Wednesday, August 12, 2009

Perkara yang buat aku sakit ati...

Korang pernah tak rasa sakit ati? Aku biasa jugak alami perkara kritikal ni. Hehe.. Kadang-kadang bila pikio macam malas nak layan.. Tapi selagi aku tak luah, selagi tu sakit ati akan terus terasa dan berbuku kat dadaku seperti dictionary layaknye..wakkakaka...
Aku amat yakin manusia itu tidak akan datang menjenguk ke blog ni, tu pasal aku berani mau ngata kaw-kaw kat dia... Dulu-dulu masa korang blaja, ada tak jumpa spesis orang suka amik kesempatan di atas kebaikan korang? Mesti ada kan.. haaa..jangan polak malu-malu katak nak ngaku...
Aku tingat masa aku kat sem 1, time tu kita tak kenal sapa, then tutor soh la buat keje dalam kumpulan. Kena la wat dalam kumpulan. Time tu aku choose untuk berdua saja...bertiga rasa macam crowded plak walaupun aku prefer to work alone. Seb bek no problemo. Problem hadir masa semester berikutnya. Kena buat dalam kumpulan. So, sorang minah ni beriya-iya la nak menaip dan lagi dua orang kami pong pulunle mencari bahan. Time tu tak reti nak cari bahan kat tenet.. so, bertapalah kami kat library time hujung minggu hunting for materials.. terus aje hand over kat minah itew. Lantas, kitaorang pong teruslah buat assignment lain plak... kengkunun percaya habis kat minah itew...Lagi dua hari nak anto assignment, aku wat la meeting...chewah..sebab aku tak puas selagi tak nengok hasil kerja masing. Bila berkumpul, pakat check la assignment yang kitaorang dah peruntukkan. Dan minah sowang ni tetiba dengan sengalnye tanya..

"Eh..sini ada tenet tak?"
"Ada... aku tengah online le ni..naper?" aku bertanya ngan muka inesen..ekekke
"Aku nak bukak emel."

So, bagi la chance dia bukak emel.. pehtu dia sakap dalam emel dia ada assignment, kawan dia bagi.. aku pong kompius..apsal kawan dia bagi plak... Ghupenye dia tak buat langsung assignment itew... aku hangen tak kira.. tapi kontrol ayu lagi..pehtu dia blah.. sebab anak dia dah tunjuk perasaan nak balik.. Aku nengok punya nengok... maki berbakul la bersama kawan aku sorang lagi..Penyegan pait btoi... Haram tak wat apa pung.. Assignment yang dia bagi tu sejibik2 dia tiru dari modul. Kalau gunapakai jugak, ada harapan dapat C-. Aku call dia dah mintak segala materials yang kitaorang dah bagi sebelum tu... so, dalam masa sehari setengah aku menaip sampai kul 4 pagi bagi siap itu menda. Adeh..hangen tak kira laa... rasa nak lompang pong ada..

Sejak ari tu aku learnt my lesson, jangan bagi chance dia nak join venture.. sebab bila dia join tak pernah nak participate actively..prefer to be the blood sucker all the time.. even bila pi tutorial kat SP pon tak pernah nak hulur duit minyak apatah lagi duit tol... belanja makan pon idak.. yang tahu nak naik pree aje.. cukup berbulu mawas bila nengok dia ni.. hoho..

Dan paling aku tensi sehari sebelum peksa, dia sms aku..
"Syah, esok exam start kol baper?"
Dalam atiku menyala macam lagu "Merah menyala semangat waja.." WTF..sok nak exam still tak amik tau kol baper.. aku bolayan..
Pehtu dia call plak.. dah le kapla tengah berasap.. dengar sora dia pon rasa nak geget aje..Soalan dia paling best..
"Syah, esok kita exam petangkan?"
Aku mula la nak tinggi sora...
"Banyaklah ko punya petang..sok kol semilan pagi la beb!"
"Hang pi dengan sapa? Aku nak tumpang."
"Aku pi ngan Kak Nor. Ko nak tumpang pi habaq kat dia..aku tak tau jalan nak ke Perlis tuu"
"Oh..ok.. see u."
Klik...

Pehtu aku story kat hubby.. Hubby sakap...
"Awat tak habaq exam memang waktu petang..biaq pi dia sorang. Sampai tak tau hala nak exam bila..teruk sungguh!" (Hoh..malang sapa jadi kawan mamat ni..wakakkkaa)
"Cian plak Bie."

Korang sakit ati tak kalau kena itu macam? Huhu.. tapi itu kira okey lagi berbanding dengan manusia kaudu yang hati kering tak tau malu masuk blog orang suker2 aje nak ngutuk orang..macam ko bagus sangat! Kalau bagus apsal tak join kitaorang..setakat petpot2 kot luaq tak bleh pakai la beb... dah la penakut.. tak boh nama...lempaq batu sembunyi tangan... boleh jalan la dei!

Sekian, edisi lepas tensen arini..ekekee.. aku sudah habis exam... sangat gumbira tapi kegumbiraan aku tersekat sebab DVD player ghosak plak... penangan Encik Salman yang gumbira bangat nengok citer Thomas si kapla ketapi kat tv. Huhu.. Duit oh duit!

3 comments:

ONE ZABA said...

biasanya sakit hati tu kalau diturutkan hati.... makan diri balik. terseksa jiwa dibuatnya.

jane said...

salam,

apa barang tension2/...mai makan aiskrim asamboi!!! peace!

Ticer Syah said...

oneZ:
so kita buat bowdowh aje la ek..ekekkee

jane:
ooo..lama tak pekena itu eskerem.. bes bes.. meh anto satu tong kat sini..ekekkeke

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails