Sunday, November 28, 2010

Empat orang mangsa potong berada di rumah ini!

Semalam kenduri punya la berderet. Sampai kena pilih memilih. Oleh kerana pagi tu Encik Hubby sebok memotong rumput kat rumah Mama beliau, maka operasi makan kenduri pon agak selektif. Kita pilih mana yang wajib lah.

Husband pun buat congakan dan kira-kira (oit.. congak ngan kira-kira bukan sama ke?). So, Hubby akan pergi rumah office mate buat kenduri potong kat Pekan Jitra, aku menempek ngan jiran sebelah untuk kenduri rumah anak sedara jiran kat Hosba, dan waktu petang nanti, barulah kitaorang pergi ke rumah ibu mertua kak ipor aku kat Kota Rentang.
Sungguh banyak menda nak kena makan nih. Dan sentiasa sediakan teh penghakis lemak bila habis makan kenduri okeh. Huhu.. (Ok..aku terlupa minum teh tu... skarang nyesal..). Dua kenduri yang awal (yang kitaorang pergi asing-asing sebab nak jimat masa), tak dan nak snap gambo.. huhu.. Only kenduri rumah MIL Kak Inah aje sempat bergambar bajet cumil.. kuikuikui

So, dalam kul 5.30 tu, bergerak la kitaorang. Ikut jalan shortcut yang memang dekat dan senang. Cuma bila sampai tang Masjid Kota Rentang, kitaorang dah blur. So, tepon Abang Jamil and he picked us up.. Gegegege...


Depan Masjid tu.. (ke surau eh..) Entah apa la Encik Hubby bebelkan tatkala aku memetik ini gambar..kehkehkeh..


Masa dah sampai, Salman sebuk dengan Brick Game budak kena potong.


Dan masih sempat mengklik gambar syok sendiri. Weh. ada nampak itu blouse.. made in India, beli pun kat orang India.. Kalau takde cermin, leh suluh muka kat baju aku..akkakaka

Dan seperti biasa, kitaorang ingatkan Along ngan Muaz aje yang dipotong.. tengok-tengok.. lerrr...

-

-

-

-


Berderet ko.. Empat orang sekali.. Adoi.. lari bajet.. terus lari balik ke dalam kereta dan sediakan lagi dua angpow untuk depa. Haiyohh..lengkali bagi la amaran siap-siap.. "Empat orang mangsa potong berada di rumah ini" Kakakka.. Terus jadi tajuk blog post kali nih..:p

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails