Friday, October 28, 2011

Siap sudah!

This year plannning to go there again. Almaklumlah.. dah dua tahun tak pergi buat lawatan sosial kat sana. Kuikuikui. Sementara sisters dok ada kat sana, lebih baik kita pergi jalan-jalan kan. Nak harap negara lain, takde pulak sedara mara..kakakak.. Ada sedara senang sikit. Bab tempat titon dah boleh settle.

Bila tengok passport..aisey suma nak pisan. Nasib baik only 3 passport aje nak pengsan (Me and 2 kiddies). Kalau pengsan secara berjemaah memang lagi lah poket rabak. Oleh kerana kiddies punya passport murah, so saya terus buat 5 tahun sekaligus. Rate passport adalah seperti di bawah..

Dewasa/Kanak-kanak (2 tahun) : RM 100
Dewasa (5 tahun) : RM300
Kanak-kanak (5 tahun) : RM150

Faham? Jadi lebih baiklah buat untuk kanak-kanak tu 5 tahun sekaligus. Total poket kempis hari itu adalah RM400 (adeh...)

Perkara yang korang kena bawa masa nak buat passport:
1. IC (untuk dewasa) or sijil kelahiran (for kiddies - both photocopy dan original)
2. Gambar berlatarbelakang biru (2 copies)

Borang boleh diambil ditepi kaunter.. lepas dah isi borang, baru boleh beratur dan amek nombor! Faham! Hehe

Kalau nak buat secara berkumpulan (minima 5 orang) adalah RM200. Tapi boleh guna sekali sahaja dalam masa setahun. Hrm.. rasa macam tak perlulah buat macam tu.. Sebab tak tahu la kot-kot nak pergi tang lain kan. Ecececece..

Pagi-pagi buta dah sampai bagi mengelakkan kesesakan manusia. We were so lucky sebab masa sampai tu tak berapa ramai. Giliran yang ke 16. Itupun tak termasuk urusan boarder pass dll.

Naufal yang teruja nak letak thumb dia atas scanner.. kakakak. Dia rasa macam superhero plak bila letak thumb atas scanner. Kuikuikui

Masa menunggu nak buat around 1 hour (sebab datang awal). Lepas aje dah siap hantar borang dekat kaunter. Masa diambil untuk passport siap selepas bayaran adalah 1 JAM sahaja!

Kitaorang habis urusan dalam 10.15 kat kaunter dan pergi kembali ke kaunter dalam jam 11.30, sudah siap okeh. Cepat dan tuntas.. Macam ni la perkhidmatan yang kita mau!

Habis aje acara membuat passport terus aje kekanak riang teruja nak pergi Pusat Sains.. Aisey.. me so bosan to go to that place. Terus ajak depa pergi ke Muzium Padi sebab ada karnival kat situ. Leh la cuci mato..

Bayaran masuk ke Muzium Padi..
Dewasa : RM 3
Kanak-kanak (SR) : RM1
Tadika: Pree
Kamera/ Handphone ada kamera : RM2.

Faham? Tapi macam tak fair henpon kamera pon kena bayar..cit

Kiddies mulanya tak mau pergi.. tapi lepas tu teruja plak nak amek gambo sana-sini.. Meh tengok kegembiraan mereka amek gambo.. kakakka

Haa.. ada gambo besor ni leh jadi pesawah la kunun2.. kakakka.. Dah berzaman dah menda ni dok ada.. tak tuko2 lagi.. kuikuikui

Sini pun leh amek gambo.. time ni Salman tatak mood sebab Mama dia tak mau belikan dia pen bentuk ular.. adoi.. mencik ai snake snake ni.. kalau snake and ladder takpe la jugak..akkakak

Lepas sudah bergembira di Muzium Padi, terus aje ke Pusat Sains yang terletak dibelakang Muzium Padi. Bayaran masuk adalah percuma.. unless kalau kita nak pergi masuk ke pameran Ice-Age. Aisey.. tak ingat lak bayaran baper..akakak

Kat sini macam-macam benda boleh kita main dan cuba.. sadly some of the benda sudah rosak dan tidak direpair menyebabkan kanak-kanak macam.. hmm.. naper rosak.. naper tak repair.. Oh.. bosang..

Still, the place is a good place to explore.. tapi still tak boleh lawan Singapore or KL punye Science Centre la kan.. kehkehkeh.. jadi la as a start.. kuikuikui.

Kitaorang habis pusing-pusing menghabiskan masa sampai kul 2 petang. Then, pergi lunch with their Papa dan pulang ke rumah untuk zzZZzzZZz.. kononnye la.. sampai rumah..adoi.. banyak keje menanti..

Sekian, selamatlah apa aja yang kita buat hari ni.. kuikuikui

4 comments:

eeeda said...

Syah.. nak ke mana nie siap buat semua pasport utk kekanak riang nie...

Ticer Syah said...

mo pi umah kak kami larr.. spore je pon.. kakakak

ツ Bieaz ツ said...

bestnya....lepas nie bule gi trip :)

Ticer Syah said...

bieaz:
ha ah le bieaz.. kot2 la nk p siam ke..kekeke..senang. tak yah masuk cara haram..kehkehkeh

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails