Monday, November 29, 2010

Kadang-kadang kita terlupa pada anak yang tengah..

Selalunya anak pertama akan menjadi kebanggaan keluarga, anak terakhir pula menjadi kesayangan dan buah hati keluarga. Macam mana pula dengan anak tengah? Tidak lama dulu, aku ada terbaca tentang sindrom dilema anak tengah. Kadang-kadang orang selalu cakap, anak tengah ni lain dari yang lain... suka tunjuk perasaan, lone ranger, mementingkan diri sendiri dan macam-macam lagilah. Hakikatnya anak tengah buat begitu sebab dia pun nak menunjukkan bahawa dia juga wujud..

"Hello Mama.. I'm here.."

Dan kata orang, biasanya anak tengah ni gambar pun tak baper nak ada. Betul ke? Hohoho..

Hari ni, aku betul-betul terlupa tentang anak tengah aku.. Dia konvo hari tu, lupa nak story pasal dia. Kesiannye.. kesian kesian.. so darling Mama, I am so sorry because Mama terlupa nak update story about you. Asyik citer pasal Salman aje..cian..

Next year, Naufal naik Tahun 1. Dan semestinya sudah aku daftarkan ke sekolah abang dia. Hopefully dia dapat masuk One English. Tapi tak tau la macam mana. Sebab dia ni susah sangat nak buka mulut. Nak suruh baca buku pun susah. Tapi dalam kelas time exam ok pulak. Last year dua kali dapat 1st place. This year, dapat 1st place masa penggal pertama and 4th place masa penggal kedua. Adoi.. takutnya la Mama dia kalau dia tak boleh nak perform bila masuk Year One. Hari tu suruh baca papan tanda.. Sungguh lambat!!! Suruh kira boleh la tahan cepat..
Tapi apa yang paling membanggakan, suruh baca Jawi, cepat pula dia membaca.. Hrmmmm... Apapun, jom layan picca Naufal Sameer, anak tengah Mama..


Ni gambar dia bersama classmates dia..


Ni gambar birthday dia... sambut secara berjemaah di sekolah..hehehehe


Yang ini, gambar konvo tercomel dia.. err..terkacak..akkakaka

Takde ke gambar masa konvo Naufal? Oh, ada, tapi tak baper meriah.. so, malas nak upload kat sini. Apa yang boleh diputuskan... Tadika Naufal ni amat bagus dari segi akademik dan juga dari segi agama -- sebab dia dah boleh baca Jawi dan Qiraati dia pun sudah bagus. Tapi dari segi persembahan pentas masa konvo-- agak haru biru dan tidak teratur...tak berkenan den. Huhuh. Harap-harap lepas ni akan dibuat post mortem. Asek persembahan yang sama (sebab dua-dua anak aku sekolah tadika ni dan each one of them spend 3 years each in this kindergarten)

Harap-harap lepas ni, pengetua takde la nak mencelah bila pengacara mengacarakan majlis.. sebab kadang-kadang aku nengok pengetua depa ni macam nak jadi pengacara pon ada. Adoi.. let the MC do her job la.. you dok dendiam sudah... Banyak yang harus diperbaiki. And actually, the kids tu kena la praktis di atas pentas yang sebenar sehari atau dua hari sebelum konvokesyen.. kalau tak memang haru biru....Oppss....Just my two cents! :)

2 comments:

Muna 'Izzah Fadzil said...

Anak tengah Muna pulak yang paling diberi perhatian . Hahha.

Ticer Syah said...

Wah, mestilah, dia paling istimewa sebab itu Muna kena bagi attention kat dia! Glamer lagi tau, masuk paper and magazine. Hehe

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails