Maka keputusan peperiksaan SPM pun diumumkan pada esok hari... ala.. lagi 2 minit aje tatkala ayat ini ditaip. Maka dengan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Kepada yang tidak berjaya, jangan risau, jangan sedih, ini bukan beerti tamatnya kehidupan kalian. Masih ada cabang-cabang lain yang boleh kalian ceburi. Jangan jadikan kegagalan hari ini sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup kalian.
Saya tertarik dengan kehidupan kawan saya semasa disekolah rendah. Bagaimana cara hidup dia telah merubah persepsi saya terhadap kejayaan akademik semata-mata. Masa kat sekolah rendah, time tu dia ni bukannya favourite student pun. Malah Guru Besar selalu mendenda beliau (lagipun dia anak saudara guru besar). Penampilan agak selekeh ditambah pula dengan kenakalan yang dok ada dalam diri. Kami memang tension betul dengan dia kadang-kadang. Selalu bergaduh dan cari pasal dengan orang.
Dan after more than twenty years (oh, aku dah tua!).. bertemu kembali dalam Facebook. Alangkah terperanjatnya saya.. orang yang belajar tidak pandai sewaktu disekolah, nakal bukan main, cakap BI pon teruk menjadi lebih berjaya daripada saya dan rakan-rakan yang dok ada degree, master etc. Pergi bercuti dengan family bukan dikawasan Asia.. tapi di Paris, Dubai etc. Wahhh!!! Kereta mewah menjalar dasat. Bila ditanya kerja apa.. dia hanya jawab..
"Aku kerja biasa-biasa aje.. "
Penuh tertib dan tidak ada perasaan riak dan sombong dalam dirinya. Alhamdullilah kawan aku ini berjaya dalam hidup dan juga masih berpijak dibumi yang nyata.
Itulah yang kita mahukan. Tatkala kejayaan mewarnai hidup, jangan kita sekali-kali berasa sombong dan takbur dengan kejayaan dan kemewahan yang ada. Kadangkala itu juga adalah ujian buat kita. Allah hendak menduga kita dengan kekayaan, kejayaan.. akan sombongkah kita.. akan bongkahkah kita, akan tamakkah kita? Semuanya diuji tanpa kita sedari.
Jadi kanak-kanak riang sekelian, kalau kita gagal hari ini, bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Yang penting usaha, sabar dan tawakal harus kita tanam dalam diri kita.... ya.. ticer ni memang cakap terer la.. kakaka.. tapi seriously memang itu aje la yang bole saya ceritakan dan sampaikan pada kanak-kanak kat depan screen ni haaa.. Yang penting, rezeki masing-masing itu ada. Maka rajin-rajinkan diri ok.
Sekian, ticer dah ngantuk giler.. Goodnite ehh good morning kidoss!
To all kanak-kanak SPM.. good luck and wish you all the best!
Love:
Ticer Syah
No comments:
Post a Comment