Thursday, October 27, 2011

Naufal's first diary.

Hari ni adalah hari pertama Naufal tulis diary. Sebabnya dia dapat buku kecit Angry Birds from us. Biasanya kalau dapat buku kecik2 ni dia prefer to draw macam-macam. Jadi kali ni saja la cakap kat dia supaya dia tulis apa yang dia buat setiap hari. So, saya pun bagitau apa menda nak kena tulis.. seperti tarikh dan masa supaya kita boleh jadikan sebagai kenangan. Naufal teruja sungguh nak cuba buat diary. Terus aje dia tulis diary dia yang pertama.

Ni diary dia.. siap dapat pen okeh.. tu pasal dia teruja bangat.

Oleh kerana hari ni kitaorang busy pergi buat passport, maka saya pun suruhlah dia tulis segala apa yang kitaorang buat hari ni. Jadi ini hasil diary dia..

Tulis masa dalam kereta.. Kehkehkeh..

Baru selesai buat paspot.. siap ada orang lidi tulis 'yahu' tanda gumbira pulak dah.. kakakak.. Next page amek paspot an hour later.. tu gambo time thumb print la kot..kkakaka

Yang ni dia story tentang pergi ke Pusat Sains.. tengok ejaan Sains tak tahan... 'sang' terus..akakak. Tak boleh tahan part dia tulis "Kami sampai pukul 11.49 a.m. Padahal time tu baru konar masuk jalan nak ke Pusat Sains. Terus dia assume dah sampai.. kalau ikutkan dari signboard tu lebih kurang 4km.. kakakaka

Balik dari Pusat Sains, terus bawa depa jumpa Papa untuk lunch. Dia dok berharap lepas lunch boleh pergi balik ke Pusat Sains.. so, bila Papa kensel hajat dia.. maka dia menjadi stress..maka terjadilah mukasurat seperti ini.. Kehkehkeh.. Cian..

So, lepas ni leh train dia tulis dengan lebih baik lagi supaya BM dia pun jadi mantop.. Hihi.. Bila agak-agak dah terer, leh suruh dia tulis blog. Kuikuikui..

Sekian, selamat berdiary people!

2 comments:

maya anis said...

alolo...comel yerk..

Ticer Syah said...

kekekek.. ada mood tulis.. takde mood lukis.. sabo je la budak ni

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails