Sunday, August 23, 2009

Bukak posa semalam.

Berakhirnya satu Ramadhan. Segalanya berjalan lancar, ditambah pula dengan ketiadaan mangsa korban terkini H1N1. Syukur. So, sejak jam sebelas pagi aku dok fenin nak buat apa untuk berbuka posa ekekekke.... Encik Hubby sudah fenin kapla sebab setiap tahun, awal puasa dia mesti akan mengalami migrain yang dasyat tapi takde le sampai bukak poser. Cian Encik Hubby. Sementara body dia nak adjust dengan bulan puasa ni, dia memang jadi macam tu.
Bincang punya bincang, sambil tengok tenet dan layan FB...wakkakaa, Encik Hubby kata..
"Wat buah Melaka lah. Kita ada gula Melaka lagi.."
Kalau korang tatau apa tu buah Melaka.. tu namanye Onde-onde. Kedah ni kan ke pelik sikit. Onde-onde dipanggil buah Melaka, kuih BOM dipanggil Onde-Onde..ngehehehee.. aku dulu fenin gak nak adjust ngan bahasa dewang ni. Lauk plak nak buat macam-macam, tapi bahan kekurangan polak...wakakkaa..ditambah polak dengan ketiadaan gaji lagi..kuikuikui..
Last-last buat aje ayam masak kurma, sambal telur dan jugak buah Melaka a.k.a Onde-onde. Hehehe.. Air polak macam-macam jenis.. Tropicana Orange, Apple Juice dengan Aloe Vera dan jugak Teh 'O' panassss.. So, jom kita nengok cara nak buat buah Melaka/Onde-onde. Kali ni ikut style ibu mertuaku.

Buah Melaka edisi Ibu Mertuaku..

3 bahagian tepung pulut (Kalau mak aku just tepung pulut SAHAJA dibancuh bersama air kapur)
1 bahagian tepung beras
Air
Kelapa parut
Gula Melaka - lagi best beli hat Indonesia punye. Untuk tempahan sila hubungi Puan Alang..ekkeeke
Sedikit garam digaul bersama kelapa parut itu okeh.
Nak boh pewarna pon bleh. Kunun nak mekap bajet nampak lawa la kan...

Cara buat:
1. Gaulkan tepung bersama air sehingga sebati. Pastikan ianya tak melekit. Kalau agak-agak melekit tu, korang boh la sikit lagi tepung beras.


Ada nampak itu bola Melaka dalam bekas Tupperware ku yang baru..awww... oh ye iklan jap.. Bekas ni amat sesuai bukan aje untuk menguli tepung dengan cepat, malahan sesuai untuk korang nak peram ikan kaaa... ayam kaa... haaa.. ada tutup you! Santek.. Even penutup atas pon permukaan bonjol-bonjol. So, kalau nak uli tepung, boleh le buat terus dua adunan dan uli..
Tapi kat sini aku tak guna le untuk uli, saja test nak letak si bola-bola api ni.. ejjejeje. Sebabnye tepung sikit bebenor, wat kotor aje..ahaks...

2. Bila dah sebati, ulikan tepung buat bentuk bulat, tekan sampai dia tertekan...wakakkaka, pehtu bubuh la gula Melaka yang dah dipotong kiub dalam tepung.


Air kena banyak ye.. Kalau agak-agak nak tinggal sket tu, pepandai le tambah airnye..

3. Sementara tu didihkan air ye. Air tu kena 2/3 dari periuk. Dah jadi bola tu cepat-cepat masukkan buah Melaka tu ke dalam air yang mendidih tu. Tunggu sampai dia naik baru le korang angkat...

4. Bila dah angkat, jangan lupa letakkan dia terus ke dalam kelapa parut yang dah diletakkan garam sikit tu ye. Sat gi melekat-lekat polak. So, biarlah dia melekat ngan kelapa, dari melekat ngan benda lain...heheheh...


Bekas putih belakang pon hat Tupperware punya jugak. Sesuai kan.. banyak kegunaannye.

5. Siap untuk dihidang.


So, sudah boleh makan. More recipes after this..ekekeke.. (ikut tahap kerajinan aku ok).

No comments:

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails