Sunday, January 2, 2011

Tahun baru tak semestinya semua baru...

Bila nak mula sekolah, segala alatulis kenalah pastikan lengkap. Kalau tak lengkap, jenuh lak nak tanya student... Err...sapa ada pen. Dah tu mengajar sekolah rendah, mana ada budak bawa pen. Tak ke kes naya. So, to play safe, pastikan segala kelengkapan dalam kotak pensel sudah mencukupi. Kalau tak cukup lagi, esok pagi-pagi pergi ke kedai koperasi dan lakukan aktiviti membeli belah di situ. Kehkehkeh. Tapi jangan menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan gam glustick jenama UHU, sebab kebarangkalian untuk ada adalah tipis.. setipis kulit bawang..hohoho..

Jadi a few days before, dah beli stationeries for my kids and I. Sungguh seronot membeli belah, sampai hampir tensi jua...kuikuikui... Sambil-sambil memilih barang mereka, pilih juga barang untuk diri sendiri. Kehkehkeh. Time kecik-kecik, orang tua aku tak pernah nak bagi beli benda yang cumil-cumil sebab nak jimat. Maklumle, family besor.. 8 beradik, mana bisa nak pakai hat spesel edition. So, bila dah ada duit sendiri, boleh la nak beli pesen apa pun....kakakak


Nah, pencil box baru aku. Kehkehkeh.. English polak. Kakakak.. Beli kat Tesco aje. Ada banyak lagi, jangan lupa beli okeh.


Nah.. dah complete. Penebuk lubang, stapler, marker pen, stapler punya isi, bateri (kot-kot la bateri kat bilik mati..leh tuko terus..akkakaa)..eh..lipstick pon ada..kakakak.. harus la.. Sat gi dok cakap berdebur-debur dalam kelas, air liur tersembur-sembur, habis pulak lipstick di bibir. Dah tak vogue. Kalau tak vogue, budak cepat boring..kakakak..

Selain daripada tu, operasi membalut buku sekolah. Buku teks yang dibekalkan banyak yang tak berbalut. Dalam 13 buah buku takde balut langsung.. oh..termasuk buku aktiviti la ye. Kekekeke. Nak beli jenis sarung, memang la tak tahan sebab menda tu nipis. Nak tak nak, beli yang tebal sikit dan balut secara manual.


Siap beli tape dispenser untuk memudahkan kerja. T_T

Sambil-sambil balut tu, rawat sama buku-buku yang dah tenat.


Letak selotep di sini nak bagi buku tak bercerai talak tiga..kehkehkeh


Rawat dulu baru balut tau!

Sekian, entry kali ni. Next day sambung lah, kalau rajin... huhuhuhu

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails