Thursday, January 28, 2010

Mengikut jejak Babah!

Babah aku macam dah jadi kebiasaan sejak muda. Dia selalu tulis nama dan juga tarikh bila barang itu dibeli dekat barang yang dibeli. Tak kira dari sekecil-kecil barang sehinggalah ke sebesar-besar barang. Kalau korang tengok kat bawah meja makan kat rumah mak aku ada tulis siap tarikh bila meja makan itu dibeli. Huhu. Dan setiap foto keluarga yang diambil juga akan diletakkan tarikh bila gambar diambil dan perkara yang berkaitan dengan gambar.

Aku dapat rasakan ini merupakan salah satu cara yang sangat baik untuk kita membuat stok inventori. Sebab itulah Babah semasa hayatnya sentiasa dilantik menjadi Setiausaha di atas kecekapan beliau dalam membuat minit mesyuarat dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan stok. Sehinggakan beg sekolah kitaorang pun dituliskan dengan besar nama kitaorang. Time tu rasa sangat malu la.. sebab bukan dia tulis kat dalam beg..tapi di luar beg. Dari jauh orang leh nampak nama... "Syahidah bt Ibrahim , Kelas 3 Biru- dibeli pada sekian sekian haribulan!" Sabar je la.

Dan Babah selalu berpesan, segala apa yang kita beli, masukkan dalam fail segala resit-resit. Senang untuk kemudian hari. Hinggakan segala surat MC dari beliau mula bekerja sampailah pencen semuanya dibuat salinan dan disimpan dalam satu fail.

Yang paling best, surat-surat chenta Babah pada kesemua rakan perempuan beliau. Oh, Babah sangat famous di masa mudanya. Surat-surat cinta Babah semuanya puitis belaka. Ayat-ayat yang digunakan semuanya romantik dan juga penuh dengan bahasa kiasan. Malangnya surat-surat itu entah ke mana. Mak kata Babah suruh lupuskan aje.. itupun setelah ada lebih kurang dua puluh lebih cucu...hehehe

Aku masih ingat beberapa tahun yang lepas masa Babah sakit teruk dan koma, kami berkemas-kemas di rumah Mak. Dan terjumpalah fail-fail Babah masa Babah jadi SU untuk ABIM Melaka. Dan tarikhnya adalah pada tahun 1970 an kot. Sungguh lama! Huhu.. leh hantar ke arkib. Tapi kitaorang arkibkan aje kat tempat pembakaran sampah belakang rumah.

Dan beberapa hari yang lepas, aku berjaya membawa pulang Princess Merah aku. Maka aku terus tulis di beg Princess aku -- nama aku, alamat, phone number dan seterusnya....

Seperti tertera di bawah...




Sesungguhnya aku masih belum mampu menghilangkan rasa rindu pada Babah.
Alfatihah to Babah. (T_T)

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails