Friday, January 1, 2010

Cat Kelas!

Kelas aku yang baru ni agak sadis sekali keadaan kulitnya. Sudah lama tak bercat, dan banyak pula kesan contengan. Sungguh hoh! Maklumle, skola takde duit nak sponsor cat untuk semua kelas.

In fact, kalau nak bagi kelas kamu nampak cantik, elok dan terletak serta kemas tanpa secalit kehuduhan, maka kamu sebagai guru kelas yang dilantik, seharusnya bersedia mengorbankan segala wang, tenaga dan usaha kamu dalam menjadikan kelas kamu sebagai kelas yang menarik untuk diduduki dan kamu juga bertanggungjawab menjadikan bilik kelas kamu kondusif. Oh, jangan cuba nak melawan orang atasan dengan pelbagai alasan ye. Kalau tidak mahu berkorban, silalah letak jawatan. Ramai lagi manusia yang hendak mengisi kekosongan jawatan kamu tu. Wakakakakak. Maaf pada yang terasa..kuikuikui..sudah lama aku ingin luahkan kata-kata di atas itew...Sebabnya aku dapat tahu ada certain schools yang sediakan peruntukan untuk keceriaan kelas. Kelas ceria, anak murid gembira, ngajo mudah, ngaji pon senang! Tak gitu?

Maka dengan berbekal modal sebanyak beberapa RM. Oh, aku mengorek ke sana dan ke sini, menyimpan wang selagi boleh supaya aku dapat modify kelas aku nih. Sebab aku tau, sekolah tidak akan memberikan semua guru kelas sedikit RM untuk mencantikkan kelas mereka. Sekolah cuma mampu mencantikkan pejabat mereka dan juga bilik mesyuarat mereka sahaja. Kita harus kesian dengan pihak sekolah. Ingat ye cikgu-cikgu semua.. Rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan..wakakakakka. Dan dalam konteks sekolah ni, murid-murid diutamakan...Ehem..Ada brani mau jadi cikgu?

Aku datang kol seplo pagi, sebab nak tunggu kedai cat bukak. Setelah meneliti katalog. Aku pilih cat paling murah. Brand KCC - RM30 satu tong! Hoh..naik dah rege. Last time beli tak sampai RM30. Hampeh. Takpe..takpe.. Murid-murid didahulukan..poket dibelakangkan.. Jenis warna pulak : Moonlight Sonata..tingat citer Winter Sonata. Kalau nak kaler lagi hebat, bersedialah untuk mengorbankan RM50 untuk setong cat. Dan kaler premium tu memang superb. Tapi aku tak mampu lah sebab ada banyak lagi perkara yang harus aku ambil kira. (Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan) Kuang kuang kuang..

So, setelah dibuka cat itu..aku hengat kaler pepel..skali kaler macam nak pink pon ada lor.. Takpe la.. pink oso my peberet wat.. Dan aku amek tugas untuk mengecat segala bahagian tepi-tepi tingkap bersama encik Nopal.


Ni bahagian depan..huhu


Encik Hubby memulakan operasi. Hat bahagian tepi-tepi tu la tugasan aku. Kuikuikui..


Encik Nopal pon teruja bangat dapat tolong!


Ni bahagian depan kelas masih suci belom bercat..wakakakka


Ni bahagian belakang..aisey..mau nanges nengok pesen nih. Huhu!


Mai mana plak sinki yang dah jahanam ni. Ikut hati mau aje aku punggah buang..tapi tak terdaya kederatku.. waste time. Aku amek keputusan untuk tutup aje sink ni dengan papan dan jadikan meja sudah! Hoh! Aku geli la tengok sinki ni..toloonngggg!!!!!

Dan ini pula selepas dicat!


Baru le semangat sket ye dak?


Ni kat bahagian belakang. Aku kena beli kain hampir 10 meter untuk menutup papan kenyataan yang rata-rata dah berlubang. Hoh!


Dekat tepi belah koridor nuh.

Meja tak cukup polak . Masih memerlukan 5 buah meja tulis lagi. Aku kena pastikan meja mencukupi. Kesian pulak bebudak tu karang! Langsir tak pasang lagi! Alas meja tak siap lagi. Semua tu memerlukan RM aje lor. Langsir yang ada skang ni pon dah season. Aku gunapakai sejak aku mula posting kat Melaka! Dah baper taun itu langsir. Ada satu set lagi, baru guna skali. So, aku kena alter sket supaya sesuwei dengan ram tingkap kelas ni lor.. Aiyarrkk.. So many things to do lorrr!!!

Arrpek tanya..
"Weh...apsal ko tak cat masa awal2 cuti aritu?"
"Dei mana nak pi tau la jadi guru kelas mana dei...sat gi aku buat elok2 nengok2 bagi kat orang lain..naya aku daaa"
"Owh.."

Sedang bizi mengecat, PK1 datang wat lawatan sosial.
"You ni bagi kelas mana pun you ngecat jugak ye..macam ni tiap-tiap taun I bagi kelas lain-lain. So, lepas 12 tahun satu skola you dah tolong cat!"
"Hoh.. tak aci lorrr.."

Sebenarnya orang lain cat juga.. Kak Filzah ngan Ostad Asri sukak ngecat kelas. Siap berlawan-lawan lagi.wakakaka...Maklumle.. cikgu tahap 1, kan ke suka bebenor nak kasi santek kelas. Bukan ada pertandingan pon. Tapi saja la nak bagi kanak-kanak riang sonok datang skola belajar. Tahap 2 suma seriyes aje nak jawab UPSR. Wakakaka..menakutkan depa nih.

So, korang...nantikan lagi kemunculan transformasi kelas aku yeh. Aku tengah blur skang ni. Tatau nak letak apa lagi kat area kelas aku. Hmm.. ada cadangan kah? Sila hulurkan cadangan. Tima kasih.

Eh, kalau nak soh letak fountain bukan tak bleh, tapi electricity building kelas aku ni selalu bebenor sengal. Asik blackout aje. Tak tau mau buat apa dah. Pihak skola pon.... no komen lah..malas mo sakap! Kuang kuang kuang..teeeettttt!

3 comments:

ONE ZABA said...

tahniah dan syabas atas semangat dan pengorbanan yang dicurahkan. semoga segalanya diberkati.

Ateh said...

cikgu cemerlang lah ni...hehhehe...ni kira mengipas gak ni..kuikuikui...somel cik saman berwig...hehehehe

.: mama cute :. said...

oneZ:
betol la oneZ.jadi cikgi ni banyak menda nak kena korban..tapi orang luo nampak senang aje keje cikgu ni ye..kuikuikui

ateh:
wakakakak..hampeh ko..

tunggu aje kehadiran si charmaine tahun 2012..wakakkaka..jenuh tunggu.. sempat le si saman nak manja2 ngan ko lama sket..kekeke

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails