Hari ni citer bab makan lagi. Memang asek citer bab makan, maklumle cuti skolah, anak murid pon takde.. jadi, masa cuti la senang kita nak menggebukan diri. Kali ni, kita nak bawak awak pi tempat makan yang besh sekali dalam dunia cakerawala.
Kali ni kita jadi Mamak ye. So, sila tukar imej anda ala-ala Shah Rukh Khan atau Rani Mukherjee. Sudah? Sudah? Bagusss.. Hari ni, kita akan makan tosei.. kita pon tak pastilah, macam mana nak eja tosei sebenarnye. Ada orang eja tosei.. ada orang eja tose, ada juga eja tosai.. adoi..penin mak. Mana satu haaa? Yang pastinya bentuk tosei pasti sama..kakakak.. tapi berlainan rasa dan cara pembuatannye mungkin.
Kalau sesiapa yang biasa lalu kat jalan nak masuk tol yang tidak perlu membayar tol, pasti akan melalui kedai ni. Kalau dari Masjid yang baru dibina tu, berdekatan dengan Butik Azzahra dan juga Kedai Dobi Naza, mesti akan terlihat kedai makan Top KB Corner dengan papan tanda berwarna kuning dan bertulisan merah. Oh, terlupa la plak nak snap gambar. Sorry sangat-sangat.
Kita rasa, dalam banyak-banyak manusia yang buat tosei, yang inilah yang paling best. Sebabnya, sambalnya mantop, kuah kelapa dia pon tip top..pendek kata suma sedap. Dan paling dasat, tosei dia takdelah masam macam sesetengah tosei. Bila kita makan tosei dan rasa masam, kita mesti rasa macam nak montah.. huhuuhu.. Mungkin bagi Rani Mukherjee kalau tak masam tak kick, tapi bagi kita, kalau ada rasa masam tu, amboi, bagai menendang-nendang dalam tekak minta dikeluarkan. Itu sebab kita kata tosei sini sedap, sebab tak masam dan alatan di tepi-tepinya tu pon terbaek. Jadi, kalaulah korang nak pegi ke Jitra dan tak nak bayar tol RM 0.40, boleh la lalu ikut Hutan Kampung, jalan straight... don't belok-belok, bila nampak Masjid santek, turn right, then jalan depan sikit, kedai tu belah kanan. Lepas makan dan sudah belahak, maka teruskan perjalanan dengan lafaz Bismillah, dan belok kiri.. boleh tembus ke Jitra dengan menggunakan lebuhraya PLUS tanpa perlu membayar tol RM 0.40. Kakakka
Nahhhh.. sila lihat tosei yang besar dan tip top.. Rasa sekali pasti nak lagi. Tambahan kuah adalah percuma. :)
Sekian, selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment