Wednesday, November 11, 2009

Terima kasih



Oh, saya ditag untuk kempen 1 bulan 1 adab...hehe.. apabila kita cerita pasal adab ada banyak perkara berlegar di kepala saya. Adakah saya ni beradab dengan sebaik-baik adab. Kadangkala saya mengaku saya sedikit aggresif seperti bak kata seseorang, tapi bagi saya itulah cara untuk saya meluahkan pendapat. Dan apabila saya sudah meluahkan segala yang terbuku di hati saya, maka hati saya akan tenang dan boleh menyambung perkenalan kembali dengan orang yang saya hangatkan sebelum itu! Cepat marah dan cepat pula sejuk. Itulah saya! Hehe..

Eh, sungguh tak kena dengan topik terima kasih untuk kempen bulan ni. Apa pula yang ingin saya ceritakan tentang Terima Kasih. Luas sungguh konteks berterima kasih nih. Banyak perkara yang ingin saya Terima Kasih-kan. Dan sebagai seorang guru, ucapan Terima Kasih acapkali saya dengarkan sehingga menjadi satu perkara yang biasa. Dan ucapan Terima Kasih juga kerap ditekankan kepada pelajar sebagai salah satu cara untuk berbudi bahasa...

"Ok children..don't forget to say Thank You naaa.."

Ayat-ayat chenta yang biasa saya gunakan untuk pelajar saya apabila saya memberikan buku latihan kepada mereka. Kadangkala mereka terlupa dan menjadi kewajipan kita untuk mengingatkan mereka. Practice makes perfect eh ...

Ucapan Terima Kasih turut memainkan peranan di mana-mana sahaja. Apabila kita dibantu oleh seseorang sama ada orang itu ikhlas atau tidak, ucapan Terima Kasih pasti akan menyejukkan mereka. Dengan ucapan Terima Kasih, pasti senyuman akan terukir di bibir si penerima ucapan tu.

Oleh itu, bersempena dengan kempen 1 Bulan 1 Adab ni, saya ingin mengucapkan rasa terima kasih saya kepada semua yang telah menjadikan saya manusia pada hari ini. Antara insan-insan yang terlibat tentulah :-
  1. Ibu bapa saya
  2. Keluarga saya
  3. Sahabat handai saya
  4. Guru-guru saya
  5. Musuh-musuh yang disedari dan tidak disedari saya
  6. Pengalaman saya selama 31 tahun saya hidup di dunia ini. (Oh, secara tak langsung saya telah tersasul menyebut umur pula. Perempuan kan sensitif tentang umur.. tapi at least saya TIDAK PERNAH MENIPU UMUR SAYA!) Hehe.
Untuk menjayakan kempen 1 Bulan 1 Adab ini, saya perlu mengtag 3 nama sahaja. Siapakah insan bertuah itu? Adakah anda? Anda? atau Anda? Hiks...
Mari kita lihat calon-calonnya ...

1. Yusmaliza Ayob
2. Faizah Ibrahim
3. Anis

Bagaimana nak layan tag ini, sila rujuk statement di bawah ye...
  1. Sila ambil kod poster yang dipamerkan nanti. (siappp!!!)
  2. Tampal kod tadi ke dalam satu entri di blog anda. (siappp!!!)
  3. Entri tadi mestilah mengandungi sebarang kisah bebas mengenai ADAB yang dipromosikan dalam poster tadi. (siappp!!!)
  4. Maklumkan kami dengan mengunjungi BLOG KEMPEN dan tulis dalam ruangan KOMENuntuk beritahu link entri tadi. (siappp!!!)
  5. Jangan lupa letak banner kempen di sidebar blog anda. (siappp!!!)
  6. Tag 3 orang daripada rakan pemblog anda untuk tujuan sama. (siappp!!! kenapa 3 aje..kenapa tak banyak? hiks...)

Dan pembaca semua mesti hairan kan, kenapa begitu sopan santun pula entry kali ni. Eh, bukanke ini posting tentang adab, jadi cara memposting pun mestilah penuh kesopanan dan kesusilaan. Hiks.. (gelak pun penuh sopan...)

Jangan lupa berterima kasih di mana jua anda berada. Renung-renungkan dan selamat berterima kasih !

Sekian, terima kasih...

5 comments:

Anuar Manshor said...

Hmm yalah bagus. Teruskan menjadi orang yang beradab... :)

.: mama cute :. said...

kuikuikui..
kami sntiasa beradab..cuma kurang beradab pada orang yang spesis itu..ekekke..

hoh..patotnya kami tag hangpa la..aisey..takpe..lengkali kami tag hangpa naaaa

Anonymous said...

terima kasih kerana mentag aku...lengkali jangan gatal tangan tag nama aku lagi...wakakkaka..jadi cik annon jap..hehehe

Anuar Manshor said...

Eh tak mengapalah. Terima kasihlah kerana tidak tag saya. Tag yang dulu pun tak terbuat lagi. Yang "adab" inipun ada orang tag. Memang kasihanlah kepada dia, sebab saya tak buat pun lagi.

.: mama cute :. said...

hoh..ko ni mmg le nuar..bz tak hengat sampai tak layan tag2 nih..hehehe..

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails