Wednesday, March 13, 2013

Akhirnya Allah bayar cash sama saya!

 Salam semua...

Oh my! Saya sungguh letih dua tiga hari ni. Asyik stress aje. Jadi bagi menghilangkan stress saya mesti ngusik orang.. kakakaka.. Tahu macam mana saya usik orang.. begini ye..

Sedang saya meronda disekitar sekolah, tiba-tiba saya terlihat sepasang kasut yang ini. Oh.. saya kenal kasut siapa.. Inilah kasut Cikgu Zuki yang kiut selalu.. kahkahkah. Setiap kali saya nampak kasut dia, saya akan terus mengkhianati kasut beliau.. 

Hamboih..kemain kasut ko ye Zuki.. jaga-jaga Cik Salmah..ini Mak Salmah sudah datang ok.. kakakka

Saya akan mengambil tong sampah berdekatan tiang tu dan letak dekat dengan pintu grill ini. Dan kasut Cikgu Zuki pon diletakkan disebelah tong sampah itu. Jadi, bila Cikgu Zuki keluar.. tadaaa..kasut beliau tiada..kahkahkah.. sudah tiga kali saya mengkhianati kasut beliau.. dan beliau sentiasa hangen dengan saya.. kakahkah..kasian kat ang Zuki.. kui3x

 Lalala.. saya tak bersalah..saya cuma tolong susun aje.. kahkahkah..

Kemudian, kelmarin setelah hampir tiba waktu pulang, tetiba saya lihat handbag saya tidak dapat dikesan. Pecah peluh dibuatnya. And the last place was bilik photostate.. Kemain saya posing kat situ kan.. Padan muka tertinggal.. Bila turun tengok bilik sudah dikunci. Cikgu Ahmad Sobri sudah pulang awal sebab dia ada meeting belah petang.. Alamak..punggahlah kehidupan saya.. 

Nasib juga saya ni cekap dan pantas berfikir dengan laju tahap bullet train. Terus berlari mendapatkan Cikgu Norafidah untuk kunci spare.. Malangnya Cikgu Nora kata.. 

"Tuan Haji dia lock pakai alarm.. ang kena pakai alarm tu.. p mintak kat pak guard.. "

Nasib si Irsyad, anak murid saya yang kacak (harus puji sebab dia rajin ok) rela membantu saya mendapatkan kunci alarm.. Dalam saya nak melangkah ke bilik photostat.. tetiba ticer Munirah menegur saya..

"Weh.. angpa cari paa.."
"Cari handbag aku la..tinggal dalam bilik Aji"
"Angpa p cari lekaih..takdak tang tu dah aihhh"
"Ang sabotaj paaa.."

Beliau tidak mengaku..

"Zuki kah sabotaj aku?"
"Kahkahkah.. tu la angpa dok sembunyi kasut diaaa.. tak pasai angpa tuduh dia..kakakaka" gelak cam hanam si Munirah ni pon.. saya kalut nak balik dah ni..

Ghupenye.. geng ticer Noreha dan Ostajah Asiah yang menyelamatkan handbag saya.. tapi mereka sengaja nak mengenakan saya..

Dan saya terus berkata..

"Aku insap la tamo kaco Zuki.. asek kaco dia, last2 beg aku  angpa dok sorok.."

Dan kami ketawa beramai-ramai.. 

Tak pasal-pasal Cikgu Zuki kena fitnah.. kehkehkeh

Apa pun, pagi ni saya berjaya mengkhianati kasut Cikgu Zuki lagi.. kakakaka.. kalau tak, tidak le dapat saya snap gambar tu.. 

Ok, sekian gudbai!

Kui3x

P/S: geng kaki pitenah kompem seronok baca tang tajuk kennn.. kakakak

2 comments:

Zura Lee said...

seronok plk baca gelagat cikgu2 nih.. cm budak sekolah jgk erk korang ni

Ticer Syah said...

kakakaka.. apo nak buat.. dah ngajo budak kecik.. suma jadi budak kecik..kakakaka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails