Friday, September 23, 2011

Dah pencen buat sementara waktu!

Hasil tanaman.. ekekek

Dulu cukup gemar main game kat pesbuk. Takleh tidur lena kalau tak main game. Nak-nak masa musim nak exam. Time tu la syaitonnirrajim dok hasut suruh main game. Balik sekolah aje kalut bukak pesbuk nak harvest hasil tanaman sebab kalau lambat takut withered plak. Sungguh dasat penangan game ni kan. Padahal real life takde pun nak tanam penuh perasaan menda-menda ni. In fact, pokok betul pun layu cam hidup segan mati tak mahu sebab tak boh baja. Padahal kalau time main game.. terlebih rajin lawat ladang neighbours nak fertilize their farm. Hahahaha..
Giler kentang kan game nih. Bahaya-bahaya. Jangan terjebak okeh. Sebab saya pun dah terjebak. Bila terjebak apa pun tak boleh. Hehu. Jadi, sekarang ni saya dah pencen buat sementara waktu. Nak delete game ni tak tahu pula bagaimana. Maka saya biarkan. Saya yakin pokok dalam tu semuanya withered. Permainan ini menuntut jumlah masa yang sangat tinggi. Pengorbanan masa yang tinggi membuatkan kita lupa benda yang ada di alam realiti. Nasib baik sempat tersedar. Kalau tak sedar.. adoi.. pengsan.

Jadi.. sapa yang dah insap dan pencen macam saya? Mari angkat tangan!!! Kehkehkeh

2 comments:

Ah Win said...

i pencen di tengah kemuncak games ni...level 101 dah...i lepaskan saat tgh syok x hengat dunia..

sbb i pk..dunia ni sebenarnya x de ape..sementara aje..kalau main sampai level 300-400 pun...bukan boleh selamatkan i dr azab seksa

Ticer Syah said...

akunye level tak sampai selatot kot.. kikiki.. tapi tetap nak benti.. banyak sangat menda kita nak kena take care la skang ni. nak kena maintain english farm lagi.. giler kentangggg.. kakakka

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails