. hishh..Mama nih..jeles sungguh dengan Saman..

Lepas tu, semalam Saman teringin nak minum air epal dalam kotak. Mama bijak, Papa pun cerdik.. Mama kata..

"Haa..kalau nak air kotak, adik kena gunting rambut..."

Alamak..macam mana ni, ditelan mati Mama, diluah mati Papa..Oh, hari semalam merupakan hari yang penuh dilema..

Rambut - air kotak - rambut - air kotak.. huwaaaaaaaaa.. Last-last terpaksa main politik ngan Mama..


Dapat juga air kotak. Sementara tunggu giliran, otak Saman ligat nak pikir macam mana nak escape. Huhu.. Eh, buat-buat nak pergi toilet lah..

"Papa! Saman nak tencing.."

Mama dapat kesan taktik Saman...tapi Saman serius nak tencing..

"Haa..mula la.. alasannn... hish.. tibai kot,"Mama bagi amaran.
"Saman nak tencing..tak tahan nihhh...."
"Tunggu lepas gunting rambut.. lepas ni adiknye turn tau.. kan ramai kat dalam tuh.." Mama mula stress... takut tengok muka Mama.. macam Mak Tiri! Huh!
"Jom, pi kencing dulu.. sat gi dia kencing dalam kedai lagi naya.."
Papa memang baik. Mama jeling aje.. eeee..takut..

Laa..kencing tepi longkang aje..ish..koman kedai mamak ni, takde toilet. Malu la orang tengok.. hishhh... Mama dari jauh dah panggil dah..

"Cepat.. cepat..turn adik sekarang..."

T_T. Saman tamo la.. Tamo.. sayang rambut Saman.. Cikgu tak marah pun rambut Saman macam nih...

Mama tetap bising. Tarik Saman masuk kedai.. Saman tamo duduk. Last-last Papa duduk atas kerusi. Ingatkan Papa nak gunting rambut. Tengok-tengok Mama angkat Saman letak atas seat kecik. Oh..punah harapan.. Saman bagi amaran kat Mamak. Jangan guna machine tau.. Guna gunting saja.. Haishhh.. Mamak ni cengih sangat..Mencik Saman..


Abes la..abes la..rambut Saman.. Takde harapan nak jadi artis nih.. Huwaaaaaaaaaa...


Oh..dah pendek..sedey..


Dah tak macam Justin dah.. huhu.. Cumil ka? Cumil lagi ka? Saham mesti dah turun sebanyak 60%! Stress....

Mama sempat amek video Saman masa kena gunting rambut!
Hoh!

video

Sampai ati Mama!

3 comments:

Ah Win said...

wei..apasal x bawak pegi kedai amoi jelita..pegi kedai uncle hitam mmg la sape2 pun buat hal..pasal uncle hitam busuk & x ensem

aku bg 5 1/2 bintang kat video tu..kisah insan teraniaya (kalao dia doa kat Tuhan, rasa2 makbul x?)

Ticer Syah said...

kakakakka..siot la hang..ayat tak hengat donia..aakakkak.. dia kata kedai amoi gunting lambat.. kakakak..pastu pakai machine.. dia tak suka machine..demand tak hengat budak nih.. T_T

Ah Win said...

kalo insan teraniaya ni..doa makbul..seb bek dia x doa mak dia jd macha gunting rambut..wakahahhahahaha

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails