Tuesday, August 28, 2007

Pergi Tak Kembali

Gambo Mak dan Babah semasa makan Laksam di Kuala Kedah.
Today, I met with an old friend. We chatted using the YM. I was quite happy to see her again. But, she gave me a bad news. Her mother passed away. She said that the incident really broke her heart because she didn't know that her mother would leave her so soon. Sebab the father yang sakit and the mum yang took care of her sick dad. When people came to pay for the last respect, they thought that her father yang passed away. Kadangkala, yang sakit teruk itu tak semestinya pergi dulu kerana ajalnya belum tiba. Manakala yang sihat pula tak semestinya akan hidup lama. Kita ini pun tak tahu bila kita akan dijemput menghadap Yang Maha Esa. Sebab itu kita mesti berbuat baik dan beribadah seolah-olah esok kita akan mati.

Bila mendengar berita dari Juliana, terus aje aku teringat kat mak aku. Sebabnye ...(cakap Melayu la plak... senang nak mengadun ayat...) Babah aku memang sakit. Sakit buah pinggang. Every two days kena pi cuci buah pinggang dia atau bahasa saintifiknya... haemodialysis (hopefully ejaan btoi) Kalau tengok ubat Babah aku tu, aku pun tak sanggup tengok. Penuh satu tupperware. My mom is like a gifted nurse la. She knows how to arrange my dad's medicine. Waktu bila makan ubat tu, ubat ni. Siap ada bekas ubat ikut hari lagi. Tak silap aku, kak Uda yang present kat Babah bekas ubat tu. Makcik Kiah aku plak kata, kalau dia di tempat mak aku, sure dia tak sanggup. Sebabnye, orang sakit buah pinggang ni macam2 kerenahnya. Umur plak dah veteran, manja pun manja Babah aku tu. Tapi Mak tetap melayan Babah mengalahkan layanan hospital swasta yang termahal abad nih. Bila Babah panggil "Maarr" (nama manja Mak), terus mak aku berlari masuk bilik. "Awak nak apa, Yang?" tanya Mak. "Garu sket belakang kita ni hah, gatal pulak laa..." balas Babah. "Ye la." Mak menjawab lembut. Lepas dah puas menggaru, mak aku pi la dapur balik sambung keje. Tak sampai seplo minit kena on call balik. "Marrr....." Itulah antara dialog antara Mak dan Babah aku.

Kadang-kadang aku tahu Mak aku letih melayan Babah aku. Bukan Babah aku aje yang Mak layan, tetapi juga saudara-mara yang datang atas tiket tetamu pun Mak layan. Sampai tak menang tangan kata orang. Tapi Mak tetap sabar. Kata Mak, seronok bila ramai-ramai berkumpul. Tamu datang kena la layan. Tapi aku heran juga, tamu datang tengok orang sakit tiap-tiap hari ke? Sebabnya aku tengok tamu yang datang pandai pilih masa.. Masa sarapan pagi, masa makan tengahari, masa minum petang, makan malam dan juga kadang-kadang supper pun ada tamu. Oh..oh... sensitif isu nih. Kalau Mak tahu, mesti Mak marah. Hehehe. Mak kata, diaorang ni juga yang banyak tolong Mak. Jadi Mak kena la balas balik. Aikkkk... aku ingatkan kalau bantuan yang mengharap balasan, tak ikhlas namanye. Huhuhu. Tak kesian ke tengok Mak aku dari Subuh sampai ke Isyak buat kerja tak berhenti-henti. Nak layan Babah dengan layanan first class lagi, nak layan tetamu yang hadir di waktu-waktu tertentu, nak layan pokok-pokok di luar rumah serta ikan-ikan kesayangan Mak. Sampaikan ada ikan Mak yang buat kuak lentang. Hehehe. Sebab Mak tak sempat. Aku cakap kat Mak, jangan buat kerja banyak sangat. Tapi Mak aku memang dah terbiasa dengan sifat pengemasnya. Pantang ada kotor sikit, pasti disapu, pasti di mop kan. Habuk tak sempat nak bersandiwara, dah kena zassss...Mak oh Mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang Mak. Aku ni duduk jauh hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan Mak.

Hari tu Mak demam seminggu, aku tanya sapa masak untuk Mak? Mak kata, takde sapa masak. Mak pun tak lalu makan. Aku tanya lagi, takde orang datang ke Mak? Mak kata, diaorang tahu Mak tak sihat, diaorang tak datang ler... Aikkk.. bukan ke tamu suka datang dan nak tengok orang sakit. Isk..isk..isk. Itu lah Mak, time Mak sihat, ramai orang ye Mak. Time Mak sakit, ada ke orang tolong masak kat Mak. Kesian Mak aku. Bila aku dengar tentang kematian ibu Juliana, aku terus aje teringat kat Mak aku. So, buat semua yang ada Mak tu, kalau ada time tu, balik la tengok Mak. Jangan bila Mak dah takde, baru kita nyesal tak sudah. Tunggu la Mak, cuti skola, orang balik. Mak dok dendiam aje. Cuma bila time nak Masak Asam Pedas je, orang nak Mak masak. Hehehe. I really love U, Mom. Korang perasan tak baper kali kita cakap I LOVE U kat Mak kita. Jarang kan. Nak sebut pun janggal. Oleh itu, lepas ni kita kena cakap selalu kat Mak kita yang kita sayang banyak-banyak kat dia. Kepada Along, Angah, Alang, Uda, Ateh, Kechat and Adik, sayangilah Mak dan Babah kita sementara mereka kita masih ada. Sesungguhnya bila mereka sudah pergi, pasti mereka takkan kembali.

8 comments:

Sahal Fikri said...

Aku mengalir airmata baca entry ni sbb aku dah rasa nek cot n babah mcm nenek n datuk kandung aku (melebihi nenek n datuk kandung sebenar)..

Memang aku selalu gak mengalir airmata kalau terkenang nek cot n babah. Waktu babah sakit dulu, aku berusaha sungguh sampaikan semua kenalan aku di Aceh aku suruh buat solat hajat n doakan babah sembuh.

Aku duduk sebelah baba macam aku juga anak dia. Tapi itu mmg reaksi spontan, harap takde anak2 yang mencurigai perlakuan aku.

Kekadang aku kalau balik melaka nak sangat ke rumah sana untuk kemaskan laman, potong rumput, potong pokok, kawen pokok etc. Sbb aku kesian kat nek cot. Tapi jauh dalam hati, aku risau kalau2 ada anak2 nek cot yang terasa hati dengan aku kerana buat semua itu.

Tapi hari ini, aku semakin sibuk dengan dunia kerjaya baru aku.. aku jarang balik, aku tak sempat jenguk nek cot n baba. Aku ingat lagi, sejak kecil lagi keluarga inilah yang byk bagi sokongan dan tunjuk ajar kepada aku. (aku menangis lagi ni..)

Aku hari ini boleh dikatakan berjaya dan begitulah anggapan mereka sehinggakan nek cot n baba hampir2 datang meraikan hari pertabalan aku sebagai peguam. Aku sangat berterima kasih kepada mereka.

Pasal duit, aku rasa tak terkira jumlahnya yang telah diberikan nek cot n baba kepada aku. Aku tak tahulah mengapa prihatinnya mereka kepada aku. Tapi aku tahu mereka tak pernah membezakan sesiapa, dan itu sekadar penghargaan mereka atas pertolongan kita walaupun tak pernah diminta.

Cita-cita aku satu, aku doakan nek cot n baba dapat bersama dengan aku pada hari perkahwinan aku nanti. Aku doakan sangat sebab aku nak tgk mereka gembira.

Baru-baru ini adik aku kahwin, ramai yang hairan sebab baba bersemangat dan boleh berada lama di majlis itu. Aku pun hairan tapi ibu dan ayah kata mmg baba sangat gembira cucu saudaranya kahwin.

Siap baba dah offer untuk buat majlis di rumahnya tp aku sekeluarga tak mahu menyusahkan baba dan keluarga. Al maklum macam mamida cakap, nanti yang berkepah tu nek cot juga yang kena kemas. Biarlah kita bayar lebih, asalkan tak menyusahkan orang yang lebih tua.

Hmm panjang kalau aku dah berceloteh. Nasib baik dah masuk waktu magrib untuk aku solat. So, takla aku sambung lagi.

Sebelum tu, aku sendiri pun tak reti nak cakap mcm mamida kata tu.. to show your love to the beloved one. Lebih2 plak orang lelaki, tp ketahuilah aku sangat sayang ibu dan ayah, juga nek cot n baba..

p/s: aku dgn mamida sangat close sejak kecik sampaikan panggilan dalam perbualan pun jadi aku kau. mamida kisah tak?

(jasa baba yg sgt kuingat n selalu kuceritakan pada org = baba menyelamatkan aku yang lemas di pantai tanjung bidara sewaktu umur aku 10 tahun)

mama cute said...

dont worry soguy, aku tarak kisah punya panggil "ko" "aku". dah terbiasa. hhehe. apa pun kita kena le selalu ckp yg kita ni sayang kat dewang sbb kadangkala dewang teringin kalau dengar yang kita sayang dewang. sbbnye sejak aku dah bergelar ibu kepada 3 hero ni, aku cukup happy kalau anak aku cakap.. mama, adam sayang mama. rasa macam susah nak bayangkan anak kita lahirkan rasa sayang dia kat kita. kalau balik kerja rasa penat gler, bila kekanak ni cium kita, terus hilang segala rasa letih. i tell u.. hehe.. apa pun mintak maap le tak dapat datang masa kenduri si umi. mmg meriah gler, mak uda pun cakap. aku dengar dengan sedih je dari jauh.. huhu.. sbb suma orang balik, aku je dok terkontang kanting kat sini.. huhu... (aku tgh sayu gler nih) kena stop.. kang anak aku query plak.. :(

Ateh said...

Mak memang suka buat kerja amal ibarat rumah tu cam rumah kebajikan...Moga-moga ganjarannya di akhiratlah plak. Nak komen lebih susah gak. Sensitif nanti orang tersalaf tafsir bikin haru lah plak.

Aku sejak jadi cikgu ni, macam2 yg aku belajar dari student ngan parents kat sini. Sampai aku teringat satu parent ni bitau aku, kalu anak dia dididik supaya buat kerja ikhlas, bertolak ansur dengan segala sifat2 yg terpuji boleh ke survive kat dunia sekarang sebabnya dia takut anak dia jadi mangsa keadaan sebb kat dunia ni org selalu amik kesempatan kat orang yg x berkira sgt macam cik kam. Itu soalan trajis yg dia tanya aku sebab anak dia memang baik pun tapi selalu kena beralah ngan kengkawan dia. Bila dia cakap camtu aku pun teringat ler kat che kam...hehehe... Sebagai cikgu aku pun kena bersifat rasional x leh nak ikut emosi...So aku pun katalah...Our society memang dah sakit, so kita jgn ler jadi cam diorg sakit sama. Diorg jadi camtu sebab thinking skill kurang, problem solving hancur, cuma manipulative skill je yg diorg bagus.Mempergunakan orang je pandai...kira amik kesempatan... Untuk mengubah dunia memang susah, tapi kita boleh mengubahnya dengan dimulai dengan diri kita dan orang yang terdekat dengan kita. Bab nak jadi mangsa keadaan, itu biarlah Tuhan saja yg membalasnya. Kita sebagai manusia buat apa yang perlu kita buat untuk kebaikan diri dan kepentingan bersama dan bukannya kepentingan peribadi. Okeylah tentuan, gue tarak internet katr umah, gue terpaksa gak gi CC nak layan blok si Sayeda ni...kang merajuk plak. Tunggu ler bila aku pindah umah n nanti gue pasang intgernet plak...Time tu gue nye lagi dasat n sensasi...
Apapun jadilah manusia yang bermoral dan tidak mementingkan diri sendiri....hehehe....

Lecturer aku kata zaman skang bebudak yang jadi bohsia, bohjan mat rempit tu semua sebab depa x pandai maths and science sebab thinking skill n problem solving tarak tau.. Moral of the story, kita kena belajar maths n science hehehe. Chaloo

mama cute said...

salamz all, aku rasa kalau aku komen tang ni mesti byk aku nak taipkan...apa kata aku bukak topik thinking skill kat new post aku aje.. hehehe

Sahal Fikri said...

hmm makteh da lain sket cara cakapnya.. seronok plak baca. mmg ada gaya cikgu tu. aku sebnarnya tak tau makteh jd cikgu apa n katne. yg aku tau makteh tu belaja kat UM. neway, bravo makteh kerana menambahkan bilangan pendidik manusia. Inilah namanya darah warisan Baba.. cograts to both of u..hehe.

Ateh said...

TQ TQ...gue jadi cikgu syok sendiri...bukan ngan kementerian...jadi cikgu yang dimanupulativekan oleh insan yang menggunakan atas ticket fisabillah, konon nak tolong org susah...yuran caj mahal, tapi gaji hampeh...ni sampai skang x dpt gaji. Sejak aku ugut nak berenti keja sampai skang x berani nak jumpa aku. Janji nak bagi cek dari sebelum cuti sekolah ni sampai skang x bagi lagi...huhuhu..tapi kesiankan bebudak kat sini dah rapat ngan aku x sampai hati lah plak tentuan...terpaksa ler layan sampai abis skolah ni...lepas tu tobat nasuha ler....Yg heran orang baru donate 10K kat sekolah n duit tu khas utk bayar gaji cikgu2, tapi dia sakan le beli pokok bunga nak hias dalam kelas. Aku ni kira cikgu yg paling penting kat sekolah tu. Kalu aku berenti sure tutup klas pagi. Kelas pagi aku sorang je yg mngajar. Gaji x bayar. Nasib baik ler aku ada buat tuition...bernafas lah jugak... Xkan senang org macam ni. Tuhan saja lah yg membalasnya...

mama cute said...

dia tipu ko pun dia x kaya mana punye pekk, sbb Allah pasti akan balas balik, kejahatan akan dibalas dengan kejahatan...

Ateh said...

Ya betulll...yg si fuad tu plak, pinjamkan aku duit rm600. Tapi gaji dia x dpt lagi. Itu duit org sebelah bagi kat dia.Peh tu tadi, dr jumpa sharifah, parent budak aku ler, offer kerja kat dia jadi secreatary dr 9 to 5pm, gaji 600 peh tu dr ngutuk mamat tu x buat keja.

Aku pun apa lagi, brtau hal sebenar, pasal duit....gaji aku pun x bayar lagi...mampu ke nak bayar? nak cari mangsa baru ler tu...hua hua hua hua

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails