Tuesday, April 17, 2012

Asal Usul Papan Kekunci (Keyboard)

Sebenarnya dah lama jugak aku tertanya-tanya, apsal eh keyboard ni disusun dengan cara macam ni. So, aku pun buatlah siasatan ala-ala CSI cap ayam. Terjumpalah a few sites yang menceritakan serba sedikit tentang asal usul keyboard.. So, this is what I found...

Papan kekunci ini yang asalnya dari mesin taip ini dicipta oleh Christopher Latham Sholes dan telah mematenkan ciptaannya itu pada tahun 1868.. Walaweh.. gilernye berkurun! Selepas dipatenkan syarikat Remington (brand mesin taip popular tu), telah memasarkan mesin taip ini secara meluas pada tahun 1877. Jadi sejak itulah papan kekunci QWERTY bermula.

Tok Wan inilah yang mencipta papan kekunci yang kita dok pakai hari ni!

Dari mana pula asalnya nama kekunci QWERTY ni?
Ianya berasal dari 6 huruf pertama baris teratas di atas papan kekunci kita tuh. Ce cek.. betul kan.. haaa..

Oh ye, kenapa pula disusun macam kita dok guna sekarang ni, kenapa tidak disusun seperti abjad yang kita dok baca kat sekolah kan.. Rupanya ada sebab mengapa ianya disusun seperti ini. Ianya adalah untuk mengelakkan kesesakan lalulintas (jam) berlaku ketika menaip... Maklumlah dulu mesin taip kan ke jenis bertingkat-tingkat.. so James Densmore mencadangkan agar huruf-huruf yang selalu digunakan, diletakkan berjauhan agar tidak berlaku pertembungan semasa proses menaip.

Dan dulu-dulu jugak bila geng promoter nak promote mesin taip, maka haruslah depa menaip dengan pantas kan.. cuba tengok perkataan TYPEWRITER..semua hurufnya di bahagian atas.. jadi promotion pon senang je kan.. pandai tukang cipta keyboard ni kan.. Hihi

Mesin taip terawal!

Selepas penciptaan dilakukan oleh Sholes, ada juga pihak lain cuba untuk mencipta kelainan pada papan kekunci ini namun tidak berjaya kerana semua orang sudah terbiasa dengan papan kekunci QWERTY.

Tapi ada juga berita sedih tentang penciptaan ini. Pada awal kemunculan papan kekunci ini, pemasaran tidak berlaku seperti yang diharapkan dan ini menyebabkan Sholes menjual hak penciptaannya kepada orang lain... aku rasa pihak Remington tu kot. Sungguh sedih, aku rasa kalau Sholes tahu dia punye penciptaan akan meledak tidak lama lepas tu kompem dia nyesal tak hengat.. tehehe..

So kengkawan, kalau la kita tercipta sesuatu, janganlah mudah rasa sedih kalau tak berjaya. Mungkin hari ni benda yang kita buat tu nothing, tapi masa hadapan, who knows rite? Jadi sentiasa hargai apa yang kita dah buat dan jangan lupa, dapatkah hakcipta terpelihara ok.

Sekian, selamat menelaah sejarah tingkatan lapan.. akkakaka

Picture credit : Google Image
Sumber story: Google jugak!

4 comments:

Cik Adieb said...

Wah,nice entry.Sy baru taw ni :D

Ticer Syah said...

toce.. sama la kita.. kikiki...

Alifz Rrenji said...

baru saya tahu..super entri

Ticer Syah said...

hihi.. samat datang.. toce2

God Bless Us!

Daisypath Anniversary Years Ticker
Related Posts with Thumbnails