Saturday, March 30, 2013

School Holiday sudah waltamatonnnnn... kui3x

Seperti biasa time cuti mesti orang ingat cuti secuti-cutinya. Ada yang cuti sesungguh-sungguhnya sampaikan kalau opis telefon, dibiarkan aje berdering tanpa henti. Ada juga yang tidak bercuti langsung.. latih budak, kelas tambahan, attending courses dan sebagainya.. Ada jugak yang suka bebenor datang sekolah time hari cuti. Kuikuikui. Baguihhhh....

Macam saya kali ni. Dua-dua pun sapu. Pergi sekolah pun iye.. bercuti pun iye. Kelas tambahan pun layan, latih budak pun terbabit sama sampaikan member saya kata..

"Weh.. aku heran kat ang.. Ang kan ngajaq tahap dua..pasaipa dok kalut latih budak action song nihhh.."

Hehehe.. saya nak jawab pon tak reti. Maybe sebab minat dengan aktiviti gini. Maybe jugak sebab nak bantu a friend of mine. Yang pentingnya kerja musti jalan. Dan seronok jugak sebenarnya bila datang sekolah masa cuti ni.. Sebab..

1. Jalan tak jem
2. Tak yah kalut nak datang pepagi buta okkk.
3. Leh pakai baju ikut suka.. kakakaka

Tapi, bila dah hari-hari datang sekolah.. balik sekolah haruslah letih jugak sampaikan masa hari nak pergi bercuti dengan family baru teringat...

"Homaigodddd... kertas tak abes tanda lagi.. Marks nak kena key-in before 29th!"

Mujur jugalah Encik Suami sangat prihatin.. masa dok packing barang nak pergi holiday tu, terus aje beliau berkata..

"Abang dah masuk dah kertas ujian tu dalam beg. Boleh la mark masa kat sana!"

Yang terlupa nak bawa ialah lappy. Nasib baik jugalah member ada bawak laptop.. Kalau tak jenuh nak key-in pakai tab.. Kurus jari-jemariku nanti.. kakakka.

Apapun.... dah kata cuti.. kalau boleh pergilah bercuti.. hilangkan segala ketensenan kat kepala. Orang tak jadi cikgu ni mudah jeles ngan kerjaya cikgu.. dikatanya jadi cikgu bes.. cuti banyak.. padahal time cuti sekolah..depa pon kalut jugak cuti bawak anak bini jalan kan... Puihh la angpa.. jeles tak kena time.. Kakakaa.. Patutnya angpa seronok la ada cuti sekolah.. boleh pergi opis tanpa traffic jam kan. Bahagia ok takde jem pergi kerja.. Apa pun itu pendapat masing-masing.. lantak kome le.. Yang penting.. time cuti baru ni.. saya tetap bercuti walaupun sekejap.. Kehkehkeh..

Story pasal cuti-cuti akan disambung kemudian hari.. Hehe..

Happy Holiday.. eh.. esok sekolah.. Selamat kembali ke sekolah ye semua orang!



Sekian, tengkiyu for reading :)

2 comments:

Anonymous said...

tingkayu for typing,sis.:).sangat setuju dgn ur points 123 tu..hehehe..

Ticer Syah said...

kekeke.. ni sapa pulak takde nama ni..

time cuti adalah time yg paling gumbira ok.. weekend pon kita syok tak sangka.. kakaka..

anyway.tengkiyu for commenting <3

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails