Monday, April 23, 2012

Cara memandikan bayi.. tips la konon.. kehkehkeh

Sejak dua menjak ni asek story pasal babies je kan. Maklumlah baru dapat baby.. kehkehkeh. Jadi hari ni entry ini dibuat khas untuk new mommies or bakal-bakal mommies yang ketakutan nak mandikan bayi. Kehkehkeh.. No worries, meh ticer ajarkan.

1. Pastikan air mandian tu suam-suam kuku. Jangan terlampau panas dan jangan pula terlampau sejuk. Mandi directly from air paip bukan tak boleh, tapi kalau boleh elakkan. Kesian baby tu kan.

2. Apabila memandikan bayi, pastikan bayi itu dilapkan mukanya terlebih dahulu dan silalah berselawat. Kemudian perlahan-lahan masukkan badan dia dan letakkan dia dalam posisi meniarap. Tangan kita tu jadikan tempat dia berpaut. Dan mandikan je lar.. Then pusingkan badan dia dalam keadaan melentang.. dan teruskan mandian.. sabun jangan banyak sangat.. Kalau boleh gunakan shampu badan yang direka khas untuk rambut sekali. Cari yang No Tears... so masuk mata pun tak pedih. Baby ni kalau sekali dia rasa sakit atau tak selesa, so dia akan set dalam mind dia benda tu tidak menyeronokkan, nanti korang jugak susah nak suruh anak mandi.. kehkehkeh.

3. Bila mandikan bayi tu, cuci di kawasan yang kompem ada daki atau tempat pengumpulan daki.. kakaka.. Contoh macam di bawah ni.. Kalau boleh elakkan dari air memasuki hidung dan telinga.

Di bawah telinga dan leher dia.. Nampak tak budak ni berlapis dagunye.. Kekeke, so kita kasi cuci la ye..

Di pelipat-pelipat kakinya. Kena gosot gak ok, kalau tak nanti berdaki.. pelan-pelan aje gosot..

Dicelah-celah tiak dan juga jari harus kita gosok dengan perlahan. Kalau kuat takut sakit plak..cian pepi..

4. Masa nak angkat tu, tiupkan ubun-ubun bayi (dunno why they asked me to do this time first baby.. ikut je la petua orang bagi), sambil tiup baca selawat lagi, kemudian tiup di perut dan di anu.. sambil selawat jugak.. kehkehkeh.. Tamo tiup pon takpe.. ticer dah terbiasa buat menda ni.. kekeke..

5. Kemudian, balutkan terus bayi tu supaya tidak kesejukkan.. takut nanti paru-paru dia jadi tak elok plak kan... sejuk punye pasal. Kalau dapat baby boy, tutup kemaluan dia ye, sebab depa ni suka main pancut-pancut.. kakaka Lepas tu baringkan dan mula mekapkan dia..

Ya.. dua benda ni sangat berguna untuk bayi. The first one tu baby oil untuk bedtime. Kalau nak bagi baby tidur lena, leh sapukan minyak ni keseluruh anggota badan. Kompem tidur lena.. tapi sebelum tu, sapukan baby oil atau minyak telon di perut dan betis untuk mengelakkan kekembungan. Baby kan ke suka kembung perut.. bila sapu kurang la sikit kebarangkalian nak mengembung tu. Cian..

Lepas dah sapu both oil, barulah sapukan bedak mau kasi wangi. Kehkehkeh..

Ok, saya dah wangi.. itu bedak yang Mama bagi saya pakai.

Sekian, cara nak bagi baby wangi dan mantop.. eh.. tak sama tajuk plak.. arghh.. biarlah..

See you!

4 comments:

Cik Adieb said...

Tak berani saya maw pegang baby,lembut masih

Ticer Syah said...

kuikui.. takpe..nnti lama2 jadi biasa..kalau tak berani..suruh incik suami mandikan.. kakakaka

Norzie hany said...

Salam Ticer Syah.
Nice info...tq for sharing.

Ticer Syah said...

u r welcome lalink.. ehehe

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails