Friday, January 1, 2010

Nak bukak skolah daaa..huhu

Pejam celik pejam celik dah nak buka skola... Copat bonar masa berlalu. Diam tak diam dah sebulan lebih Babah pergi meninggalkan kitaorang. And sadness is still there. Lepas meeting kat skola on the 28th, the next day kena pi skola. Tapi aku tak pegi sebab encik Hubby mau pakai kereta. So, aku amek kesempatan soh dia bawak kekanak riang pergi rumah mak tok. Bleh la aku kemas rumah macam tongkang pecah.

Skolah call..
"Eh, tak mai skolah kah?"
"Takde car lah"
"Ok..sok mai noh.. kena buat SKT la.."
"Kan dah buat dah hari tu.."
"Kena buat lain..PPD nak A.S.A.P"
"Leerrrr..kaco lah..esok je lah"

The next day, pi la skola. Punya la banyak nak kena buat..last2..
"I copy paste la..nanti I edit, Sunday baru hantaq..ni nak pegi kemas kelas"

Then, aku and Adam and Naufal pergi le ke kelas baruku itew.. huhu..sangat huduh keadaannya.. Aku pon jadi lemah syahwat melihatnya. Adoi..banyaknye nak kena renovate..huhu!

Setelah menyusun atur kerusi meja, tak cukup pulak. Meja rosak ada sampai tujuh buah, kerusi rosak ada dalam tiga pat biji..mana bisa digunain.. keselamatan murid kena amek kira..so, aku letak kat luar kelas aje. Tak cukup plak bilangan meja. Hoh!

Berlari turun setelah selesai kemas sket-sket, terjumpa plak worker skola..
"Kak..nak mintak tolong buleh dak?"
"Mintak tulun apa tu cikgu?"
"Oh, kelas saya tu banyak sangat kerusi meja yang dah rosak.. bahaya kalau budak pakai. Ada tak pekerja lelaki?"
"Tak dak cek oitt..kami ja orang perempuan.."
"Alamak..kesiannya.."
"Tak pa aih.."
"Ok, kak..nak mintak tolong angkat suma kerusi meja tu naa..letak kat tempat pelupusan sampah la kot no..semua dah kopak-kopak..tak bleh guna langsung.. hat terkangkang terkoyak suma ada.."
"Hahaha..buleh aih.. kami angkat la skit-skit nanti..cikgu letak kat mana?"
"Kat corridor tu..kelas saya kat Aras 1 tau kak!"
"Cikgu..tong sampah itam tu ada dak kat ataih?"
"Ada... dah penuh dah..saya letak kat koridor jugak"
"Ok..nanti kami angkat la sket2.."
"Tima kasih kak no..kami nak balik ni.. nak urus hal depa polak.."
"Sama-sama.."

Kekanak riang kelaparan polak..padahal baru aje menghentam bihun kat opis skola..sabo je la..
"Adam lapaq aiyaq ni.."
"Kay la..kita pi la kat sini, leh mamam kek..Angah nak burger kecit tu?"
"Haa...nak nak!"


Masa mana plak si Adam snap gambo aku nih..wakakkaa..

Then, pi bawak polak anak-anak teruna pi gunting rambut! Adam sebuk nak kat tempat aku biasa gunting rambut. Hoh.. high class juga lor.. kuikuikui..


Encik Adam dapat amoi nih


Si Nopal dapat apek nih.. kuikuikui

"Mau pesen apa kak?"
"Ala.. buat la apa pun, janji boleh buat rambut pacak ok"
"Hehe.. ooo..tapi kasi lepas skola punya rules kah.."
"Mesti la..tapi itu rambut kasi pacak noo"
"Boleh boleh.."


Ni la hasilnya... Nopal shy-shy cat plak berambut baru..ahaks

"Mau beli kah gel dia? Leh tahan lama lorrr"
"Baper hengget?"
"Tak mahai.. RM 36.00"
Giler ke haper..
"Takpela..lain kali I beli.."

Dalam kete..
"Mahal no..kita beli hat Brylcream baru baper hengget.. "
"Oh, nanti kita ada duit kita beli hat mahal tu noh.."
In your dreams darling.. in your dreams...kuikuikui..

Petang tu, encik Hubby pulang terus ajak ke Kamdar. Mencari baju skola si Adam. Satu apa pon tak beli lagi..kuikuikui..mana taknya..cuti skola yang membizikan! Dengan travel pi Kelantan, then, Babah takde, then, exam plak, then, potong-potong, then,layan orang jauh datang, then, kenduri 2 hari tanpa henti, then, meeting, then, kemas skola..ni baru le nak bernapas kembali..alih-alih dah nak bukak skola..huhu

Selesai membeli belah kat Kamdar, Encik Nopal berasa jeles pulak sebab dia takde kasut skola baru.. last year beli kat dia, dia bawak pegi tadika, then hilang.. sedekah kat kawan dia kat skola. So, macam tak berbaloi nak beli hat branded kat Nopal, kitaorang ke Giant sudah. Ada la kasut saiz dia tu RM9.99. Tapi dah agak season kaler dia..heheh..
"Kita boh kapuq Angah naa"
"Ok..yeeaayy..Angah ada kasut!"
Seb bek tak demand.

Lepas je bayar, nengok ada wig plak.somel bangat.. try kat kepala Salman.. uuuu..comel!


Kalau ada anak pompuan macam ni agaknye ghupenyer.. ekkekeke

2 comments:

Ateh said...

rambut si nopal santek..awat adam tak wat camtu...huuhu

.: mama cute :. said...

orang lain buat la dei.. nopal si santan buat.. adam si pompuan tu buat..mana sama daaa

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails