Ianya bermula masa bulan puasa lagi. A neighbour of ours yang dok ajak pergi holiday ke Krabi. So, kitaorang macam OK, tak pernah pegi lagi dan bila diberitahu keseluruhan bajet nak pergi sana including hotel etc is around 1k per family. So, kita just cakap OK aje. Alih-alih our jiran cakap.. dah book hotel.. Wahhh.. ini serius nampaknye.. kui3x. Kupikirin main-main.. and memang wajib pergi la sebab kawan dah tolong book kan. Ada masa lagi nak kumpul duit ok.
Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. 14-16th of November kitaorang punye plan. On the 13th, ada yang dah pergi dulu dan tidur di Danok kununnye tak mau sesak masa kat imigresen sebab imigresen Thailand bukan macam JB - Singapore. Thailand punye imigresen pelik ya amatttttt!!!! Stress aku nengokkan. Kalau bawak kereta, kita kena bawak geran kereta utk beli insuran a day before. Lepas tu masa nak masuk tu, kena park kereta tepi imigresen, then pegi jalan kaki the whole family utk cop pasport. Kalau kat Singapore kita tak payah nak turun kereta utk cop pasport kan. Adeii.. tu pasal ada grup yang dah masuk awal-awal dan titon di Danok.
Jadi as early as 6.30 a.m kitaorang dah keluar dari rumah dan terpacak dekat imigresen Thailand. Kupikir tidak ramai.. sekali tengok.. nahaiii.. ramai noks.. Eh.. takde gambau plak sebab tak berani nak amek gambar disitu. Kalau kat Singapore mana bule amek gambar kat imigresen.. nanti kena cekup! Keh3x
Dalam 7.30 la kitaorang dah masuk ke belah Siam dan park kereta kat Danok menungguh orang lain yang dok dalam hotel tu turun. I think dalam 6 cars yang titon kat Danok. Altogether ada 13 cars. Bila dah cukup bilangan ahli rombongan Cik Wan, maka bergerak la kami. Tak sempat lagi tiba di Sadao, ada pulak kereta rosak. So, nasib baik la ketua arrow head bawak kereta besor gajah, maka bule la ahli kereta yang rosak tu menumpang kasih ke Krabi. Maka jam 11 la baru betul-betul kita bertolak dengan gigihnya.
Ni while waiting for the Arrow Head to come back with the passengers.. stress gila time ni. Berapa banyak masa sudah terbuang..aiceh.. tak sabo nak terjun laut ok.. Kekanak riang macam dah bising.. aaa..bila kita nak bertolak ni Mama.. Naper lambat.. oh meng!
On the way, takde apa yang dasat-dasat berlaku, cuma ye lah.. 12 cars (dah tolak satu kereta yang rosak tu), macam-macam ragam. Ada yang bawak slow bangatttt.. ada yang bawak laju, ada yang suka brek tetiba.. eh.. pening kan. Macam-macam stail pemanduan.. yang kitaorang ni kena dok line last skali.. lagi jiwa kaco.. Nak-nak bila dah sampai traffic light. Suda putus ahli rombongan, maka jenuh ligan orang.. adoi..
Masa nak ke Pattalung tu ada jumpa road block.. Heran jugak naper la lori sekoq ni tetiba aje berhenti di tepi belah kanan. Oh.. FYI, kat Thai ni dewang suka suki nak drive ikut mana pun ye. Jangan expect depa nak memandu macam stail Malaysia or Singapore nye orang. Tempat kita kalau bawak kereta pelan, akan otomatik dok belah kiri kan. Ini takkkk.. walaupun bawak 80 km/j, mereka tetap gigih bawak kereta belah kanan. So, kita kena potong ikut kiri. And I don't think I see any road sign yang menghadkan had laju. Yang ada cuma..
ENTERING CITY REDUCE YOUR SPEED LIMIT
Tu je. Jadi korang boleh speed ikut suka korang kat sini.. Kakakak.. Dah ada jugak driver mereka yang memandu macam F1. And you might want to drive in respective lane macam kat Malaysia. Tapi kalau tak nak tukar lane pon takde masalah, dewang takde nak hon macam nak cari gaduh, instead, they will potong u on the other side of the road. Kalau masih lembab, mereka akan potong ikut line emergency. Sungguh dasaton!
Ini lah aku kata.. suka suki parking dekat lane belah kanan.. tau apsal dia park.. sebab ada road block kat depan and I think dia ni dah overload.. apa menda dia bawak ni..
Ye kawan-kawan.. beliau membawa durian sampai overload.. Jadi teruslah gelabah puyuh takut pak pulisi, maka harus park ikut suka sementara menunggu pak pulisi tamat operasi.
Kalau plan nak ke Krabi / Koh Lanta / Phuket, adalah dinasihat untuk membawak makanan dalam kereta sebagai alas perut unless kita ni non-Muslim.. sebab after 5 long hours drive barulah jumpa satu gerai makan yang Muslim. Dah la satu ni aje, kecik plak kedai dia. Maka kitaorang pun pulun la turun dengan harapan dapat order awal dan bedal awal.. And it turned the other way round. Datang lambat, duduk lambat dapat makan dulu. Oh..sungguh efisyen dan sivik sekali... (-_-')
This is the restoran, very classic ok. And the words that we understand is only "OPEN". Yang lain suma bahasa isyarat. Cakap macam ayam and itik. Kita mintak nasi kosong dengan telur mata kebau, dia baginya air kosong. Mintak lain, benda lain sampai.. Oh.. emo ok.. Last-last bahasa isyarat jugak membantu. Kuikuikui.
Bila dah lewat petang barulah tiba di Krabi. Bila tengok map, aisey.. Krabi is not our destination sebab hotel bukan disitu. Hotel kitaorang adalah di Ao Nang, pi carik plak. Masa dok cari tu, kitaorang, kereta terakhir telah pun ditinggalkan oleh ahli-ahli lain. Ini suma Arrow Head yang bagi arahan kasi pening kepala. Tapi bagus jugak la kena tinggal pun, bule kita sight seeing dulu.. Kakakka.. Jadi terjumpa la Ketam Gergasi ini...
Posing ok. Orang lain cari ketam ni tak jumpa.. kitaorang je jumpa.. kakaka
Posing kot len plak.. Bernanahlah mata kome tak jumpa ketam.. We ols jumpa OK!
And kat belakang monumen Ketam Gergasi ni ada ketam live! Kekanak riang excited tak hengat. Siap jerit2.. Mama! Mama! Ini banyak crab! Tangan dia besar sebelah.. Suma tangan dia besar sebelah.. Hoh! Oklah..kita namakan ketam tu.. Ketam Tangan Besar Sebelah.. *sigh
Ini pulak asal usul Mud Crab. Sila tekan gambar untuk info lebih jelas.. Keh3x.
Oh.. ini harga minyak semasa disana. Maaf ye, terlupa pulak nak bagi tegak. Kakaka.. Just a bit reminder.. Nak murah, sila la beli minyak Shell atau Esso yang available. Sebab rasanya dua brand ni je murah. Brand depa macam mahal kot. Kot mana pun memang minyak depa mahal sebab negara bukan pengeluar minyak. Bertabah ye. Kalau kereta aku biasanya kalau full tank tak sampai seratus. Kat sini isi full tank adalah RM 130 lebih kurang (macam isi kete Alphard). Sila pitam. Kui3x.. (Don't try to tell me to bersyukurlahh harga minyak kita rendah.. bullshit.. depa tak keluar minyak ok.. sekian biter politik sucks..kakaka)
Lebih kurang jam 5.30 waktu Malaysia baru la tiba di Ao Nang. Itu pun sebab tanya tokey kedai yang boleh cakap BI sikit-sikit. Tu pun jenuh beliak-beliak mata nak paham. Kakakka..
My niece yang follow us to Krabi. Super excited minah ni.. kui3x.
This is our room, ini bilik sesuai utk honeymooners ok. Oleh kerana kitaorang ada 3 adults..maka wajib amek 1 extra bed even though dah ada sofa bed kat dalam tu. Pandai marketing depa.
And our room got pool access. Memang lazat, bukak sliding door, ada two wooden chairs, a coffee table, ada tempat sidai baju di belah kanan and tangga terus masuk pool. Heaven! And we were so lucky sebab bilik kitaorang macam tersorok gitu. Maka nak seksi-seksi tanpa tutup tirai adalah OK. Keh3x. Nampak tu dinding.. Lega Jemah sebab sebelum tu selamba lucut suar jeans nak p toilet baru tingat..aaaarrgghhh.. orang nampak.. kakakka.
Lepas dah checked in, kekanak riang gedik-gedik nak mandi kolam. So, terjun kolam la apa lagi. Around 8.30 baru keluar. Tu pun nak cari gerai makan Muslim. Ada la jugak jumpa a few. And we chose Rimlay Restaurant. Sungguh lazat ok Tom Yam dia. Tak pernah kurasa Tom Yam yang lazat sebegini. Sampai licinnnnnn kuah dihirup.
100 baht.. equals to RM 10 sajok. Boleh bedal 3 orang dengan nasi steamed dia.. Nasi dia sepinggan adalah 30 baht bersamaan RM 3. Senang je nak pikirkan how to convert Thai Baht to Malaysian Ringgit. Just deduct one '0' kat belakang. Kalau currency lain, pepandai la korang kira.. Keh3x.
Di sepanjang pantai, ada banyak lagi bars, gerai, kedai massage pon berlambak, the only thing you have to see is sama ada the tukang urut is original perempuan or not. Kui3x.The one yang bawah ni ceteka ceteka. Opkos tak ori ok. Lakiku hampir tertipu. Amboi, mementang la pakai baju nak terkeluar isi dalam tu, terus caya pompuan.. Cit.. We chose other kedai for our Thai massage. Keh3x.
Kalau dilihat dari harga massaging depa memang murah amattt.. Maka rugi kalau tak try. Cuma kalau tak biasa ngurut, jangan dok gatai nak try Thai massage. Menderita kot. Kui3x.
End of part one. Kita move on to the next part.. Keh3x. Krabi Part 2
No comments:
Post a Comment