Monday, April 8, 2013

Busy with Action Song!

Bila time bulan March-April haruslah sibuk dengan English Carnival peringkat PKG and daerah. Maka kesemua ticer-ticer haruslah busy menyediakan budak untuk masuk bertanding. Our school tahun ni ada gedik sikit. Semua acara nak pulun masuk. Kakakka.. Nak bagi budak merasa ok. So, action song, choral speaking, poem recitation, story telling, public speaking.. You name it, you got it.

Itu pasal masa cuti haritulah yang sangat sesuai nak train students.. Jadi takdelah clash dengan sesi PnP. Sebab kalau buat masa sekolah, nanti ganggu pulak PnP depa. Sungguh membahayakan kesihatan.. dan actually menurut pekeliling (yang selalu my Guru Besar dok highlite tu) kalau murid tidak belajar pada waktu sepatutnya dia belajar.. maka cikgu boleh dikenakan tindakan.. Hamboih.. Tak menahan baca pekeliling.Tapi kitaorang belasah jugak sebab time is nehi.. Nak latih belah petang depa ada KAFA ngan Persatuan.. so hari Khamis petang aje free, itu pun curi masa latihan netball. Jadi lepas rehat, mintak izin dari GB dan juga guru2 matapelajaran kelas tu (mujoq amek budak dari 1 kelas yang sama) dan train sampai jam 2 petang.

Woaaahaaa.. peluk ketiak dan cair lemak-lemak ok... Kitaorang pun ada designer tersendiri. Chewah. Dah moral value pun Recycle. Maka costume dan accessories wajib lah pakai benda terpakai gituuuu.. Maka misi mengumpul seluar jeans terpakai pun bermula. Dari atas sampai kebawah kesemuanya kitaorang pakai benda itu la.. Tengkiyu pada Maksu Makngah yang memulun dari awal dalam bab-bab mengumpul dan menjahit costume. Harus  jadi jelita gituuuu..

Nak tunjuk semua gambar costume tak siap lagi.. Jadi.. korang tengok ini sudah laa..


Ini pun tak letak lagi bunga felt sebagai hiasan. Heheheh.. Dasat kan designer kitaorang... Beruntung sekolah kami ada designer dasat.. kui3x.

Oh ye.. the competition is on the 15th. So ada masa banyak lagi untuk berlatih. Kat sini, team English Language Panel ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mek Hasnah, designer  yang cekap dan tuntas, kepada choreographer sehati sejiwa kekdahnya, ticer Munirah, kepada member semaktab yang comel, Jem, turut sudi mengepos CD lagu beliau.. (Jem.. CD tu OK, tapi kena KIV ok.. sob sob sob..Usahamu amat kuhargai), kepada sahabat suamiku, Encik Muzam da pilot yang tulung dok buang suara dalam lagu 1st tu... tak lupa juga tengkiyu very much kepada Encik Abdul Hakim, abang iparku yang kacak.. (harus puji ok) sebab sudi membersihkan lagi segala bunyi-bunyi suara pada lagu jugak.. then to Abdul Azim, my adik ipar yang brilliant yang turut menyumbangkan tenaga dalam proses memixing dan memedleykan lagu dan juga kepada para-para sponsor seluar jeans terpakai.. tak tersebut namanya kat sini.. maka jasa-jasa kalian amatlah kami hargai. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian.. dan semoga lengkali boleh tolong lagi.. keh3x

Tengkiyu for reading dan semoga kali ini team kami akan memperoleh kejayaan. Aamiinnnn...

Hoihhhh! Macam dapat award kekdahnye.. gituuu..

1 comment:

Zura Lee said...

topi tu klu bawak gi pantai pong gorjes jugek kan cikgu...

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails