Sunday, March 31, 2013

Hatyai Again kui3x

Salam kengkawan..

Cuti sekolah ni, ingatkan nak pergi jauh sikit.. Sekali dok tunggu election date punye pasal, terus tak jadi pergi jauh. Maklumla.. apa-apa hal pun kena rancang awal. Book hotel awal, book flight awal.. baru dapat murah.. kalau last minit.. jenuh kita bayaq harga tak baper nak murah tu. Leh kempis poket kita ok.

Maka cuti kali ni, ke Hatyai saja laaa.. Kali ni bawak sekali member hat duduk kat Pahang nuhhhh.. kesian cita-cita tinggi nak pergi bercuti ke oversea terbantut sebab date election tak tahu bila. Mujur jugalah bole ke Hatyai.. kira oversea jugak..kahkahkah.. walaupun ada manusia kata.. elehhh..kat Siam je pong.. Ehh..ada aku kesahhh.. pergi juga ok. Dari anda yang dok saja depan laptop, hati mucuk penuh nyeles tak pi mana pun.. Ewah-ewah.. dok perlekeh orang pergi Siam plak.. kui3x.. Eh.. teremo.. tak baik untuk kesihatan.. Tapi memang pergi sini kos sangatlah murahhhh..

Kanak-kanak riang opkoz la dah tak gumbira nak kesini sebab dah pernah pergi. Itupun bagi jugaklah mereka masuk kedalam Ice Dome join dengan Aunty Syima and the gang. Kalau idak.. harus emo tahap gaban OK. Pergi ke Songkhla Zoo pun mereka gumbira jugak sebab boleh bagi makan kat cipan etc. Hehehe.

Jadi kos untuk kesana:

Minyak petrol RON 95: Jitra-Hatyai-Songkhla-Jitra adalah full tank. Sampai ke Jitra.. masih ada setakah.. RM 70 gitu.
Hotel Hi-Season (1 queen size bed, 1 single bed) : RM 170 for two nights including tax (tempah sebulan awal okkk)
Tol: Zero! Kecuali masa nak masuk ke Malaysia.. kena la bayar RM 3 kot lebih kurang kat PLUS Malaysia OKKK...




Ini le tempat kitaorang menumpang kasih. Hehe.. Biliknye quite spacious la..


Besar katilnye.. Gumbira ok..

Lepas aje check-in, terus aje kitaorang pergi cari tempat makan.. Nak mudah..tengok aje signboard ada tulis halal.. lepas tu penjual tu pakai tudung. Tak yah nak was-was.. Bersangka baik lebih mudah ok..


Nahai.. puas makan laksa hatyai ni. Ulam penuh meja.. RM 4 sepinggan.. Makan kat sini quite expensive.. Nak-nak pulak kita ni orang luar.. Hampagas sungguh..


Ini lokasi di Songkhla Zoo. Masa hari tu pergi, tak jumpa pun jalan ni. So, just imagine Zoo depa yang luas giler sampaikan semua orang dibenarkan bawak masuk kereta. Cuma bayar extra RM 5 aje nak bawak masuk kereta..

Adult: RM10
Kids: RM 5
Car : RM 5

Nah.. saya tulis siap2 senang korang nak membajet.. kekekek


Ini pula Samila Beach. Famous tang patung duyung ni. Bole beli macam-macam souvenir dekat sini. Saya pun beli la tempat letak pen, berpatungkan ini.. tak tahu nak beri pada sapa.. Kui3x. RM 3 satu..dua is RM5. Pandai depa menega.

Lepas pergi bergumbira disini.. terus ke Ice Dome Hatyai





Nak masuk dalam tempat ni..

Adult: RM 30
Kids : RM 20
Kat dalam tu, mereka akan berikan kita jacket tebal, sarung tangan sekali. 

Sewa kasut : RM 10.. siap dapat socks percuma.

Kalau tak mahu sewa kasut.. sila pakai kasut dan juga stokin siap-siap.. Tiada paksaan untuk menyewa kasut.. cuma tahan dengan tak tahan aje. Dalam tu suhunya adalah negatif 15 darjah selsius.

Selain dari tempat-tempat ni, kitaorang pusing-pusing city of Hatyai sambil cuci mata dan poket.. kakakkaa..

Tempat-tempat menarik untuk dilawati sambil melicinkan poket ialah Lee Garden..

Dekat sini boleh cuba nasi lemak, teh tarik dan juga sarang burung yang hebakkkk sekali. Minum satu bowl is RM10. Nasi lemak tak perasan plak brapa ringgit. Teh tarik ialah RM 2 sebekas. Lazat tak hengat.. Dok hairan kenapalah sedap betul teh tarik depa.. Rupanya depa masak air dengan daun pandan ok. So, sila tanam pandan keliling rumah dan masak air dengan daun pandan siap2.. Bole bukak gerai tepi rumah.. Kui3x




 Inilah tempatnya nak cari makanan lazat. Nasi lemak, teh tarik..mamat baju itam tu yang bikin. Kemain dia liang liuk badan nak menarik teh tu.. Kui3x. Sarang burung next to his stall.

Masa hari last (Friday) kitaorang pergi serbu ke floating market plak. Punye la ramai manusia.. walaupun tatkala itu matahari kemain mencanak dikepala.. hangat tak tau nak habaq..

Photo: Masih awal
Ini masa awal lagi. Tak ramai lagi.. Bila dah redup.. tedia manusia...Kui3x



Ok..ini telur puyuh ok.  Digoreng begitu saja pehtu dia letak la black pepper dan sos ikan. Sila bikinnn.. RM 2.50 aje.


Ini pulak betik muda dihiris halus (aku ingat ubi kayu ok), pehtu goreng.. then, dicampur bersama udang goreng, kacang, bawang cincang, sos ikan, sos pedas apa ntah, telur rebus kendian digoreng dan makannn.. RM 3 sebekas.. Air longan/tebu/kelapa/apa saja jenis pun bole.. siap dengan bekas tembikar ini ialah RM 2.50. Bawak balik terus bekasnya ok. Leh jadi kenangan.. Heheh

Makanan kat floating market ini memang la pelbagai. Range harga RM 2- RM 3 aje.. Tak mahal mana pun. Banyak pulak tu. Jenuh nak pilih, jenuh nak bedal..

Tips.. Cari tempat duduk strategik dan suruh ahli kumpulan lain pergi hunting food ok. Sebab tempat duduk tepi situ adalah limited. Lambat kalu.. penuh terus.. kui3x.


Ini kita panggil market or bazaar.. Dalam ini macam-macam ada. Membahayakan poket. Dinasihatkan bawak air siap2 sebab dahaga tak hengat ok. Nak-nak lak cuaca panas time ni. Nak beli barang kena pandai mintak kurang. Baju dia akan letak harga tinggi melangit.. RM 60. Mintak kurang buleh la RM30. Sebenarnya bole mintak lagi.. tapi kadang2 tengok muka peniaga pon kita rasa nak sekeh.. jadi bayar je la.. kakakak.. Nak murah lagi..buat-buat nak tinggalkan kedai.. terus dia akan kasi harga yang kita mintak awal tadi. So.. kalau RM 40.. ask for RM20 a.k.a 200 baht. Ada paham ka kanak-kanak?

Tapi kalau terer..memang akan dapat lagi murah la.. kuikuikui. Yang penting kat sini, saya berjaya memulun blouse dua tiga helai, tshirt dan opkoz skirt kembang bawah I likeeeee.. kekeke. Baju Hyder toksah cerita.. dia paling banyak ok.Ceh... syok la tu Hyder.. kui3x

Apa pun.. tengkiyu kepada roommate yang sudi bawak kitaorang pergi bergumbira disini.. Hehehe.. Nanti hujung taun bolehkah kami kesini lagi? Tehehe.. Pitam ok..


TQ again my roommate...

Sekian, tengkiyu for my lovely readers.. hehe

1 comment:

Ah Win said...

ai ade blog baru..yg lama tinggal kenangan.
meh la ziarah

http://awinmenulis.blogspot.com/

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails