Saturday, January 8, 2011

Homework dan homework!

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. Kalau dulu-dulu, kerja sekolah boleh dikira dengan jari. Zaman sekarang, jari tak boleh nak dipakai, harus dikira dengan kalkulator pula. Kakakak.. So, masuk Year One pun dah ada homework. Oklah tu, teacher Naufal bagi homework writing. Nak latih dia punya mechanics of writing. Maklumla, berminggu-minggu tak practice menulis, tulisan mestilah jadi tersangat cantik dan julita. Jadi teacher dia pun, buat la aktiviti ni. As a part of the KSSR kot. Aku tak pergi kursus ni, so tak tau apa citer KSSR. Kesian.. kuikuikui

Bila buat homework dia, orang lain pun wajiblah buat sama bagi mengelakkan kedengkian sesama kaum yang lain. Maklumle, bila rakyat dah ramai, mesti ada yang tak puas hati kawan ni keje sikit, kawan ni keje banyak, kawan ni boleh relax etc. So, semua orang wajib duduk kat meja Nippon dan buat kerja.


Ye.. bila saya maksudkan semua orang, bermaksud yang kena ciken pok pon harus join sekali. Sebab nanti bila dia kembali ke skolah, mesti dia ketinggalan bas yang banyak sekali, so, this is one of the way untuk mengelakkan beliau ketinggalan bas.

Paling tak tahan, kenapa nak buat homework mesti ada botol susu di mulut.. Tak faham.. T_T

Oh, ada lagi sorang manusia tak masuk dalam ini gambar.. Sebentar ye, kita lihat apa budak tadika tu buat.. huhuhuh. Bila kita dok sibuk ajar abang-abang dia, dia pun sibuk nak jadi macam cikgu... Bila kita suruh dia sudahkan kerja dia.. tengok dia buat apa..
.
.
.
.


Dia buat-buat ngantuk supaya tak kena buat homework yang teacher dia bagi dua hari lepas! Last-last abang dia tolong kaler huruf jawi yang bertitik!

Adik oh adik!

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails