Wednesday, July 27, 2011

Jangan ponteng kelas!

Susah tau jadi cikgu ni. Setiap saat kita dikira. Terlambat masuk kelas pun dikira mencuri masa. Jadi kat akhirat memang nak kena jawab satu-satu. Jalan paling selamat ialah masuk kelas on time dan keluar pun on time. Sebab kadang-kadang bila kita masuk tak kena time.. terlewat lima minit, kita tend to curi masa orang dalam masa 5 minit sebab nak cover balik masa tertinggal. Tapi kita kena kesian juga masa orang yang kita terambil tadi. Jadi, nak selamat, sebelum keluar kelas tu pastikan kita cakap kat anak-anak murid kita bahawa tadi kita terlewat, jadi minta halal siap-siap lima minit yang kita terlewat.

Maklumlah, sekolah ni saiznya tidak sama dan keadaan fizikal pun tak sama. Ada cikgu yang jadual waktu padat. Lepas satu kelas, kena masuk kelas lain non-stop. Ini perkara biasa. Dalam seminggu jadual waktu sepadat 30-35 waktu adalah perkara biasa. Jadi, perkara lewat 5 minit pun kadang-kadang tidak dapat dielakkan. Contohnya bila kita berada di kelas A dan waktu berikutnya kita kena pergi ke kelas B di bangunan yang lain. Maka tempoh perjalanan untuk dari satu kelas ke satu kelas memang ambil masa lebih kurang begitu. Tidak termasuk ditahan anak murid, ditahan rakan atau guru besar nak tanya itu dan ini. Sebab itulah jadi terlewat lima minit.

Tapi jangankan sampai kita terlewat 1 jam.. ahhahaha.. itu bukan terlewat atau buat-buat terlupa.. Itu sengaja namanya. Ye.. ada kes begini dan biasa juga berhadapan dengan orang yang macam ni. Dan alasan dok tunggu guru lain nak masuk kelas yang kita dok tunggu tu tidak boleh dijadikan alasan langsung. Bak kata sahabat.. kita keluar on time, masuk kelas berikutnya. Kalau jadi apa-apa pada kelas yang kita tinggalkan itu, tanggungjawab itu akan jatuh pada guru yang sepatutnya berada di dalam kelas itu. Kalau kita tidak masuk kelas kita yang seterusnya, kalau jadi apa-apa... haa.. kita juga kena tanggung. Jadi, jadual waktu hakiki kita kena patuhi sebenarnya sebab itu core business kita..

Adoi.. pening ka.. Yang penting sekali.. Be punctual.. segalanya insyaAllah tidak akan mendatangkan masalah pada mana-mana pihak.

Sekian

-saksi hari ini- kakakkaka

1 comment:

simanis said...

sekolah besar lagi parah nak jalan tahu??? kalau yg ade bangunan baru 4 tgkat tu??? mau 10 minit lewat...

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails