Thursday, January 28, 2010

Macam tak cukup masa!

Minggu ni rasa macam teramat bizi. Sampai nak tenet pon macam tak dan nak bermesra lama-lama. Bawak si Princess kat skolah pon still tak bleh nak onkan dia..eh..nama si Merah ni Princess.. eh.. ok ke..layan je lar..haha.

Minggu ni meeting sampai dua hari berturut-turut, then macam penat tak hengat polak maklumla..asik abes lewat aje... Jadi-- cipta alasan untuk bermalasan sampai tidak mampu untuk memasak..dan juga tidak mahu ke latihan rumah boleh? Then, masa Tuesday dapat call dari Politeknik, minta jadi fasi untuk Protokol dan Etika Sosial. Rezeki jangan ditolak ok. Penat juga tu.. merepek dan meraban depan students yang agak ramai (sampai tak cukup kerusi!) sehingga dua jam tanpa henti (ok--sebenarnya cuma sejam setengah, belennya aku sibuk nak siapkan LCD, Notebook etc..hahaha)

Hari ni dan semalam jadual waktu teramat pack. Buku sampai berbundle-bundle tidak sempat ditanda. Tadi pun curi-curi masa untuk tanda waktu bagi budak kerja. Register pun kena update..huhu.. PK HEM sudah bagi hint mau mintak lorr..Berjaya menyiapkan dengan penuh perasaan tadi. Tak panggung kepala langsung masa rehat 1/2 jam tu.. ciss..

Pastu, tadi membantu sahabat mengajar kelas tuisyen beliau. Oh..dapat gaji dari tuan tanah pulak hari ni. Sangat riang gembira. Macih pwen... Balik aje bawak kanak-kanak riang pi makan kat Santhai (well, malas masak kan) Sampai rumah tadi, oh..jiran sebelah menggamit mesra.. cuci mata pulakkkkkk... handbag dijual sangat murah. Buat aku drooling aje.. ciss!! Terambil satu..hoh! Aku baru aje mau taubat membeli handbag.. tidaaakkkk..kenapaaaa...kenapaaaa!!!

Dan sambil mencoba handbag depan cermin.. bertanya kepada encik Hubby..

"Cantik tak Bie?"
"Cantikk...berapa?" bagi tau harga aje terus dia kata..
"Eh.. murah?!"
"Boleh kan?"
"Boleh....."
Mesti penin..wakakakakka

Duduk dalam bilik sambil mencoba handbag, terus aje pindahkan barang-barang ke handbag baru....hahahaha... teruja giler sehhhh...Dapat handbag terus hilang letih..huhu

Ok.. harus sambung mencari bahan untuk dimasukkan ke dalam Power Point utk kelas aku esok. Huhu.. masih sempat update blog ye!

2 comments:

ONE ZABA said...

masa untuk buat ketupat kat bilik guru mesti ada....ahakkkkk!!!

Ticer Syah said...

alahai..
kami tak join bilik guru lorr.. dok dua orang kami je kat pusat sumber tu..selamat dari gossip hangit dan dosa kering..wakakkaka

kalau ada biter hangit pon dapat kat kantin..wakakkak

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails