Sunday, July 24, 2011

Buat soalan.. kopipes atau bikin sendiri?

Sekarang musim exam. Kalau dah jadi cikgu ni mestilah bab exam ni dah cekap ye dak. So, sekarang ni yang mana satu pilihan korang.. Suka soalan exam yang cedok dari buku-buku di pasaran atau buat sendiri?

Actually kedua-duanya ada pros and cons.

Hasil cedokan:
Pros:-
1. Jimat masa
2. Tak pening kepala nak pikio
3. Hanya salin master dan hantar pada incik PAR di sekolah untuk operasi mencetak..

Cons:-
1. Isi kandungan tidak sama dengan yang kita ajar. Ada topik yang kita tidak sempat ajar, tapi dalam set soalan tu ada pula topik tu. Macam mana tu? Takkan nak cedok-cedok.. banyak keje aihh..
2. Penggunaan ayat yang kadangkala agak tinggi standardnya. Sungguh tidak sesuai untuk murid-murid HALUS.

Hasil pembikinan memakan masa : 10 minit saja...

Bikin sendiri:
Pros:
1. Isi soalan kita boleh tetapkan dan murid akan menjawab dengan apa yang telah diajarkan. Jadi kita nak ukur daya kefahaman mereka pon senang..
2. Kita boleh guna nama-nama kanak-kanak riang kita dalam soalan yang kita buat. Lebih mesra kanak-kanak riang. Jangan tak tau, mereka ni cukup syok kalau nama mereka tercatit dalam kertas soalan. Ce try.. ce try..
3. Kita boleh letak macam-macam gambar yang berkaitan dengan soalan. Jadi soalan kita lebih informatif dan juga lebih ceria berbanding soalan cedokan a.k.a kopipes. Kuikuikui
4. Boleh letak nama kita besar-besar sebagai tanda kita bikin itu soalan.

Cons:
1. Masa yang diperlukan sungguh banyak. Panas montot okeh. Pinggang pon leh sakit dok ngadap tanpa henti..akakkaka
2. Kena bersabar dan bertawaduk tatkala mengarang soalan.
3. Kena tahu macam mana nak bahagikan antara soalan yang mudah, sederhana dan sukar. Kena sama rata supaya kebolehpercayaan bagi soalan yang dibina itu tinggi. Kalau bagi senang sangat.. semua lulus pon susah jugak.. Kuikuikui.. Sat gi tak standard lagi naya. Hohoho..
4. Kita boleh simpan dan gunapakai dengan cara edit mengedit pada masa hadapan. Haaa.. kan ke senang.

Orang kata susah dulu senang kemudian.. begitulah..

Hasil pembikinan: 4 hari max (bergantung kepada berapa kelas kita pegang)

Macam saya ni.. oleh kerana dah bertahun dok ajar Year 3, jadi nak kata banyak soalan tu idok le.. tapi dah kita dok ajar benda yang sama, so dok recycle aje soalan yang mostly bikin sendiri. The best part boleh tukar-tukar nama kiddies and they love it so much. Kembang kuncup hidung depa bila tengok nama depa dalam kertas soalan. Har har har..

Tapi kalau tak sempat, kadang-kadang mencedok juga. Kehkehkeh.. What to do... masa tu kengkadang mencemburui diri I yang memang cun.. kehkehkeh...

Sekian, nak sambung menaip soalan... Maklumle.. dah lama tak ajar Year 5. Tiada koleksi langsung.. so, kena buat dan terus buat untuk koleksi lagi.. hehu..


By the way, selamat menjawab soalan peperiksaan to all SKPP punye students.. Semoga you all semua dapat menjawab dengan cemerlang...

Jangan sebab nak cepat habis, korang main tanda aje.. ada yang kena seligi karang.. akakakkaa.. Jaga-jaga Cik Salmah!

Gambar pinjam dari sini

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails