Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!



Di kesempatan ini, tuan tanah dan juga keluarga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kita bertemu mesra di ruang siber sama ada di blog, twitter (macam la selalu bebenor on twitter), YM, Facebook atau secara muka ke muka kot-kot ada tersalah kata, terkutuk, terumpat, terkeji, terbuat orang sentap, terpinjam pen, gunting atau alat-alat tulis lain tak sempat nak minta kebenaran, terpinjam anak murid suruh ambil barang kat opis dan sebagainya, harap dimaafkan. Kita nak puasa ni kena la suci dan segar kan.

Semoga puasa kali ini, kita lebih tekun beribadat tanpa kompromi. Cita-cita tuan tanah pada kali ini ialah untuk berpuasa PENUH!.. (hihihi) serta dapat berterawikh bersama keluarga tak kira di rumah atau di surau berdekatan.

Kepada mereka yang nak pinjam gambar kat atas ni, silalah ke link ini.. kehkehkeh. Den pon pinjam yo. Nak buek memang tak roti.. Kalau tak tau apa maksud Fanoos, sila pegi ke sini pulak. Haaa.. senang kan den dah tolong ekau ni hah..

Sekian, tuan tanah nak mengemas rumah sementara kudrat masih kuat.. Kuikuikui

2 comments:

Rin Saharina said...

salam ramadhan :)

Ticer Syah said...

salam ramadhan to u too :)

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails