Tuesday, November 20, 2012

Krabi Time! (Part 2)

Halo.. welcome to Part Two. As I stated before, hotel-hotel in Thailand ni memang good in marketing. Kalau lebih ahli mesyuarat tingkap dalam bilik kita, kompem kena charge. So, you either take another room, paid an extra bed or paid for extra person. Macam kitaorang ni, 3 adults and 3 children, maka kena amek extra bed. We paid 800 baht per night for the bed. Lebih kurang RM80 la. Lepas tu dapat extra towel suma. Ok la tuh. Kalau kat Hatyai, kena amek bilik lebih dan jugak katil lebih ok. Mencikkk!!!! 

Ini la katil extra yang diletakkan. Yang the boys duduk tu sofa bed. Besar dan selesa jugak.. sabo je lar..

Masa second day in Krabi, we went for Island Hoping. Amek 4 island tour dengan private boat. Harga yang kitaorang dapat adalah yang termurah setelah jenuh membodek Encik Mol, pengusaha bot-bot tempatan. Maklumla, patutnya takde pon makanan disediakan, tapi biasalah kan I ni bab nak dapat diskon ni haruslah memaniskan molot walaupun ati dok panassss aje. Cit. Akhirnya berjaya jugak. So, kalau nak pergi island hoping, kita kena book a day earlier for them to prepare the boat and the food. Jangan nak buat muka sedey nak pegi ramai-ramai di pagi hari. Memang tak layan. Unless hanya kau sorang-sorang aje nak pegi, maka kemungkinan nak dapat tempat itu ada. Kalau ramai-ramai macam kitaorang ni, sila book awal untuk mengelakkan kekeciwaan yang berpanjangan. Kui3x. 

Ini masa menunggu Encik Mol. Maka posing la dulu dekat bot-bot yang ada. Setelah calling him a few times baru la dia angkat dan datang bersama foodies. 

Tu Encik Mol berbaju kelabu dengan makanan bungkusan yang dipack siap untuk lunch. Ikut suka la nak bedal kat pulau mana pun. Tapi  kena habaq siap-siap Muslim Food. Jangan lupa kita bukan kat Langkawi ok. Kui3x. 

Our first destination adalahhh.. adalahhh.. Railay Beach. Kat situ ada Phra Nang Cave.. dalam cave tu ada.. hrmmm.. nanti korang tau.. kui3x. 

Ini super teruja naik bot ok. 

Ini lah Railay Beach. Di hujung tu lahhh tempatnya Phra Nang Cave.. Dalam gua itu... ada menda asing ok. Korang kena amek napas dalam-dalam. And I really have to look at those things several times sementara nak paham apakah menda itu.. kui3x..

Inilah benda asing dalam gua Phra Nang. Masa dok perati benda alah apakah ini, ada sorang Mat Salleh beriya-iya soh kitaorang posing peluk bagaiiii.. tanjat boboi! Last-last Mat Salleh tu amek kamera kitaorang dah soh posing jugak. Hanam nye omputeh.. Kakakka.. Gelak gegak gempita aku kat dalam ni masa posing.. puihhh.. kui3x. Err.. kanak-kanak.. sila tutup mata macam ticer bikin.. keh3x. 

And opkoz the sotong kering scenery boleh dilihat dimana-mana.. Memang feeling oversea ok. Kui3x.

Our next pit stop.. Poda Island. Memang cantik gilakkk ini tempat. Jelitas tak hengat. Kat sini jugaklah kitaorang had our lunch.  

Jernih sungguh. Boleh tengok ikan gedik-gedik dalam ni. 

Lapo suda.. Nom nom nom..

Restoran terapung pun ada kat sini. Punya la jernih air dia, macam terapung aje bot ni. 

Ni  harga standard minuman dekat sini. Sekali ganda mahal dari darat. Pepaham je lar, dekat pulau kan.. even ice cream Paddle Pop dia pon RM 6 satu. Oh!!!

Ada mini bar dekat sini. Got drinks and food then ada a few Muslims yang jual makanan. Harga standard.. berbaloi la. Hehe

Lepas aje berehat sambil mandi-mandi di Poda Island, terus ke Chicken Island. Kat sini pulau dia ada shape macam ayam turkey tu. Tu pasal dipanggil Chicken Island. 

See.. the head of the chicken.. tu la asal usul nama pulau. Pulau ni takde nye dia nak berhenti kat darat sebab limited space. Pulau ni hanya untuk orang snorkelling aje. Jadi kalau tak reti nak berenang jawabnya dok dendiam dalam bot je la.. macam aku. Kakkaka

Ini la tourist guide kitaorang yang syok sendiri sembang tak hengat dunia, padahal kitaorang satu apa pun tak paham.. kui3x. Bahasa isyarat is a crucial need here. Kakakak.

Syok la Syikin and Lalink main snorkelling.. huwaa..jeles gua.. aku ni pentakut ok. Zaman berani mati sudah berlalu  bagi diriku. Kui3x. 

Tu kira dah tak larat dah tu.. kui3x

Masa nak  naik tetiba datang segerombolan ikan. Syok tak hengat la Lalink. Untonglarhhh..

Dalam masa yang sama, kitaorang pujuk la si tukang bawak bot ni supaya landing sat kat tepi pulau tu. Pujuk punye pujuk berjaya la jugak. Kui3x. Bot lain sila jeles ok. Kakakak.

Posing sakan. Ini baru betoi tangkap basah.. kakakak

Ok, suda get ready nak pergi the last pulau. 

The last pulau tu nama dia Tup Island. Dunno why they called it Tup. Aku hengat tub mandi. Kui3x. Dalam banyak-banyak pulau, I think this is the best pulau sebab ada dua pulau berdekatan dan kita boleh jalan kaki aje nak pergi antara dua pulau. Masa kitaorang sampai paras air adalah takat pinggang. Salman sampai ketakutan sebab ikan panjang macam todak were everywhere. Last-last aku kena dukung dia. Nasib baik si Hyder tak ikut, kalau tak jenuh dukung dua orang kekanak riang. 

Tengok.. cangkat giler air dia kan..

Kalau bawak roti, boleh bagi ikan makan... kejap aje ikan semua kerumun kita. Best woo. We spend an hour here. Asek main pinjam goggle nak tengok ikan. Adalah dinasihatkan agar membawa goggle sendiri sebab kalau pakai hat bot punya ni kadang-kadang bau macam-macam pesen. Boleh muntah ijo ok. Kui3x. 

Penternak ikan yang berjaya. 

Tak serik-serik mandi, tak sedor kediri kulit dah terbakar abes. kakakaka


Mandi punya mandi, dive punya dive tengok-tengok ahli mesyuarat tingkap suma dah takde.. ehh.. p mana ehhh.. Rupanya pakat naik bot dah. We were the last kopek nak melapor diri naik bot. Tapi dalam nak melapor diri sempat gak berposing kat satu dua tempat.. dasaaarrrr kaki kamera.. kakakka

The four boats.. ni la bot kitaorang charter. Tak campur grup len. Grup kami aje..

Janji ada sign board belakang ok..

Geng-geng lain bertabah tunggu kitaorang lapor diri.. Kakakka

Bila dah naik, terus aje la heading to Ao Nang kembali. On the way nak ke Ao Nang, sempat jugaklah drebar bot ni bawak ke satu dua tempat just nak amek gambar sambil dia explain macam-macam yang opkoz aku tak paham apa pon. Kakkaka.. Dia gelak kitaorang gelak.. Hang gelak kat aku, aku gelak kat hang.. baguihhh punya.. kkakakka

Ini antara pulau yang dia singgah. Siap ada tali tangga untuk panjat ke atas. Tak kosa nak panjat ok. Kui3x. Geng-geng Mat Salleh kompem syok la menda-menda extreme gini. 

End of part 2. Jom sambung ke Part 3



2 comments:

juelee said...

rindunye k g krabi bila nengok gambo ni seme... suka krabi...best! lawa....

Ticer Syah said...

@juelee
mcam tak puas la jenjalan kali ni.. kena tambah bilangan hari dok sini la lengkali.. kekeke

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails