Pagi tu around 8.00 a.m. saya tengah dok beri kertas kat budak-budak tetiba Hubby called dan suruh balik on the spot. Ada emergency regarding my FIL.
Terus rasa tak sedap hati dan pesan kat students dan bersiap untuk pulang. Jumpa PK 1 dan explained everything and drove off to my house.
Dalam hati dok berkira-kira nak ambil the boys dulu ke tak. Sampai rumah tukar baju PJ dok pakai pagi tu dan terus keluar kembali ambil the boys setelah dok fikir tak tahu bila akan pulang kerumah kembali.. and tak tahu what will happen later on.
Masa on the way nak ke Alor Setar, dapat lagi call dari ipar dan terus confirm the bad news...
"Baba dah tak dak"
Time tu masih calm lagi tapi hati sayu aje rasanye. And Hubby kelihatan cuba mengawal perasaan. Teringat pula masa arwah Babah saya yang meninggal 4 years ago. Macam tak caya aje Baba yang ni pulak dah pergi sebab baru malam tadi aje kitaorang jumpa Baba kat rumah. Malam tu masa kitaorang datang, elok aje Baba dok makan kat meja.. Makan bubur nasi. Bila nak balik, sempat jugalah bersalaman dengan Baba, tapi beliau cuma mengangguk saja seperti lazimnya.
Patutlah Hubby tergerak hati nak pergi rumah FIL malam tu sebab biasanya kalau weekdays memang jarang nak ke Alor Setar sebab my boys abis kelas ngaji Quran jam 9. Lepas tu buat homework dan tidur. So, that night lepas aje kelas Quran, terus pergi ke rumah FIL.
Bila sampai aje rumah MIL, kereta dah melimpah sampai keluar, tapi cuba juga untuk kami masuk perkarangan rumah. Khemah sedang mula dipasang. Wah.. cepat sungguh. Bila masuk terus saja mencari Baba.. Berjumpa dengan adik ipar, terus kami berpelukan dan air mata turun dengan lebat. Melihat jenazah Baba bagaikan orang sedang tidur. Hubby terus cium dahi Baba dan menangis. Memang sayu time ni. Macam tak percaya langsung padahal baru malam tadi aje jumpa.. Selepas itu, kitaorang terus naik keatas bertemu dengan adik beradik lain. Mencari MIL. Sedang bersiap dalam kesedihan. Dan kemudian, orang mula memenuhi kawasan rumah, didalam diluar. Yang sedang pasang khemah pun bertungkus lumus memastikan semuanya siap.
Ramai sungguh yang datang menziarah. Sungguh terharu melihat para tetamu yang hadir. Setiap kali mereka menatap wajah Baba, terus aje mereka berdoa dan mengucup pipi, dahi serta meraut-raut kening Baba.
Saya hanya memerhati sambil duduk ditepi membacakan Yassin. Sekali sekala melihat sekeliling sambil menunggu ipar-ipar lain yang masih belum tiba khususnya dari Penang dan KL. Dalam hati hanya berdoa agar mereka sempat tiba untuk menatap wajah Baba buat kali terakhir.
Alhamdullilah, sempat juga mereka tiba sebelum jam 3. Sempat juga mereka sama-sama memandikan Baba dan mengucup Baba buat kali terakhir. Saat paling sayu adalah tatkala Baba dikafankan, ramai sungguh orang nak mengucup Baba. Sampaikan tiada ruang untuk bergerak. Dalam hati kecil saya berbisik.. Untungnya Baba... Ramai orang sayang, ramai orang ziarah dan kebanyakkannye memang kami tak kenal. Kata sahabat saya yang turut hadir.. kereta banyak, sehingga terpaksa parking jauh sedikit. Kawasan masjid dah penuh.
Bila saat Baba dimasukkan kedalam pengusung untuk dibawa ke tanah perkuburan ramai yang kerumun nak tolong bawa. Allahuakhbar saya bisik dalam hati. Bertuah sungguh Baba! Selepas itu Baba dibawa ke masjid untuk disolatkan seterusnya disimpan. Selepas saja solat Asar, jenazah Baba terus saja disemadikan.
Malam itu kami balik agak lewat kerumah. Sampai dirumah terus saja log on pada laman sosial. Ramai juga yang mengucapkan takziah pada saya dan suami serta keluarga. Terima kasih banyak-banyak diatas doa dan keprihatinan kalian. Terima kasih juga pada kesemua mereka yang hadir memberikan penghormatan terakhir pada hari itu. Dan saya juga dapat melihat bahawa rupanya Baba agak terkenal juga. Beberapa page turut mewar-warkan tentang pemergian Baba dan ramai yang turut menyedekahkan Al-Fatihah buat Baba. Beruntungnya Baba...
Dalam saya membaca segala cerita tentang kehebatan Baba yang membuatkan saya terharu dan kagum, saya mengenali Baba sebagai seorang yang sangat-sangat sederhana, tidak banyak bercakap dan hanya bercakap bila perlu, rajin membaca Al-Quran dan kitab-kitab dimasa lapang, gemarkan kopi dan suka bersantai dirumah dengan hanya bersinglet putih dan kain pelikat sahaja.
Beruntungnya Baba, perginya dalam tidur, perginya diratapi ramai, perginya sangat-sangat mudah.
Semoga Allah menempatkan arwah Baba dan arwah Babahku dikalangan orang-orang yang beriman, Aamiin.
Salman sedang membaca Al-Fatihah buat Baba.
3 comments:
Salam takziah Teacher.
semoga Allah terus merahmati rohnya
al fatihah
TQ and Aaamiin
Post a Comment